Saturday 24 September 2016

PETER ANTHONY KRONI SHAFIE APDAL SEDIAKAN DANA HASIL RASUAH RM200 JUTA UNTUK KEMPEN SHAFIE & TUBUH PARTI BARU?


[ 3 mantan pegawai kerajaan sedang berdrama di Kuala Lumpur menjadi pengkhianat, 1 mantan menteri di Sabah tengah pula kumpul duit untuk mencapai misi peribadi].

1. Sumber rapat Shafie Apdal dan kumpulan yang bakal meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua pembangkang menyatakan Datuk Peter Anthony Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn. Bhd bakal menyediakan dana besar RM 200 juta untuk kempen dan penubuhan parti baru Shafie Apdal. Dengan dana hasil rasuah projek yang diberikan Shafie ketika Menteri KKLW tentunya dana besar dapat dikumpul untuk membiayai kempen Shafie Apdal.

2. Desas desus pertemuan Shafie dengan Pembangkang Sabah bukan lagi rahsia apabila siri perjumpaan Shafie Apdal di Semporna dan terbaru turut dibantu PKR Sabah.


3. Umum mengetahui Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia merupakan proksi dan kroni tegar Shafie Apdal. Shafie pernah menganugerahkan beliau kontrak Projek Bekalan Air Bandar ( BALB) dan beberapa projek Bekalan Elektrik luar bandar. Peter menjadi perantara bagi kontraktor yang ingin mendapat projek dari KKLW. Antara yang terkenal menjadi isu ialah ( setahun 2 kali) syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd miliknya

i.) KKLW/BALB/133/2011 :
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00


ii.) KKLW/BALB/173/2011:

Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00

4. Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd #dimiliki oleh

i.) Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham

ii.) Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham.

5. Peter Anthony didapati turut bersama dlm siri jelajah Datuk Shafie termasuk di Kota Belud baru-baru ini. Anthony akan menggunakan segala hubungan dan rangkaiannya mengumpul dana RM200 juta sebelum PRU 14 ini. Dari manakah lagi sumber lain kewangan Datuk Peter Anthony?

UMS ANTARA PENYUMBANG DANA DATUK PETER ANTHONY. SATU LAGI SUMBER DANA PETER!


6. Sejak 2002 di bawah Mantan Naib Canselornya Prof Datuk Seri Panglima Dr Mohd Noh Dalimin Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd telah mendapat kontrak Di UMS iaitu;

i.) Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid Dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada 15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00 [UMS BEN 11/2002]

ii.) Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00

iii.)Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00. [UMS BEN 25/2004]

7. Paling menggemparkan dan menjadi isu kes SPRM ialah 3 Februari 2012 apabila akhbar tempatan melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat beberapa pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di UMS. Datuk Peter Anthony didapati membuat tuntutan palsu. Elok kes ini dibuka semula sekarang.

8. Kes Asli Jati Engineering Sdn Bhd tidak pernah pudar, 9 September 2015 Datuk Peter Anthony menghadapi pula kes saman dari rakan perniagaannya Datuk John Ambrose Ketua UMNO Bahagian Penampang menuntut 10% komisyen dari projek bernilai lebih kurang RM70 juta untuk penyelengaraan Mekanikal dan Elektrikal di Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan. Surat-surat kes mereka 16 Jun 2010, 3 Jan 2011 dan 10 Mei 2011 didedahkan di mahkamah. [http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=103035]

9. Kes pukul warga tua pada tahun 2013 menyebabkan Peter Anthony ditahan polis dan dibebaskan dengan jaminan polis." dan pistolnya dirampas. Mangsa mengalami kecederaan ringan kepada hidung dan lebam dibahagian tangan dan kaki dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Sabah ketika itu Datuk Hamza mengesahkan kejadian. Bagaimanapun kerana Peter ni banyak duit maka kes diselesaikan apabila pelapor menarik balik laporan.

10. Peter Anthony Presiden KDM yang jutawan ini akan sanggup melakukan apa sahaja demi politiknya. Sebagai kuda Shafie Apdal, Peter akan sanggup berkorban untuk Shafie memandangkan semua rahsia Peter dipegang oleh Shafie. Kerajaan sepatutnya juga menamatkan semua kontraknya termasuk di Universiti Malaysia Sabah yang dikatakan masih sehingga sekarang. Sumber-sumber yang dia inilah digunakan untuk menyerang kerajaan kembali.

11. Kerajaan juga harus memeriksa maklumat mengenai penglibatan beberapa pihak kedutaan China di Malaysia yang terlibat membantu gerakan pembangkang di Sabah dan di negara ini. Pengkhianat negara akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat berkuasa mereka tertunai.

12. Sejak Jabatan Kehakiman AS diperalatkan menyerang institusi PM di Malaysia terdedah konspirasi pegawai kerajaan seperti SPRM, Mantan Peguam Negara dan Bank Negara. Percanggahan maklumat SPRM dan FBI jelas ada agenda tersembunyi pihak-pihak yang mahu kerajaan digulingkan secara tidak demokrasi.

13. Semoga mesej ini diambil perhatian oleh kerajaan pusat dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah. Selagi berkuasa gunalah kuasa itu. Arahkan semua agensi negeri serta UMS agar tolak syarikat yang jelas terlibat dalam memberi dana menggulingkan kerajaan.


Captain M
28 Julai 2016

#Nota: Mari kita lihat mampukan Peter Anthony mengumpul 200 juta? Benarkah dia akan terus setia dengan Shafie?

2 comments:

  1. Kami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
    Bantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
    Masalah, jika anda mempunyai masalah kewangan dan anda memerlukan dana
    Memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
    Bil, mulakan perniagaan yang bagus atau anda merasa sukar
    Dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
    Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

     "Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda,
    Anda dinasihatkan untuk menyelesaikan dan mengembalikan butiran di bawah ..

    Nama awak: ______________________
    Alamat anda: ____________________
    Negara awak: ____________________
    Tugas anda: __________________
    Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
    Jangka masa pinjaman: ____________________
    Pendapatan bulanan: __________________
    Nombor telefon: ________________
    Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
    Jika anda telah memfailkan pinjaman terdahulu, di mana anda dilayan dengan jujur? ...

    Bertindak cepat dan keluar dari tekanan, kekacauan, dan cabaran kewangan
    Hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e-mel:
    Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Kabar baik!! pencari pinjaman !!!

    Nama saya Alfred Daniel Nehemia dari bali Indonesia, roti CEO Daniel Bakery, Pertama-tama saya akan mengatakan bahwa Tuhan harus memberkati Lady jane karena mengenalkan saya kepada perusahaan pinjaman yang jujur ​​dan halal sehingga saya benar-benar percaya bahwa Anda memberi tahu rekan kerja bahwa saya mempunyai Ide bagus untuk memulai bisnis sendiri karena mendapat pekerjaan tidak mudah jadi saya pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman (Rp800 juta) tapi mereka semua meminta uang muka sebesar jumlah pinjaman saya tapi satu-satunya properti yang saya miliki adalah motor. Sepeda, yang membuat saya merasa kecewa
    Jadi saya mencari perusahaan pinjaman online tapi kebanyakan menipu dan menipu, saya hampir kehilangan harapan dan kepercayaan diri sampai saya membaca artikel tentang lady jane tapi saya tidak sempat menutup tapi membaca artikelnya jadi saya mencoba pencarian online lain yang disebut craigslist. org dimana saya melihat iklan perusahaan Dangote Loan jadi saya memutuskan untuk melamar dan menghubungi lady jane juga

    Dangote Loan Company memberikan pinjaman dengan tingkat suku bunga 2% dan tidak kurang dari Rp20 juta

    Saya mengikuti prosedur di sana, memberikan semua yang diminta, saya juga sangat takut, tapi untuk kemuliaan tuhan, doaku dijawab dan uang pinjaman saya ditransfer ke saya tanpa masalah.

    jadi jangan buang waktu anda kontak Dangote perusahaan pinjaman Via dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Anda juga bisa mencari di google untuk informasi lebih lanjut, ini nyata dan sangat nyata atau hubungi saya juga melalui email di alfreddaniel324@gmail.com dan juga di BBM: 7AEA8FA5

    ReplyDelete