Monday 28 November 2016

GAMUDA BERBOHONG KEPADA RAKYAT AZMIN ALI MB UNTUNG!



1. Setelah bergelut isu Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands 4 bulan lalu (sejak ogos) Elizabeth Wong Exco Selangor dan Azmin Ali MB Selangor bertungkus lumus menepisnya sehingga terdedahnya taikun besar Gamuda di sebalik tanah lot itu. Begitu juga pelapor kes Chegubard sehingga ke SPRM. Hanya pada 26 November 2016 pihak Gamuda menjawab isu Lot tanah 68054.


Lot 68054 di bawa dalam Parlimen.


2. Kemuncak isu ini ialah apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato' Sri Dr Irmohizam Ibrahim melalui hansard parlimen 31 Oktober 2016 telah membangkitkan isu integriti dan rasuah kerajaan negeri seperti laporan penukaran status lot tanah 68054 Paya Indah Wetland dari status tanah pertanian kepada bangunan kediaman. Memeranjatkan penjelasan Gamuda penuh penipuan dan bersandarkan persekongkolan laporan SELCAT tanpa pendengaran umum! 


Gamuda rujuk SELCAT

3. Gamuda berkata satu siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) telah dibuat pada  11 Oktober 2016 dipengerusikan oleh Hannah Yeoh mendapati bahawa tiada ALASAN untuk mengadakan SIASATAN AWAM berkenaan Status Lot Tanah 68054 kerana tanah tersebut bukan sebahagian daripada rezab Paya Indah Wetlands. 

4. Dapatan SELCAT yang kononnya siasatan iaitu ialah dari maklumat yang diperolehi daripada penerangan dan taklimat berhubung isu oleh beberapa agensi berkaitan


i. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
ii. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor
iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
iv. Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat)
v. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).
Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kawasan yang diwartakan sebagai Paya Indah Wetland hanya melibatkan Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar).
“Lot 68054 asalnya merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Namun, pada tahun 1994, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional ketika itu pula telah pun memindah milik tanah tersebut kepada tanah milik persendirian,” kata Hannah.
 Pada 1996, kerajaan negeri yang ditadbir BN telah memberikan kelulusan untuk meminda syarat nyata dan jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan perumahan atau perusahaan ringan terhadap tanah Lot berkenaan.
Namun pada 2004, kelulusan bersyarat untuk menukar status tanah Lot itu daripada pertanian kepada pembangunan bercampur tidak berlaku ekoran pemiliknya tidak menjelaskan bayaran cukai tanah premium. 
10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. 
Pemilik tanah Lot itu juga telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054 dan agensi berkaitan telah mengesahkan bahawa pengubahan berkenaan dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan. 
Pada awal tahun lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan mengubah status tanah Lot berkenaan kepada bangunan kediaman seperti syor yang dikemukakan PTG Selangor. 
“Kesimpulannya, Lot 68054 tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetland yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran status tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman telah dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan,” 

5. Itu adalah dapatan siasatan SELCAT secara taklimat yang nyata bukan satu siasatan lengkap yang sepatutnya dibawa dalam siasatan awam agar semua dokumen diteliti di semua peringkat yang terlibat. Malah jika boleh laporan siasatan dilaporkan kepada SPRM.


6. Perlu diingat sejak awal kes ini lapor dan didedahkan premis asas tuduhan adalah jelas iaitu tanah lot 68054 bukan tanah lain seperti Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar) sebagai tanah rezab. Tidak timbul tanah lain. Lot tanah 68054 adalah tanah yang terletak dalam Paya Indah Wetlands sebagaimana fakta jelas pada 26 Febuari 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada komersial (Bangunan kediaman) dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

Dimana pula asas SELCAT untuk menafi kawasan LOT 68054 adalah terlewat di Paya Indah Wetlands?. Kenapa henda bohong isu pokok? Sepatutnya Selcat
menjawab isu ini. Dan dokumen penuh ini sepatutnya Selcat bawa dalam siasat awam. Biar rakyat tahu dokumen penuh sebagaimana laporan IMDB
yang dipaparkan.
7. Adalah jelas tanah yang terletak di Paya Indah Wetlands telah termaktub dalam MOU di antara Kerajaan Persekutuan  diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007 berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun. Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali meluluskan pertukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands itu. Sekali lagi mengapa Azmin luluskan mengapa tidak Tan Sri Khalid Ibrahim?

8. Bagaimana rakyat hendak tahu jika SELCAT hanya menyiasat sekadar memanggil jabatan atau agensi memberi taklimat? Ini bukan siasatan ini taklimat formal menutup mulut sahaja. Aduan Abd. Razak Ismail Pembantu Khas Exco dan NGO tidak disiasat secara telilti malah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak berkredibiliti termasuk NGO! jelas kredibiliti SELCAT diragui dan dipengaruhi oleh Azmin Ali MB Selangor!




9. Gamuda dan Selcat cuba mengungkit kisah lama mengenai Lot tanah 68054 asalnya milik Kerajaan BN yang diserahkan kepada Syarikat Salak Land Development Sdn Bhd pada tahun 1994, tahun 1996 diberi kelulusan meminda syarat nyata dan 2004 kelulusan status tanah tidak berlaku sehinggalah tahun 2014 Salak Land Development Sdn Bhd sekali lagi memohon kelulusan. Kerajaan Pakatan Selangor lupa mereka masih menyalahkan BN sedangkan mereka memerintah Selangor dua penggal, mereka punya kuasa untuk mengubahnya. Jadi alasan menggunakan hujah BN itu sangat tidak relevan. 

10. Namun Selcat sendiri mengaku 10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. Siapa yang tolak tahun 2014? 

11. Menteri Besar Pakatan Selangor ketika itu ialah TAN SRI KHALID IBRAHIM. Hujah Tan Sri Khalid ialah sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Dan "beliau semasa MB tidak luluskan tanpa mengendahkan tekanan korporat dan pelobi politik". Jika telah ada asas keputusan dari MB Selangor sebagai menolak mengapa pula lagi perlu merujuk keputusan terdahulu tahun 1994,1996 dan 2004?

12. Isu yang dibangkitkan Netizen ialah mengapa ketika Azmin Ali menjadi MB Selangor dengan keputusan MMKN 2014 sebelum ini mengesahkan kawasan Lot tanah 68054 terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan menolak permohonan Salak Land Sdn Bhd mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara. Mengapa? apa kepentingan Azmin Ali?. 4 MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau. Mengapa Azmin berani? Ini yang sepatutnya Selcat siasat dan SPRM siasat!

Maka timbulah kronologi hubungan kepentingan Azmin Ali dengan Gamuda Berhad.







13. SELCAT juga telah mengesahkan pemilik tanah Salak Land Development selepas gagal 2014 telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054. Sebelum ini Salak Land Development Sdn Bhd adalah milik Dato' Tan Leong Min sejak 1994 (diberi zaman Tan Sri Muhamad Taib). Namun ketika permohonan dilakukan Salak Land dibeli oleh Gamuda Berhad. 

14. 4 Ogos 2014 fakta yang disembunyikan Selcat ialah Dato' Tan Leong Min telah menjual tanah ini kepada Gamuda Berhad ia dilaporkan dalam The Star 5 Ogos 2014.  Gamuda Berhad turut mengumumkan pembelian dan semua kepentingan dalam Salak Land bernilai RM 784.3 juta. 

15. Penjualan tanah Paya Wetland ini kepada Gamuda Berhad adalah dalam pengetahuan Azmin Ali Menteri Besar dan Exco maka tidak hairan kelulusan pertukaran status lebih cepat. 
Pemilik Asal Salak Land Development Sdn Bhd

Bertukar atas nama Gamuda Berhad




16. Jika pemilik asal Salak Land Development Sdn Bhd gagal dan kini dimiliki Gamuda Berhad, netizen mempertikaikan pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD. Mengapa ketika Salak Land bukan dimiliki Gamuda tidak diluluskan? Dan dibuktikan bahawa perubahan status tanah turut dilobi oleh proksi Azmin Ali,  Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak. Ini bermakna urusan jabatan di Selangor seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah diarah oleh Menteri Besar Selangor untuk diberi kelulusan.


Netizen persoalkan Pengezonan adalah untuk MENYELAMATKAN DAN MEMUDAHKAN KELULUSAN GAMUDA BERHAD SEDANGKAN SUDAH JELAS DALAM MMKN 2014 DIPENGERUSIKAN OLEH TAN SRI KHALID IBRAHIM LOT TANAH 68054 ADALAH TERLETAK DI
PAYA INDAH WETLANDS. INI BERMAKNA LAPORAN SELCAT ADALAH MENIPU DAN TELAH DIUBAH UNTUK KESESUAIAN GAMUDA BERHAD. 


Arahan begini sehingga lulusnya status pertukaran tanah Lot 68054 dilobi oleh proksi Azmin adalah fenomena biasa di Selangor sekarang.



KEPENTINGAN GAMUDA MELALUI SPLASH DAN AZMIN ALI 

17. Netizen juga melihat secara jelas hubungan Azmin Ali dan Gamuda dalam urusan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) milik Gamuda. Yang Netizen bicarakan ialah pembuktian hubungan kepentingan ini.

5 Disember 2014:

- Gamuda Berhad bercadang menjual 40 % kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan ketika ini. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Dua belas.

24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan. 

9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. 

25 Mei 2016:
Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. 

6 Mei 2016
Sehingga tarikh akhir tamat  7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," 

4 November 2016
 Azmin Ali menggunakan strategi menuduh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH). Kata Azmin tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,” Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score". Rupanya.....

Azmin Ali dan Datuk Lin Yun Ling MD Group Gamuda Berhad bagaikan
isi dengan kuku


5 November 2016
Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan media berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada Splash. Tan Sri Khalid hanya mengesahkan tawaran RM250.6 juta itu. Rupanya didedahkan Azmin, Anwar Ibrahim dan PKR punya kepentingan komisen RM 600 juta dari urusan Azmin dan Gamuda mengenai Splash. Isu ini tidak berjawab hingga kini malah SPRM berdiam diri. 



18. Gamuda membuat kesimpulan dalam kenyataan medianya pada 24 November itu bahawa mereka telah mendapat kelulusan DEIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pembangunan Lot 68054 pada 10 Februari 2016.

19. Apa kita hendak hairan dengan Gamuda jika dengan Azmin Ali pun mereka boleh "kawtim" inikan  Jabatan Alam Sekitar atau agensi pakar yang mereka mampu upah untuk meluluskan projek mereka. Yang penting asas Gamuda ialah status pertukaran tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman yang mereka dapat lebih awal selebihnya urusan lain pasti Gamuda mampu lakukan. Tanah hampir RM 800 juta dibeli oleh Gamuda pasti mereka ada perancangan di kawasan berhampiran Putrajaya. 

20. Jika SELCAT anak jantan jadikan isu tanah lot 68054 sebagai siasatan awam agar semua dokumen mereka yang terlibat menukar status tanah dapat didedahkan kepada rakyat dan laporan siasat awam dilaporkan kepada SPRM. Setakat dengar taklimat sahaja sesiapa juga boleh. 

Jelasnya Gamuda berbohong Azmin Untung! 

SPRM tolonglah siasat Azmin Ali MB Selangor tak perlu berlembut lagi!

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA