Monday 20 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG BUKAN SAHAJA DI PCCC TAPI PENGARAH SYARIKAT BERSAMA PHANG LI KHOON PEMILIK BANGLO MURAH. HEBAT!



1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.

2.  Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?

Sunday 19 March 2017

WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?




Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah.

1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London. 

2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW! 

Friday 17 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG DALAM DEWAN PERNIAGAAN CINA DIPILIH RAKYAT? KENAPA DAP MARAH ROSMAH PENAUNG PERMATA?



1. Panas Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila Datuk Rizal Mansur mendakwa Setiausaha Agung DAP itu dilantik sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang walaupun bukan seorang pakar pengurusan air. 

2. Apa salahnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah selaku Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI) menjadi Penaung Permata? Tugas-tugas BAKTI juga adalah sebahagian tugas rasmi Isteri Perdana Menteri. Tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi Penaung Permata. Tugas penaung tidak punya kuasa eksekutif sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang membolot semua perkara.

Sunday 12 March 2017

BUKAN DYANA TAPI WARTAWAN FMT YANG DIBAYAR RATUSAN RIBU TUTUP SKANDAL ZAIRIL DAP?



1. Kisah skandal Zairil dengan wanita melayu Muda bukanlah perkara baru. Pada tahun 2014 ketika berdepan dengan penyebaran gambar mesra intim Zairil dan Dyana di media sosial jenuh juga Zairil bersilat menafikannya. Malah ibunya turut mempertahankan Dyana. Teori popular ketika itu ialah Dahlia isteri Zairil sengaja menyebarkan gambar berkenaan.

Skandal Zairil dan Dyana yang menyebabkan Dyana belajar di luar negara.
Apa pula kali ini?

2. Video terbaru yang disebarkan dalam "cubbing'' berdurasi 15 saat (Part 1) dan 12 Saat (Part 2) Zairil MP Bukit Bendera menari dan berpelukan mesra dengan seorang wanita turut dikaitkan dengan Zairil dan Dyana berdasarkan wajah, bentuk tubuh, jam, cermin mata dan lain-lain lagi.


Skandal Zairil Part 1 & 2




3. Zairil telah menafikan video Part 1 itu sebagai mengarut. “Bukan saya dan ia mengarut, setiap hari pasti ada cerita tentang saya. Tidak pernah berhenti,” Katanya. Namun tergamam dengan penyebaran video part 2. Jadi Zairil terpaksa mendiamkan diri bimbang ada video part 3 dan seterusnya. 

4. Dyana Sofya pula terus berdiam diri. Hanya kisah merokoknya tular dan beliau terpaksa menjawabnya dengan nada lembut. Bekas calon DAP Teluk Intan yang paling kerap mengemaskini Twitter dan Facebooknya tidak memberi reaksi atas tuduhan ini dia dan Zairil dalam 'clubbing' itu. Barangkali berdiam diri adalah jalan terbaiknya. Namun benarkan wanita video itu Dyana Sofya? 


Skandal Zairil dengan wartawan portal freemalaysiatoday 



5. Zairil gemar mengadakan skandal dengan wanita muda melayu. Sumber menyatakan Zairil dan DAP pernah menutup satu skandal beliau bersama wartawan FMT itu tahun lalu. Video skandal dengan wanita itu ketika pilihanraya negeri Sarawak dengan Zairil pun katanya ada. Menunggu masa ditularkan sahaja.  

6. Sikap Zairil gemar berfoya-foya dengan wanita muda mengundang bencana. Zairil dan DAP katanya telah menawarkan ratusan ribu kepada wartawan FMT itu termasuk agensi portal FMT agar menutup kes itu. Malah FMT mengarahkan wartawan wanita itu berhenti sebagai wartawan portal itu. Skandal wartawan dengan pemimpin politik seperti Zairil ahli parlimen Bukit Bendera melanggar etika kewartawanan dan mungkin satu cara menjadikan seorang wartawan 'bias' kepada pemberitaan. 

7. Tanyalah kepada pihak pengurusan portal FMT dan para wartawan ramai mengetahui kisah skandal Zairil dengan wartawan FMT itu yang kini bertugas di sebuah agensi berita terkemuka. 

8. Jadi siapa wanita bersama Zairil dalam 'clubbing' itu? Adakah Dyana Sofya? Sumber mengatakan wanita itu bukan Dyana tetapi Cik A wartawan FMT yang juga mempunyai fizikal menyerupai Dyana Sofya. Agaknya ini yang menjadikan Dyana Sofya stress dengan Zairil perangai kasanovanya.

9. Sama-sama kita nantikan jawapan dari Zairil, wartawan wanita itu dan juga portal freemalaysiatoday. Apakah benar Cik A dan freemalaysiatoday menerima bayaran lumayan dari Zairil dan DAP?

10. Atau ada pihak yang menyimpan video Zairil dan wartawan itu bakal keluar semula menghiasi berita skandal politik di negara ini esok hari!. Ayuh FMT dedahkan! 


Captain M
12 Mac 2017

Wednesday 8 March 2017

NGO LAPOR SPRM RASUAH SHAFIE APDAL PROJEK PAIP PULAU GAYA HAMPIR RM100 JUTA GAGAL MANA KENYATAAN MEDIA SPRM?




1. 2 Februari lalu Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) diketuai oleh Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai rasuah dan salah laku Shafie Apdal.



Kredit Video: Suara TV

2. Hari ini sekali lagi GAUM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Artikel yang dirujuk adalah dari Captain M 

Wednesday 1 March 2017

SPRM TERUS BERTAMBAH GILA SELAGI PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIKNYA 'MUSANG BERBULU AYAM'! KP SPRM KISAH KE?


1. Apa sudah jadi dengan SPRM? Semakin mereka lincah mengejar KPI pendedahan tangkapan dan pendakwaan setiap minggu kadang semakin terserlah juga cacat mental mereka. Dulu dalam netizen sudah mempersoalkan mengapa jika kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan Kerajaan SPRM begitu pantas menyiasatnya tetapi ketika pemimpin pembangkang mereka lambat berbulan-bulan. Adakah SPRM 'double standard"?  


2. Hari ini sekali lagi SPRM melakukan sesuatu yang bersifat popular dan memburukkan organisasi iaitu satu tembakan rambang tanpa menyebut siapa pelaku yang terlibat. Kenyataan Media SPRM hanya menyebut MT UMNO mengundang spekulasi buruk pada organisasi itu. Agaknya dengan cara ini maka SPRM lebih popular berbanding cara mereka mengumumkan kenyataan media pemimpin pembangkang. 

3. Berapa banyak laporan yang dibuat kepada SPRM sebelum ini melibatkan pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Manikavasagam, Adam Rosly, Hilman Idham, Zulfahimin atau kepada Shafie Apdal yang sampai kepada SPRM dan SPRM mengesahkannya dalam kenyataan media rasmi? Ada tak nampak kenyataan media mengenai siasatan terhadap Azmin Ali yang dilapor oleh CheguBard bahawa SPRM menerima aduan dan membuka kertas siasatan? 

4. Susah sangat ke menyebut nama pemimpin atau jawatan yang mereka terlibat dari membuat serkap jarang ? MT UMNO? berapa ramai MT UMNO? Jangan main pukul rata. SPRM berniat jahat melakukan sesuatu yang mereka tidak lakukan sebelum ini.  Kenapa?

Pegawai SPRM Musang Berbulu Ayam?



5. Masih ingat dengan kes pegawai SPRM yang disiasat polis pada tahun 2015 kerana membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar? Kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas dan Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah  Komunikasi Strategik SPRM yang dipindahkan serta merta ke JPM namun akhirnya kembali di SPRM atas desakan bekas TKP Operasi SPRM Dato' Sri Shukri Arif. Selepas TKP Operasi dan Datuk Bahri berpencen anasir-anasir Musang berbulu ayam disingkirkan secara perlahan-lahan dalam SPRM.

6. Namun sisanya masih ada iaitu Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah  Komunikasi Strategik SPRM orang yang meraikan pembangkang dipintu SPRM pada 6 Ogos 2015 masih kekal jawatan itu. Lihat saja bentuk surat kenyataan media yang mereka keluarkan. Jika pegawai UMNO dan kerajaan sangat pantas mereka beraksi kurang 7 jam. Jika pembangkang kalau tiada desakan tunggulah pasti berbulan-bulan. Hendak guna perkataan sesuai dalam kenyataan media pun mereka serabut. SPRM ni kerja untuk siapa? untuk pembangkang ke? Hendak siasat silalah siasat nak umum kertas siasatan. Ada banyak laporan jangan memilih!

7. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, kita menyanjung anda sejak anda bertugas di pejabat Peguam Negara. Kita melihat anda adalah harapan dari membersihkan SPRM dari tangan-tangan puak Dato' Sri Shukri Arif dan Bahri yang bersekongkol dengan pembangkang. Jangan ikut sangat gaya Datuk Azam Baki kaki golf tu. Dia makan, tidur, minum, semua Golf. Hendak tembak orang jangan tembak curi!


Captain M
1 Mac 2017





Wednesday 22 February 2017

SAPU HAMPIR RM350 JUTA PROJEK KKLW SEJAK 2009, SHAFIE APDAL KETAWA, SYARIKAT TERTANGKAP, KSU KKLW PULA DIDAKWA!



1. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" Itulah yang berlaku kepada Datuk Mohd Arif bekas KSU KKLW yang selama ini telah dilaporkan kepada SPRM beberapa kali. Begitu juga kepada syarikat-syarikat yang membayar rasuah ini. Akhirnya mereka tertangkap. Namun oleh kerana mereka dianggap sebagai saksi penting kes dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) maka biasanya Syarikat yang membayar rasuah akan terselamat. Yang menjadi mangsa ialah KSU dan keluarga mereka jika terlibat. Maka anda tidak akan melihat syarikat yang membayar rasuah dituduh!

2. 21 Februari 2017 Bekas ketua setiausaha KKLW bersama anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di empat buah pulau di Sandakan, Sabah tahun lepas.

3. Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 60 dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan hakim Azura Alwi.Sesiapa ke mahkamah akan dapat melihat bagaimana Datuk Mohd Arif mengusap belakang anaknya menenangkan anaknya di kandang tertuduh. 

4. Mengikut pertuduhan Mohd Arif yang ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah didakwa bersubahat dengan anaknya secara rasuah menerima suapan wang tunai RM550,000 daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh sebagai upah melakukan suatu transaksi projek dengan KKLW.

5. Transaksi berkaitan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56,500, 000 (RM56.5 juta) kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club,Jalan Cenderamulia, 23 Ogos 2016.

6. Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin RM200,000 setiap seorang dan menetapkan 20 Mac sebagai sebutan semula kes.

Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd?


7. Untuk rekod syarikat Wazlina Sdn Bhd adalah syarikat yang bernaung dibawah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh En Nordin Bin A.H.Thani (Pengarah & Pengerusi Eksekutif). Sebelum ini tahun 2014 Syarikat WAZLINA SDN. BHD. JV ERAMAZ (M) SDN. BHD. [NO. DAFTAR SYARIKAT: 443348X] mendapat PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID SECARA BERPUSAT DI GUGUSAN KAMPUNG SUGUT, NEGERI SABAH SECARA REKA DAN BINA berjumlah RM77,997,134.18 (77.9 juta) 


8. Malah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sudah memperolehi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009 berjumlah hampir RM350 juta sehingga tahun 2006.  

9. Persoalannya, syarikat yang tertangkap bayar rasuah kepada Ahmad Zukhairi Mohd Arif dan Datuk Arif KSU tidak melakukan rasuah ke kepada semua projek yang mereka perolehi di KKLW sebelum ini? Mereka tak bayar Rasuah kepada Dato' Shafie Apdal  Menteri KKLW dan Dato' Ibrahim KSU KKLW sebelum ni ke? Pemilik Syarikat Nordin Thani ni aktif dalam persatuan pengguna Sabah mengenali rapat Shafie Apdal. Bezanya hanya syarikat mereka tertangkap membayar rasuah pada tahun 2016 ketika Mohd Arif sebagai KSU dan Ismail Sabri sebagai Menteri. Mereka hanya meneruskan rasuah dengan Menteri dan pegawai baru sahaja!

SPRM tak pandai cari bukti rasuah dari projek ni kot. Atau masa tu pegawai yang jaga SPRM operasi khas dia banyak tidur atau tutup fail? Pastinya ini bukan kali pertama Eramaz (M) Sdn Bhd membayar rasuah kepada Menteri dan
Pegawai KKLW




10. Apa maksudnya? Syarikat ini tidak berintegriti dan wajar dalam database SPRM juga mana-mana Kementerian dan agensi kerajaan disenarai hitamkan. Mereka gemar memberi rasuah untuk mendapat projek. Jika disemak projek lobi mereka sejak 2009 pasti ditemui pembayaran rasuah mereka kepada pegawai KKLW. Tiada alasan mereka dipaksa atau minta bayar kerana mereka sebenarnya bersubahat. Ada banyak syarikat seperti ini namun mereka biasanya selamat dan penerima rasuah atau penjawat awam pasti menjadi mangsa utama. Para penjawat awam beringat ketika dituduh syarikat akan menjadi saksi untuk mensabitkan anda bersalah. 

11. Selepas ni syarikat ini kekal bebas. Siapa pula Menteri dan pegawai bakal jadi mangsa mereka?  Kisah seperti ini bukan baru. Captain M dah paparkan sebelum ini tapi apa SPRM boleh buat?  

12. Banyak projek KKLW bawa Shafie Apdal dulu bermasalah. Belanja ratusan juta projek gagal. Komisen Shafie Apdal rembat. Projek Paip Pulau Gaya RM100 gagal dan dalam perhatian PACProjek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag)Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi  dan banyak lagi gagal.