Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memperlihatkan landskap politik yang jauh lebih rumit berbanding pilihan raya terdahulu. Walaupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, kedua-dua gabungan memilih untuk bertembung secara langsung di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Di
pentas rasmi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan
jentera BN dan PH supaya tidak saling menyerang sepanjang kempen. Kenyataan itu
dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian hubungan antara kedua-dua
gabungan meskipun bersaing merebut mandat rakyat.
Namun,
perkembangan di lapangan mula mencetuskan pelbagai persoalan politik.
Beberapa program yang melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut menyaksikan kehadiran pemimpin serta ahli jawatankuasa PAS. Dalam masa yang sama, Presiden UMNO sendiri secara terbuka mengalu-alukan sokongan PAS kepada calon-calon BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

