1. Kecuali Kelantan mengapa agaknya Negeri Pembangkang mempunyai polemik ketika menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM? sebelum ini Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang berpolemik dengan segala cabaran namun akur apabila menandatangani IBR Plus pada 4 Ogos 2017.
2. Kini negeri kedua penuh rasuah tersembunyi negeri Selangor turut berdolak-dalik tidak mahu menandatangani IBR apabila Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan kerajaan negeri tidak mahu menandatangani ikrar itu kerana mempunyai kaedah mencegah rasuah dan salahguna kuasa yang lebih baik di semua peringkat, termasuk penjawat awam. Apakah ini arahan Azmin Ali MB Selangor?
3. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad hanya mampu berkata “Saya tak terkata,” Tak malukah Negeri Selangor apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) muncul persatuan sukan pertama di negara ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)? Tak kan Kerajaan Selangor tak berani?