Ghanarajah saksi perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi
melibatkan bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng, dilaporkan telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki bersenjata dalam
satu kejadian mengejutkan awal pagi semalam
Serangan berlaku sekitar jam 7.20
pagi di sebuah kediaman mewah di Petaling Jaya. Menurut sumber, penyerang
mengikat dua pengawal keselamatan sebelum memasuki rumah dan menyerang mangsa.
Mangsa mengalami kecederaan di
muka dan tangan, selain diberi ugutan secara langsung:
“Duduk diam di rumah, jangan jadi wira.”
Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar
mengesahkan laporan telah diterima, dan kenyataan rasmi dijangka akan
dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dalam keterangannya sebagai
saksi pendakwaan ke-37, Gnanaraja, 44, memberitahu bahawa syarikat itu
ditubuhkan dan akaun banknya dibuka atas arahan langsung Guan Eng,
yang juga Ahli Parlimen Bagan, pada 10 Ogos 2016.
“Beliau (Guan Eng) sendiri
arahkan saya buka akaun syarikat itu,” kata Gnanaraja, sambil
menambah Guan Eng pernah melihat sendiri Borang 49 syarikat yang
menunjukkan pengarahnya adalah dua individu Melayu – dipercayai bagi menutup
identiti sebenar pengendali dana tersebut.
Saksi Mati, Saksi Diserang — Apa Sebenarnya Berlaku?
Insiden ini mengimbau kembali
satu lagi tragedi yang membabitkan Datuk Ewe Swee Kheng, yang merupakan:
- Pengasas dan bekas Pengarah Urusan Ewein
Berhad (kini Skygate Solutions Berhad)
- Penaja utama DAP Pulau Pinang
- Saksi ke-15 dalam siasatan SPRM terhadap
projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang
- Pernah
mengadakan pertemuan dengan pegawai SPRM beberapa hari sebelum kematiannya
Pada 5 Oktober 2021, Datuk Ewe ditemukan maut selepas
jatuh dari tingkat empat Kondominium mewah The Palazzo, Jalan Kelawei, Pulau
Pinang. Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai "kematian
mengejut", namun banyak pihak mempersoalkan apakah beliau mengalami
tekanan atau ugutan sebelum insiden itu.
Datuk Ewe merupakan pembayar rasuah tegar kepada Lim Guan Eng. Pendek kata kroni Lim Guan Eng bersama Tan Kok Ping.
Perbicaraan Rasuah Lim Guan
Eng
Bekas Ketua Menteri Pulau
Pinang itu sedang menghadapi beberapa pertuduhan berkaitan projek Terowong
Dasar Laut bernilai RM6.3 bilion, antaranya:
- Meminta 10% keuntungan daripada syarikat
kontraktor Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB)
- Menerima
RM3.3 juta untuk dirinya sendiri
- Meluluskan pelupusan dua lot tanah milik
kerajaan negeri kepada syarikat berkaitan projek
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihaknya akan membangkitkan isu serangan saksi ini apabila perbicaraan bersambung pada 19 Ogos 2025.
Sistem Kehakiman Diuji: Siapa
Lindungi Saksi?
Dua insiden besar — kematian
Ewe Swee Kheng dan serangan ke atas saksi terbaharu ini — menimbulkan persoalan
serius:
- Adakah saksi-saksi penting dalam kes ini
cukup dilindungi?
- Siapa
dalang di sebalik serangan ini?
- Adakah ini cubaan campur tangan dalam
proses perbicaraan mahkamah?
Insiden ini menimbulkan
persepsi bahawa integriti sistem perundangan Malaysia kini diuji, khususnya
apabila kes melibatkan tokoh politik ternama dari parti pembangkang.
Gangguan terhadap saksi utama
dalam kes rasuah Lim Guan Eng menunjukkan bahawa perbicaraan ini bukan sekadar
pertarungan di mahkamah, tetapi juga pertempuran antara kuasa, kepentingan, dan
kebenaran.
Keadilan yang dibina atas
keberanian saksi mesti dilindungi. Jika tidak, negara ini akan terus dikaburi
oleh bayang-bayang ketakutan dan impunitas.
No comments:
Post a Comment