Saturday 21 April 2018

7 MEI: APABILA SABAH DIINGATKAN KEMBALI KES RASUAH SHAFIE APDAL CURI WANG RAKYAT KKLW


1. Isu di Malaysia cepat berlalu. Rakyat mudah lupa kerana isu datang dan pergi. Setidaknya Rakyat Sabah berbicara semula kisah rasuah Shafie Apdal yang mencuri wang rakyat miskin di KKLW. Projek sepatutnya bermanfaat untuk rakyat miskin di kawasan pedalaman akhirnya projek kenyang buat kroni, rakyat derita. Projek Air, Elektrik,Jalan, PPRT, Risda,Felcra dan lain-lain lagi gagal. RM14 Bilion dilaksana RMK 9 dan RMK10. 

2. Gara-gara fail pendakwaan kes rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal belum di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan, 19 April lalu Mahkamah tinggi menetapkan 7 Mei ini untuk mendengar kes semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi dan menjadi calon pilihan raya.

3. Hakim Azhahari Kamal Ramli yang bersidang di dalam kamar turut menetapkan 4 Mei bagi semua pihak yang terbabit untuk memfailkan hujahan masing-masing.

4. Semakan kehakiman itu difailkan Ahli Jawatankuasa UMNO Semporna, Datuk Mohd Ainal Fattah melalui peguam Marcel Jude dengan menamakan SPR dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

5. Marcel ketika ditemui selepas prosiding itu, berkata pada 7 Mei nanti hakim akan membuat keputusan sama ada menerima semakan kehakiman berkenaan atau sebaliknya atau menetapkan tarikh baharu untuk pendengaran seterusnya.

Wednesday 14 March 2018

BUDAK MUFTI PERLIS DR MASZLEE,ABU HAFIZ DALAM SKANDAL AL QAYYIM SERTAI PPBM BAGAIMANA DR ROZAIMI?


1. Apakah menghairankan apabila budak IKRAM Dr Maszlee Malik dan Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim milik Dr Maza menyertai PPBM? Tidak! sudah dijangka. Begitu juga Wan Saiful Wan Jan dulu PAS seumur hidup kini PPBM.



Abu Hafiz Salleh Hudin
 - Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim
admin Page Dr Maza.com. Ini semua arahan dan nasihat Dr Maza


Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis - Dr Maszlee Malik (UIA- AJK IQ)


Mengapa Geng IKRAM/JIM tidak memilih PAN? Wal hal geng Ikram mempunyai jawatan tertinggi dalam PAN. Mengapa pilih PPBM? Sebab geng ini mahu tempat. Mereka menyusup masuk. Tunggulah kerosakan yang bakal mereka lakukan


2. Tidak juga menghairankan jika Dr Muhammad Rozaimi Ramle (RORA) dan tuan besar mereka Dr Maza Mufti Perlis menyertai PPBM. Tanda-tanda Dr Maza Muzabzib dah jelas. Mereka dalam kandang sama. Maklumlah jika IKRAM/IRC/JIM bukanlah jenis boleh dipercayai. Mereka asal masuk parti dan makan dari dalam. Lihat sahaja apa berlaku pada PAS. Porak poranda hingga tertubuhnya Parti PAN. 

Friday 19 January 2018

HABISLAH! LIM GUAN ENG DAN SHAFIE APDAL BAKAL DIPANGGIL SPRM SEMULA?




1. Dua kes yang menarik menjadi perhatian umum Disember 2017 dan Januari 2018 ialah kes rasuah pembelian tanah RISDA RM155 juta melibatkan Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan Peguam Michael P Ubu. Satu kes lagi ialah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang RM6.3 bilion yang telah diintai lama.

2. Kedua-dua kes ini akhirnya menahan reman pelbagai pihak yang terlibat. Peter Anthony ditahan reman selama 7 hari bermula 5 Januari lalu manakala Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli CEO syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng Timbalan Pengerusi Syarikat Ewein Berhad direman SPRM 10 Januari lalu. 

3. Bagi kes mencuri dana deposit RM15.5 juta RISDA Peguam KDM Michael P.Ubu telah melarikan diri ke luar negara dari disiasat SPRM. Sebab apa? Takut bersalah. Jika dia ditahan Shafie Apdal dan Peter Anthony akan ditimpa masalah. Saksi-saksi di RISDA yang memberi maklumat pastinya akan dilindungi. Paling penting Shafie dan Peter ditangkap dan dituduh dimahkamah nanti.

Thursday 4 January 2018

HANYA 48 JAM! DI MANA SHAFIE DAN WARISAN SEMBUNYIKAN PETER ANTHONY NAIB PRESIDENNYA?


1. Selepas Peter Anthony menghilang 2 bulan apakah agaknya perasaan Shafie Apdal Pemangku Presiden Parti Warisan apabila SPRM mengiklankan mencari Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan juga Peguamnya Micheal P Ubu bagi kes Skandal melesapkan wang deposit RM15.5 juta milik RISDA  bagi pembelian tanah ladang sawit Tongod RM155 juta.

2. Persoalannya di mana Shafie Apdal sembunyikan Peter Anthony? mustahil Shafie Apdal tidak tahu. Micheal P Ubu juga hilang sejak beberapa bulan lalu selepas desas-desus kes ini didedahkan sejak tahun lalu. RISDA yang melaporkan kes pecah amanah ini pada Mac 2016 turut berdiam diri seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

3. Kenyataan media dan pengiklanan SPRM mencari Peter Anthony pasti memberi imej buruk kepada Parti Warisan apabila pemimpinnya diburu kerana rasuah. Ia membayangkan Peter Anthony melarikan diri serta takut. Jika dia tidak bersalah pasti sejak dua bulan lalu Peter melaporkan diri setiap bulan kepada SPRM namun mengapa Peter dan Peguamnya memilih bersembunyi? Ini amat memalukan!

4. Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mesti tampil dan membantu SPRM mendedahkan di mana Peter Anthony. Semoga mereka tidak bersekongkol menyembunyikannya sebelum rakyat mendedahkan di mana Peter Anthony berada. Kes RISDA ini menakutkan Peter kerana bukti rasuah amat jelas berlaku. Peter tidak boleh melepaskan diri dari kes ini.

Captain M
4 Januari 2018

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA