Monday 23 October 2017

SHAFIE APDAL GOYANG TERTANGKAPNYA SETIAUSAHA SULIT & PENGAKUAN RASUAH HARTATY TSUB KKLW?


1. Selepas Shafie Apdal ditahan SPRM pada 19 Oktober lalu (Khamis) dua bekas pegawai Shafie Apdal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KLIA  selepas mereka menghantar Shafie untuk berlepas ke Kota Kinabalu.

2. Dua pegawai yang direman SPRM itu ialah Izhar Idrus dan Zamri Maulan. Izhar Idrus pernah dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Menteri KKLW sebelum naik pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri KKLW menggantikan Dato' Abd Karim Mustafa. Zamri Maulan adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri KKLW. Mereka kini ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa.


3. Penangkapan Zamri dan Izhar menjadikan 13 orang ditahan setakat ini oleh SPRM. 

4.  Penangkapan Hartaty Rahmat bekas TSUB Infrastruktur KKLW merupakan saksi penting kerana beliaulah pegawai kesayangan utama Shafie Apdal memproses segala dokumen berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion daripada RM7.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan persekutuan kepada Sabah menerusi KKLW antara 2009 hingga 2015. Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Izhar pula merupakan ketua jabatan di pejabat Menteri yang menentukan semua arahan Menteri kepada pegawai di kementerian.


5. Tertangkapnya dua adik Shafie, Yusof dan Hamid pasti bakal menemukan bukti baru penglibatan Shafie Apdal. Jadi bolehkah lagi Shafie Apdal melarikan diri? Goyanglah nampak Shafie Apdal sekaligus bakal meruntuhkan Parti Warisan.

6. Siapa seterusnya? 

Captain M
23 Oktober 2017

3 comments:

  1. Siapa Seterusnya ? Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang memohon kepada KKLW :)

    ReplyDelete
  2. base kepada siapa yang kena reman dan kena sebut itulah. secara teknikal mesti berdasarkan bukti. ada dkumen, bukti transaksi dll kalau tak ada simpan dalam bakullah jawapnya

    ReplyDelete
  3. ismaliy bungsu je bodoh

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA