Sunday, 17 May 2026

[VIDEO] TERBONGKAR! RAFIZI RAMLI GUNA NGO MANDIRI DEVELOPMENT DITAJA GEORGE SOROS & TIDES FOUNDATION JATUHKAN KERAJAAN MADANI


Satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi kini mencetuskan persoalan besar mengenai dakwaan pengaliran dana asing ke dalam rangkaian aktivisme politik dan operasi persepsi di Malaysia. Laporan tersebut mendakwa wujud aliran dana lebih RM1.5 juta daripada sebuah organisasi luar negara yang dikenali sebagai Tides Foundation melalui proksi tempatan, Mandiri Development Center.

 

Laporan polis yang dibuat pada 14 Mei 2026 oleh seorang pemimpin NGO, Shhbudin Hj Embon, mendakwa menerima dan melihat “maklumat sulit” berkaitan penyelewengan dana asing serta kemungkinan ancaman terhadap kedaulatan negara.

Menurut kandungan laporan tersebut, dana berkenaan didakwa disalurkan bagi membina “empayar persepsi” serta membiayai operasi “tentera siber” yang dikatakan melibatkan golongan muda dan pelajar praktikal dengan bayaran sekitar RM1,700 seorang.


Dakwaan itu turut mengaitkan Rafizi Ramli  yang didakwa memanfaatkan NGO dan struktur dana tersebut bagi menggerakkan naratif politik tertentu di media sosial dan lapangan awam.

Lebih membimbangkan, laporan itu mendakwa dana asing tersebut digunakan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, namun sebenarnya bertujuan mempengaruhi kestabilan politik serta membentuk tekanan persepsi terhadap institusi negara. Penggunaan NGO tempatan sebagai “proksi” pendanaan asing juga menimbulkan persoalan mengenai tahap pemantauan kewangan terhadap organisasi bukan kerajaan yang menerima dana antarabangsa.

Turut dibangkitkan ialah dakwaan penyalahgunaan dana perjuangan bagi tujuan peribadi termasuk pembelian kenderaan mewah ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup. Laporan polis itu menyebut dakwaan pembelian Peugeot 408 dan Nissan Almera sebagai antara simbol gaya hidup yang dikatakan tidak sepadan dengan imej perjuangan rakyat yang dipromosikan kepada umum.

Semakan menunjukkan penggerak MANDIRI ialah Amir Hariri Abdul Hadi atau lebih dikenali sebagai Amir Hadi ialah bekas Setiausaha Agung parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA). Beliau adalah bekas Senior Coordinator Suara Rakyat Malaysia.  Selain itu ialah Mohamad Alshatry, Dobby Chew dan Norhamdin Nordin penggerak Suara Mahasiswa UMS anak didik Mukmin Nantang.