Saturday 5 November 2016

HILANG RM100 JUTA? : DUA KEMENTERIAN TERLIBAT. KAWAL PENGILANG & PEMBUNGKUS MINYAK MASAK YANG DIBERI KOUTA MINYAK MASAK BERSUBSIDI & RASUAH PEGAWAI KEMENTERIAN





1. Beberapa bulan lalu sudah ada desas –desus kenaikan harga minyak masak dan pemansuhan Subsidi minyak masak. Tapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak bijak bermain komunikasi. Bermain tarik tali.

2. Akhirnya Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016 mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016

3. Belum reda kenaikan minyak Petrol dan diesel nampaknya sentuhan terus kepada “suri rumah” di dapur menggegarkan negara. Apapun untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran.

4. Katanya tindakan ini dapat mengelak kerajaan daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan.


SKIM Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) Antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

4. Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu mengawal harga minyak masak untuk pengguna di samping untuk menampung kerugian yang dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi.

5. COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai salah satu langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

6. KPDNKK sendiri memaklumkan sejak Mei lalu mereka mengaktifkan skim penstabilan harga minyak masak di pasaran tempatan memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan paras harga siling semasa dikekalkan. Sejak Mei mereka berusaha bertahan untuk Harga siling bagi bungkusan paket minyak satu kilogram ialah RM2.50 manakala minyak dalam botol masing-masing seberat satu, dua dan tiga kilogram ialah RM3.30, RM6.25 dan RM13.35. Namun pada 1 November KPDNK dan MPIC tewas. 

7. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang bertanggugjawab memberi kelulusan Kouta Minyak Masak Bersubsidi Mei 2016 berkata kerajaan membayar balik kerugian yang dialami oleh pengilang dan pembungkus minyak masak secara berperingkat-peringkat, dengan anggaran pembayaran balik sebanyak RM145.41 juta bagi tempoh Januari hingga Mei lepas.

8. Tuntutan yang diterima antara Januari dan April 2016 berjumlah RM74 juta. Daripada jumlah itu, bayaran pertama sebanyak 10 peratus yang bernilai RM7.4 juta, melibatkan 11 kilang penapis dan 193 pembungkus minyak masak, pada 18 Mei 2016. Bayaran balik selebihnya akan berdasarkan semakan terhadap borang tuntutan serta borang sokongan. Tarikh akhir ketika itu untuk menghantar borang tuntutan ialah pada 30 Jun 2016.

9. Boleh anda bayangkan berapa agaknya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bayar kepada pengilang dan pembungkus minyak masak pada Ogos- Oktober 2016? Jadi menuduh KPDNKK seorang sahaja belum cukup. 

10. Berikut menunjukkan Subsidi minyak masak yang telah dibayar oleh kerajaan kepada pengilang dan pembungkus minyak masak bersubsidi





11. Sejak 2010 misalnya kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh kerajaan.

12. Kerajaan Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit. Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan RM1 billion setahun.

13. Jadi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia, penjualan-penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit dan kerajaan hanya mengutip duti dan levi melalui jualan tersebut. Adalah jelas hasil pendapatan berkaitan kelapa sawit yang dikutip kerajaan tidak dapat menampung subsidi minyak masak yang dibelanjakan setiap tahun. Subsidi minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, malah para pemborong dan peruncit juga menyorok bekalan minyak masak.


Tapi siapakah puncanya?




14. Pertama, Kerajaan mesti mengawal pemberian kelulusan kepada Syarikat yang mendapat Kouta Minyak Masak Bersubsidi di negara ini. Jika ada 23 pengilang dan 193 Pembungkus Minyak masak ( mungkin lebih) kerana mereka ada satu dari puncanya ketirisan subsidi. Di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak /Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) subsidi dibayar kepada mereka. MPIC dan MPOB yang meluluskan kouta ini harus melantik syarikat yang layak. 

Satu contoh surat kelulusan Kuota Minyak Masak Bersubsidi kepada syarikat pada tahun 2015. Berapa jumlah sebenar pembungkus minyak masak bersubsidi? setakat yang dipaparkan dalam media ialah 193 Pembungkus minyak masak. ( mungkin lebih) dari data MPIC.






15. Walaupun ada pelbagai syarat ketat namun ada syarikat yang tidak layak dan menjual kouta mereka kepada pihak lain. Bayangkan kouta minyak masak bersubsidi di jual negara yang mempunyai keuntungan lebih tinggi berbanding dalam negara. Dikatakan minyak bersubsidi yang dijual dalam negara syarikat pembungkus mendapat keuntungan minima RM0.30 sen perKg berbanding dijual di luar negara RM3.00 PerKg. Jika ada kouta minyak masak 200 tan sebulan pun dah banyak!

16. Di peringkat ini pegawai-pegawai atasan MPIC dan MPOB harus diberi perhatian. 

17. Kita tidak mahu pengilang dan pembungkus minyak bersubsidi bersekongkol dengan pemborong, peruncit dan pihak-pihak lain menyebabkan minyak bersubsidi tidak sampai kepada rakyat.

18. MPIC dan MPOB juga harus bertegas mana-mana syarikat diberi kelulusan kouta minyak masak bersubsidi jika terlibat dan menyalahgunakan lesen mereka, maka lesen mereka perlu ditamatkan. 

19. Kedua, Penguatkuasaan dibawah KPDNKK kerana merekalah yang melaksanakan tanggungjawab dalam semua Skim Penstabilan Harga Barang bukan setakat Harga Minyak Masak. Para Penguatkuasaan KPDNKKlah yang akan bertindak menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. 

20. Jika Para Pegawai KPDNKK ini melakukan rasuah bersekongkol pengilang, pembungkus, pemborong, pengedar dan peruncit keadaan akan lebih buruk. Kouta Minyak Masak bersubsidi yang sepatutnya dibekalkan ke satu kawasan tidak dihantar mengikut jumlah sebenar. Namun Pegawai KPDNKK mengesahkan tuntutan syarikat itu. Belum masuk minyak subsidi yang sampai di pasaraya disembunyikan dan ditukarkan semula kepada bungkusan atau botol supaya dijual tanpa subsidi. 

21. Sikap leka dan lalai dalam kerja lebih memburukkan keadaan. Kekurangan Pegawai Penguatkuasa tidak boleh dijadikan alasan. Pegawai harus pergi segera ke meneriksa semua premis. Jangan tunggu aduan sahaja!

21. Para pegawai KPDNKK yang hidup mewah biasanya melakukan cara bijak mencuri subsidi ini. Anda lihat gaya hidup Pengarah KPDNKK di negeri dan cawangan. Apa mereka buat, kenderaan, rumah dan akaun mereka? Jika ada elok laporkan kepada SPRM. Pegawai Gred 44, 48,52 dan 54 di setiap negeri mana mungkin mereka berpendapatan tinggi. Jika hidup mewah bermakna mereka "kawtim" dengan pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit. 

22. Ketiga ialah kelalaian agensi kerajaan menjalankan penguatkuasaan di pintu sempadan negara. Mereka gagal mengawal selia pintu keluar masuk negara. Bukan sahaja minyak masak tetapo melibatkan barang lain. 


23. Antara laluan penyeludup yang popular adalah Padang Besar di Perlis; Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak serta Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor di Kelantan. Dalam masa sama, kawasan bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Brunei tidak terlepas menghadapi masalah tersebut.

22. KPDNKK, Jabatan Imigresen, kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) perlu berfungsi baik. Jauh lebih buruk jika rasuah berlaku berleluasa di kawasan sempadan ini. 

23. Dua kementerian ini KPDNKK dan MPIC yang bertanggungjawab terhadap minyak masak bersubsidi mesti bertegas melaksanakan tanggungjawabnya. Penguatkuasaan sepanjang masa. Jangan kerana pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit rakyat menjadi mangsa!

24. Sebagaimana  kata Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata operasi berterusan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan yang sepatutnya sampai kepada pengguna.

25. KPDNKK katanya akan memastikan pengilang, pembungkus dan pemborong berlesen mengeluarkan bekalan minyak masak mengikut kuota yang ditetapkan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan itu.

“Isu yang timbul mungkin pengilang ada masalah teknikal dari segi maklumat dan kuota yang ditetapkan, jadi kita akan pastikan pembungkus mendapat bekalan secukupnya daripada pengilang untuk diedarkan kepada pelanggan masing-masing.

“Pengilang, pembungkus dan pengedar mesti laksanakan tugas mereka jika tidak kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya

Harapnya semua masalah ini selesai dengan segera. 

Monday 31 October 2016

TERDEDAH HUSNI MK2 DAN SUPOL SAPU BERBILION RINGGIT! BILA DIGUGUR KABINET MEROYAN DEDAH IMDB

Lumrah manusia. Dah dapat apa dia hendak semua kata-kata adalah manis. Bila dah tiada mulalah bercakap kononnya atas nama kebenaran dan lain-lain.
Cukup-cukuplah. SPRM bolehlah menyiasat. Sejak sekian lama dan SPRM juga pernah melakukan siasatan terhadap Shamsul Zairil ini.

1. Selepas Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah digugurkan sebagai Menteri Kewangan Kedua beliau berkata;

"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan. 
"Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," 

2. Hakikatnya semua itu retorik sahaja. Yang paling jelas Kementerian Kewangan telah mengkayakan Husni Hanazlah, SUPOL, para pegawainya dan proksi-proksinya. Kerana sudah terbiasa sejak 2008 menggunakan kuasa Menteri Kewangan maka Husni tak mungkin mahu dipindahkan ke kementerian lain. Disinilah membuktikan wajah-wajah pengikut Anwar Ibrahim atau tidak. Selepas tiada jawatan mulalah mereka meroyan bertanya soalan bodoh di Parlimen walaupun Husni pernah menjawabnya di Parlimen. Semua ini satu cara persepsi memburukkan PM dan Kerajaan. Kerana dendamnya Husni sanggup melakukan apa sahaja.

3. Apa lagi Husni Hanazlah mahu? Berbilion dah mereka rembat dana dari projek-projek Kementerian. Semua projek tender RM 50 juta dan tender terhad kuasa MOF. Jika tidak Menteri Kewangan 1 yang mempengerusikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) maka MK2 akan mempengerusikannya. (JMPK1 atau JPMK2). Banyak lagi kuasa kewangan lain yang Husni amat sayang MOF ini. MK1 sebagai PM penuh dengan kesibukan maka Husni selaku MK2 yang berkuasa pada projek bernilai RM150 juta kebawah merompak dengan penuh cermat tanpa bukti!. Berapa banyak individu dan ahli korporat mendapat pelepasan cukai atau rayuan cukai oleh Husni? 

4. Apakah kerana projek sambungan New Pantai Expressway (NPE) yang bernilai RM2 billion yang anaknya Khalid Ahmad Husni ada didalamnya telah dibatalkan mengundang kemarahannya? 

Husni bukan setakat ini dia boleh rembat. Tanpa minta dengan PM atau MK1 pun dia rembat pelan-pelan. Sebab tu Husni tiada kesungguhan menjawab isu IMDB dan GST. Dia kenyang sendiri. Cuma kali ini dia tertangkap kantoi

Khalid Ahmad Husni

5. Tidak mungkin kerana NPE!. semua kerana kuasa sebagai Menteri Kewangan Kedua. Husni sudah mengumpul kekayaan dari MOF sejak 2008 lagi. Jika tidak percaya anda boleh menyemak kekayaan para pegawainya seperti Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), SUSK, SUS dan Setiausaha Politiknya serta mengenal pasti para macai kontraktornya.

Dari PTTK, SUSK hingga Setiausaha Politik MK2. Husni Hanazlah sangat percayakan beliau. 

6. Salah seorang pegawai kesayangan dan kepercayaannya bab dana dan projek ialah Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin. Sejak 2008 sebagai PTTK hinggalah kecoh mengenai SPRM berhenti sekejab kemudian bila keadaan tenang kembali menjawat jawatan sebagai SUSK kerana kekosongan. Ketika sebagai PTTK pun Shamsul kaya raya kerana ketika projek NKRA 2010-2013 Projek Luar Bandar perlu dilaksana dengan cepat. Maka banyaklah kelulusan tender terhad diberi. KKLW antara kementerian yang banyak melaksana projek ketika itu. Bayangkan setiap kali diluluskan Tender Terhad dan apabila diperakukan semula ke MOF, manusia bernama Shamsul Zairil ini merembat hasilnya. Anda boleh bayangkan ketika Shamsul menjadi SUSK yang mempunyai kuasa lebih besar bagi pihak Menteri Kewangan Kedua. 

Kelulusan tender terhad MOF pun mereka rembat, selepas Lembaga Perolehan A kementerian membuat keputusan kontraktor maka pekeliling menetapkan bahawa Tender terhad RM10 juta ke atas perlu diperakukan oleh MOF. Maka JPMK1 atau JPMK2 menentukan dengan ulasan kertas cantik dari Bahagian Perolehan MOF. Selesai sahaja maka Shamsul Zairil dan pegawai-pegawai MK2 mengutiplah
 wang mereka. 



7. Boleh disebut taikun Sabah seperti Sin Kong, Andrew Wah dan lain-lain lagi yang memberi ratusan juta "komisen' kepada Shamsul Zairil ini. Shamsul Zairil bersekongkol dengan Bahagian Perolehan MOF iaitu Dato' Fauziah Yaacob ketika itu. Baru satu kementerian belum masuk kementerian lain yang melaksana tender terhad, terbuka yang memerlukan kelulusan dan perakuan semula MOF.

8. Menteri Kewangan Kedua lebih berkuasa dari Menteri-menteri lain. Jika Pekeliling kata tidak boleh pun atas kuasa Akta Fungsi-fungsi Menteri dan Akta Kontrak 1949 mereka tetap berkuasa. Kita boleh lihat satu contoh bagaimana Bahagian Perolehan MOF bersekongkol dengan MK2.

Tender Terhad dilulus dalam JPMK 1 tetapi penambahan 1 lagi kontraktor proksi Menteri dan Dato Fauziah dilakukan dalam JPMK2 yang di pengerusikan Husni Hanazlah.  Projek RM 179.5 juta bro!

Kuasa MOF boleh masukkan kontraktor lain. 10 kontraktor yang memohon berpakat tetapi dimasukkan satu entiti kontraktor lain yang tiada dalam pakatan tender. Agak-agak apa jadi?


Selepas keputusan JPMK2 maka surat dihantar kepada kementerian berkaitan. Begitulah berulang-ulang kali MK2 dan para pegawainya boleh melakukannya. 

9. Dengan kuasa seperti di atas agak-agak ada tak Menteri hendak berhenti secara sukarela? Ada satu kes tender Kastam bernilai RM300 juta sentuhan Husni Hanazlah. Yang ni anda baca sendiri dalam blog theunspinners. Yang lain kita muntah satu -satu. Kalau Mr Husni Hanazlah ni bercakap lagi kita beri buah lain pula. 


Sejak 2008 Husni Hanazlah jadi Menteri Kewangan. Bersumpah pula atas nama Allah. Sumpah mereka makan diri sebab tulah mereka ni meroyan!


Captain M
31 Oktober 2016

Sunday 30 October 2016

KEJUTAN MENGGEGARKAN: DR NAJMIL AKAN DEDAH RAHSIA SHAFIE APDAL ASALKAN DIA DAPAT JAWATAN PENTING DI FELCRA!

Bagaimana agaknya Dato' Dr Najmil mantan SUS Kesayangan Shafie Apdal dapat memujuk YB Dato' Sri Bung Mokhtar Pengerusi FELCRA melantik beliau di jawatan penting Felcra sebagai Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad? Kalau Dato' Seri Shaffie Apdal pun dia lipat inikan Pengerusi dan Perdana Menteri. 

1. Selepas Pengakuan Pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent mengenai Wang Zahida Rafik RM200,000 dulu kini siapa sangka mantan orang kanan Shafie Apdal yang dulunya adalah Setiausaha Sulit (SUS) kepada Menteri KKLW menguruskan segala dokumen, urusan menteri dan projek kementerian membantu SUSK Menteri di KKLW boleh berpaling tadah dengan bos lamanya Shafie Apdal?

2. Berapa banyak urusan sulit, projek dan proksi Menteri dibawah pengetahuannya. Semua rasuah, dana proksi, syarikat proksi Shafie Apdal seperti Datuk Peter Anthony, jutawan Sabah dan Sarawak yang menghantar wang politik dalam pengetahuannya. Hanya perlu tekan butang "hijau" sahaja. Tapi kini beliau sanggup berpaling tadah untuk menyerang dan mendedahkan siapa sebenarnya Shafie Apdal. Sebelum SPRM menyiasatnya ada baiknya bekerjasama.

3. Tidak hairanlah hari ini banyak pendedahan dan info berkaitan Shafie Apdal tersebar. Apakah ini sebahagian dari info yang dibekal Dr Najmil ini? Sama ada secara langsung atau tidak. Kita cuma berharap Dr Najmil benar-benar tampil ke depan melawan secara terang-terangan fitnah Shafie Apdal seperti hal IMDB yang jelas semasa beliau menjadi menteri menerima Fact Sheet IMDB. 

Kamu ada? orang kuat Shafie yang menentang kerajaan dilantik sebagai
 Ketua Seranta? Strategi apa agaknya yang terbukti dia akan lakukan? Selain kaya raya dari hasil SUS bersama Shafie Apdal apa lagi dia boleh lakukan? Kipas?

4. Selepas lama tidak bertuan baru -baru ini Dr Najmil Faiz dilantik sebagai Ketua Seranta Felcra Berhad malah Ahli Lembaga Pengarah di tiga buah anak Syarikat Felcra iaitu 

i) Felcra Processing and Engineering Sdn Bhd
ii) Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd
iii) Felcra Education Services Sdn Bhd

Ia sebagaimana didedahkan dalam Sedutan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra 2016!

Dato' Dr Najmil menjadi 3 BOD pada anak Syarikat Felcra Berhad.
 (Nama-nama lain ditutup).

Pelantikan jelas dalam minit dan disahkan Setiausaha Syarikat

5. Pada awalnya kita hairan bagaimana Dato' Dr Najmil ini membolot jawatan dari Ketua Pegawai Seranta Felcra hingga tiga Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat terus. Ada berpendapat ada baiknya Felcra memberi peluang kepada individu lain supaya fokus pada satu perkara. Rupanya beliau meminta dan melobi dengan Pengerusi Felcra agar syarat beliau mahu mendedahkan rahsia Shafie Apdal adalah beri dia jawatan-jawatan itu. Dengan jawatan Ketua Seranta Felcra inilah nanti dia akan menyerang Shafie Apdal. Guna platform dan sumber kewangan. Nampaknya kita akan bakal menunggu apa serangan Dr Najmil mantan SUS kesayangan Shafie Apdal ini dahulu. Kalau benar ia satu berita yang baik. Tidak sabar melihat Mantan SUS Shafie Apdal membongkar dan mendedahkan tuannya! 

6. Atas sebab itulah mungkin YB Pengerusi Felcra meluluskan nama Dr Najmil sebagai Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad selain 3 jawatan ahli lembaga pengarah di 3 anak syarikat Felcra itu. Dr Najmil mesti menunjukkan kesetiaannya kepada BN dan tidak menjadi "Musang Berbulu Ayam" kepada Shafie Apdal atau tertidur kekenyangan seorang diri atas jawatan, gaji dan elaun yang dia makan. Zaman Shafie Apdal Menteri dia kenyang Zaman YB Ismail Sabri Yaakob Menteri KKLW pun dia kenyang! 

Barisan pasukan seranta Dr Najmil dah ada. Jadi inilah pasukan yang bakal mempertahankan PM dan Kerajaan di kawasan Felcra mereka? Sama-sama tidak sabar menanti kehebatan Dr Najmil menyerang Shafie Apdal


7. Dia kena ingat ada ramai pemimpin parti dan pejuang di luar sana tiada jawatan, gaji atau elaun yang berusaha keras mempertahankan PM Najib, UMNO, BN dan kerajaan. Tidak punya gaji dan elaun atas banyak jawatan. Ketika PM Najib di kutuk mereka bangun pertahankan. Tapi Dr Najmil senang-senang saja punya jawatan yang banyak. walau semua tahu dia pegawai kesayangan Shafie Apdal! Jadi jika ada satu jawatan penting dan 3 jawatan lain dalam anak syarikat tidak berani ke depan berjuang ia satu perkara yang amat memalukan. "No Balls". 

8. Agaknya sekarang ketika Shafie Apdal mengecam PM Najib, Kerajaan dan IMDB sambil menuduh kerajaan menjual 60% Bandar Malaysia kepada China di mana Dato Dr Najmil untuk melawan atau membetulkan Shafie Apdal? Ada? Kalau berani buatlah kenyataan media barulah nampak kesetiaan tu. Bukan makan kiri kanan. Sudahlah zaman berkhidmat sebagai SUS Menteri KKLW kaya raya kemudian kini bertambah lagi kemewahannya.

9. Jadi kita semua tidak sabar apa kehebatan Ketua Seranta dan 3 lagi jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELCRA ini berfungsi. Harap Menteri KKLW YB Dato' Sri Ismail Sabri tengok-tengok sikit Ketua Seranta ini. Jika ramai yang sakit hati nanti Menteri juga yang susah. 


Saturday 29 October 2016

GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000



Hanya kerana kesilapan Zahida melaporkan kepada polis dan mendedahkan dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan dia kehilangan wang berjumlah RM200,000 pada Mac 2012 dan pelakon Zahida menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman Azemi pemandu peribadinya, akhirnya membongkar satu hubungan terlarang antara Zahida Rafik dan Shafie Apdal. 

Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya memanfaatkan isu ini mendedahkan salah laku Shafie Apdal ketika itu. Shafie Apdal hanya mampu menafikan dan acah-acah mengugut secara perundangan pihak yang mengaitkannya dengan Zahida.

Gaji Shafie sebagai Menteri dan Ahli Parlimen baru RM30K. Dari mana Shafie dapat duit yang banyak
setiap bulan untuk Zahida?

Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Soalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik?

Transaksi itu ialah pada ;
Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember - RM333,000
Januari 2012 - RM510,000


Selain Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta di alamat 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Mungkin ketika itu Shafie Apdal masih bergelar Menteri dan mempunyai hubungan yang baik dengan Dato' Seri Shukri Arif Timbalan Pesuruhjaya SPRM maka siasatan dibuat dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Azman yang disoal kira-kira 20 soalan oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Timbalan Pegawai Penyiasat tidak didedahkan hingga ke hari ini. Malah mungkin aduan serta kes itu ditutup!

Jika disemak dari urusan perniagaan dan pendapatan filem tidaklah mampu Zahida memperolehi jumlah itu. Jadi kata kuncinya hanyalah Shafie Apdal Presiden Parti Warisan ini. Malah syarikat Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A) yang diasaskan Zahida atas kasih sayang Shafie Apdal sejak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) bagi kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant. ( 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008) tetap tidak boleh memberi kemewahan kepada Zahida.

Noble Benchmark
Lembaran Putih Sdn Bhd

Begitu juga Noble Benchmark milik Zahida diberi projek 2 buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Ini menunjukkan hubungan Shafie Apdal sejak 2004 hingga kes wang hilang meletus tahun 2012 menunjukkan jumlah pemberian Shafie Apdal melebihi 50 juta. Bayangkan Jika setiap kali pertemuan RM 50 ke 100k.


Pengakuan Pemandu Kesayangan Shafie- Vincent

Bagaimanapun menurut info dalaman yang rapat dengan Shafie Apdal seorang Pemandu kesayangan Shafie bernama Vincent ( Seorang India) menyimpan rahsia besar Shafie ini. Beliau dikatakan masih menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot Kuala Lumpur ketika bersama Zahida Rafik. Beliau mengaku Shafie Apdal memang mempunyai hubungan dengan Zahida Rafik malah Zahida kini menjadi Isteri Shafie Apdal. Bagaimanapun Shafie tidak mungkin dapat mengumumkannya. Jadi ketika kes kecoh adalah lebih baik Shafie berdiam diri.

Ketakutan Shafie Apdal ketika kes wang RM200k Zahida Rafik pada tahun 2012 melarat ke tahun 2013 menyebab Shafie Apdal memberhentikan Vinsent sebagai pemandu rasmi Menteri KKLW yang diganti dengan Kartiges. Shafie amat takut dokumen yang ada pada Vincent ditemui atau dibayar pihak tertentu sehingga Vincent menyerahkan kepada pihak lain. Vincent sehingga kini menjadi pemandu kepada keluarga dan anak-anak Shafie di Kuala Lumpur sahaja. 

Kerisauan Shafie Apdal bertambah apabila Vinsent turut terlibat dengan kes rasuah (pemalsuan dokumen) dan pengambilan wang dari kontraktor pada tahun 2013. Vincent ditahan reman bersama seorang anak mantan Timbalan Menteri ketika itu. 

Kunci Rahsia Shafie Apdal ialah Vincent pemandu kesayangannya ini. Rahsia wanita dan duit Shafie dalam tangannya. Tindakan Shafie memberhentikan Vincent ketika kes kehilangan wang Zahida adalah satu jalan menyelamatkan dirinya dari siasatan. Kemungkinan ketika tahan reman seminggu SPRM Vincent telah mendedahkan info ini kepada SPRM. Shafie Apdal demi menutup kesnya sanggup membayar Vincent. Hingga kini Vincent kaya raya hasil projek Shafie Apdal.

Vincent mengaku ketika projek NKRA KKLW bermula sejak 2010 hingga 2013 banyak projek jalan luar bandar ( JALB), Projek Elektrik Luar Bandar ( BELB), Projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) Projek Jalan Kampung, dan projek Agensi KKLW Shafie memang kaya raya. Projek Rundingan Terus, Tender Terhad ( Terpilih 10 kontraktor) dan tender terbuka yang dikawal oleh Menteri KKLW menjadikan Shafie dan pegawainya kaya-raya. Duit berjuta kontraktor dari Sabah,Sarawak dan semenanjung dihantar. Mungkin dah berbilion dikutip Shafie Apdal.

Begitulah Zahida mendapat manfaat. Setiap kali Vincent Check in hotel di JW Marriot KL lebih RM50k Shafie Apdal bawa malah sesetengah kes lebih RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW! Jika tidak dari mana Shafie dapat duit sebanyak itu? Gaji Ahli Parlimen dan MP baru berapa ribu sebulan. Setakat RM30k mana mencukupi membiayai kemontokon Zahida Rafik!

Bukti Zahida terima wang dari Shafie dan Pemandu Zahida Menang Kes Saman Malu RM150,000!

Selain wang yang dibuktikan dari penyata bank tamparan hebat buat Zahida dan Shafie apabila Noor Azman pada 27 November 2013 mengemukakan saman malu yang menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Beban pembuktian Zahida ialah benarkah ada wang RM200k? wang dari mana? dari siapa? kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah tidak dapat dibuktikan sumbernya. Nampaknya berat kepada pembongkaran skandal wang dan hubungannya dengan Shafie. 

Akhirnya kes saman ini dimenangi oleh Noor Azman Azemi Pemandu Zahida. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya. Malah Zahida diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Zahid Rafik di luar Mahkamah Tinggi selepas didapati bertanggungjawab memfitnah bekas pemandunya Noor Azman Azemi pada Februari 2015
Malah Hue berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan Zahida mengenai kewujudan baucar yang dipalsukan. 

Akhirnya dakwaan Zahida kepada pemandunya melarikan wang RM200,000 sebagai fitnah. Noor Azman bukan sahaja untung duit RM200k atas angin juga kos mahkamahnya terpaksa dibayar Zahida malah dapat lagi RM150,000. Tuntutan semula wang dari Noor Azman juga ditolak. Ya dari segi Moral tindakan Noor Azman sangat buruk kerena mencuri tetapi dari segi teknikal tidak dapat dibuktikan memandangkan Zahida bimbang pemberi wang terbongkar! Apa bila Zahida ada selain pasrah dan menutup kisah pemandu mencuri wangnya. Jika tidak Shafie Apdal pasti akan ke tengah kancah isu semula. 

Kalau benar wang itu wang Zahida, pasti Zahida akan berhabis-habisan melawan di mahkamah. Tapi sebab ia wang haram amat sukar untuk mengakui sumber dana tersebut! Barangkali pada henat Shafie dan Zuraida biaeah hilang RM200k dari terdedah banyak info lain. 

Apapun kekalahan Zahida di mahkamah tidak mengurangkan kekayaan Zahida. Kenderaan mewah pemberian Shafie Apdal masih ada, rumah pula RM4 juta. Dia kini bahagia keka dengan "si pendek" itu. Anda pula bagaimana? 


Friday 28 October 2016

WANG PEKEBUN KECIL PUN SHAFIE APDAL ROMPAK INIKAN PROJEK KKLW YANG DIA & PEGAWAINYA SELEWENG!



Duit pekebun kecil pun Shafie dan kroni nak rompak!

"Senyum melihat gelagat Shafie Apdal berlagak suci dan berbicara mengenai IMDB dan Bandar Malaysia hakikatnya dia duit Pekebun Kecil Getah pun dia rompak"...


1. Sejak dilaporkan Mac 2016 nampaknya Skandal Pembelian Tanah Oleh Risda menggunakan duit pekebun kecil perusahaan getah terus senyap. Seakan tertutup rapat sepertinya sudah di "Kawtim". Kata Mosli Oli:

Sama ada syarikat atau peguam membayar wang itu yang pasti penyelewengan sudah berlaku. Dan SPRM sepatutnya menyiasat serta melaporkan
perkembangan kes ini.

2. Skandal  Shafie Apdal pada tahun 2014 berhubung Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) adalah jelas satu penyelewengan dana rakyat milik Risda. Sama ada syarikat atau peguam membayarnya jelas ia satu perompakan untuk menghalalkan satu pembelian tanah NCR seluas 2,428 hektar berharga RM155,454,000 di Tongod Sabah itu. Duit pekebun kecil ratusan juta ini hendak diambil dari kantong RISDA. 



3. Tanah NCR yang belum bertukar status itu pula tetap mahu dibeli RISDA. RISDA melalui Pengerusi dan Ketua Pengarahnya (ketika itu) diarah oleh Shafie Apdal selaku Menteri KKLW membayar wang pendahuluan 10 peratus atau RM15,545,400 pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155.4 juta kononnya untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil. 

4. Siapakah "orang tengah" atau proksi Shafie Apdal bagi urusan jual beli tanah tanah tahun 2014 itu? Masih misteri. Bagaimana Risda boleh bersetuju dengan perjanjian beli tanah NCR dengan penjual tanah dengan syarat geran tanah Country Lease diluluskan oleh pihak berkuasa ( pejabat Daerah Tongod/ Pengarah Tanah dan Ukur Negeri serta Ketua Menteri Sabah) terlebih dahulu.

5. Dalam keadaan tidak dapat dipastikan kelulusan pertukaran status tanah maka RISDA bersetuju membayar pendahuluan RM15,545,400 kepada firma guaman sebagai pemegang amanah. Dan bakinya RM 139,908,600 juta akan dibayar selepas selesai semua urusan pertukaran tanah! ia satu perjanjian yang berani dikala hubungan Shafie Apdal dan Musa Aman Ketua Menteri Sabah tidak sehaluan sejak dahulu lagi.

6. Apa maksudnya? maksudnya Shafie Apdal, orang tengah, firma guaman dan syarikat yang menjual tanah sudah Kawtim dengan menteri untuk mengambil wang pendahuluan itu terlebih dahulu. Berbahagilah mereka antara satu sama lain hasil wang rompakan itu atas keyakinan mereka tanah itu bakal bertukar status!

7. Namun bencana berlaku bila Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Ukur Negeri dan Ketua Menteri tidak meluluskan pertukaran status tanah itu. Wang pendahuluan sudah dirompak dan diagihkan tanah tidak lulus. Maka mereka perlulah mengembalikan wang itu. Oleh itu terlewatlah mereka untuk mengembalikan wang itu. SPRM mesti mendedahkan aliran akaun itu untuk membuktikan dana wang pendahuluan ini telah diseleweng. 

8. Hanya seorang manusia sahaja boleh melakukan untuk memberi arahan kepada pegawai utama RISDA iaitu Shafie Apdal. Bawah kuasa Menteri kos ratusan juta memerlukan kelulusan Menteri. 

9. Apa akan jadi jika tanah ini berjaya dibeli oleh RISDA hanya dengan status tanah NCR? atau berjaya ditukar status? pastinya Shafie Apdal, Orang Tengah, Syarikat dan Firma Guaman kenyang. Duit rakyat melayang. Projek belum tentu dapat dilaksanakan lagi. Berapa banyak kes tebang pokok getah oleh pekebun kecil akhirnya tidak ditanam semula? Kayu getah mereka rompak jual tetapi benih getah tak beri akhirnya getah tidak ditanam.

Wednesday 26 October 2016

SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW. BILA SPRM HENDAK SIASAT PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA?

Sudahlah Shafie: Dia dan pegawai KKLW rompak bajet NKRA 2010-2-13 seterus RMK10 bukan main lagi. Adik beradik kaya raya secara tiba-tiba, anak buah kaya, proksi bertambah kaya. Lagi mahu sembang hal rompakan wang rakyat.

"OPS WATER 1 & 2 SUDAH DITANGKAP: MENGAPA PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGAN SHAFIE APDAL KAYA RAYA KETIKA SALUR DANA LUAR BANDAR  TIDAK DISIASAT?. BILA SPRM NAK BERTINDAK?

1. Belum pun sebulan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 1 Ogos lalu, beliau memberi amaran kepada penjawat awam serah diri diri atau diburu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram selain operasi serentak di Melaka dan Kelantan melibatkan DBKL dan pegawai JKR. RM13 juta dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

2. 30 Ogos lalu Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta. Sebelum itu Pengarah Urusan bank Rakyat Datuk Mustafa Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

3. Tangkapan terbesar adalah pemburuan di Sabah terhadap Pengarah dan Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan rampasan lebih RM114 juta. Sidang media Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) pada 5 Oktober lalu menjelaskan penyelewengan melibatkan dana dari Kerajaan Persekutuan tidak kurang dari RM3.3B, tidak termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Susulan dari itu OPS Water Fasa 2 pada 23 Oktober melibatkan Jurutera Bahagian dan Daerah telah menahan 19 orang pegawai dan merampas RM7.2 juta. 

4. Bagaimanapun SPRM seakan meredakan keadaan bagi mengelakkan isu rasuah JANS ini dipolitikkan maka 20 Oktober lalu dalam Sidang Media SPRM menyatakan Siasatan kes penyelewengan dana awam projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion tidak melibatkan ahli politik di peringkat negeri itu atau kerajaan Pusat. SPRM memaklumkan, setakat ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

5. Bukan mahu mengganggu siasatan SPRM tetapi amat janggal satu dana persekutuan yang besar hampir RM3.3bilion yang diturunkan antaranya dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi projek NKRA 2010-2013 Infrastruktur luar bandar khususnya projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) langsung tidak melibatkan ahli politik khususnya Dato’ Seri Shafie Apdal. Sedangkan terbukti Shafie Apdal menggunakan segala kuasanya untuk memberi kekayaan kepada proksi, kroni, keluarga, adik beradik, pemimpin pro kepadanya malah para pegawai KKLW.


6. Paling tidak SPRM memanggil dan menyiasat para pegawai yang pernah bersama Shafie Apdal dari Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, KSU, Setiausaha Bahagian, Timbalan SU Bahagian dan lain-lain yang terlibat. Tidak keterlaluan para pegawai yang bersekongkol dengan Shafie Apdal ini mereka kaya raya, memiliki kenderaan mewah, rumah mewah dan gaya hidup mewah. Mana usaha KP SPRM dan pegawainya yang memburu mereka? Mana mungkin mereka ini menyerah diri. Pergilah semak kekayaan mereka diluar dari kemampuan gred jawatan mereka. 



7. Sebelum ini Captain M telah menulis tentang kuasa Shafie Apdal untuk memberi projek kepada siapa dia hendak, orang kanannya SO1 dan SO2, malah SO3 mantan Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur yang banyak memberi ulasan kertas projek untuk kementerian dan MOF. Sepatutnya SPRM memanfaatkan kerjasama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 10 Oktober lalu berhubung kesediaannya memberikan dokumen berkaitan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015. Malah bukan sahaja BALB tetapi ketirisan projek NKRA yang lain seperti Projek Jalan Luar Bandar (JALB) berbililon ringgit dilaksanakan oleh JKR Negeri Sabah. Projek NKRA 16 Jalan Luar Bandar 2010 secara tender terhad tidak mungkin tidak berlaku ketirisan.


PROJEK KKLW YANG RUGI. SHAFIE DAPAT KOMISEN BERJUTA. SELAGI SPRM TIDAK MEMANGGIL PARA PEGAWAI INI SELAGI ITU RASUAH SHAFIE APDAL KEKAL MISTERI.

Siasat Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW

8. Seorang lagi mantan Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW wajar disiasat. Beliau dikatakan bukan sahaja hidup mewah malah ada pegawai bawahannya berstatus juruteknik pun kaya raya mempunyai akaun ratusan ribu ringgit serta punya kereta mewah. Tidak mungkin SPRM tidak dapat mengesan akaun dan juga aset aset mereka. 

9. Semua urusan teknikal tender Projek infrastruktur KKLW dilakukan oleh SUB Teknikal. Projek yang siap dibina dan projek yang gagal disiapkan teknikal diuruskan oleh SUB Teknikal. Jadi tidak hairan jika SUB Teknikal menurut sumber dalaman amat kaya raya. Beliau hanya seorang yang bijak menyembunyikan kekayaannya. Kini beliau berpinda menjadi Pengarah JKR di sebuah Negeri di Pantai Timur. 

10. Menurut laporan KKLW sejak dari tahun 2010 sehingga kini terdapat 92 projek sakit di Sarawak. Itu baru Sarawak bagaimana dengan Sabah dan negeri lain?. Kerja siapa? Tanyalah bahagian teknikal yang membuat penilaian, spesifikasi projek dan memilih syarikat yang sesuai sama ada diarahkan Menteri KKLW atau dia buat sendiri


Ketirisan Dana Persekutuan KKLW bukan hanya pada Projek Bekalan Air Luar Bandar!


11. Shafie Apdal jangan bongkak hal projeklah. Berapa bilion projek KKLW dulu dia melantak. Berapa banyak projek dia "Top -Up" kos projek. Projek G6 pun dia naikkan menjadi G7 sehingga MOF pun menolak permohonan itu. Terasa jijik lah Shafie kata perjuangan bangsa dan agama itu. Yang kita nampak dia kayakan tombolok dia dan keluarganya. 

Mari kita ingatkan Shafie Apdal dengan para pegawainya yang kaya raya hasil merompak


i. Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah


Gara-gara proksi: RM47.7 Juta rawat air apa? 

- Beri projek ini kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD. Kos RM47,721,333.00. Apa jadi projek ini? Projek ini kos hampir RM50 juta tetapi tidak berfungsi.  Air apa yang hendak dirawat? 


Keikhlasan kerajaan ke keikhlasan poket Shafie?
Kegagalan Projek yang dibanggakan orang-orang Semporna

ii. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag) Sabah (KKLW.T.40/2011. Melibatkan Pulau Bait, Sumander, Larapan, Selakan, Menampilik, Denawan dan Omadal. Di anugerahkan kepada syarikat proksi Shafie Apdal Ternama Tabah Sdn.Bhd bernilai RM95,282,320.00 

- Apa terjadi kepada Projek yang dibawa terus Shafie Apdal ini ke Semporna? Projek ini tidak berfungsi sepenuhnya. Belanja hampir RM100 juta tapi gagal. Janjinya adalah untuk memanfaatkan 3,500 penduduk di kesemua pulau. Kenapa projek ini gagal?


- Kontraktor yang dipilih tidak berkelayakan, tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan tidak berkeupayaan melaksanakan kerja-kerja elektrik.Tidak mempunyai rekod kerja, pengalaman dan kewangan yang kukuh. Lebih malang dan berbahaya projek Solat Hibrid menggunakan batri tidak mengikuti spesifikasi kontrak tidak melalui kebenaran Jabatan Alam Sekitar (Laporan EIA)




- Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan penama adalah Ali Amat Bin Mohd Idris, (Mykad 500312-12-5293) memiliki 374,999 saham dan beralamat No. 16, Lorong Muntahan 1F,Taman Milek, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu dan Muktar Bin Sainal, (MyKad) 690714-12-5675, memiliki 375,001 saham dan beralamat di Taman Pertama Satu, Jalan Silam, 99110 Lahad Datu sebagai pemilik dan pemegang saham Ternama Tabah Sdn.Bhd. Syarikat ini adalah proksi adik beradik Shafie Apdal. 



- Syarikat ini pada tahun 2009 dibeban dengan liabiliti yang belum selesai dengan Malayan Banking sejumlah RM36 juta pada 2009. Mengikut penyata kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2009, Ternama Tabah Sdn.Bhd mencatatkan kerugian RM8,241 selepas cukai dan tidak mempunyai sebarang pendapatan pada tahun berkenaan. Tapi kerana Shafie Apdal Menteri punya kuasa demi adik beradiknya maka hiduplah syarikat ini. Bagaimana SUB Teknikal dan Kewangan KKLW tak nampak perkara begini? 



iii. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi (KKLW.T.67/2011) bernilai RM81,475,281.42.  Anggaran jabatan asal hanya RM 50 juta. Tapi oleh kerana nak balun komisen dinaikkan lebih RM80 juta. Diberi kepada syarikat kawalan proksi adik-beradik Shafie Adpal iaitu Usaha Serimas Sdn.Bhd. Juga seperti Syarikat Ternama Tabah Sdn Bhd dari segi teknikal tidak berkelayakan






- Usaha Serimas Sdn.Bhd pada tahun 2010 didaftarkan atas nama Adrian Maurice Dominic (MyKad 470707-12-5349) yang beralamat di Rumah No. 8, Lot 89, Lorong Rindu, Taman Rindu, 88300 Kota Kinabalu memiliki 980,000 unit Saham; dan Felix Kugan (MyKad 741026-12-5265) yang beralamat di 150, Taman Landbreeze, Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu memiliki 20,000 unit Saham. 

- Penyata Kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010, syarikat ini mendapat hasil sejumlah RM239,276; namun kerugian selepas cukai dicatatkan RM286,688. Malah Semakan dengan rekod Bank Negara juga mendapati Usaha Serimas Sdn.Bhd tidak mempunyai akaun bank ketika itu. Projek bernilai RM81,475,281.42 telah disubkan kepada pihak lain. Bagaimana Bahagian Teknikal dan Kewangan tidak dapat mengenal pasti perkara ini? jawapannya arahan Shafie Apdal dan "Kawtim". 

12. Ada banyak lagi rasuah terutama projek Jalan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak khususnya projek jalan NKRA 2010-2013. Jika disiasat kehidupan pegawai KKLW dan Pegawai JKR negeri pasti ditemui betapa bijaknya mereka merompak dana rakyat.


Projek tender terhad kawtim rancangan Shafie Apdal ini wajar disiasat habis-habisan.




13. Skandal  Shafie Apdal pada tahun 2014 berhubung Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sejak Mac 2016 belum berjawab hingga kini.  Laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod Sabah.

14. Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus  pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.


15. Isunya siapa "orang tengah" Shafie Apdal bagi urusan jual beli tanah bernilai RM155,454,000 itu tahun 2014? Bagaimana Risda sebelum membeli tanah itu tidak dimaklumkan status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'? Dan mengapa pembayaran ini dilakukan kepada peguam terlebih dahulu RM 15 juta sebelum semua urusan tanah selesai? Apakah kerana wang RM 15 juta yang tidak dipulangkan itu telah dibelanjakan oleh peguam dan "orang tengah" sehingga mereka tidak mahu memulangkan wang pendahuluan itu?

16. Shafie Apdal yang berkuasa kepada KKLW dan Agensi dibawahnya pasti terlibat urusan jual beli tanah ini kerana memandangkan kos ratusan juta yang memerlukan kelulusan Menteri KKLW ketika itu.

17. Jadi Shafie Apdal lu jangan bongkaklah berlagak suci dalam Parlimen hal hak rakyat. Lu dah kayakan keluarga dan proksi. Dari mana anak Shafie Apdal bernama Mohd Shazni Shafie memperolehi kekayaan RM 1 juta kepada  syarikat pengeluar bateri DT Synergy Sdn Bhd tahun 2014? (Shazni Shafie baru berkahwin tahun 2013). 



18. Kes ini dibawa ke mahkamah tahun lalu namun keputusan Mahkamah Tinggi  menolak saman difailkannya pada Januari 2015. Menerusi pernyataan tuntutan, Mohd Shazni mendakwa beliau telah menyerahkan wang berjumlah RM1 juta pada 2014 sebagai modal untuk menceburi perniagaan pembikinan dan pengeluaran bateri rakan perniagaanya. Isunya dari mana anak Shafie Apdal yang masih muda boleh mendapat wang RM 1 juta itu? Banyak duit anak Shafie Apdal ni. Dah kaya sejak lahir ke?

19. Tolonglah SPRM cuba redah pegawai KKLW zaman Shafie Apdal tu. Siasat mereka. Mereka amat tahu. Kita berharap pengkhianatan Dr Najmil yang pernah menjadi orang kanan Shafie Apdal akan membuka ruang kepada salah laku rasuah Shafie Apdal. Jangan hanya jadi Ketua Seranta Risda yang hanya mengenyangkan diri sendiri. "Back Up' kerajaan tak mahu! adios.....






Captain M
26 Oktober 2016