Friday 20 October 2017

DOKTOR SAHKAN SHAFIE APDAL SIHAT, REMAN 4 HARI MENGAPA BERLAKON SAKIT?

Cuba tengok muka pembohong, penipu dan makan harta rakyat luar bandar. Tidak berkat. Lambat laun akan ditangkap juga

1. Akhirnya Presiden Parti Warisan Sabah, Dato' Seri Shafie Apdal direman 4 hari berhubung siasatan skandal KKLW RM1.5 bilion. Inilah impian Shafie Apdal mahu membuktikan kepada SPRM sebagaimana janjinya. 

2. Belum sampai 24 jam ketika Shafie Apdal dipanggil ke pejabat SPRM semalam, beliau dilaporkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi. Wayang Shafie Apdal bagi mengelak reman lama, gari dan baju 'Lokap SPRM'

3. Shafie tiba di mahkamah dengan sebuah ambulans, terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum dibawa ke kamar majistret oleh pegawai SPRM. Shafie berjaya dengan lakonan tidak digari dan memakai baju 'Lokap SPRM'. 

4. Para Peguam Shafie Apdal berusaha untuk menjadikan Shafie kelihatan 'sakit' dengan meminta membawanya ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan kesihatan dan tekanan darahnya. 

5. Sumber menyatakan doktor yang merawat Shafie Apdal mengesahkan Shafie Apdal sihat hanya sedikit terkejut dengan persekitaran penahanan SPRM. Lantaran itu mahkamah majistret memberikan kelulusan tahanan reman selama 4 hari (tambahan 2 hari) Sabtu dan Ahad dan bakal disambung reman Isnin depan.

6. Persoalannya mengapa Shafie Apdal berlakon sakit? sebagaimana cara Anwar Ibrahim untuk mendapat simpati. Jika Shafie Apdal benar-benar sakit pastinya mahkamah tidak akan memberikan reman selama 4 hari. Wayang Parti ini dapat dikesan sebelum ini apabila Datuk Peter Anthony menggunakan kaedah ini. Selepas bebas Peter kelihatan sihat. 

Shafie tak sempat baju oren dan digari. Lakonan sakit tu
nampak memainkan peranan penting. Spesis Anear Ibrahim juga

7. Apa Shafie Apdal dan para peguamnya fikir SPRM bodoh ke? Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu. Adik, proksi, bekas pegawai, kontraktor dan ramai lagi. Sebanyak 72 syarikat di Sabah juga dilaporkan disiasat SPRM. RM180 juta aset dan wang dalam akaun bank dibekukan. Malah Norhartaty bekas TSUB KKLW kesayangan Shafie Apdal juga ditahan SPRM.

Bolehkah Shafie Apdal melarikan diri lagi?

Nota: Masa sesuai kita dedahkan laporan perubatan Shafie Apdal.

Captain M
20 Oktober 2017

5 comments:

  1. lakonan tak pakai baju oren berjaya

    ReplyDelete
  2. Pakai baju oren nampak macam Pan..kih kih

    ReplyDelete
  3. Taik ko lah..sudah doktor sahkan..jgn lah ko trep2 mcm doktor pula

    ReplyDelete
  4. Byk jga yg nak ikut bos pakai baju oren. Kasian kita lihat penyokong buta tuli.

    ReplyDelete
  5. Hai captain m. Sihat ke? �� �� �� �� �� ��

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA