Thursday 23 May 2024

Shafeeq Anak MB Perlis didakwa tuntutan palsu RM19,505.10 membekal air mineral Raja Perlis



Anak menteri besar Perlis yang juga menantu Hadi Awang  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.

Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 35, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Salha Hamzah.

Monday 6 May 2024

HANCURLAH MARACORP! DATO' AMIR 'KAKI SKANDAL' UNIKL DILANTIK GROUP CEO INTERIM

 



Isu Maracorp nampaknya belum berakhir. Ada yang berpendapat Majlis Amanah Rakyat (MARA) selagi dipimpin Ketua Pengarahnya Dato' Azhar Bin Abdul Manaf agensi Mara dan entiti perniagaannya tak ke mana. 

Isu rasuah dan salahgunakuasa Maracorp pernah meletup tahun 2022.

Friday 3 May 2024

TITAH ADENDUM PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK: PERMOHONAN TENGKU ZAFRUL FAIL AFIDAVIT DITOLAK KERANA BUKAN WAKIL MANA-MANA PIHAK

 

Mahkamah Tinggi semalam (2 Mei) menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan pihaknya terhadap permohonan dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbabit.

Beliau berkata, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tidak mewakili mana-mana pihak dan afidavit yang ingin difailkan itu seolah-olah 'terapung'.

"Tiada prosedur, maka hakim menolak permohonan itu. Namun, jika (Najib) mendapat kebenaran (semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum), beliau (Tengku Zafrul) boleh memfailkan kembali (kebenaran fail afidavit).