Sunday 14 May 2017

DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA!



Sama ada dia tidak berjawatan Mufti atau dilantik semula Mufti dia terus memungut wang dari derma orang ramai. Kali ini menjual meja berbuka puasa sehingga
satu pakej RM30 ribu. 


1. Dr Maza cipta kontroversi lagi. Sebelum ini Captain M telah mendedahkan  Dr Maza Mufti Perlis yang berpengaruh di MAIPs memberi keizinan kepada IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) miliknya mengutip zakat di dalam dan luar negeri Perlis. Ustaz Hasanuddin Yunus pendokong IKRAM adalah Naib Presiden PAN.


2. Apa Dr Maza kisah pada gerakan pembangkang yang mendapat dana dari projek kutipan Zakat. Asalkan dapat beri sumber kewangan. Dr Maza yang berpura-pura dalam media sosial sebagai marhean, memahami derita rakyat akhirnya bersekongkol dengan NGOnya menjual agama melalui kutipan dana Iftar Perdana IQ Malaysia secara berpakej sehingga RM30,000. Kecaman dan kritikan netizen akhirnya dia memadam status itu dalam Facebooknya.


Mufti Perlis Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia

3. Semakan di laman web Al -Qayyim diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bersama rakannya Ustaz Abd Rasyid bin Idris berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam. Tahun 2005 didaftar sebagai sebuah badan amanah sebagai Institut Al-Qayyim (IQ). Kini dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim dan Dr Maza sebagai Mufti terus kekal sebagai Penasihat pertubuhan ini walaupun sudah dilantik sebagai Mufti Perlis. Presiden barunya ialah Dr. Ustaz Rozaimi Ramle yang baru-baru ini terlibat dalam bantahan pindaan RUU355.


4. Dr Maza nampaknya mempunyai kepentingan dalam pertubuhan ini. Sebelum kembali dilantik sebagai Mufti tahun 2015, NGO inilah yang digunakan oleh Dr Maza sebagai platformnya. Hanya Facebook rasmi Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim sahaja yang dikemaskini termasuk hebahan kutipan derma dan video pendek ceramah Dr Maza seolah-olah bersedih untuk menghalalkan perjuangan kutipan derma pertubuhan itu. 

5. Jika Iftar Perdana IQ ini dijadikan medan mengutip wang sehingga penjualan meja setinggi RM30,000 sudah tentu audit akaun pertubuhan ini perlu didedahkan jika ia bertujuan mengutip derma untuk keuntungan. Menggunakan nama baik Mufti untuk mengutip derma adalah sesuatu yang sangat serius bagi seorang penjawat awam. Sebagai Pengasas dan penaung pertubuhan dipromosikan dalam Facebook rasmi Dr Maza ia jelas melanggar peraturan penjawat awam. Nama mufti digunakan untuk meraih kepercayaan orang ramai agar menderma.
"Berdasarkan Pekeliling perkhidmatan 3/1998 jelas bahawa penjawat awam tidak boleh mengumpul dana secara personal malah jika program kutipan derma dibuat perlu kebenaran. Sebarang hadiah melebihi RM500 perlu mengisi borang dan minta kebenaran dari Perbendaharaan melalui borang yang ada". 
6. Dr Maza adalah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam di USM (Prof Madya). Kali pertama dipinjamkan sebagai Mufti Perlis pada tahun 2006. Dilantik semula sebagai Mufti pada tahun 2015 menggantikan Dr Juanda. Dr Maza adalah seorang penjawat awam. Untuk apa Dr Maza selaku mufti dan penasihat pertubuhan mengiklan program mengutip derma jika bukan kerana ada kepentingan? Jika sebelum menjadi Mufti menjadi medan mengutip derma tak kan dah jadi Mufti terus menggunakan namanya untuk mengutip wang? 

7. Wang derma selama ini diterima pertubuhan wajar didedahkan kepada awam sebagaimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli baru-baru ini. Netizen pun mahu tahu jumlah kutipan yang dikutip atas nama Mufti ini. Apakah pertubuhan dari IKRAM pernah menderma kepada NGO Al Qayyim milik Dr Maza ini? Pastinya netizen mahu tahu.

8. Menjadi kemusykilan dana manakah pertubuhan ini gunakan ketika membuat aktiviti di luar negara seperti Indonesia dan Amerika Syarikat? Adakah juga dari kutipan derma orang awam? 

9.  Bukti lain kepentingan Dr Maza ialah bagaimana dia membantu Pertubuhan Al Qayyim (IQ) menggunakan kuasa muftinya. Gabungan Belia Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Perlis misalnya mendapat bantuan terus daripada Majlis Agama Islam Negeri Perlis dalam melaksanakan program di Perlis.

MAIPS akan bantu tak kalau bukan sebab
Dr Maza Mufti Perlis?


10. Allah itu Maha Besar. Dr Maza selalu sahaja mengata, perli kerajaan dan orang lain. Seolah-olah dia semua betul. Paling menjijikkan sikap beliau yang berpura-pura marhaen tetapi mewah di belakang. Tunjuk di facebook derita tetapi sisi lain dia makan mewah bersama pemimpin yang dia taat sahaja. 


11. Jika PM Najib selaku penasihat 1MDB sanggup tampil kehadapan menjelaskan aspek kewangan, disiasat dan memberi keterangan kepada SPRM, maka Dr Maza selaku penasihat Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Malaysia sepatutnya perlu tampil melakukan perkara sama. Beliau boleh meminta SPRM, pihak audit dan pihak polis menyiasat aliran kewangan pertubuhan ini. Benarkah kutipan dana orang ramai sejak 2005 tidak pernah diselewengkan? Berapa kali sejak menjadi Mufti, Jabatan Mufti Perlis dan MAIPs memberi bantuan kewangan atau perkhidmatan kepada NGO Al Qayyim? Rakyat mahu tahu.

Dr Maza walaupun berjawatan Mufti masih terus membantu malah memberi peruntukan untuk Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim. Pastinya kepentingan penjawat awam dalam meminta derma awam akan dipersoalkan. Wajar akaun IQ Malaysia ini disiasat SPRM


Nota: Apabila Dr Maza Mufti Perlis selaku Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Malaysia terperangkap. Gelabah!



Captain M
14 Mei 2017


12 comments:

  1. Kalau SPRM siasat bermakna ini rekod MUFTI pun kena.Mesti sokong SPRM

    ReplyDelete
  2. Boleh semak FB Dr Maza

    Iklannya masih ada. Penjelasan pun ada.

    https://www.facebook.com/DrMAZA/

    ReplyDelete
  3. Mcm adam rosly boleh cakap apa pun.
    Bila disiasat..nasi lemak k mana..berhutang ah long pula..so sprm siasat mufti
    Kat penang pun wang zakat pun kena seleweng..ni lglah duit derma..

    ReplyDelete
  4. itu pun tukar nama Admin. lawak maza ni

    ReplyDelete
  5. ada conflict of interest Maza dengan Al Qayyim ini. wajar disiasat SPRM

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Apa Hg duk merepek ni?
    Nama pon derma X untuk dakwah..X dak untuk kepentingan peribadi
    Kalau rasa Hg betul berani p la report SPRM jgn duk bebal kat sini ja...

    ReplyDelete
  8. Kalau ape yg maza buat ni mmg ikhlas kerna Allah...ape yg korang nk jawap depan Allah nnt sbb fitnah org tnpa bukti yg kukuh....

    ReplyDelete
  9. Buat captain M....ade bukti kkuh ke.
    .cba tunjuk kan...jgn cakap je...klau ape yg ko publish ni fitnah...tak takut ke gn azab Allah....ape ko nk jawap depan Allah nnt ...jgn di sbb kn xspendapat gn org ..sggup wat yg bkn2....

    ReplyDelete
  10. Ini Mufti Musang Berbulu Ayam. Jaga3 woi

    ReplyDelete
  11. Apa pun klu sprm siasat dan didapati ada kes maka eloklah ambil tindakan sewajarnya demi nama baik institusi mufti keseluruhannya.

    ReplyDelete
  12. This is really likewise an incredibly beneficial placing most of us severely encountered shopping as a result of. It truly is faraway from each and every day we have now possibility to think about something.Help Orphan

    ReplyDelete