Monday, 18 July 2016

ZURAIDA SEMBUNYIKAN MERCEDES BENZ S280 MILIK TAUKEH HANSPEC SDN BHD SEPERTI SYARIKAT AUTOMATED CONTACTLESS SYSTEM SDN BHD?



1. Taktik Zuraida sudah dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum dalam blog masterdedah.com

2. Namun Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.

3. Persoalan TV3 dan CheguBard Apa yang mendorong Hanspec (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta ini menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Apa hubungan Zuraida dengan "taukeh" Hanspecs pasti tidak akan berjawab memandangkan secara teknikal Zuraida boleh menyembunyikan Mercedes berkenaan.