1. Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu kerabat di raja Kedah pada 14 Januari lalu di Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa, Ampang, 21 Jan lalu Polis telah merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki itu.
2. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua saksi telah dipanggil sejak hari kejadian bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Selain itu, beliau berkata pihaknya telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium tersebut bagi membantu siasatan dan ia telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.
3. Ditanya adakah pemilik kereta Mercedes Benz turut terlibat, Hamzah berkata semakan mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita dan suaminya juga bukan individu bergelar 'Datuk' seperti ditularkan. “Mereka (wanita dan suaminya) itu tidak terlibat dalam kes ini dan saya harap orang tidak perbesarkan cerita ini, tindakan mereka hanya mengganggu siasatan,” katanya.
3. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukKan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes itu mendapat perhatian ramai dan sumber memaklumkan walaupun kedua pihak sudah bersetuju menyelesaikan kes di luar (berdamai) namum PDRM akan terus mengambil tindakan terhadap kes ini.
PEMILIK KERETA MERCEDES WWC8908
SAMA ADA TENGKU KHAIRUNNIZA HANYA PENAMA KERETA ATAU MEMANG PEMANDU BELIAU TERLIBAT |
PEMANDU PERIBADI VIP
4. Maklumat siasatan menunjukkan penama kereta Mercedes Tengku Khairunniza bin Tengku Hamid merupakan seorang kerabat Kedah. Abangnya Tengku Hazrul Shah bin Tengku Hamid (Along Taman, Alang Pandan or Misai) dan Tengku Khairulnizam
5. Tengku Hazrul dan Tengku Khairulnizam pernah terlibat dengan satu kes pembunuhan pada tahun 2003. Tidak dapat dipastikan penyelesaian kes ini. Namun pernah disiarkan dalam media massa pada tahun tersebut;
i. Two brothers charged over double murders
6. Kes pembunuhan dua lelaki di Genting Highlands tahun 2003 dipercayai ada kaitan dengan perebutan kuasa dalam kumpulan Ah Long. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Timbalan Supt Mokhtar Mohd Ali ketika itu berkata kedua-dua mangsa, Loh Cheng Hye, 42, dari Pulau Pinang, dan Ti Chee Khew, 29, dari Semenyih, Selangor. Antara yang ditahan ialah Tengku Hazrul Shah Tengku Hamid, yang ketika itu berumur 28 tahun (kini 42 tahun) dikenali sebagai Along Taman, Alang Pandan atau Misai, yang beralamat terakhir adalah No 1, Seri Bentara, Lengkongan Jalan H, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur.
7. Kejadian memukul pemandu lori ini dikatakan mempunyai kaitan juga dengan Tengku Hazrul @ Along Taman. Malah orang-orang Along Taman menggugut pemandu lori dan sesiapa yang terlibat. Lantaran itu tidak menghairankan jika Along Taman turut ditahan polis
8. Menurut sumber, Along Taman atau Tengku Hazrul Shah menguasai judi haram di Ampang dan beberapa daerah di Selangor. Mempunyai hubungan baik dengan Azmin Ali Menteri Besar Selangor, Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan budak suruhan Zuraida Dato' Adam Rosly yang memiliki rumah banglo Disneyland. Lihat sajalah kekayaan Zuraida dan Dato' Adam Rosly di Ampang, kereta dan rumah mewah.
9. Sebab itu jenayah mesin judi haram di Ampang begitu banyak sekali kerana Along Taman telah memegang MB, Zuraida MP, penguatkuasa dan penjawat awam di Ampang dan Selangor. Malah dikatakan banyak program-program Azmin Ali dan Zuraida ditaja oleh gengster Along Taman ni.
10. Pada Disember 2016 apabila Jamal Yunos menyerbu pusat judi haram di Sekinchan, Sabak Bernam dan 2 pusat perjudian haram di Jalan Kosas, Ampang Jaya bersama 100 orang pengikut ia sangat tidak menyenangkan hati Kongsi Gelap dan Along Gang /Along Taman. Dalam satu blog yang didedahkan oleh masterdedah.com terdapat cara "Kawtim" PBT meluluskan lesen pusat siber yang menjadi judi haram Selangor.
11. 6 Januari lalu Jamal Yunos mendakwa beliau ditawarkan wang rasuah sebanyak RM1 juta daripada ketua sindiket perjudian. Geng-geng Along Taman inilah yang berusaha mahu merunding Jamal Yunos. Tujuan rasuah ialah menutup mulut Jamal Yunos daripada terus membongkar kegiatan mesin judi di seluruh negara khususnya di Selangor. Arahan siapa? Pasti Azmin Ali agar kes -kes judi tidak dibesarkan.
12. Azmin terbukti sangat melindungi Pengusaha mesin judi haram di Selangor melalui usahanya yang tidak pernah membekukan lesen pusat judi siber dan siber kafe yang menjadi pusat judi berlesen.
13. Lihat saja bagaimana PBT seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya meluluskan premis lesen Pusat siber. Ada beratus lagi yang mereka tangguhkan namun operasi pusat judi haram terus beroperasi. Tiada usaha sita dan tangkapan. Jika di Ampang semua ini dikuasai oleh Tengku Hazrul Shah aka Along Taman ni.
Ini yang MPAJ luluskan akhirnya menjadi Pusat Judi haram di Ampang. Ada beratus-ratus lagi Pusat Siber jadi Judi Haram di Ampang dilindungi oleh Geng Along Taman ini. |
14. Akhirnya Judi dan segala jenayah berleluasa di Ampang malah di Selangor. Apa nak hairan jika geng Along Taman itu memukul pemandu lori? Orang yang pernah terlibat jenayah mereka mana kisah. Akhirnya Azmin terus kaya, Zuraida Ampang dan Dato' Adam Rosly kaya raya. Rakyat bukalah mata.Jangan biarkan keganasan dan jenayah berleluasa di Selangor.
Captain M23 Januari 2017
Tulisan kau ni mengalahkan siasatan polis, lengkap sangat.
ReplyDeleteSebab tu terpaksa dibakulsampahkan.
Judi tu haram, fitnah itu lebih besar dosanya.
Tempatnya, neraka jahanam.
Mengapa marah sangat ni,terpijak ekor ke?.Banyak fitnah lain yg sudah terbukti pun kau senyap je,seperti fitnah Rafizi terhadap tabung Haji dan NFC.
DeleteBagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi..cerita mengalahkan polis, mengalahkan siasatan fbi, habuk pun tara. Lu pegi report sprm la macai habibur rahman kadir shah. Buang masa baca panjang2, mana kaitan rasuah azmin pun tak jelas. Asyik2 guna perkataan.."menurut sumber", "terbukti". Kahkahkah..boleh buat novel.
Deleteapa saja yang berlaku di darul insan adalah tanggungjawab tenuk dan tapir dan bukan tanggungjawab Mbnya. cuma sungai atau parit yang kotor saja jadi tugasan Assmin. makanya tak usahlah bebankan Assmin dengan tugasan yang dia secara moralnya tak ada kaitannya.
DeleteDarul insan abah kau
DeleteOperasi di luar negara. Tak berani balik malaysia ke?
DeleteNak tahu fitnah atau tidak hanya perlu masuk premis yang ada papan tanda "hiburan..." bukan satu tapi bersepah. Nak jadikan cerita, ada mamat naik van PBT yang masuk, ambil gambar dan blah. Tak tahu apa matlamatnya.
ReplyDeleteTak payah kencing la..mana ada kedai judi online letak signboard "pusat hiburan". Langsung takde signboard. Kecuali logo atau warna group masing2. Yang mintak lesen cybercafe selalunya ikut law, jarang salahguna lesen. Yg bukak kedai judi online mmg jelas takde lesen. Itu bezanya. Kalau kau bukak kedai judi online dlm hutan sekalipun, polis pasti tau. Inikan pulak dalam bandar. Judi termasuk kategori jenayah. Bukan hal lesen semata2. Tuduhan bermotif politik mcm ni tak payah layan. Seluruh negara termasuk negeri diperintah bn ada kedai judi online. Salah siapa? Siapa yg kerjanya banteras jenayah & laksanakan undang2?
DeleteWoit! kenapa defensif sangat? Dah nampak tanda-tanda karam kat dahi Azmin ker? kah kah kah
Deletetugasan untuk mengkompaun premis yang dibuka untuk bisnes tapi tiada lesen, adalah tugasan WTO. kalau tidak dikompaun maknanya WTO tak buat kerja.
DeleteKompaun premis judi online?? Kahkahkah...nak letak atas nama sapa?? Bangla/myanmar yang jaga kedai? Apa la bangang kau ni..kalau majlis serbu dan tanya bangla tu kau ingat dia nak cakap nama taukeh? Lepas kompaun dikoyakkan je kertas tu. Kahkahkah..bodoh betul macai habibur rahman
DeletePenguatkuasa adalah PDRM bukan Azmin. Ko paham ke tidak?
ReplyDeletepatut ler cik timah yang jual jamu kat premis takdak lesen tu Pdrm yang serbu dan bukannya Pbt. cian cik timah kena bayar kompaun kat Pdrm. ish ish ish
Deletekuasa meluluskan lesen PBT. kuasa penguatkuasa Polis dan PBT. mereka ada kuasa menyita kalau salah.
ReplyDeletebagaimanapun kalau tiada pemula tiadalah pengakhr. Jika pusat sibar jadi pusat judi PBT ada kuasa batal dan tidak sambungkan lesen
Mana ada pusat judi haram dapat lesen? Seboleh2 kau nak kaitkan pbt dengan pusat judi haram. Pergi tanya polis..takut ke?
DeleteDalam lesen ada tertulis perniagaan apa, tetapi kalau perniagaan lain yang dijalankan maka tugas untuk membatalkan lesen adalah PBT bukannya polis. Noktah
DeleteBodoh punya blogger..kau ingat dalam kedai judi online tu ada gantung lesen majlis? Kau ingat diorang salahguna lesen? Diorang tak mohon lesen langsung la..faham tak? Pintu premis 24 berkunci, nak pecah masuk kena mohon kebenaran polis. Bukan main suka2 nak serbu. Bodoh
DeleteAbg penyanyi Dayangku Intan
ReplyDeleteApa pasal tak bising kat tnb? Tak bising kt syabas? Tak bising kat tm?
ReplyDeleteTnb makan duit haram, kutip bil judi beribu tiap2 bulan bagi 1 premis..kalau tnb ada rasa tanggungjawab pada rakyat, patut mereka tidak bersekongkol dengan taukeh judi.
DeleteTulisan mcm org dari Hospital Tanjung Rambutan. Sewel siapa yg tulis ni.
ReplyDeleteCakap mcm tong kosong pokok boleh tumbang,judi on line ni semua negeri ada tapi sebelah mana ....?
ReplyDeleteKawasan bandar,pekan,yg di kuasai oleh DAP
penah ko org tengok kat kampung2 org melayu ada judi on line ke...?
Urmmmm entah lah suka hati ko org lah....
Sebelum dapat kuasa semua yang orang lain buat atau tidak buat adalah salah belaka. Bila diberikan kuasa, tak tahu apa nak buat selain menafikan apa yang telah dia buat atau apa yang dia tidak mampu buat. Hmm, klise.
ReplyDeleteJudi adalah jenayah. Jenayah di bawah kuasa polis.
ReplyDeletePolis pun takut ke dgn ah long taman ni...sbb dah ada kes Bahri sprm...salahguna kuasa.. Ada report polis semua tapi..polis senyap..setahun tu..dah pencen bahri baru berani bukak kes...mcm kes judi kat Ampang ni...patutnya yang turun Sting...baru..tahu...walau captain M ni tulis lebih detail dari siasatan polis..apa yang Captain tulis ni ada fakta...jgn..tak tahu Captain M ni mcm James Bond...syabas Captain...terus usaha murni...semoga Allah lindungi kamu sentiasa sbb ni kes berprofil tinggi...orang kalau dah tamak harta dunia..mcm shafiee bedal...dah tak ingat dosa pahala...
ReplyDelete"Mempunyai hubungan baik dengan Azmin Ali Menteri Besar Selangor, Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan budak suruhan Zuraida Dato' Adam Rosly yang memiliki rumah banglo Disneyland."
ReplyDelete"Sebab itu jenayah mesin judi haram di Ampang begitu banyak sekali kerana Along Taman telah memegang MB, Zuraida MP, penguatkuasa dan penjawat awam di Ampang dan Selangor. Malah dikatakan banyak program-program Azmin Ali dan Zuraida ditaja oleh gengster Along Taman ni."
*Gila geng habibur rahman & geng naina merican tabur fitnah. Main petik ikut suka. Surat kelulusan cybercafe dikatanya surat kelulusan pusat judi haram. Biar mereka cari kau pulak lepas ni.
Ni cadang ke soalan?
ReplyDeleteakhirnya 4 gengster ni kena jugak!
ReplyDeletehttp://www.mynation.news/2017/01/4-gangster-besar-hanya-berdepan-penjara-hingga-2-tahun/