KUALA
LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu,
termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat bernilai kira-kira RM230
juta.
Menurut
sumber, dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan dalam operasi
berasingan di sekitar Lembah Klang antara jam 3 hingga 5 petang hari ini,
manakala seorang lagi suspek berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi
keterangan di pejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 petang.
Siasatan
awal mendapati ketiga-tiga suspek, termasuk dua daripadanya pengarah syarikat,
dipercayai bersubahat melakukan penyelewengan tersebut dalam tempoh antara 2018
hingga 2024.
