1. Selepas Peter Anthony menghilang 2 bulan apakah agaknya perasaan Shafie Apdal Pemangku Presiden Parti Warisan apabila SPRM mengiklankan mencari Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan juga Peguamnya Micheal P Ubu bagi kes Skandal melesapkan wang deposit RM15.5 juta milik RISDA bagi pembelian tanah ladang sawit Tongod RM155 juta.
2. Persoalannya di mana Shafie Apdal sembunyikan Peter Anthony? mustahil Shafie Apdal tidak tahu. Micheal P Ubu juga hilang sejak beberapa bulan lalu selepas desas-desus kes ini didedahkan sejak tahun lalu. RISDA yang melaporkan kes pecah amanah ini pada Mac 2016 turut berdiam diri seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.
3. Kenyataan media dan pengiklanan SPRM mencari Peter Anthony pasti memberi imej buruk kepada Parti Warisan apabila pemimpinnya diburu kerana rasuah. Ia membayangkan Peter Anthony melarikan diri serta takut. Jika dia tidak bersalah pasti sejak dua bulan lalu Peter melaporkan diri setiap bulan kepada SPRM namun mengapa Peter dan Peguamnya memilih bersembunyi? Ini amat memalukan!
4. Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mesti tampil dan membantu SPRM mendedahkan di mana Peter Anthony. Semoga mereka tidak bersekongkol menyembunyikannya sebelum rakyat mendedahkan di mana Peter Anthony berada. Kes RISDA ini menakutkan Peter kerana bukti rasuah amat jelas berlaku. Peter tidak boleh melepaskan diri dari kes ini.
Captain M
4 Januari 2018
Lanchau sudah kecut paling kuat keras tegang besar jari
ReplyDeletekelingking saja