Saturday, 4 March 2017

MRT CORP KURANG PANTAU, RASUAH DALAM GAMUDA BERLAKU LAGI & SPRM TERUS TAKUT SIASAT SYARIKAT TAIKUN?




[Baca di sini mengenai Gamuda & Splash]


1. Sebelum ini Captain M telah mendedahkan rasuah dan salahguna kuasa syarikat taikun besar Gamuda dalam Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands yang bersekongkol dengan Azmin Ali. Begitu juga kes rasuah SPLASH anak syarikat Gamuda melibatkan rasuah RM600 juta ketika penjualan SPLASH kepada Kerajaan Selangor. Tapi SPRM takut kepada syarikat taikun ini. Maklumlah projek mereka berbilion ringgit. Malah untuk menyatakan menerima laporan dan siasatan pun mereka tidak mampu lakukan. Mereka hanya berani pada pemimpin BN je.  Artikel seperti di atas boleh dirujuk.

2. Kali ini Captain M menerima emel dari orang dalam Gamuda sendiri mengenai rasuah dan salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan Gamuda iaitu Encik Param Sivalingam berjawatan Project Director MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line, Elevated MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd.
3. Semua pihak sedar MRT Corp telah menganugerahkan projek RM15.47bil pakej bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT). Selebihnya MRT Corp dan Gamuda melantik kontraktor utama mengikut pakej-pakej yang telah ditentukan oleh MRT Corp.


MRT Corp kurang pemantauan terhadap MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd- Rasuah &
salah gunakuasa berlaku


4. Umum juga mengetahui projek pembinaan MY Rapid Transit (MRT)  bernilai berbilion ringgit adalah antara projek yang dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencegah gejala rasuah terutamanya dalam proses pemerolehan dan pelantikan kontraktor malah ahli lembaga pengarahnya adalah bekas TKP SPRM (Pencegahan). Malah Zainal Adam, Pengarah SPRM Terengganu dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti untuk Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp). Gagah pada nama tapi jelas pemantauan mereka yang kurang terhadap Gamuda maka rasuah serta gunakuasa tetap berlaku. 




5. Menurut sumber dalaman gejala salah guna kuasa dan rasuah dalam pemerolehan projek MRT khususnya melibatkan MMC Gamuda KVMRT begitu kritikal. MRT Corp sebagai pemilik projek tidak memantau pemerolehan projek. Boleh jadi Tan Sri Dr Ali Hamsa KSN selaku Pengerusi MRT Corp juga tidak dimaklumkan kedudukan sebenar. Ini sekaligus mengambarkan saranan Ketua Setiausaha Negara yang mencadangkan agar projek melebihi RM500 juta melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sia-sia. Hanya gimik?

Tidak mungkin CEO MRT Corp Dato' Sri Shahrir Mokhtar terlepas pandang?
6. Ternyata CEO MRT Corp Dato' Sri Shahrir Mokhtar tidak mengikuti mekanisme syarikat untuk menyediakan saluran aduan bagi pekerja, konsultan, kontraktor dan orang ramai membuat laporan salahlaku. Malah kes-kes salah gunakuasa tidak dilapor kepada SPRM. Jika adapun diabaikan. 


7. Dalam kes salah guna kuasa dan rasuah pegawai Gamuda Param Sivalingam berjawatan Project Director MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line, Elevated MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd mencampuri urusan pelantikan kontraktor atau pembekal syarikat kontraktor utama yang diberi pakej kerja. 

8. Menurut sumber,  Param boleh 'bypass atau overoll' keputusan konsultan yang sentiasa mengikut peraturan dan SOP MRT Corp. Adalah jelas spesifikasi oleh MRT Corp bagi "Material and Worksmanship Spesification" namun Param menggunakan kuasanya melantik kontraktor berkepentingan dengannya yang sanggup membayar rasuah untuknya iaitu Syarikat  Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd bagi projek membekal bahan getah 'mechanical port bearing'. Amat jelas Param sebagai PDP telah melanggar tatacara kewangan kerajaan yang sepatutnya MRT Corp sedia maklum. Syarikat Hercules Sdn Bhd adalah syarikat yang gagal, tidak mempunyai kelayakan serta memenuhi kriteria MRT Corp dan SOP dari pihak konsultan. Dalam Projek MRT 1 Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd gagal untuk 'deliver product' kerana mereka hanya 'trader' bukan 'manufacturer'  sebenar.


9. Gamuda memaksa pihak Konsultan meluluskan produk 'testing' yang gagal walhal ini melanggar peraturan perolehan malah membahayakan nyawa orang ramai jika diluluskan. Terdapat aduan kesemua Konsultan PDP di bawah Param sentiasa ditindas dan disuruh untuk melanggar prosedur bagi memudahkan Param memberi projek kepada kroni beliau. SPRM wajar menyiasat kes ini.

10. PDP SSP Gamuda Param berkuasa dan 'ikut suka' kepada siapa dia hendak beri projek. Projek yang masuk tender bawah Kontraktor utama dan segala keputusan mesti mendapatkan kelulusan dari PDP. 'Main contractor' akan sukar mengeluarkan surat pelantikan subkontraktor jika tidak diluluskan oleh Param PDP. Mereka akan membelakangkan keputusan tender tetapi terus mengarahkan melantik syarikat yang dia hendak. Ini salahguna kuasa yang jelas! 

Berikut merupakan contoh "Main Contractor" SSP Line kemudian Param PDP akan mengarahkan konsultan menerima kontraktornya Hercules untuk membekalkan barang berkaitan. Kerja Param ialah menekan Konsultan dan Main Contractor. 




11. MRT Corp tidak memantau proses ini sehingga spesifikasi yang digunakan MRT Corp dijadikan sampah sarap. Jika begitu baik lantik sahaja MMC Gamuda melaksanakan projek bersendirian tanpa perlu melantik 'Main contractor' lain.

12. Pihak kerajaan melalui MRT Corp harus memastikan kesemua konsultan dibawah projek MRT 2 ini bebas dari segala tekanan atau ugutan sehinggakan melanggar prosedur Perolehan kerajaan. KSN sebagai Pengerusi MRT Corp sewajarnya ambil tindakan. Kenapa membiarkan pegawai Gamuda seperti Param Sivalingam menyalahgunakan kuasa dan mengambil rasuah dari syarikat seperti Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd.Pasti ada sebab jika Param berkeras  mengarahkan semua konsultan memilih Hercules Engineering Sdn Bhd melainkan kerana menerima habuan sebelum ini!. 

Konklusi

13. Dari apa yang berlaku dalam MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd - SSP Line ini serta kurangnya pemantauan dari MRT Corp adalah jelas SPRM tidak mungkin akan menyiasat syarikat taikun seperti Gamuda. Mereka seakan-akan dilindungi SPRM. Sebab itu siasatan terhadap Gamuda /Splash di negeri Selangor (artikel seperti di atas) tidak pernah dibuka. Malah tidak ada satu pun kenyataan media berkenaan laporan kes tanah paya Indah Wetlands dan penjualan Splash. Jawapannya adakah kawtim? Sama-sama fikir


Captain M
4 Mac 2017

4 comments:

  1. berbilion projek. siapa berani kacau.

    ReplyDelete
  2. Param India ni memang jenis melebih-lebih. semua dia hendak

    ReplyDelete
  3. CASH IS KING

    Cannot beat them
    Join them

    ReplyDelete
  4. CASH IS KING

    Cannot beat them
    Join them

    ReplyDelete