Sunday, 1 January 2017

PERCUTIAN 'MABRUR' MUHYIDDIN TAJAAN ANAK & MENANTU JUTAWAN HANCURKAN PPBM DI MALAYSIA!



1. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan orang kuat kesayangan Mahathir meneruskan gerakan arahan Mahathir untuk menyerang Tan Sri Muhyddin Yassin Presiden PPBM. Sebelum ini menyentuh hal membersihkan nama Presiden dari skandal dengan isteri orang. Kini Khairuddin mempertikaikan  Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman.

2. Khairuddin mempertikaikan tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.



“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.

“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” 
Muhyiddin di Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya. Kucar-kacir oleh tangan-tangan berebut kuasa. 
3. Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti bersama anak-anaknya Anina Saadudin disingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Ketua Srikandi. Belum masuk Cybertroper Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Mahathir pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin. Game yang baik membunuh karektor Muhyiddin. 

4. Belum masuk polemik Ezam Mohd Nor keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya, ugutan Anina membocorkan rahsia pemimpin PPBM dan pendedahan Skandal Seks Syed Saddiq Ketua Armada PPBM. Semua ada ketika Muhyiddin bercuti. Tapi Mukhriz tidak membela semua itu. Dia hanya tahu menuduh orang lain. 


5. Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang-orang Mukhriz FB Muhyiddin terus senyap tanpa jawapan. Muhyiddin terus melayan percutian bersama keluarga khususnya bersama anaknya Fakhri Yassin (Pemilik Thriven Berhad) dan anak menantunya Adlan Berhan yang memang kaya raya (Projek Biometrik & BestariNet) dan jutawan hasil projek ketika Muhyiddin berkuasa dulu. Cerita mereka boleh klik di sini.


Fakhri Yassin Anak sulung Muhyiddin. Dikaitkan dengan Panama Papers dengan dua entiti syarikat di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Syarikat Thriven Berhad membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun. Tahun 2015 Fakri Yassin telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM 130 juta. Menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn Bhd dan Ketapang Capital Sdn Bhd menguasai majoriti saham Mulpha Land (Thriven Berhad). manakala Datuk Adlan Behran anak menantu Muhyiddin menyapu RM4bilion projek BESTARINET YTL juga projek '#BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA melalui syarikat Nexbis Sdn Bhd. Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) konsesi 12 tahun ketika Muhyiddin TPM Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing.

6. Kata Khairuddin anjing Mahathir, PPBM belum mantap, baru ditubuhkan "Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

Muhyiddin terus melayan makan mewahnya di Park Hyat Vienna Austria. Dia kata di negara Malaysia GST menyusahkan rakyat, kena jimat, BRIM umpan dan macam-macam lagi. Tapi.......


nenas di Johor tak sedap katanya..... dekat Hyatt sedap.

Boleh menyaksikan karya hebat Pablo Picaso.......Hebat tak Abah......
Relaklah Malaysia. Tunggu abah balik lah..


Boleh sambut birthday party abang jutawan......tak mainlah kat Malaysia






7. Ok apapun tunggu Tan Sri Muhyiddin kembali ke tanah air. Sekarang biarlah dia habiskan dulu percutiannya. Anak dan menantu jutawannya masih belum habis lagi membelanjakan wangnya di Eropah itu. Makin lama Muhyiddin bercuti makin lunyailah dia dikerjakan Khairuddin, Mahathir, Anina dan Mukhriz....


Captain M
1. 1. 2017

7 comments:

  1. midin sedang belanja segala apa yang dia rompak

    ReplyDelete
  2. Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.

    Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.

    Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag “#perth”, “”#goldcoast”dan “#meadowsprings”.

    ReplyDelete
  3. Malaysia tiap-tiap tahun hujan , banjir ...
    Masuk bulan 3, 4 kemarau pulak , lepas tu jerebu
    Aku pon amik cuti , habiskan cuti tahunan

    Yang penting , segala-galanya telah diatur
    jika ada masalah , ada menteri lain yang membantu
    ada timbalan PM yang turun padang

    otak mesti cerdik
    imam 1 masjid cuti , mesti ada imam no. 2 ganti
    jadi imam bukan maknanya tak boleh cuti
    life goes on ...kata omputih
    PM bercuti tu hak dia , dia ada keluarga ...
    bukan bila jadi PM 24 jam kena kerja
    otak kena cerdik
    kena tahu pasal delegate ...delegate ...delegate

    Yang tidak bolehnya , bila pemimpin lain bercuti , bermewah , dia kutuk
    tapi bila dia bercuti , bermewah . boleh la pulak
    rasa2nya PM tak pernah pon kutuk org lain bercuti , berlibur dan bermewah ....belum pernah lagi dengar PM kritik org lain tanpa fakta ....dak gitu mu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid lawat ke mangsa banjir? Langsung takde.

      Delete
    2. mata ko letak kat lutut? telinga letak kat bontot? zaman hang tuah ke? sampai tv pun tak tengok. ada mulut tangan cuma buat fitnah. ikut perangai dajjal?

      Delete
  4. Fitnah sambil lobi projek. Geng mamak mmg rakus kaut projek..

    ReplyDelete
  5. Kita ni klau nak buat statement biarlah periksa dulu. Org kalau nak fitnah memang senang. Apehal orang nak bercuti pun nak diungkit. Sedih sangat ke hidup. Masa kecik2 dulu mak bapak tak pernah bawak jalan ke? Kesian. Bawak2 lah family tu berjalan. Luas pemandangan sikit. Didik anak2 supaya tak campur adukkan hal peribadi orang lain. Character assasination takde class la. Banyak ke dedak dah makan ni?

    ReplyDelete