Saturday 30 December 2017

SATU LAGI KES SHAFIE APDAL DAN PETER ANTHONY BAKAL DIKANDANGKAN OLEH SPRM KERANA KES RISDA!

PENYELEWENGAN DANA RISDA

1. Hari ini media perdana Utusan Malaysia menyiarkan dimuka depannya "Kes jualan tanah RISDA RM15.15 juta di Sabah: Bekas Menteri disiasat".


2. Kisah penyelewengan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW yang kini Presiden Warisan bersama Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd sudah didedah seawal 28 Oktober 2016. 




4. Plot pendedahan penyelewengan RISDA ini terus berkembang pada 11 April 2017. 
Ia memberi persoalan bagaimana dana deposit itu boleh diambil oleh firma guaman jika tidak ada penglibatan Menteri dan pegawai RISDA yang memperakukannya.

5. Lain-lain artikel berkaitan RISDA mengenai Peter Anthony Naib Presiden Warisan ialah dalam satu ceramahnya di Pensiangan mahu memansuhkan Geran Komunal untuk membina kilang namun lupa beliau songlap wang pendahuluan beli tanah RISDA RM15.5 juta lesap oleh firma guaman Micheal UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Peter Anthony. 


6. Dua hari lalu sebuah portal sabah iaitu Sabahkini2.com melaporkan Naib Presiden hilang 2 bulan dan gagal melapor diri ke pejabat SPRM dikaitkan dengan kes Risda.

7. Kita yakin siasatan SPRM dan kes ini bakal membuka tirai pada bulan januari 2018. Memetik laporan utusan Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan memang ada siasatan dijalankan berhubung isu pembelian tanah yang berkaitan namun beliau enggan memberi ulasan mengenai pihak yang terlibat dengan perkara itu.

“Biarlah pihak kami menjalankan siasatan. Saya tidak mahu isu ini dispekulasikan,” katanya.


Captain M
30 Disember 2017

4 comments:

  1. Dedahkan kes kes mereka sampai mereka disabit kesalahan sb melibatkan duit berbilion untuk rakyat!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. lihat surat khabar hari ini

      Delete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA