Saturday 22 October 2016

MUKHRIZ HINA RAKYAT TERIMA BRIM & ATLET PARALIMPIK TAPI SYARIKATNYA OPCOM DIBERI PROJEK RUNDINGAN TERUS HINGGA KE HARI INI DI TM! DIA KAYA RAYA LESEN HINA RAKYAT?


Penerima BRIM tiada maruah? Sekadar pancingan? RM 7b setiap rakyat Malaysia yang layak dapat BRIM. Mahathir bina KLCC untuk Kroni dan taikun sahaja. Apa salahnya rakyat dapat manfaat terus dari kerajaan?

MUKHRIZ ANAK ORANG KAYA HINA RAKYAT 

1. Dua twitter Mukhriz Mahathir menunjukkan "Mat Blur" anak Mahathir ni apa dia kisah perasan rakyat asalkan dia sendiri senang dan kaya raya.

i. #Bajet2017 Walaupun kita bangga kejayaan atlet2 paralimpik yg harum nama negara, kesian lihat mereka diguna oleh PM yg cemar nama Malaysia
ii. @NajibRazak #Bajet2017 teruskan bagi ikan. Tak perlu beri pancing supaya Rakyat terus bergantung harap kpd Kerajaan. Kemana maruah kita?

2. Bagi Mukhriz BRIM adalah ikan dan umpan kononnya menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan. Baginya konsep kroni macam bapanya Mahathir sejak 22 tahun jadi PM adalah terbaik. Beri jutaan dan bilion projek pada taikun, rakyat hanya tukang lihat hasil kerja bapanya dan taikun untuk dibangga. Wal hal BRIM yang kerajaan belanjakan hampir RM7b setiap tahun terus dinikmati secara langsung oleh rakyat yang layak. Mukhriz tidak rela. Kalau boleh berilah projek kepada kroni macam Mahathir beri projek kepada syarikatnya OPCOM HOLDING BERHAD tahun 2003 projek fiber optik. Bapanya Tun M walau tak jadi PM terus menekan semua PM agar menuruti semua kata-katanya. Tapi dengan PM Najib "No Way".

Tun M bapanya: Demi kroni dan anak-anaknya Mahathir sanggup menyerang Paklah...kini menyerang PM Najib. Dan keluar parti tubuh parti PPBM. 

3. Apa faedah bekas MB Mat Blur ini menghina atlet paralimpik. Mereka bekerja kuat dan bersungguh demi negara. Buktinya mereka berjaya. Mana-mana kerajaan pun mempunyai cara tersendiri menghargai atlet mereka. Kenapa perlu Mukhriz menghina mereka seolah-olah mereka mudah dipergunakan? Sepatutnya Mukhriz bersyukur rakyat mendapat manfaat. Jadi pemimpin bahaslah pada kelemahan bukan pada pemberian yang mereka sebagai rakyat telah terima dan hargai! Mat Blur memang otak mereng!

4. Bagi Mukhriz kebanggaan sebenar beliau ialah menjadi kaya, monopoli projek, beri pada taikun bapanya dan beliau serta keluarganya berlagak alim serta marhaen. Itu semua lakonan mereka sahaja.

APA DIA PEDULI RAKYAT. YANG PENTING DIA KAYA

5. Lihat saja pada 22 Julai lalu sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Dia menambah harta dan kekayaan!

Mukhriz hanya berlakon marhaen. Ketika suasana bising dia divert menambah saham. Tertipulah rakyat. Rakyat BRIM dia hina tapi dia kaya-kaya. 

6. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

7. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

8. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

9. Media melaporkan Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

10. Opcom Holding Berhad dan Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad sebagai PM. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme. Opcom pada tahum 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta #secararundingan terus" diberikan oleh Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan. Mahathir Mohamad ketika itu adalah PM dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini . [Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]

semasa jadi PM Mahathir beri projek Rundingan Terus kepada OPCOM HOLDINGS BERHAD. Semua spesifkasi kabel fiber optik perlu di rujuk pada Opcom. Akhirnya TM menjadi hamba Opcom untuk setiap tender TM. Opcom mengawal pengeluar kabel. 

11. Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta. Maklumlah surat wahyu MOF masih ada dan tekanan-tekanan Mahathir sejak Paklah menjadi PM. PM Najib sebenarnya malas nak ganggu business keluarga Mahathir ni tetapi Mahathir melampau dan tak pernah puas.

12. Kroni Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital. Mahathir ni apa lagi dia hendak. Syarikat FlyJet Sdn Bhd milik Tan Sri Lee Kim Yew penyewaan Jet Persendirian (Bombardier Challenger 604  dan Boeing 737) pun Mahathir pemegang saham syarikat itu bersama anak perempuan Tan Sri Lim. Belum masuk sisi YTL dan Berjaya Group!


Itupun Mahathir masih bising mengenai Jet. Sedangkan beliau sendiri adalah Ahli Lembaga  Pengarah syarikat proksi

13. Sudah tiba masanya Kerajaan Membatalkan monopoli Opcom dalam Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan. Beri peluang pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Mahathir. Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Ini tidak adil. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

14. Keluarga Mahathir anak-beranak terus kaya. Mereka sekeluarga tak kisah menghina rakyat yang mendapat BRIM. Bagi mereka rakyat yang terima BRIM tiada maruah.Malah mereka tidak pernah pun merasa hendak menolong Atlet Paralimpik. 22 tahun bapa memerintah apa dia beri pada atlet OKU?

15. Kita belum bercerita mengenai Taikun Mahahir seperti YTL dan Berjaya Group. Mereka yang memiliki IPP marah dengan IMDB. Percayalah Mahathir tidak akan pernah puas. Beliau akan mati sisi harta dan kehendak kuasa untuk anaknya. Dengan kekayaan Mahathir dibantu proksinya yang kaya raya Mahathir pasti sanggup melakukan apa sahaja.

Captain M
22 Oktober 2016

#Nota: Apa lagi Mahathir mahu? Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.



Tuesday 18 October 2016

SELEPAS PENGARAH & TIMBALAN: SPRM "SERBU" PEJABAT JABATAN AIR DAERAH? APAKAH NASIB JURUTERA JUTAWAN?



Jurutera Bahagian kaya raya. Rumah banglo mewah dan kereta mewah. Beliau hanya jurutera sahaja

1.  Captain M mendapat satu emel dari Sabah. Pada mulanya tidak mahu mendedahkan info itu. Namun apabila melihat perkaitan demi perkaitan isu maka Captain M paparkan pendedahan terbaru ini. 

2. 16 Oktober lalu SPRM membebaskan Ag Tahir Mohd Talib, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang direman pada 4 Oktober lalu bagi kes penyelewangan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion  dengan ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) RM500 ribu tanpa deposit dengan dua orang penjamin. 4 yang lain turut dibebaskan selepas itu. 

3.  Maklumat dalaman SPRM yang Captain M perolehi, hari ini (18 Oktober 2016) SPRM membuat siasatan dan serbuan di pejabat-pejabat Cawangan Jabatan Air bahagian/ daerah yang dikenal pasti berlakunya rasuah. Susulan maklumat diperolehi kehidupan mewah para jurutera jutawan  dan kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah. Terdapat 9 Jurutera Bahagian melibatkan 30 Daerah di Sabah. 'Bapa borek anak rintik' rasuah dan ketirisan bukan sahaja berlaku dari atas malah melibatkan semua bahagian serta daerah. 

Sila klik gambar.


4. Melihat kepada info-info yang diberi dari 9 bahagian itu satu Bahagian iaitu Jurutera Bahagian Beaufort mempunyai maklumat yang boleh SPRM siasat terlebih dahulu. Mungkin sejak Pengarah dan Timbalan direman ada kalangan pegawai JANS telah menghapuskan bukti, menyembunyikan wang "cash' di rumah dan pelbagai tempat. Bagaimanapun aset seperti rumah, kenderaan mewah, lesen perniagaan akaun peribadi dan juga Resort Penginapan amat mudah dikesan. 

Suhaimi Jurutera Bahagian berpakat dengan Azizah Saat Kerani JANS

5. Umum melihat gaya mewah Suhaimi Asbullah yang memiliki rumah mewah bak istana di Papar Sabah. Kenderaan mewah seperti Toyota Land Cruiser  SUV, Nissan Skyline dan lain-lain lagi. Maklumlah jurutera bahagian mestilah kaya rayakan. 



6. Selain dari itu maklumat dalam JANS Suhaimi mempunyai hubungan rapat dengan keraninya bernama Azizah Saat yang juga menjadi proksi Suhaimi. Azizah memjadi pemegang dana kepada Suhaimi. Perkara ini menjadi bualan mulut di JANS.


Rumah baru siap dibina

7. Syarikat millik Azizah iaitu Aza Holding dan beberapa syarikat yang digunakan oleh Suhaimi dan Azizah untuk membolot semua projek JANS Bahagian Beaufort Sabah. SPRM boleh memeriksa akaun syarikat ini dan juga akaun anak-anak Azizah yang dikatakan tersimpan beratus ribu.Mungkin juga juta. Bagaimana kerani yang hanya gred rendah boleh memiliki rumah besar, tanah, resort peranginan dan kenderaan sehingga 4 buah. Dari mana kerani boleh memiliki semua ini?Jawapannya adalah Suhaimi Asbullah. Perkara ini turut berlaku pada Jurutera Daerah Membakut. 

Memiliki resort atau chalet Teratak Aza di Membakut Sabah. Dari mana Azizah memiliki wang untuk perniagaan Enap desa ini?
Chalet teratak Aza- secara tradisional


 8.  Rasuah di JANS bukan sahaja berlaku di ibu pejabat tetapi berlaku di setiap Cawangan. 30 Cawangan dan 9 Bahagian. Inilah yang menyebabkan kerja-kerja pegawai JANS sangat buruk di kawasan. Mutu perkhidmatan sangat tidak memuaskan tapi mereka kaya raya dan senang lenang dari projek JANS di Sabah sama ada peruntukan persekutuan atau negeri. Semakin banyak projek Bekalan Air Luar Bandar (BELB) dan juga Projek Loji Rawatan Air KeTTha maka semakin berleluasalah mereka. Bertahun-tahun beberapa daerah tiada air walau paip dinaiktaraf. Mengapa? inilah puncanya. 

9. Mungkin serbuan SPRM kali ini di daerah akan berhasil? Sama-sama lihat. 

Captain M 

Monday 17 October 2016

BUKTI BARU! SONGLAP DANA RM3.3B, SHAFIE APDAL 'KAYAKAN' PEGAWAI KKLW UNTUK BERI PROJEK KEPADA PROKSINYA ?


Mantan Pegawai KKLW -Shafie Official 3

1. Sebelum ini Captain M sudah mendedahkan siapa SO1 dan SO2 yang berkuasa di pejabat Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW dahulu. Merekalah yang menentukan segala pergerakan dokumen dan arahan Shafie Apdal. malah mereka sangat kaya raya hingga kini. Kemewahan mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka sebagai Setiausaha. SPRM perlu menyiasat mereka ini dahulu. Merekalah punca-punca kepada bagaimana dana Bekalan Air Luar Bandar dan projek-projek lain disalurkan. Kontraktor menjaga mereka bagaikan "menatang minyak penuh". 

2. Pendedahan seterusnya ialah bagaimana Shafie Apdal mengkayakan pegawainya bermula dari KSU KKLW, Timbalan KSU, SUB dan Timbalan SUB. Bagaimanapun kali ini kita dedahkan mengenai TSUB yang menyediakan segala kertas kerja, ulasan sokongan untuk Lembaga Perolehan Tender (LPA) dan kepada MOF. Semua kontraktor datang berjumpa dengan beliau dan Menteri pula menggunakan beliau untuk ulasan kementerian bagi memberi projek kepada Proksi dan kroni Shafie Apdal. Kita namakan sebagai Shafie Official 3 (SO3). Dimaklumkan SO3 telah berpindah Kementerian.  



Mungkinkah mereka ini akan disiasat?


3.  SO3 memiliki Banglo Besar di Bandar Baru Bangi. Gaya hidupnya juga mewah tidak sepadan dengan Gred jawatannya M54. Suatu ketika walaupun beliau ada bos SUB yang berkuasa namun Menteri boleh berurusan terus dengan beliau. Semua urusan surat menyurat dan ulasan projek tender terhad diuruskan oleh SO3. Ganjarannya semua kontraktor memberikan manfaat kepadanya. menurut info dalaman katanya SO3 kaya raya semasa Shafie Apdal menjadi menteri. SPRM boleh menyiasat sumber mana kekayaan beliau dan bagaimana beliau memainkan peranan untuk Shafie Apdal. 

Gaya hidup pegawai Gred 54


4.  SO3 akan mendapat arahan dari Menteri KKLW terus atau melalui KSU/TKSU (SE).Segala urusan surat menyurat untuk Tender Terhad (Kawtim) diuruskan oleh SO3. Setiausaha Sulit Menteri KKLW akan memberikan arahan sesuai mengikut kehendak Shafie Apdal ketika itu.

Menteri minitkan arahan kepada SO3.  Shafie percya pada Pegawai SO3

Setiausaha Sulit Shafie Apdal (SO1 atau SO2) akan memberi arahan secara memo kepada Pegawai SO3.


Malah semua projek NKRA 2010 Projek Jalan Luar Bandar dulu yang dipohon oleh KKLW adalah atas tangan-tangan SO3. Semua Tender Terhad KKLW ini secara kawtim 10 syarikat. Harga telah ditentukan untuk 10 syarikat itu. (Lanjut sila Klik

Syarikat-syarikat yang dipelawa tender terhad ini sejak 2010 hinggalah 2015 pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan Shafie Apdal dan juga Pegawai SO3. Ada banyak lagi projek berbilion ringgit. 

SPRM jika berjaya menyiasat Pegawai Shafie Apdal SO1 dan SO2 termasuk mantan TSUB (SO3) pastinya akan dapat mengenal pasti kes-kes rasuah di KKLW termasuk penyelewengan dana RM3.3b di Jabatan Air Negeri Sabah. Malah akan menemui rasuah terbesar dalam Jabatan Kerja Raya di Negeri Sabah khususnya peruntukan NKRA 2010-2013 juga RMK 10. Kekayaan pengarah JKR Negeri serta pegawai-pegawainya juga wajar disiasat. 

Captain M


KP BARU SPRM TANGKAP RASUAH TERBESAR DI SABAH. APA STATUS SKANDAL MARA INC DI AUSTRALIA LIBATKAN SHAFIE APDAL?



SKANDAL MARA INC BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA TERLEBIH BAYAR $4.75 JUTA DOLAR (RM13.8 JUTA) OLEH DATUK MOHAMAD LAN ALANI 
PROKSI SHAFIE APDAL. 

1. Kisah Rasuah bekas Menteri KKLW Shafie Apdal mendalangi rasuah di Kementeriannya satu persatu terbuka. Tangkapan rasuah melebihi RM114 juta Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dari peruntukan RM 3.3B Kerajaan Persekutuan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) menunjukkan kerakusan Shafie Apdal. Walaubagaimanapun selepas kes Jabatan Air Sabah terdedah menjadi persoalan mengapa kes sebelum ini melibatkan Shafie Apdal dalam pembelian bangunan di Australia terus senyap  dan tiada khabar berita. Janji KP SPRM yang baru ialah memburu dan membawa pesalah rasuah ke mahkamah. Beliau juga pakar pendakwaan. Mari kita imbas kembali!

SIAPA SO1 dan SO2?

2. Pada Jun tahun 2015 Malaysia kecoh dengan isu MARA Inc tahun 2013 dilaporkan membeli Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta).

3. Sayap pelaburan mara terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

4. Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandarraya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air. Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran diluar negara.

5. Ketika isu ini berlaku Menterinya Dato' Seri Shafie Apdal lebih banyak berdiam diri dan menjadikan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa menjadi hulubalangnya. 28 Julai 2015 Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Menteri ini lebih sibuk memerangi IMDB dari menjawab isu kementeriannya. Menurut Annuar Musa projek ini dibawa dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi untuk kelulusan, sebelum itu Ahli Lembaga MARA dan kemudian diluluskan oleh Menteri yang bertanggung terhadap MARA. Ia selaras dengan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan seperti Ketua Pengarah MARA.

6. 26 Jun 2015, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

7. Siapakah pegawai yang terlibat yang dinamakan dalam Kes Skandal Dudley Mara ini? Siasatan mendapati bahawa terdapat dua orang pegawai tertinggi MARA yang terlibat iaitu Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan bin Allani mantan ADUN Sulabayan (Parlimen Semporna) dan Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman.

8. Dilaporkan selain Skandal Dudley, MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street. Bagaimanapun kes Dudley kelihatannya mengena! Anda boleh melihat sendiri syarikat-syarikat yang diwujudkan atas nama Datuk Mohamad Lan Alani. Dato Seri Shafie memang percayakan Datuk Lan Alani. Sebab tulah Datuk Lan ni kaya raya!








9. 28 Jun 2015, LEMBAGA Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membuat kenyataan media mempunyai keyakinan tinggi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia dengan bebas, telus dan profesional. Malah 27 Jun 2015 Datuk Seri Shukri Abdull, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM menafikan kritikan pelbagai pihak SPRM cuba "cover up" kes ini dari disiasat.

10. 23 Mac 2016, SPRM menahan Datuk Mohammad Lan bin Allani, Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan beberapa individu yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

11. 30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000.

BILAKAH SPRM AKAN MENDAKWA KES INI DI MAHKAMAH, LENGKAPKAH LAPORAN SIASATAN UNTUK DISERAH KEPADA PEGUAM NEGARA?

12. Kes Lim Guan Eng hampir dua bulan siasatan lengkap dan akhirnya didakwa. Kes Skandal Mara Dudley telah berlangsung lebih satu tahun namun tiada keputusan mengenainya. Apa kesudahan kes ini?

13. Datuk Mohammad Lan Alani selaku orang kuat Shafie Apdal (Mantan Bendahari Semporna) yang terlibat dalam urusan jual beli bangunan di Australia tentu lebih tahu. Bagaimana nama beliau digunakan dalam setiap urusan pembelian. Shafie Apdal sebagai menteri mempunyai kuasa meluluskan apa sahaja projek kementerian atas kuasa Akta Kontrak 1949. Datuk Lan Alani, CEO dan KP Mara hanya mengikut arahan Menteri. Minit-minit menteri mengarahkan jual beli pasti ada dan telah diserah pada SPRM.

14. Jadi apa lagi kerajaan hendak tunggu? Siasatan fail kes ini belum lengkap? Kes rasuah di Sabah Harap didakwa sebagaimana Lim Guan Eng. Pasti  Shafie Apdal selaku menteri terlibat. Dia berlagak bagus. Apa hendak ditakutkan. Buang semua ulat-ulat atau anai-anai tu. Apakah Datuk Mohamad Lan Alani sanggup menjadi pak sanggup dipenjara benteng Shafie Apdal jika sabit kesalahan? Shafie Apdal dah keluar UMNO maka Proksinya Mohamad Lan Allani akan membuktikan kesetiaannya? sama -sama menanti. SPRM rakyat mahu tahu! Pasti Datuk Mohamad Lan Alani akan membuka mulut jua!


Captain M

#rasuahShafieBedal

Saturday 15 October 2016

AKHIRNYA PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH & BEKAS TIMBALAN PENGARAH JANS "DIKANDANGKAN" SEKALI

[Saat-saat seperti ini Shafie Apdal dan para kontraktornya sedang berdebar menanti panggilan sayang SPRM. Lambat laun setiap kontraktor pasti akan buka mulut juga. Para pegawainya di KKLW Putrajaya dan yang pernah terlibat pula sedang tidak tidur lena. Puan Hartaty bekas TSUB Bahagian Infrastruktur yang tahu rahsia Shafie pasti tidak akan mahu masuk bersendirian. Bagaimana dengan SO1 dan SO2? Tidur lena?]




1. Seperti dijangka suspek kelima SPRM, Lim Lam Beng bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah semalam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa bernilai RM3.3 bilion di Jabatan Air Negeri Sabah. Aduan mengenai Lim Lan Beng sejak 2011 lagi. 

2. Lim Lam Beng berusia 62 tahun itu merupakan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara tahun lalu selepas berkhidmat 11 tahun di JANS. Selepas bersara, Lim dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah atas pengalamannnya untuk mengkaji kaedah meningkatkan Hasil Perolehan dari sumber air Negeri Sabah serta mengurangkan Non Revenue Water (NRW) yang merugikan Kerajaan Negeri.

3. Sumber SPRM berkata dakwaan rasuah mendapati Lim juga menerima sejumlah wang daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah di JANS satu ketika. Ia didedahkan oleh kontraktor dan saksi yang terlibat.

4. SPRM turut merampas dua buah kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser dan tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini. Lim direman selama enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Sabah.

5. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung siasatan kes ini tampil membantu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM. Setakat ini SPRM merakam percakapan lebih kurang 78 saksi berhubung kes terbabit.

6. Sebelum ini, pengarah dan timbalan pengarah JANS ditahan memiliki wang tunai dan aset bernilai lebih RM114 juta hasil rasuah projek Bekalan Air Luar Bandar Sabah bernilai RM3.3 bilion melibatkan kerajaan persekutuan.


7. Pendedahan Captain M berkaitan kuasa Menteri KKLW Shafie Apdal sebelum ini sejak tahun 2010 menyalurkan dana BALB kepada JANS dan persekongkolan Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah sebelum ini adalah sebahagian dari punca ketirisan dana kerajaan dan rasuah pegawai kerajaan. SPRM juga wajar menyiasat kontraktor proksi Shafie Apdal yang didedahkan melibatkan Datuk Peter Anthony Asli Jati Engineering, Chin Su Phin pemilik Poteck Enterprise Sdn Bhd dan lain-lain lagi wajar disiasat. Pegawai-pegawai KKLW yang kaya raya seperti Setiausaha Shafie Apdal ( SO1 dan SO2), serta SUB, TSUB wajar disiasat berhubungan penyaluran dana KKLW projek BALB dan infrastruktur lain. 

Siapakah mereka?

Friday 14 October 2016

SHAFIE APDAL 'TERKENCING": PEGAWAI KANANNYA SO1 & SO2 BAKAL DICEKUP SPRM UNTUK DEDAH RASUAH KKLW?


SO1 dan SO2 yang dipercayai Shafie Apdal. Merekalah yang menggerakkan Shafie Apdal. Mereka juga sangat kaya raya.

1. 4 Oktober 2016, Captain M kali pertama mendedahkan Kes Rasuah Pengarah Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dengan mendedahkan wajah sebenar Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib dan Teo Chee Kong. Penyelewengan RM3.3b dana persekutuan, penemuan RM3 juta tunai dan anggaran penemuan RM50 juta kekayaan sejak 2010-2016 [Klik]

2. 5 Oktober 2016, Captain M membangkitkan semula penemuan terbaru Kes rasuah Pengarah dan Timbalan Pengarah sejumlah RM52 juta wang tunai dan jumlah terkumpul rampasan melebihi RM100 juta. Termasuk abang Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu dan beberapa projek perumahan. [Klik]

3. 7 Oktober 2016, Captain M mendedahkan kerana dana infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 dana persekutuan yang dimonopoli adik-beradik, sanak saudara dan proksi pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri turut dirompak oleh Dato’ Seri Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah. Dana itu dari Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KKLW. Tan Sri Pairin Kitingan mengesahkan tidak melaksanakan projek BALB melalui kementeriannya KPLB. Shafie menggunakan kuasa Menterinya (Akta Kontrak 1949) untuk membelanjakan peruntukan KKLW tanpa kerajaan negeri. Contoh-contoh Shafie Apdal menggunakan kuasanya memberikan projek kepada Proksi dan kroninya disertakan. [ esoknya Shafie menyanggah Tan Sri Pairin Kitingan dan meminta SPRM orang ramai menghormati SPRM.- Dulu dia tidak hormat siasatan IMDB- Kena batang hidung]. 

4. 10 Oktober 2016, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015. Semakin cuak lah macai-macai Shafie Apdal dan para pegawai KKLW yang terlibat dahulu.

5. 11 Oktober 2016, Susulan dari respon Menteri KKLW, Captain M mendedahkan kejutan Dokumen-dokumen membuktikan bagaimana Shafie Apdal menggunakan kuasanya semasa menjadi Menteri dengan memperalatkan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973). Ia bukan sekadar projek BALB tetapi juga JALB, BELB dan semua projek KKLW. Berbanding Menteri-menteri lain Shafie Apdal satu-satunya menteri yang menggunakan kuasanya Akta Kontrak 1949 dengan cara menurunkan kuasa kepada pegawainya setiap projek KKLW sebelum LOA diberi kepada syarikat. Cara ini dapat memastikan KSU dan TKSU melaporkan terus kepadanya selaku Menteri bagi memastikan projek di beri kepada proksi atau kroninya. Malah beliau dapat mencampuri segala urusan perolehan Kementerian SETUJU atau TIDAK SETUJU. 

6. Apa seterusnya? Selepas Menteri menggunakan kuasa Menterinya dan juga Kuasa Akta Kontrak 1949, kali ini Captain M mendedahkan pula siapa pegawai kanan menjadi tunjang kepada Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Kenapa? dari sinilah kita mengetahui bagaimana semua Projek BALB menjadi rasuah terbesar di negeri Sabah. Dan lebih dari itu melibatkan peruntukan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah. Kita namakan mereka sebagai Shafie Official 1 (SO1) dan Shafie Official (SO2). Tanpa mereka Menteri tidak dapat melakukan apa-apa. SO1 Mengetuai semua urusan pentadbiran Pejabat Menteri dan SO2 membantu SO1. Sesetengah keadaan akan ada pegawai selain SO1 dan SO2. 

Datuk Peter Anthony Pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Proksi Shafie Apdal yang kaya raya kerana projek KKLW. Peter dikatakan menyediakan dana RM200 juta untuk kempen Shafie Apdal. Inilah masa Shafie Apdal membelanjakan semula semua wang haramnya dalam Pilihanraya. Shafie membeli Parti Kebangsaan Sabah (kini PKRS) dan juga membeli Darell Leiking serta pemimpin lain.Shafie tidak mungkin dapat memberi kekayaan tanpa bantuan SO1 dan SO2

i. Shafie Official 1 (SO1)

- Istilah rasmi SO1 ialah seorang Setiausaha. Tugas-tugas adalah seperti dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2012. 


- SO1 Shafie Apdal adalah orang kepercayaan Shafie. Segala urusan rasmi Kementerian dan tugasan menteri termasuk Projek dan peruntukan Shafie akan mengarahkan SO1. SO1 akan menyelaras semuanya dengan KSU, TKSU, SUB dll.

- Minit Menteri mengenai projek dibuat oleh beliau kepada pegawai-pegawai KKLW. KSU, TKSU dan SUB termasuk KP akan mengikuti arahan SO1 bagi pihak Menteri. 

- SO1 ini dikatakan kaya-raya sejak menjadi Setiausaha. Memiliki banyak rumah mewah dan sekarang menetap di kawasan elit Puchong D’ Alpinia. 

- Memiliki kereta mewah Velfire, porsche DLL.

- Memiliki pelbagai perniagaan termasuk Dobi Self Service di sekitar Equine Seri Kembangan.

- Menyimpan semua rahsia ‘komisen” projek Menteri. SPRM wajar menyiasat semua dokumen yang diminit Menteri, dimemo oleh SO1 kepada pegawai dengan mana-mana Projek yang diperolehi oleh syarikat sama ada SECARA TENDER TERHAD atau TENDER TERBUKA

- Jawatan SO1 pernah dibeku menteri akibat aduan kepada SPRM.Bagaimanapun selepas reda Menteri kembali menggunakannya

- Memeriksa akaun bank mereka. Gaji mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka tetapi hidup mewah. Malah berjawatan kanan dalam parti.

- Kini SO1 adalah CEO di sebuah Yayasan milik agensi kerajaan dan aktif politik.

ii. Shafie Official 1 (SO2)

- Istilah rasmi SO2 ialah seorang Setiausaha. Tugas-tugas adalah seperti dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2012.

- SO2 juga orang kepercayaan Shafie. Tugas beliau membantu SO1 Sebagai ketua jabatan. SO2 juga boleh mengeluarkan Memo arahan kepada semua pegawai KKLW atas arahan Menteri. 

- SO2 juga kaya-raya sejak menjadi Setiausaha. Memiliki banyak rumah mewah dan sekarang menetap di Ampang Selangor

- Memiliki kereta mewah porsche cayenne, porsche Panamera DLL.

- Memiliki pelbagai perniagaan termasuk Butik di Pasaraya MARA

- Menyimpan semua rahsia ‘komisen” projek Menteri. SPRM wajar menyiasat semua dokumen yang diminit Menteri, dimemo oleh SO2 kepada pegawai dengan mana-mana Projek yang diperolehi oleh syarikat sama ada SECARA TENDER TERHAD atau TENDER TERBUKA

- Pernah terlibat dengan Kes projek CIDB G6 (Kelas B) menaikkkan kos jalan Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4). Kerana Tender Terhad Projek CIDB G6 (dulu PKK Kelas B) sepuluh syarikat berpakat dan menaikkan kos melebihi RM10 juta sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan menolak permohonan KKLW ini dan pegawai dinasihatkan diberi tindakan tatatertib.

- Memeriksa akaun bank mereka. Gaji mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka tetapi hidup mewah. Malah berjawatan kanan dalam parti.

- Kini SO2 menjadi ahli politik dan ahli perniagaan sepenuh masa

PEGAWAI MANTAN KKLW BAKAL DI PANGGIL SIASATAN

7. Di bawah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakub ramai pegawai Shafie Apdal yang mengurus projek KKLW kini dipindahkan kementerian lain. Walaubagaimanapun mereka kaya-raya. malah Juruteknik di KKLW pun kaya. 



Nama-nama pegawai ini tidak asing lagi dikalangan pegawai KKLW yang melaksanakan arahan Menteri. Sama ada Menteri mengarahkan KSU, TKSU (SE), SUB Infrastruktur atau TSUB. Mereka telah dipindahkan ke tempat lain seperti KeTTHA dan lain-lain. Walaubagaimanapun dokumen-dokumen projek masih wujud untuk semakan. Kerjasama KKLW dengan SPRM pasti menemui dokumen-dokumen membuktikan rasuah Menteri serta pegawai-pegawainya.

Permohonan jabatan/agensi atau syarikat yang biasanya diminitkan oleh Menteri. Sesetengahnya minit ditujukan kepada TSUB Infrastruktur untuk tindakan. Semua kertas pelaksanaan projek dibuat oleh TSUB. Termasuk membuat permohonan kepada MOF jika perlu. Semua modus operasi Shafie sama sahaja. Projek BALB, JALB, BELB dan lain-lain.




SO1 dan SO2 akan memokan pegawai berkaitan projek. Jika kontraktor itu proksi mereka atau mereka mendapat habuan maka mereka akan memprosesnya hingga selesai tender. Para macai Shafie tidak mahu mempercayai segala dokumen yang ada. Mereka taksub pemimpin mereka RASUAH. Mereka taksub sedangkan Shafie Apdal kenyang berbilion ringgit. Jika Pengarah dan Timbalan boleh mengumpul yang banyak wang sudah tentu SO1, SO2 dan pegawai-pegawai KKLW "kenyang'.  



8. Jika projek itu melebihi RM 10 juta memerlukan segera perolehan tender terhad. Menteri akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghantar permohonan kepada MOF. Kebanyakannya tidak dibawa ke Lembaga A dari segi pemilihan dan penilaian syarikat. 10 syarikat ditetapkan sebagai "Dummy". Kuasa Menteri.


SOI atau SO2 sentiasa memantau pegawai agar mematuhi arahan Menteri. Apatah lagi kalau syarikat itu telah memberi dana lebih awal. Semua pasti jadi. Jika surat MOF gagal hantar lagi berkali-kali.

9. Jadi anda hairan dengan penyelewengan dana RM3.3B? Ketirisan berlaku disetiap peringkat. Jika Dato' Sri Ismail Sabri benar-benar memberi kerjasama kepada SPRM pasti akan menemui ketirisan yang besar pada projek NKRA 2010-2013 dan RMK10 itu. Jika sebahagiannya boleh dirembat oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah bagi dana BALB berapakah pula agaknya Menteri KKLW, SO1, SO2, para pegawai KKLW rompak? 


Captain M

Wednesday 12 October 2016

PENYALAHGUNAAN PERUNTUKAN INFRA AIR KKLW RM3.3B DI SABAH HANYA 'TIP OF THE ICEBERG'


Bila pecah dan meletup. Dia berlagak suci tidak rasuah. Menyalahkan orang lain rasuah. Tetapi beliau adalah raja rasuah.


01. Kes rasuah melibatkan Pengarah dan Timb Pengarah Jabatan Air (JBA) Sabah dengan peruntukan infra air daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya melalui KKLW, hanyalah sekadar 'Tip of The Iceberg' sahaja. 

02. Sejak DSSA menyandang jawatan Menteri KKLW sehinggalah dipecat pada 2015, peruntukan KKLW di Sabah yang DAHULUNYA RELATIF KECIL, tiba-tiba melonjak mendadak sehingga berbillion-billion setahun.

03. Sebenarnya, peruntukan berbillion ini adalah bukti keikhlasan dan kesungguhan YAB DS Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri untuk membalas "Budi Baik" rakyat Sabah yang mempertahankan kerajaan BN di Putrajaya serta keinginan beliau untuk melihat pembangunan Sabah setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

04. Persoalannya, adakah peruntukan berbillion ini benar-benar menepati sasaran perlaksanaannya dalam memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Sabah?

05. DSSA boleh berbanggalah, kononnya telah berjaya mencapai 95% KPI NKRA dalam perbelanjaan KKLW. Namun duit yang dibelanjakan itu berapa peratus yang sampai untuk manfaat rakyat Sabah?

06. Sejak mula menjawat jawatan Menteri KKLW sehinggalah beliau kehilangan jawatannya, DSSA TIDAK PERNAH sekali pun berkunjung hormat kepada YAB DSP Musa Aman, Ketua Menteri Sabah untuk memaklumkan atau berbincang mengenai halatuju dan juga keutamaan KKLW di Sabah.

07. Desakan demi desakan agar KKLW memberi peluang kepada Kerajaan Sabah, melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah untuk diberi peranan sesuai dengan konsep "Penurunan Kuasa" seperti yang disebut-sebut dalam MALAYSIA AGREEMENT (MA63) hanya masuk telinga kanan DSSA dan keluar dari telinga kiri beliau. 

08. Keenganan DSSA melayani permintaan Kerajaan Sabah ini berkemungkinan besar didorong oleh keinginan beliau yang tidak mahu 'kehilangan kawalan' terhadap 'Lubuk Emas' yang sangat bernilai untuk Agenda Peribadi dan Politik yang hanya beliau ketahui.

09. Akhirnya, kebanyakan peruntukan tersebut dibelanjakan BUKAN untuk keutamaan yang ditentukan oleh Kerajaan dan rakyat Sabah. Sebaliknya, ia lebih kepada perbelanjaan "Contractor-driven" yang menyebabkan ketirisan yang sangat merugikan!

10. Perbelanjaan peruntukan berbilion KKLW di Sabah rupanya hanya "Indah Khabar dari Rupa" dan rakyat Sabah terus dihantui masalah paip yang tidak berair, jalan luar bandar yang penuh lumpur dan rumah-rumah kampung yang tidak menikmati bekalan elektrik.

11. Peruntukan KKLW berbilion digunakan untuk mengkayakan kroni dan macai serta beberapa orang Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah yang telah 'dirunding' untuk memudahkan ketirisan berlaku.

12. Peruntukan berbilion ini juga digunakan untuk 'membeli kesetiaan' beberapa pemimpin UMNO bahagian agar dapat diperguna bagi menggugat kestabilan kepimpinan Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Hj Aman. Antara yang terpalit angkara jahat ini termasuklah DS Lajim Ukin, Datuk Jumat Idris dan beberapa Ketua Bahagian yang akhirnya berpaling tadah dan kembali menyokong kepimpinan DSP Musa Hj Aman.

13. Sementara itu, terdapat beberapa orang usahawan kecil yang secara tiba-tiba menjadi Jutawan Segera yang terkenal di Sabah hasil daripada tangan-tangan ghaib dari KKLW. Antaranya seperti (Datuk Peter Anthony, Presiden NGO KDM yang dikatakan menerima banyak keistimewaan dari KKLW secara langsung dari syarikat miliknya mahupun daripada syarikat-syarikat milik orang lain yang digunakan untuk projek KKLW dalam bentuk 'Selective Tender'

14. Sehinggakan Datuk Peter Anthony mampu menaja Pertandingan Bolasepak KDM dengan hadiah-hadiah Tunai ratusan ribu ringgit di samping memiliki Pasukan Bolasepak sendiri yang bertanding di Liga Bolasepak FAM yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan ratusan ribu hingga jutaan ringgit setahun. 

15. Datuk Peter Anthony juga dikatakan individu utama yang menaja parti baru yang diterajui DSSA, sebagai mengenang budi tangan yang memberinya keistimewaan dan kemewahan yang tidak pernah termimpi olehnya. Kes SPRM tuntutan palsu RM40 juta di UMS wajar dibuka semula oleh SPRM. Kes itu senyap hingga kini. Rakyat hendak tahu.

16. SPRM sewajarnya membuka ruang lingkup siasatannya kepada peruntukan-peruntukan KKLW lainnya di Sabah termasuk Projek Jalan Luar Bandar, Jalan Kampung, Bekalan Letrik Luar Bandar dan lain-lain yang banyak dibuat secara Tender Terhad. 

17. Isu ketirisan di Jabatan Air Sabah yang melibatkan peruntukan RM3.3 Bilion dari Persekutuan yang kebanyakannya dari KKLW merupakan "Tip of The Iceberg"di Sabah. How about the other states in Malaysia including Sarawak?!

By

1252;12102016
 AKU BUKAN STARRING