Thursday, 27 July 2017

AKHIRNYA RM2.7B HARGA SPLASH NAMUN AZMIN MASIH 'DEMAND' MENGAPA?



1. 24 Julai lalu Azmin Ali MB Selangor berkata kerajaan pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun pada 26 Julai 2017 di Parlimen, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor bahawa Kerajaan Persekutuan belum menerima apa-apa permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembiayaan pengambilalihan ekuiti SPLASH.

2.  Apapun Azmin Ali pasti gembira, SPLASH yang sebelum ini diletakkan harga RM250.6 juta meningkat 10 kali ganda dan sepatutnya dimuktamadkan pada 7 Oktober 2016 tapi sengaja dilewat-lewatkan Azmin Ali bagi meningkatkan Receivables SPLASH sebanyak RM50 juta sebulan. Semakin lewat semakin tinggi. Jawapan di Parlimen boleh dirujuk dalam dokumen ini.

3. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk cadangan pengambilalihan SPLASH dengan harga RM2.7bilion secara lum sum iaitu 60% Kerajaan Persekutuan RM1.62 bilion) dan 40% Kerajaan Negeri Selangor RM1.08bilion. Bagaimanapun oleh kerana tawaran terlalu tinggi dari nilai asal RM250.6 juta Kerajaan Persekutuan bersetuju melantik penilai bebas antarabangsa Deloitte Corporation Solutions Sdn Bhd (Deloitte).

4. Akhirnya Azmin Ali tersenyum dengan penilaian itu apabila Deloitte mengesahkan nilai pengambilan SPLASH berjumlah RM2.7bilion merupakan nilai yang munasabah. Jika sebelum ini jumlah anggaran keseluruhan pengambilalihan adalah RM14,379,739,724 (14.3b) kini meningkat menjadi RM17,096,739,724 (17b) sekiranya SPLASH berjaya diambil alih. 

5.  Apa lagi helah Azmin? Sama ada Azmin bersetuju kaedah 60% dan 40% atau terus memberi alasan faktor kenaikan taarif untuk melengahkannya. Kerajaan Selangor juga tiada pilihan jika asyik berdolak-dalik kerana lesen individu (kemudahan & perkhidmatan) Air Selangor tidak akan dapat dikeluarkan oleh SPAN untuk beroperasi. 

6. Hati Azmin berbunga-bunga dengan nilai RM2.7b pengambilalihan SPLASH sekalipun komisen RM600 juta yang bakal diterima oleh PKR dan Anwar dijanjikan dahulu bakal terjejas jika Kerajaan Negeri Selangor terpaksa membiayai 40% atau RM1.08bilion.












Jumlah Keseluruhan RM 14,379,739,724 kepada 17B jika SPLASH selesai




Apakah 5 Oktober 2017 pengambil alihan SPLASH ini selesai atau tangguh lagi? Atau Azmin Ali dan SPLASH memohon tambahan harga melebihi RM2.7b? Sama-sama kita lihat apa lagi helah Azmin dan SPLASH!

Captain M
27 Julai 2017

1 comment: