Friday 19 January 2018

HABISLAH! LIM GUAN ENG DAN SHAFIE APDAL BAKAL DIPANGGIL SPRM SEMULA?




1. Dua kes yang menarik menjadi perhatian umum Disember 2017 dan Januari 2018 ialah kes rasuah pembelian tanah RISDA RM155 juta melibatkan Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan Peguam Michael P Ubu. Satu kes lagi ialah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang RM6.3 bilion yang telah diintai lama.

2. Kedua-dua kes ini akhirnya menahan reman pelbagai pihak yang terlibat. Peter Anthony ditahan reman selama 7 hari bermula 5 Januari lalu manakala Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli CEO syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng Timbalan Pengerusi Syarikat Ewein Berhad direman SPRM 10 Januari lalu. 

3. Bagi kes mencuri dana deposit RM15.5 juta RISDA Peguam KDM Michael P.Ubu telah melarikan diri ke luar negara dari disiasat SPRM. Sebab apa? Takut bersalah. Jika dia ditahan Shafie Apdal dan Peter Anthony akan ditimpa masalah. Saksi-saksi di RISDA yang memberi maklumat pastinya akan dilindungi. Paling penting Shafie dan Peter ditangkap dan dituduh dimahkamah nanti.

Thursday 4 January 2018

HANYA 48 JAM! DI MANA SHAFIE DAN WARISAN SEMBUNYIKAN PETER ANTHONY NAIB PRESIDENNYA?


1. Selepas Peter Anthony menghilang 2 bulan apakah agaknya perasaan Shafie Apdal Pemangku Presiden Parti Warisan apabila SPRM mengiklankan mencari Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan juga Peguamnya Micheal P Ubu bagi kes Skandal melesapkan wang deposit RM15.5 juta milik RISDA  bagi pembelian tanah ladang sawit Tongod RM155 juta.

2. Persoalannya di mana Shafie Apdal sembunyikan Peter Anthony? mustahil Shafie Apdal tidak tahu. Micheal P Ubu juga hilang sejak beberapa bulan lalu selepas desas-desus kes ini didedahkan sejak tahun lalu. RISDA yang melaporkan kes pecah amanah ini pada Mac 2016 turut berdiam diri seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

3. Kenyataan media dan pengiklanan SPRM mencari Peter Anthony pasti memberi imej buruk kepada Parti Warisan apabila pemimpinnya diburu kerana rasuah. Ia membayangkan Peter Anthony melarikan diri serta takut. Jika dia tidak bersalah pasti sejak dua bulan lalu Peter melaporkan diri setiap bulan kepada SPRM namun mengapa Peter dan Peguamnya memilih bersembunyi? Ini amat memalukan!

4. Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mesti tampil dan membantu SPRM mendedahkan di mana Peter Anthony. Semoga mereka tidak bersekongkol menyembunyikannya sebelum rakyat mendedahkan di mana Peter Anthony berada. Kes RISDA ini menakutkan Peter kerana bukti rasuah amat jelas berlaku. Peter tidak boleh melepaskan diri dari kes ini.

Captain M
4 Januari 2018

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA