Friday 20 January 2017

PROJEK PAIP GAGAL DI PULAU GAYA, RM100 JUTA LESAP, SHAFIE APDAL BAKAL DIHERET OLEH PAC!


PAC BERTINDAK!

1. Perkara yang menggusarkan Shafie Apdal dan gengnya apabila pada 17 Januari 2017 lalu 
Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP) melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah. Mereka cuba memesongkan kes hanya kepada Jabatan Air Sabah yang kononnya kuasa Kerajaan Negeri sahaja dan kes rasuah ditutup akhirnya kembali kemuka mereka apabila dibuktikan dana yang disalur kepada Jabatan Air Sabah adalah dari KKLW. Siapa Menteri KKLW ketika itu?

2. Dr Tan berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.

“PAC telah pergi ke Kota Kinabalu untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.
“Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,” 

3. Pada 23 November 2016 media melaporkan  Penduduk Pulau Gaya, kecewa kerana belum menikmati bekalan air bersih walaupun projek bekalan air disalurkan menerusi paip dasar laut dari tanah besar, termasuk tangki utama dengan kos RM93 juta. Projek bekalan air ke pulau Gaya dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) peruntukan KKLW. Projek bermula 26 Disember 2011 dan sepatutnya siap pada 13 September 2015, namun bekalan air hanya sampai di Gaya Resort dan tidak disambungkan ke sekitar kampung seperti dinyatakan dalam skop asal.

4. Menurut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, masyarakat di pulau itu menyuarakan kehampaan mereka kepada beliau menerusi beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan wakil penduduk. Ia menyusahkan kira-kira 10,000 penduduk beberapa kampung di pulau itu belum menikmati kemudahan asas berkenaan. 

5. Bukan itu sahaja selain air, penduduk empat kampung di pulau itu iaitu Lok Urai, Kasuapan, Lobong dan Pulau Gaya Asli juga berdepan masalah bekalan elektrik walaupun kemudahan asas itu sudah disalurkan di Pulau Gaya melalui Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan kos RM42 juta KKLW kepada syarikat Teras Eramaju Sdn Bhd. Inipun dibawa oleh pelobi Shafie Apdal!

6. Dr Tan berkata PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac ini untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac 2017.

“Kami sudah mengadakan kunjungan ke tapak projek. Tetapi, kita tidak boleh meninjau semua projek kerana ada banyak kes yang secara keseluruhannya bernilai berjuta-juta. Kes selebihnya kita akan panggil mereka ketika mesyuarat PAC".

7. Anda boleh membayangkan jika RM3bilion peruntukan projek luar bandar dari KKLW yang disonglap oleh Shafie Apdal dan proksinya ketika beliau sebagai Menteri KKLW disiasat oleh PAC! rasanya semua ini bakal keluar menjelang PRU14!. Sibuklah Shafie Apdal nanti setidaknya menangani persepsi buruk terhadapnya.

Projek Pemasangan Paip Ke Pulau Gaya Fasa 1 yang gagal dilaksana Proksi Shafie Apdal



8. Untuk rekod projek Pemasangan Paip Ke Pulau Gaya Fasa 1 dilaksanakan oleh syarikat WBS CONSTRUCTION SDN. BHD pada tahun 2011 dengan kos RM93,003,861.00. Nombor tender KKLW.T .210/2011. Projek NKRA, Sistem tender terancang kuasa Menteri, permainan teknikal tender dan Lembaga Perolehan KKLW yang mengikut arahan Menteri KKLW. WBS Contruction Sdn Bhd beralamat Penampang ini adalah syarikat yang banyak mendapat projek Tender Terhad KKLW (tender terhad terancang). Maklumat kuasa menteri boleh dibaca dalam pendedahan Captain M sebelum ini. 

9. WBS Contruction ketika itu digunakan oleh Datuk Peter Anthony (kini Naib Presiden Parti Warisan) proksi Shafie Apdal pemilik syarikat Asli Jati Engineering  Sdn Bhd yang juga mendapat projek Bekalan Air Luar Bandar KKLW Daerah Tenom tahun 2011. Hebatnya Shafie Apdal ialah budaya komisennya sehingga 25%. Adik beradiknya dalam projek BALB (air), JALB (Jalan) dan BELB (Elektrik) semua kaya raya mendadak. 


10. Cerita projek tak siap atau kalau siap tapi tak jalan ni bukan sahaja Pulau Gaya tetapi parlimen Semporna sendiri dan pulau lain. Yang Shafie Apdal tahu belanja, proksi buat projek dan dapat komisen. Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah misalnya beri projek kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD. Kos RM47,721,333.00. Apa jadi projek ini? semua melayang.  Air apa yang hendak dirawat? 

11. Begitu juga Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag) Sabah (KKLW.T.40/2011. Melibatkan Pulau Bait, Sumander, Larapan, Selakan, Menampilik, Denawan dan Omadal. Di anugerahkan kepada syarikat proksi Shafie Apdal Ternama Tabah Sdn.Bhd bernilai RM95,282,320.00. Semua hanyut. Lingkup. Akhirnya 3,500 penduduk di Pulau terjejas. Projek ini PAC tak mahu siasat ke?


SARANAN SIASATAN DAN TANGKAPAN 
OLEH PAC & SPRM


12. Captain M tidak akan berhenti selagi pegawai-pegawai
Dato' Ibrahim bin Muhamad dilantik
KSU sejak 24 November 2010
hingga Oktober 2015
KKLW sejak tahun 2010 ini tidak disiasat atau ditahan. Mereka adalah punca utama. Mereka mengetahui maklumat Shafie Apdal, projek, kontraktor, teknikal projek dan kemana dana itu disalurkan. Mereka juga berpakat dengan agensi negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan juga Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Jadi amatlah tidak logik serta masuk akal mereka tidak disiasat. Tangkap maka banyaklah jawapan akan diperolehi. Jika Dato' 
Mohd Arif Ab Rahman KSU hanya 1 tahun 3 bulan tak mungkin Dato' Ibrahim Muhamad tidak boleh disiasat kerana beliau lebih lama dan akur kepada kuasa Shafie Apdal ketika itu. 

Ir Tn Hj Razani seorang lagi mantan Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW wajar disiasat. Kini Pengarah JKR. Beliau dikatakan bukan sahaja hidup mewah malah ada pegawai bawahannya berstatus juruteknik di KKLW pun kaya raya mempunyai akaun ratusan ribu ringgit serta punya kereta mewah. Tidak mungkin SPRM tidak dapat mengesan akaun dan juga aset-aset mereka.  Semua urusan teknikal tender Projek infrastruktur KKLW dilakukan oleh SUB Teknikal. 
Projek yang siap dibina dan projek yang gagal disiapkan teknikal diuruskan oleh SUB Teknikal. Selanjutnya klik


PAC wajar memanggil mereka.  Sehingga ke hari ini SPRM tidak menyiasat dan memanggil Norhartaty Binti Rahmat dulu TSUB Infrastruktur KKLW kini di KeTTHA. Banyak urusan projek diurus oleh pegawai ini dahulu. Tender Terhad berbilion ringgit beliau uruskan untuk dihantar ke MOF menggunakan surat Menteri KKLW. Tinggal mewah di Bangi, bercuti di luar negara ditanggung kontraktor KKLW. Shafie Apdal sangat percaya dengan pegawai ini. Lanjut Klik

13. Jika penama-penama ini melaporkan kepada pihak polis tentang laporan ini Captain M pun tak kisah makin laporan dibuat maka makin lajulah proses isu ini tersebar meluas. Yang penting pegawai yang terlibat sejak 2010 dibawa ke muka pengadilan. Selebihnya kita serah kepada SPRM dan PAC. 



Captain M
20 Januari 2017

Monday 16 January 2017

ADIK PENASIHAT PCCC PROKSI LIM GUAN ENG PUKUL PENGAWAL KESELAMATAN DI KEDIAMAN SKANDAL?



Adakah Presiden PCCC? ATAU Dato' Seri Henry Chin adik Tan Sri Dato' Seri Tan Kok Ping Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang? ini sangat memalukan. Benarlah dakwaan PCCC selama ini dipimpin oleh kumpulan Gengster

1. Semalam viral seorang lelaki bergelar 'Dato' Seri' mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Bukit Gelugor, Pulau Pinang kira-kira 4 petang di kondominium Delima Palace.




2. Mangsa Ramaraj Thangaraj, 43, cedera di bahagian kepala, tangan kiri dan pinggang selepas diserang pemilik kereta mewah terbabit menggunakan alat pemotong besi Difahamkan, pihak pengawal keselamatan di kondominium terbabit terpaksa mengambil tindakan mengunci tayar kerana kenderaan itu memarkir terlalu lama di kawasan menunggu.

Ini mesti kondominium Skandal sehingga kereta kena rantai

Proksi CM dan Tan Kok Ping

Siapa lelaki bergelar Dato' Seri itu?


PKE 3 didaftarkan atas satu dari syarikat milik Dato' Seri Henri Chin Phri Bio-Tech Sdn Bhd
adik kepada Tan Sri Tan Kok Ping Penasihat PCCC yang juga proksi tegar Lim Guan Eng


3. Dari kes ini benarlah dakwaan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dipimpin oleh Gengster. Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun seorang pemilik syarikat judi dan gengster merupakan proksi tegar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau menyerahkan jawatan Presiden PCCC kepada Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012. Namun Tan Sri Kok Ping dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif PCCC. Maknanya PCCC masih milik Tan Kok Ping samseng. Betty Chew isteri Lim Guan Eng dan Phang Li Koon penjual banglo murah kepada Lim Guan Eng pun adalah AJK PCCC.



4. Dalam Dewan Perniagaan Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Dato' Seri Tan Kok Ping Penasihat Kehormat ACCCIM. Dato' Seri Henri Chin pemilik syarikat PHRI BIO-TECH SDN BHD adalah adik kesayangan Tan Kok Ping. 








Pejabat PHRI BIO -TECH SDN BHD



5. Nampak tak negeri Pulau Pinang dikuasai oleh samseng. Tan Sri Tan Kok Ping, Dato Seri Choot Ewe Seng,  Phang Koon, adiknya Dato' Seri Henri Chin semua ini orang kuat PCCC yang menjadi proksi Ketua Menteri Pulau Pinang.

6. Anda boleh membaca kisah-kisah samseng ini dalam blog Stop The Lies. Kalau ketuanya Tan Kok Ping adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” atau kumpulan kongsi gelap Merah di Pulau Pinang apa nak hairan kalau adiknya Dato' Seri Henri Chin orang kanannya juga berlagak samseng?Ini perkara biasa.

7. Jangan main-main dengan mereka. Mereka rapat dengan Lim Guan Eng. Syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk tanah Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Pulau Pinang) di Gergetown bernilai RM1.5 billion adalah bawah tangan Tan Kok Pin.

Tan Kok Ping, Choot Ewe Seng, Lim Guan Eng, Phang Li Koon tidak boleh dipisahkan.



8. Soalannya apakah kes ini akan ditutup? Apakah Ramaraj Thangaraj pengawal keselamatan ini akan diminta tutup mulut dan tarik balik laporan polis dan pengawal ini dibayar jumlah yang besar? Demi menyelamatkan persepsi buruk terhadap Lim Guan Eng. Sama-sama menantikan episod seterusnya.


Laporan polis Ramaraj Thangaraj


Nota: Maklumat syarikat Phri Bio-Tech Sdn Bhd yang lain akan dipaparkan kemudian.


Captain M
16 Januari 2017


Saturday 14 January 2017

BUKTI PEGAWAI SPRM TAHI GOLF, PTD STRESS, RASUAH ERA SHAFIE APDAL KKLW DIBIARKAN?



1. Sejak Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM awal januari lalu mengingatkan penjawat awam khususnya peringkat pengurusan tertinggi di seluruh negara supaya berhenti bermain golf di luar negara kerana dikhuatiri berlaku unsur rasuah disusuli kenyataan  Datuk Azam Baki TKP SPRM tentang ciri Rasuah Golf serta merta semua pegawai SPRM memadam status bermain golf mereka atau apa sahaja gambar dalam kejohanan golf melibatkan SPRM. Semacam mereka sedar akan perkara yang bakal berlaku.

Dulu budak Shukri &
Bahri. Audit berani masuk? 
2. Begitu juga apabila SPRM mula menangkap penjawat Awam Pegawai Tadbir Diplomatik seperti KSU, Pengarah, dan pegawai mulalah semua Geng PTD merasakan SPRM memusuhi PTD. Wujudlah whatsapp group menghentam SPRM. Mulalah PTD di pejabat SPRM membalas dendam pegawai penguatkuasa yang menipu tuntutan perjalanan dan lain-lain. Kata PTD pegawai SPRM bab tuntutan amat teruk sekali. Tuntuan palsu. Ketika KP Tan Sri Abu Kassim dan Dato Sri Shukri Arif gejala ini amat berleluasa di kalangan pegawai. Cakap tidak serupa bikin! Dulu pegawai SPRM berpuak-puak antara Team KP dan Team TKP. Di zaman Datuk Dzukifli Ahmad ni nampak gejala ini berkurang dan banyak kes berprofil tinggi ditangkap dan didakwa. Datuk Bahri Pengarah Operasi Khas SPRM dulupun selain dari minat kes 1MDB merampas harta anak yatim itulah tugas beliau yang nampak.

3. Tangkapan terhadap Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana kes rasuah baru-baru ini menambahkan lagi kegusaran pegawai kerajaan terutama Kumpulan PTD terhadap SPRM. Siapa lagi seterusnya. Mantan-mantan PTD KKLW dan kementerian lain turut resah menanti penuh debar. Tidak kurang para pegawai khas Menteri KKLW Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang berurusan akrab dengan Dato' Mohd Arif KSU itu. 

4. Belum sempat pun Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KKLW membongkar habis-habisan rasuah Shafie Apdal di KKLW melibatkan para pegawai Shafie Apdal SPRM sudah mencekup KSU KKLW terlebih dahulu. KSU yang dibawa oleh Ismail Sabri khas dari Kementerian Pertanian ke KKLW dan KPDNKK ini seakan-akan menjerat Ismail Sabri.   Seperti serangan kepada usahanya bakal mengisi Naib Presiden UMNO sekali lagi Datuk Abd Rahim Hassan CEO TEKUN didakwa kes rasuah untuk tahun 2017. Tahun lalu Dato' Arif sebagai KSU MOA adalah ahli lembaga pengarah Tekun. Dilantik KSU KKLW berkuatkuasa 16 Oktober 2015 lalu hanya 1 tahun 3 bulan diperlukan menangkap Dato' Mohd Arif.

4. Persoalannya Dato’ Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah MARA dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah(KKLW) berkuat kuasa pada 24 November 2010 sehingga 2015 bertahun bersama Shafie Apdal dan para pegawainya PTD kaya raya pun SPRM tak mampu nak tangkap! Sangat Ironis. Pegawai SPRM perlukan 3 bulan mengintip Dato Mohd Arif, tapi sejak 2010 hingga 2015 Shafie Apdal, KSU dan Pegawai PTD era itu kaya raya tak boleh nak rampas dokumen, lihat rumah dan kenderaan mewah pegawai, Malah kini mereka berpindah bertugas di kementerian dan agensi lain. 

5. Sepatutnya Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sedar lebih awal dan menganyang habis-habisan sebagaimana janjinya pada 10 Oktober 2016 itu selepas isu rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah menggunakan dana BALB 3 bilion. Sehingga isu itu selesai Menteri KKLW sudah boleh "Divert" isu dengan paparan pendedahan baru satu persatu. Dia harus berani mengorbankan beberapa pegawainya atau pegawai KKLW yang lama dalam era Shafie Apdal jika bersalah bukan melindunginya. Playsafe akan menjejaskan persepsi terhadapnya. Dia Menteri dan berkuasa penuh kepada kementeriannya. 

6. Tapi tidak berlaku dan kelihatan Menteri KKLW diserang oleh sekumpulan musuh-musuhnya. Ditambah pula lagi isu tajaan syarikat  milik MARA iaitu Syarikat Pelaburan Mara dan UniKL yang terpaksa menteri membuat keputusan menangguhkannya tanpa berunding dengan Pengerusi MARA. Apa maksudnya? KKLW dan Menteri menjadi tempat pemburuan!  dan kelihatannya Menteri dan Pengerusi MARA tidak sefahaman dalam kes tajaan ini. Ini tidak bagus dari sudut persepsi. Harap Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri KKLW ni sedar apa yang berlaku!

Pegawai SPRM pun Tahi GOLF!

7. Datuk Dzulkifli Ahmad KP SRPM sedar pegawainya kaki golf bukan sahaja dalam negara tetapi juga luar negara. Bermain dengan kontraktor ni bukan benda baru. Begitu juga pegawai SPRM makan malam di hotel mewah bersama kontraktor dan orang politik bukan benda baru. Cuba Netizen stalker facebook pegawai SPRM ada yang kaki golf, kaki dinner, tunjuk percutian di luar negara, anjur kejohanan Golf bersama syarikat dan lain-lain lagi. Bukan Captain M hendak memdedahkan keburukan pegawai SPRM tetapi hendak mereka pun hanya cakap tak serupa bikin juga! Pegawai SPRM juga manusia biasa mereka bukan malaikat tidak pernah buat silap. Pegawai SPRM juga pernah melakukan rasuah seperti Kenny Chua atau bekas mantan TKP (Pencegahan) SPRM yang memburukkan siasatan ketika bersama Lim Guan Eng. Apa nak hairan!

Ketika Dato' Sri Shukri buat perangai dahululah dalam SPRM. 

Sebelum Lim Guan Eng didakwa. Berhempas pulas menyiapkan siasatan kes yang dijanjikan 3 Mac 2016 meleret ke bulan Jun 2016. Politik SPRM akhirnya Datuk Seri Mustafar Ali terpaksa dikorbankan dengan imej buruk ketika itu.



Siapa Pegawai SPRM yang bukan Kaki Golf? Datuk Azam Baki adalah seorang kaki Golf tegar. Cumanya beliau tidak bermain dengan kontraktor. Bagaimana dengan orang politik? Pegawai PTD dll?. Sumber dalaman terdapat pegawai SPRM yang juga ketagih golf, gila pertaruhan golf, main dengan kontraktor malah bermain di luar negara. Mahu didedahkan?

8. Jika pegawai SPRM tidak menahan bekas pegawai KKLW yang jelas rasuah di KKLW sebagaimana didedahkan sebelum ini ada baiknya Captain M akan dedah satu-satu perangai pegawai SPRM. Kita beri peluang pegawai SPRM bermain dahulu. Yang ada kita paparkan sebagai bau-bau al kisah pegawai SPRM sahaja. Kisah syarikat Muhibbah Dua (M) Sdn Bhd yang menganjurkan Kejohanan Golf bersama SPRM. Selain main Golf dan makan di hotel mewah menganjur kejohanan Golf bersama ini tak salah ke Datuk Azam Baki TKP SPRM? 











Syarikat tiada rekod audit sejak 2013 anjur Golf
bersama SPRM 2015? Apakah agaknya keistimewaan syarikat ini? mendekatkan hubungan SPRM dengan penganjur atau dengan penaja penganjuran?


Pengarah SPRM Sabah ketika itu ialah Dato' Hishamudin Hashim.  Apakah beliau tahu program ini? 
9. Ini adalah satu contoh yang dapat dipaparkan. Ada banyak lagi kejohanan golf melibatkan SPRM serta para pegawainya yang ketagih main golf. Kita percaya amaran Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru jelas menegur bukan sahaja penjawat awam lain tetapi pegawai SPRM yang telah lama membudayakan gila golf bersama kontraktor ini. Syabas KP SPRM. Tiada kompromi.



10. Kita berharap kes rasuah pegawai KKLW disiasat segera bukan hanya melibatkan Dato' Mohd Arif. Hakikat sebenar rasuah ketika era Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW lagi teruk. Berbilion peruntukan projek luar bandar seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masuk ke poket pegawai KKLW dan agensi. Kes-kes laporan rasuah terhadap Manikavasagam, Zuraida, Payah Indah Wetland, pembelian SPLASH Gamuda dan Adam Rosly yang tertangguh tidak wajar disenyapkan. 

Kepada PTD jangan stress SPRM! kalau salah patut ditangkap, kalau tak salah apa nak takut!!!


Captain M
14 Jan 2016

Monday 9 January 2017

MUFTI PERLIS TIDAK DISAMBUNG KONTRAK KERANA SKANDAL ZAKAT IKRAM UNTUK DANA PEMBANGKANG?

Beri lesen kepada IKRAM untuk kutip di negeri tetapi IKRAM juga pergi kutip zakat di negeri lain guna lesen Perlis. Apa hubungan Dr Maza Mufti Perlis
dengan IKRAM

Zakat Perlis Diguna Untuk Dana Pembangkang?

Baru-baru ini, terdapat beberapa Facebooker yang tidak berpuas hati dengan cara majlis agama Perlis mengutip zakat di luar negeri Perlis. Mereka tidak berpuas hati kerana zakat ini dikutip oleh sesetengah NGO dan tentulah ini tidak mendapat keizinan daripada Pusat Zakat negeri-negeri terbabit.




Negeri lain bising dengan pengutip tidak bertauliah. Adalah pula yang tauliah Perlis tapi ambil zakat guna lesen Perlis di negeri lain.

Salah satu NGO yang dikatakan menerima lesen besar ini adalah IKRAM yang merupakan wajah yang dibentuk selepas pembubaran Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jemaah IKRAM ini susur galurnya berasal dari Islamic Representative Council(IRC) yang dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom di sekitar tahun 70-an. Tidak dinafikan bahawa lepasan-lepasan yang ditarbiyah oleh IRC ini menjadi orang kuat di Universiti-universiti awam dan dalam bidang politik juga mereka mencorakkan pelbagai situasi politik sehinggalah ke hari ini. Dalam PAS dulu ramai golongan dari JIM ni namun sekarang menyertai PAN kerana kecewa dengan PAS.



Hubungan Istimewa Dr Maza dan IKRAM 

Bagi sesetengah aktivis gerakan Islam terutamanya PAS mungkin agak pelik melihat hubungan akrab antara Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan IKRAM. Reputasi Dr Maza agak sohor di kalangan pengkaji gerakan Islam di Malaysia terutamanya PAS, kerana belau sering dikaitkan dengan tertegaknya tanzim PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) dan juga sayap-sayap PAS di Jordan. Zaman perubahan antara IRC dan PAS berlaku di zaman Dr Maza di KIK. Malah, ada yang mengatakan beliaulah hero yang "menghapuskan" IRC di KIK. 




Oleh itu, adalah amat menghairankan bahawa Dr Maza "hero" perang IRC-PAS di KIK dijemput untuk merasmikan Muktamar IMSA-MISG di Texas, Amerika Syarikat disebabkan oleh MISG merupakan sayap IRC di US buat sekian lama. Dan ini amat menghairankan kenapakah Dr Maza dijemput untuk satu upacara besar seperti ini oleh pihak MISG.

Oleh itu, persoalannya, adakah benar Dr Maza bersama dengan PAS seperti yang pernah diwarwarkan oleh ahli-ahli jemaah PAS Kampus ataupun beliau juga seperti sesetengah tokoh dalam PAS yang berkiblat kepada IRC-JIM-IKRAM tetapi bertukar baju untuk survival "politik" setelah mendapati jemaah PAS di KIK yang pasti menang? 

Dr Maza dan PAN / IKRAM

PAN dan IKRAM Adik Beradik

Perlu diingatkan bahawa bekas Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Yunus adalah Naib Presiden PAN. Begitu juga beberapa pimpinan PAS yang dikenalpasti bekas pimpinan IRC sejak zaman tarbiyyah mereka di UK juga telah menyertai PAN.

Oleh itu, tidak hairan bahawa IRC-IKRAM selain daripada kumpulan Mat Sabu mempunyai tangan yang kukuh untuk mencengkam PAN dan mereka bakal menentukan hala tuju PAN terutamanya dalam menghadapi PRU ke 14. Kumpulan ini tentulah dipandang lebih intelek dan profesional jika dibandingkan dengan kelompok Mat Sabu yang lebih marhainis dan mungkin dari segi kelulusan tidaklah setinggi dengan bekas-bekas IRC yang mana ada di antara daripada mereka sudah bertahap berkelulusan PhD.

Maka, tidak hairanlah bahawa kumpulan IRC-JIM-IKRAM ini mempunyai matlamat yang besar untuk mendominasi "politik Islam" melalui PAN setelah gagal dalam grand design mereka untuk menguasai PAS.


IKRAM, NGO Diberi Mandat Untuk Mengutip Zakat Perlis

IKRAM merupakan salah satu organisasi yang diberikan izin oleh pihak MAIPs untuk mengutip zakat. Namun yang membimbangkan adalah tuduhan bahawa IKRAM juga mengutip zakat di luar negeri Perlis. Dan sebagai amil, maka IKRAM juga sebenarnya berhak mendapat peratusan daripada zakat ini yang bukan sedikit jumlahnya. Dengan melihat hubungan IKRAM dan PAN, adalah bahawa wang hasil zakat ini bakal digunakan untuk menjanakan aktiviti politik PAN. Amat memeritkan jikalau rakyat termiskin di negeri Perlis kelaparan tetapi PAN pula yang disusukan. 

Dan melihat hubungan antara Mufti negeri Perlis, Dr Maza dengan gerakan ini, tentulah amat kurang manis dan ini amat memerlukan pemantauan yang lebih khusus terutamanya daripada Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama di Negeri Perlis. Kita tidak mahu institusi agama Negeri Perlis dijadikan batu loncatan kepada ketamakan politik sesetengah pihak tanpa mempedulikan kemurnian wang zakat dan juga kemaslahatan rakyat marhain dan termiskin di bumi tercinta ini.

KIMB Milik IKRAM! 

MAIPs dan Dr Maza hendak nafi apa lagi. KIMB memang milik IKRAM. Sila rujuk disini

Dr Hj Ahmad Zainudin Abdullah AJK Pusat IKRAM Pengerusi KIMB adalah AJK Komuniti Korporat. Sila rujuk di sini

Laman rasmi IKRAM pun mengakui KIMB adalah satu dari Institusi milik IKRAM.
Rujuk di sini di bahagian capaian

Jelas hubungan Dr Maza Mufti Perlis ini dengan Ikram, KIMB dan PAN. Mohon pihak tertentu menyatakan kepada TuanKu serta pimpinan Perlis agar jangan dipelihara Musang Berbulu Ayam. Buruk padahnya!


Captain M
9 Januari 2017

Saturday 7 January 2017

MENGAPA SPRM MENANGKAP KSU KKLW BARU? SEDANGKAN SHAFIE APDAL, KSU LAMA DAN PEGAWAI KKLW LEBIH RASUAH DAN KAYA RAYA DIBIARKAN!


Apakah ini strategi SPRM? Kunci memasuki KKLW dengan menangkap KSU KKLW. Sedangkan Kes rasuah KSU KKLW yang lama dan para pegawainya sejak Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW jauh lebih teruk. SPRM mesti menyiasat semua
pegawai KKLW yang terlibat

1. Belum sempat pun Menteri KKLW Dato' Sri Ismail Sabri dan Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bekerjasama dengan SPRM mendedahkan salah laku rasuah projek infrastruktur Bekalan Air Bandar (BALB) Sabah melibatkan dana RM3.3bilion, SPRM sudah mencekup KSU KKLW terlebih dahulu. Ada sesuatu di KKLW!

2. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata akan memberi kerjasama SPRM dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Kini sekali lagi kerana kes KSU, Menteri membuat pengakuan untuk memberikan kerjasama kepada SPRM tetapi melibatkan KSU yang beliau bawa sendiri dari Kementerian Pertanian. 

3. Walaupun terdapat tuduhan mengenai kes rasuah ketika beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor dahulu dalam sebuah blog, SPRM menyatakan telah merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terlibat dalam rasuah. Apakah itu?

4. Menurut sumber SPRM, pihaknya memperoleh dokumen berkenaan selepas melakukan serbuan di pejabat Datuk Mohd Arif Ab Rahman di Putrajaya 7 Januari lalu. Kontraktor dan vendor yang telah dianugerahkan kontrak daripada Datuk Mohd Arif Ab Rahman KSU  akan dipanggil selepas pihaknya meneliti dokumen yang dirampas itu.

5. Sumber dalaman SPRM mendedahkan, beberapa pegawai dan kakitangan KKLW akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM turut mengesahkan perkara tersebut.

6. Nampak tak cara SPRM memasuki KKLW? sejak sekian lama mengintai Datuk Mohd Arif Ab Rahman sebelum di KKLW mereka memerangkapnya sekarang. Mengapa sejak beliau bertugas di Selangor dan sebagai KSU di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) beliau tidak ditangkap? Mengapa di KKLW? Tidakkah rasuah juga boleh berlaku ketika di MOA dulu?

7. Jawapannya SPRM memang sengaja memasuki KKLW termasuk menyelongkar segala kes melibatkan para pegawai KKLW yang sedang dan yang telah berpindah ke Kementerian lain. KKLW adalah lubuk rasuah. Ramai pegawai KKLW dari KSU lama, TKSU, SUB hingga juru teknik kaya raya sejak melaksana projek NKRA Luar Bandar dari tahun 2010. Tidak hairanlah agensi teknikal seperti Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang disalurkan dana KKLW Pengarah serta pegawainya kaya raya. Cuaklah semua pegawai KKLW yang lama dan baru sekarang. 


Sistem penurunan kuasa di KKLW katanya masih diteruskan di KKLW. Menteri berkuasa menentukan siapa diberi projek, KSU, TKSU menguasai Lembaga Perolehan A/B dan Menteri mengarahkan siapa pegawai yang menandatangani kontrak bagi pihaknya. Jadi yang masuk dahulu oleh SPRM ialah pegawai. Sistem ini jugalah yang mengkayakan KSU, anak-anak mereka dan pegawai-pegawai yang taat serta bersekongkol dengan KSU. Klik sini

Para pegawai KKLW dari KSU hinggalah TSUB sangat memahami sistem ini di KKLW. Tak mungkin ia dapat diubah serta merta. Saling memberi manfaat. 


SPRM sepatutnya menahan Datuk Seri Ibrahim bekas KSU KKLW. Juga hidup mewah. Sekarang pegawai SUB Kewangan pasti melaksanakan sistem yang sama di KKLW. Tangkap mereka ini. Bukan sahaja kes ketika KSU KKLW yang baru malah kes KSU yang lama juga akan dibawa. Kalau Dato' Arif bodoh maka beliau seoranglah yang akan masuk perangkap!.
Lain-lain di sini

8. Captain M sudah mendedahkan lama bagaimana Shafie Apdal Menteri KKLW menggunakan semua pegawai KKLW. Rasuah secara berjemaah mereka ditutup secara licik. namun gaya hidup mereka tidak dapat disorokkan di mata umum termasuk mendedahkan kekayaan dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram.  Namun SPRM hanya memandang rendah informasi yang didedahkan. Jika 12 tan dokumen disiasat dalam kes rasuah air di Sabah bayangkan berapa banyak dokumen boleh dirampas di KKLW?

9. Tidak mungkin rasuah terbesar Sabah melibatkan Jabatan Air Negeri Sabah atau apa sahaja menggunakan peruntukan KKLW tidak melibatkan Shafie Apdal, KSU, TKSU, SUB, TSUB dan beberapa orang lagi pegawai KKLW ketika itu! Menteri sebagai pemutus, KSU sebagai pelaksana. Belum masuk lagi rasuah di Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melaksana projek Jalan Luar Bandar (JALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). 

10. Captain M paparkan beberapa artikel yang mendedahkan bagaimana rasuah Shafie Apdal dan juga para pegawai KKLW.

a) SHAFIE BERSEKONGKOL RM114 juta?
b) BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR
c) PENYALAHGUNAAN PERUNTUKAN INFRA AIR KKLW RM3.3B DI SABAH HANYA 'TIP OF THE ICEBERG'
d) SHAFIE APDAL 'TERKENCING": PEGAWAI KANANNYA SO1 & SO2 BAKAL DICEKUP SPRM UNTUK DEDAH RASUAH KKLW?
e) AKHIRNYA PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH & BEKAS TIMBALAN PENGARAH JANS "DIKANDANGKAN" SEKALI
f) KP BARU SPRM TANGKAP RASUAH TERBESAR DI SABAH. APA STATUS SKANDAL MARA INC DI AUSTRALIA LIBATKAN SHAFIE APDAL?
g) BUKTI BARU! SONGLAP DANA RM3.3B, SHAFIE APDAL 'KAYAKAN' PEGAWAI KKLW UNTUK BERI PROJEK KEPADA PROKSINYA ?
h) SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW. BILA SPRM HENDAK SIASAT PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA?
i) WANG PEKEBUN KECIL PUN SHAFIE APDAL ROMPAK INIKAN PROJEK KKLW YANG DIA & PEGAWAINYA SELEWENG!
j) GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000
k) KEJUTAN MENGGEGARKAN: DR NAJMIL AKAN DEDAH RAHSIA SHAFIE APDAL ASALKAN DIA DAPAT JAWATAN PENTING DI FELCRA!
l) LAGI LUBUK BUAYA SABAH DIGEMPUR SPRM- BEKAS MENTERI SANGKUT?
m) SIAPA PEGUAM NAIB PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH BERSEKONGKOL LESAPKAN RM15.5 JUTA WANG RAKYAT MILIK RISDA?



11. Kunci rasuah Shafie Apdal di KKLW adalah KSU, TKSU, SUB Kewangan, SUB Infrastruktur, SUB Teknikal, TSUB (Infrastruktur), TSUB (teknikal), Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS), Ketua Pengarah, CEO Badan Berkanun dan GLC. Sesiapa juga KSU KKLW yang dilantik ketirisan akan berlaku sama ada kerana kuasa menteri, KSU atau pegawai KKLW. 

12. Ini kerana amalan rasuah di KKLW sudah menjadi budaya dikalangan mereka. SPRM juga patut memburu mereka yang dulu bersama Shafie Apdal tetapi kini berkhidmat di Kementerian dan agensi lain. Jika mereka ini ditangkap seluruh KKLW akan runtuh! Jika SPRM benar-benar serius membasmi rasuah di KKLW, maka pegawai ketika Shafie Apdal berkuasa harus ditangkap, serbu rumah mewah mereka, sita harta dan beku akaun mereka (ada juruteknik KKLW sahaja- akaun peribadi RM600k). 

13. Jika tidak percaya tangkap mereka ini. Pasti banyak lagi perkara terdedah.


SPRM perlu siasat Datuk Seri Ibrahim KSU KKLW kesayangan Shafie Apdal dahulu, TKSU, SUB Infrastuktur, SUB Teknikal Yang kini menjadi Pengarah JKR Kelantan (Kaya Raya), TSUB Infrastruktur yang kini Pegawai di KeTTHA, Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kini CEO Yayasan Mara, Bekas Setiausaha Sulit (Kini Pegawai Seranta Felcra). Mereka ini semua tahu urusan Shafie Apdal dahulu. Mengapa pula di zaman Ismail Sabri hanya KSU baru ditahan? SPRM buktikanlah siasatan jangan berpilih-pilih. Masa SHAFIE APDAL terang-terang rasuah dan pegawai kaya raya. Apa SPRM buat? Mereka ni semua kaya raya melampaui kemampuan sebenar mereka. Kenapa SPRM tak serbu, tahan, beku akaun dan lain-lain lagi. Malah kerana takut ada kalangan mereka Instagram terus ditutup!. 


Mengapa SPRM tidak memanggil dan menyiasat mereka? sedangkan semua urusan dokumen mereka adalah orang pertama menguruskan kepada Menteri dan mengarahkan KSU. Selanjutnya di klik disini


Terang-terang Asli Jati Engineering Sdn Bhd diberi projek oleh Shafie Apdal Projek Bekalan Air Luar Bandar di Tenom Sabah. Kenapa SPRM tidak menyiasat dokumen ini di KKLW? malah selepas Shafie Apdal keluar parti Datuk Peter Anthony yang kekal jadi Proksi dilantik sebagai Naib Presiden Parti Warisan. 



Apa tindakan SPRM mengenai rompakan wang RISDA ini. Klik sini. Mengapa Ketua Pengarah RISDA yang lama tidak disiasat? bukankah Pengerusi RISDA yang baru telah melaporkan polis sejak Mac lalu? 

Ir Tn Hj Razani seorang lagi mantan Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW wajar disiasat. Kini Pengarah JKR. Beliau dikatakan bukan sahaja hidup mewah malah ada pegawai bawahannya berstatus juruteknik pun kaya raya mempunyai akaun ratusan ribu ringgit serta punya kereta mewah. Tidak mungkin SPRM tidak dapat mengesan akaun dan juga aset-aset mereka.  Semua urusan teknikal tender Projek infrastruktur KKLW dilakukan oleh SUB Teknikal. 
Projek yang siap dibina dan projek yang gagal disiapkan teknikal diuruskan oleh SUB Teknikal. Selanjutnya klik di sini


Mengapa SPRM tidak menyiasat dan memanggil Norhartaty Binti Rahmat dulu TSUB Infrastruktur KKLW kini di KeTTHA. Banyak urusan projek diurus oleh pegawai ini dahulu. Tinggal mewah di Bangi, bercuti di luar negara ditanggung kontraktor KKLW. Shafie Apdal sangat percaya dengan pegawai ini. Sila klik 

14. Jadi kita mencabar SPRM agar menyiasat dan menangkap pegawai-pegawai KKLW yang melakukan rasuah sejak zaman Shafie Apdal sebagai Menteri. Apakah semasa Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas bagi menyiasat rasuah VIP tak pernah ditemui fakta Shafie Apdal melakukan rasuah? Sedangkan jelas Shafie menggunakan kuasanya untuk merompak duit rakyat. Menggunakan semua pegawainya. Tangkap bekas pegawainya, cari mereka semua ke lubang cacing pasti ditemui. Jangan hanya Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) KKLW yang baru sahaja yang kena wal hal ramai kalangan mereka merompak lebih lama!


Captain M
7 Januari 2017