Monday 30 January 2017

MAHATHIR PEMIMPIN "MAKSUM" DIA TIDAK PERNAH BERSALAH SEPANJANG HAYATNYA!'

GENG BUNGE MEMUJA MAHATHIR SEORANG MAKSUM. MAHATHIR PUN MENGAKU DIA TAK PERNAH BUAT SALAH SEPANJANG 22 TAHUN  JADI PM

1. Ya jika mengikut kefahaman penganut ajaran Mahathir "Geng Bunge" sememangnya Mahahir seorang yang "maksum" lebih mulia dari mana-mana Nabi. Ya Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai PM tidak pernah buat salah jauh sekali dari melakukan kesilapan. Anak kaya-raya bukan salahpun itu hak dia sebagai bapa beri semasa jadi PM. 


488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anaknya 
boleh dibaca di sini


2. Mahathir amat pasti masuk syurga kerana haji orang lain adalah haram, orang dapat BRIM kaki rasuah malah menghina Rasulullah SAW menjadi permainan bibirnya sejak dahulu seperti janggut nabi, nabi tiada Gillette, nabi tiada pisau cukur jadi nabi tak bercukur termasuk nabi tiada RM2.6 bilion dalam akaun dan zaman nabi tiada 1MBD sambil bergelak ketawa dengan cina kafir DAP.

3. Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii. Tapi semua itu tak apalah. Mahathir tetap seorang maksum. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah. Tak apalah geng bunge kata ini hal peribadi.

 4. Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi. Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll. Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti. 

Apa sahaja yang Lim Kit Siang suarakan tahun 1984 dan 1986 menyalahkan Mahathir bukanlah salah sekarang. Mahathir juga secara automatik menjadi maksum jika bersekongkol dengan DAP. Sama-sama hikpokrit
sebagai amalan mulia ke syurga nanti. 

30 tahun terus kekal menjadi misteri....

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kata Mahathir  "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. Siapa salah Mahathir atau Musa Hitam?






Tidak salah letak adik ipar sebagai Pengerusi Tabung Haji. Senang nak buat kerja.

Mahathir tahun 1998 guna Petronas Bail-Out syarikat anaknya Mirzan Mahathir Konsortium Perkapalan Berhad.Semua ini tidak salah. Hanya Mahathir saja seorang kat Malaysia ni boleh buat. Orang lain tidak boleh. -Poster: SEMUT



Kisah Opcom baca di sini. Apa sahaja Boboi mahu pasti dapat. Malah jadi MB Kedah pun Boboi dapat atas pengaruh Mahathir. Boboi betul-betul anak bapa. Sekarang jadi Timbalan Presiden Parti Bersatu atas ehsan Mahathir. Boboi memang tiada kelayakan. semua kerana bapak. Masa dalam UMNO dulu bertanding pun kalah. Mahathir tak salah. Dia masih maksum lagi. 


5. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016. Berbakul seranah. Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain). 

6. Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. JIka ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.







7. Akhirnya.. Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi. Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang ditandatangani zaman Mahathir menguntungkan kroni tu bukan salah Mahathir.



8. Dengan semua yang berlaku, Percayalah Geng Bunge masih tetap memuja dan berkata Mahathir maksum tidak pernah bersalah. Mahathir adalah ahli syurga.


Captain M
30 Januari 2017

Saturday 28 January 2017

TERBUKTI SEMUA SKANDAL MAHATHIR 'MENGKAMBING HITAMKAN' SIAPA YANG DIA MAHU!





[ Nota: Dedikasi buat para pegawai, dan ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa kezaliman Mahathir Mohamad. Alfatihah buat keluarga Jalil Ibrahim Jabatan Audit Dalam - Penolong Pengurus Besar BMFL]


1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal.  Maha Firaun!

3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah "mengkambing hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu dari kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini. 

SKANDAL BMF- AHLI LEMBAGA PENGARAH DIDAKWA & JALIL IBRAHIM DIBUNUH!

Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1962-1980) sebagai Gabenor Bank Negara ketika Mahathir sebagai TPM dan Menteri MITI. Tun Ismail Haji Mohamed Ali juga adalah Pengerusi PNB (1978 - 1996).  Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB / BMFL. Apakah Mahathir juga mahu menutup penglibatan Tun Ismail selaku Gabenor atau Pengerusi PNB?

4.  Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah  anak syarikat BBMB,  Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNB malah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB. 




5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong  di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!



6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982  hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya  Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF  ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu. 


7.  Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!







SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG

Lihat sekali lagi Bank Bumiputra di pergunakan oleh Mahathir. Yang kaya merompak ialah Eric Chia.
Kenyang proksi Mahathir ni menipu

8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982  untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.



9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya.  Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

10. Mahathir sipemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.


SKANDAL PKFZ- LING LIONG SIK 
DIKAMBING HITAMKAN



11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

12. Apakah pertuduhannya? untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata 
"Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

14. Apa jadi pada Skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhan pada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum saja

Mahathir terus menikmati kekayaan

15. Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

23. Apapun Mahathir belum senang kerana kes Forex Bank Negara rugi AS 10 bilion adalah seterusnya bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.




Captain M
28 Januari 2017

Thursday 26 January 2017

SYARIKAT MILIK DAP MUSNAHKAN KTM JETI PORT DICKSON?


Kuasa Siapa luluskan tanah KTM Jeti kepada Syarikat Pengendali? Bagaimana Jabatan Laut Malaysia boleh meluluskan Jeti itu sebagai satu Kawasan Pelabuhan (MTSA) berdaftar ? Sedangkan ciri-ciri keselamatan diabaikan. Bagaimana MPPD yang sepatutnya menyelenggara jalan masuk membiarkannya sehingga mengancam penduduk di kawasan itu? Bagaimana Jabatan Alam Sekitar berkata tiada pencemaran air laut dan pencemaran habuk bukan tugas mereka? bagaimana Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) hanya memberi amaran lisan sedang berlaku perlanggaran pengabaian langkah-langkah keselamatan? SPRM sepatutnya menyiasat jika semua agensi terlibat dengan unsur rasuah!

1. Captain M beberapa kali mendapat emel dari seseorang pengadu mengenai KTM Jeti di Port Dickson yang berbahaya kepada keselamatan dan kesihatan penduduk berhampiran jeti. Namun selepas dikaitkan syarikat pengendali Jeti yang mendapat pajakan di tanah KTM itu berkait rapat dengan DAP dan proksi Menteri MCA. Captain M menulisnya.



2. Itupun selepas menerima maklumbalas aduan itu dipaparkan dalam Sinar Harian (Sabtu) 14 Januari 2017. Ada sesuatu yang tidak kena kepada jawapan laporan itu. Asalnya adalah surat aduan Dato' Mansor Mohammad berasal dari Rasah, Negeri Sembilan bertarikh 4 Januari 2017 kepada Dato’ Ir Mohtar bin Musri Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. 









Aduan terhadap pengendali KTM Jeti Port Dickson

3. Untuk rekod KTM Jeti itu dipajak kepada syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang mengendalikan operasi pemindahan pemindahan arang batu dari tongkang ke lori. katanya aktiviti ini menyebabkan pencemaran  kepada air dan pantai akibat pemindahan sisa arang batu. 

4. Pengadu dan netizen bimbang pencemaran teruk di pantai Port Dickson ini akan menjejaskan reputasi Port Dickson sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, mendatangkan mudarat kepada rakyat dan pelancong yang datang ke Port Dickson.

5. Selain Jeti sudah mengalami kerosakan akibat aktiviti pemindahan arang batu ini. Syarikat pengendali KTM Jeti dilihat mengabaikan isu-isu keselamatan dan kesihatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi penduduk yang berdekatan dengan Jeti. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan segalanya. 






Gambar-gambar ke jeti

Jentera-jentera berat di atas Jeti








Tempat penyimpanan arang batu sebelum dipindahkan ke Lori

Tiang KTM Jeti juga retak dan rosak.


Terdapat tongkang arang yang boleh melanggar jeti jika angin kuat dan cuaca tidak baik, selain lori lebih muatan yang boleh akibatkan risiko tinggi pada keadaan jeti.

6. KTM Jeti ini juga digunakan sebagai tempat penyimpanan arang batu. Lantai jeti telah rosak dengan kesan lubang, retak dan tidak pun dibaiki. Hanya ditampal dengan besi murah untuk menutup kerosakan. Ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada sesiapa yang gunakan jeti tersebut.

Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd penyewa KTM Jeti


7. Sumber menyatakan KTM jeti sepatutnya ditutup namun ada tangan-tangan ajaib yang terus menggunakan jeti yang berbahaya ini. Kabel mereka besar supaya KTM Jeti ini terus digunakan. Untuk rekod Jabatan Laut Malaysia bagi Maklumat Kawasan Pelabuhan (MTSA) dan Kemudahan Pelabuhan (MFSA) KTM Jeti turut disenaraikan sejak tahun 2004 lagi. Bagaimana mereka boleh meneruskan hingga 2017 pihak berkaitan boleh menjelaskan berdasarkan tempoh pajakan atau sewaan syarikat ini.

8. Namun yang paling tidak manis didengar ialah Syarikat dikatakan punya hubungan dengan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming DAP tetapi terus mendapat layanan baik dari Dato' Sri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA. Syarikat terlalu kebal dan punya kabel dengan Menteri Pengangkutan, KTM, JKKP, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Alam Sekitar. 



9. Ahli Parlimen Telok Kemang Dato' Kamarul Baharin pun buat tidak tahu masalah yang berlaku. Ketua Bahagian UMNO Telok Kemang Tan Sri Isa Samad mantan Pengerusi FELDA pula masih 'bingung' selepas ditamatkan kontrak sehingga masalah di Port Dickson pun tidak sempat diuruskan. Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin belum menyedari masalah KTM Jeti ini. 


JKKP dan JAS kata tiada Pencemaran dan KTM Jeti menepati piawaian


Aduan dan jawapan JKKP  Tuan Izani berkata hanya beri amaran lisan walaupun syarikat engkar dan terdapat kesalahan dilakukan. Bagaimana jeti yang telah tua boleh dikatakan masih selamat dengan jentera berat melebihi muatan di KTM Jeti itu? Syarikat ini ternyata mengenali lama pihak-pihak berkuasa di Negeri Sembilan. Sepatutnya lawatan mengejut ke Jeti itu membawa sekali pasukan SPRM
Agaknya pencemaran persekitaran bukan kerja JAS dan kelalaian MPPD menyelenggara jalan menyebabkan keadaan lebih  buruk di KTM Jeti

10. SPRM wajar menyiasat perkara ini jika terdapat salah laku di kalangan para pegawai kerajaan. Begitu mudah mereka membuat kesimpulan. Kita cabar Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dato' Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) siasat agensi yang terbabit. Alasan agensi yang terlibat meragukan seperti terdapat unsur "kawtim" sedangkan fizikal di KTM Jeti jelas menunjukkan betapa jeti tua itu membahayakan pekerja, beri pencemaran dan menggugat penduduk kawasan berdekatan.  






Captain M
26 Januari 2017

Wednesday 25 January 2017

SKANDAL BMFL DIDEDAH CIA MAHATHIR TERLIBAT & LAPORAN AKHIR JAWATANKUASA PENYIASAT BUMIPUTRA MALAYSIA FINANCE LIMITED HONGKONG




DOKUMEN rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad menurut laporan portal berita."CIA DEDAH DOKUMEN SKANDAL MAHATHIR DALAM BMF" 

The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu. Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan. 

“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir"

Berikut Laporan Lengkap Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong). Bolehlah baca. Surat-surat Mahathir Mohamad selaku PM pun ada. Bolehlah baca dan padankan dengan laporan CIA itu. Mungkin agak panjang melebihi 70 muka surat tetapi boleh dijadikan sebagai rujukan. 





































SURAT MAHATHIR MOHAMAD- TIDAK MENGAKU



SURAT MUSA HITAM


SURAT TENGKU RAZALEIGH



JAWAPAN TENGKU RAZALEIGH



PERAKUAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN



PERAKUAN ROBERT KOUK








TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA