Thursday, 7 August 2025

Selepas Kematian Tragis Datuk Ewe Swee Kheng kini Gnanaraja Saksi Utama Kes Rasuah Lim Guan Eng Diserang 10 Lelaki Bersenjata

 


Ghanarajah  saksi perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi melibatkan bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki bersenjata dalam satu kejadian mengejutkan awal pagi semalam

Serangan berlaku sekitar jam 7.20 pagi di sebuah kediaman mewah di Petaling Jaya. Menurut sumber, penyerang mengikat dua pengawal keselamatan sebelum memasuki rumah dan menyerang mangsa.



Mangsa mengalami kecederaan di muka dan tangan, selain diberi ugutan secara langsung:

“Duduk diam di rumah, jangan jadi wira.”

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan laporan telah diterima, dan kenyataan rasmi dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

G.Ghanaraja merupakan saksi utama penting kes rasuah Lim Guan Eng yang baru-baru ini mengaku membuat akaun bank Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd untuk menyalurkan wang rasuah bernilai jutaan ringgit kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam keterangannya sebagai saksi pendakwaan ke-37, Gnanaraja, 44, memberitahu bahawa syarikat itu ditubuhkan dan akaun banknya dibuka atas arahan langsung Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan, pada 10 Ogos 2016.

“Beliau (Guan Eng) sendiri arahkan saya buka akaun syarikat itu,” kata Gnanaraja, sambil menambah Guan Eng pernah melihat sendiri Borang 49 syarikat yang menunjukkan pengarahnya adalah dua individu Melayu – dipercayai bagi menutup identiti sebenar pengendali dana tersebut.

BACA- Gnanaraja mengaku jadi ‘orangtengah’ bayar rasuah untuk Guan Eng guna akaun syarikat atas arahan Zarul