Sunday, 17 May 2026

[VIDEO] TERBONGKAR! RAFIZI RAMLI GUNA NGO MANDIRI DEVELOPMENT DITAJA GEORGE SOROS & TIDES FOUNDATION JATUHKAN KERAJAAN MADANI


Satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi kini mencetuskan persoalan besar mengenai dakwaan pengaliran dana asing ke dalam rangkaian aktivisme politik dan operasi persepsi di Malaysia. Laporan tersebut mendakwa wujud aliran dana lebih RM1.5 juta daripada sebuah organisasi luar negara yang dikenali sebagai Tides Foundation melalui proksi tempatan, Mandiri Development Center.

 

Laporan polis yang dibuat pada 14 Mei 2026 oleh seorang pemimpin NGO, Shhbudin Hj Embon, mendakwa menerima dan melihat “maklumat sulit” berkaitan penyelewengan dana asing serta kemungkinan ancaman terhadap kedaulatan negara.

Menurut kandungan laporan tersebut, dana berkenaan didakwa disalurkan bagi membina “empayar persepsi” serta membiayai operasi “tentera siber” yang dikatakan melibatkan golongan muda dan pelajar praktikal dengan bayaran sekitar RM1,700 seorang.


Dakwaan itu turut mengaitkan Rafizi Ramli  yang didakwa memanfaatkan NGO dan struktur dana tersebut bagi menggerakkan naratif politik tertentu di media sosial dan lapangan awam.

Lebih membimbangkan, laporan itu mendakwa dana asing tersebut digunakan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, namun sebenarnya bertujuan mempengaruhi kestabilan politik serta membentuk tekanan persepsi terhadap institusi negara. Penggunaan NGO tempatan sebagai “proksi” pendanaan asing juga menimbulkan persoalan mengenai tahap pemantauan kewangan terhadap organisasi bukan kerajaan yang menerima dana antarabangsa.

Turut dibangkitkan ialah dakwaan penyalahgunaan dana perjuangan bagi tujuan peribadi termasuk pembelian kenderaan mewah ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup. Laporan polis itu menyebut dakwaan pembelian Peugeot 408 dan Nissan Almera sebagai antara simbol gaya hidup yang dikatakan tidak sepadan dengan imej perjuangan rakyat yang dipromosikan kepada umum.

Semakan menunjukkan penggerak MANDIRI ialah Amir Hariri Abdul Hadi atau lebih dikenali sebagai Amir Hadi ialah bekas Setiausaha Agung parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA). Beliau adalah bekas Senior Coordinator Suara Rakyat Malaysia.  Selain itu ialah Mohamad Alshatry, Dobby Chew dan Norhamdin Nordin penggerak Suara Mahasiswa UMS anak didik Mukmin Nantang.



Dalam laporan tersebut, pengadu turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kesahihan dokumen berkaitan yayasan pendanaan asing itu, termasuk aliran wang masuk ke akaun Mandiri Development Center dan kemungkinan kaitannya dengan aktiviti pengubahan wang haram atau ancaman keselamatan negara.

 

SIAPA PENERIMA DANA ASING RM1.5 JUTA?

MANDIRI Development Centre merupakan sebuah syarikat namun dioperasikan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh kelompok anak muda dan bekas mahasiswa pada Mei 2024. NGO ini dilaporkan aktif dalam pelbagai gerakan berkaitan hak asasi manusia, advokasi sosial, reformasi institusi serta perjuangan demokrasi ala Barat.

Dalam tempoh kurang setahun selepas penubuhannya, MANDIRI didakwa menerima dana asing daripada The Tides Foundation yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerusi syarikat MANDIRI Development Centre Sdn. Bhd melalui akaun Maybank bernombor 564164495645.


Berdasarkan maklumat transaksi yang didedahkan, sebanyak tiga transaksi utama direkodkan melibatkan kemasukan dana asing tersebut. Transaksi pertama berjumlah RM233,322.20 dibuat pada 27 November 2024, diikuti RM658,555.00 pada 12 Mac 2025 dan RM628,270.00 pada 6 Jun 2025. Secara keseluruhan, jumlah dana yang diterima mencecah RM1,520,162.20 dalam tempoh beberapa bulan sahaja.


Rekod kewangan turut menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak RM686,729.00 telah dipindahkan kepada tujuh individu sepanjang tahun 2024 hingga 2025.

Penerima terbesar ialah Amir Hariri bin Abd Hadi yang menerima RM276,766.23, diikuti Chew Chuan-Yang sebanyak RM228,940.22. Turut menerima dana ialah Wong Kueng-Hui (RM66,671.92), Mohd Norhamdin bin Nordin (RM54,109.12), Zaza Atira binti Abdullah (RM38,841.51), Mohammad Alshatri bin Abdullah (RM18,650.00) serta Siti Rahayu binti Baharin (RM2,750.00).

Semakan lanjut mendapati kesemua individu yang dinamakan itu dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap, namun memiliki aliran kewangan yang konsisten. Dalam masa sama, mereka dikenal pasti aktif dalam gerakan dan program MANDIRI termasuk penglibatan dalam demonstrasi, himpunan awam serta aktiviti flashmob melibatkan anak muda. Aktiviti-aktiviti tersebut didakwa berpotensi mencetuskan ketegangan sosial serta menjejaskan kestabilan negara sekiranya tidak dipantau secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Dalam siri demo Rafizi memanfaatkan budak-budak MANDIRI yang menerima dana haram asing ini.


SIAPA MANDIRI DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD?

MANDIRI DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang didaftarkan di Malaysia pada 28 Ogos 2024 dengan nombor pendaftaran 202401035959 (1581806-X). Syarikat ini beralamat berdaftar di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur manakala alamat operasinya terletak di Centum @ Oasis, Ara Damansara, Selangor. Aktiviti utama syarikat tertumpu kepada organisasi dan pengurusan acara serta aktiviti konsultansi pengurusan lain (N.E.C.), menunjukkan fokus operasi kepada pembangunan program, pengurusan jaringan organisasi dan perkhidmatan berkaitan konsultansi sosial atau latihan.

Dari sudut struktur pemilikan, syarikat ini mempunyai modal diterbitkan sebanyak RM1,000 melibatkan 1,000 unit saham biasa. Amir Hariri bin Abd Hadi muncul sebagai pemegang saham terbesar dengan pegangan 50 peratus, diikuti Mohammad Alshatri bin Abdullah dan Chew Chuan Yang masing-masing sebanyak 25 peratus. Amir Hariri dan Chew Chuan Yang juga disenaraikan sebagai pengarah syarikat sejak tarikh penubuhan. Namun setakat rekod SSM yang diperoleh sehingga Mei 2026, tiada maklumat auditor, penyata kewangan atau laporan audit dipaparkan dalam bahagian “Summary of Financial Information”, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada syarikat masih belum memfailkan laporan kewangan pertama atau masih berada dalam tempoh pematuhan statutori yang dibenarkan di bawah Akta Syarikat 2016.

Mandiri Development Centre Sdn. Bhd dilihat beroperasi dalam bentuk yang menyerupai organisasi masyarakat sivil (NGO) walaupun secara rasmi didaftarkan sebagai sebuah syarikat persendirian berhad. Penglibatan beberapa aktivis mahasiswa dan gerakan sosial dalam program-program yang dikaitkan dengan organisasi itu telah menarik perhatian pelbagai pihak. Dalam masa sama, syarikat ini turut didakwa menjadi platform penerimaan sumbangan dan pembiayaan daripada pelbagai pihak termasuk sumber luar negara bagi menyokong aktiviti advokasi, gerakan sosial dan kempen tertentu yang dikaitkan dengan nama Mandiri Development Centre. 


                                                 Rumad Mandiri

Penglibatan organisasi tersebut dalam beberapa isu berkepentingan awam turut mencetuskan perdebatan mengenai peranan entiti korporat dalam aktivisme politik dan masyarakat sivil di Malaysia, khususnya berkaitan ketelusan sumber dana dan hala tuju gerakan yang dibawa.


DANA ASING: TIDES FOUNDATION, GEORGE SOROS, MANDIRI DEVELOPMENT CENTRE DAN RAFIZI RAMLI


Isu dana asing bukan perkara baharu dalam landskap politik Malaysia. Banyak negara kini memperketat pemantauan terhadap NGO, badan pemikir dan organisasi masyarakat sivil yang menerima pembiayaan luar kerana dikhuatiri menjadi saluran “soft influence operation” bagi mempengaruhi dasar kerajaan, gerakan politik, naratif media dan sentimen rakyat.

Mandiri Development Centre jelas ditaja oleh Tides Foundation.


Tides Foundation ialah sebuah organisasi filantropi progresif berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1976 oleh Drummond Pike. Organisasi itu terkenal sebagai pengurus donor-advised funds (DAF), penyalur geran NGO serta fiscal sponsor kepada pelbagai gerakan aktivisme, media alternatif dan organisasi masyarakat sivil di seluruh dunia. Model operasi Tides membolehkan dana antarabangsa disalurkan kepada NGO tempatan melalui struktur yang kompleks dan kadangkala tidak mudah dikesan secara terbuka oleh masyarakat umum.

Dalam dunia aktivisme global, Tides mempunyai hubungan rapat dengan jaringan progresif antarabangsa termasuk Open Society Foundations, Ford Foundation dan Rockefeller Brothers Fund. Organisasi-organisasi ini terkenal kerana membiayai gerakan demokrasi, hak asasi manusia, reformasi institusi, media bebas serta aktivisme masyarakat sivil di pelbagai negara.

Open Society Foundations sendiri diasaskan oleh George Soros, seorang bilionair Amerika kelahiran Hungary yang terkenal sebagai antara penderma politik liberal terbesar dunia. Soros sering dikaitkan dengan pembiayaan NGO demokrasi, media bebas, gerakan reformasi, hak minoriti dan aktivisme anti-autoritarian di pelbagai rantau termasuk Eropah Timur, Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia.

Di banyak negara konservatif, jaringan Soros dan Open Society sering dianggap sebagai instrumen “soft power” Barat untuk mempengaruhi politik tempatan melalui NGO dan operasi masyarakat sivil. Pengkritik mendakwa model pembiayaan seperti ini bukan sahaja membentuk persepsi rakyat, malah digunakan untuk menggerakkan protes jalanan, mempengaruhi pilihan raya, melemahkan institusi nasional dan mencetus tekanan politik terhadap kerajaan tertentu.

Hubungan antara Tides Foundation dan Open Society Foundations memperlihatkan bagaimana Mandiri Development Centre berada dalam rangkaian pembiayaan NGO progresif antarabangsa. Open Society Foundations yang diasaskan oleh George Soros merupakan pembiaya Tides Foundation. Transaksi kewangan George Soros bukti MANDIRI sebagai agen asing untuk menggugat keselamatan negara.

Tides dan George Soros nampaknya berlindung di sebalik Mandiri Development Centre sebagai “proksi tempatan” kepada dana asing untuk memecah belahkan rakyat Malaysia.

Agen asing ini memilih kumpulan aktivis muda seperti Amir Hadi ialah bekas Setiausaha Agung parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA), Mohamad Alshatry, Dobby Chew dan Norhamdin Nordin yang aktif menjalankan forum awam, latihan aktivisme, pendidikan sivik serta mobilisasi anak muda melalui media sosial dan jaringan aktivis digital.



Rafizi Ramli menggunakan MANDIRI untuk
menjatuhkan Kerajaan Madani


Demontrasi Tangkap Azam Baki baru-baru ini digerakkan oleh kumpulan MANDIRI dengan kerjasama Rafizi jelas menunjukkan peranan MANDIRI yang dibiayai agen asing.

Mereka terlibat dengan gangguan majlis Azam Baki, bukan itu sahaja mereka juga terlibat dalam pelbagai siri demonstrasi di UMS untuk menjatuhkan Kerajaan GRS


        Norhamdin budak Mukmin Nantang juga ditaja MANDIRI- TIDES FOUNDATION


George Soros di Malaysia

Sebenarnya, nama George Soros bukanlah asing dalam perdebatan politik dan ekonomi Malaysia. Sejak krisis kewangan Asia 1997, bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Mahathir Mohamad secara terbuka menuduh Soros sebagai antara tokoh kewangan antarabangsa yang terlibat dalam manipulasi mata wang dan serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia Tenggara termasuk Malaysia.


Mahathir ketika itu menyifatkan tindakan spekulator mata wang antarabangsa sebagai “penyangak” yang menggunakan kekuatan modal global untuk menjatuhkan ekonomi negara-negara membangun demi keuntungan besar. Soros sering menjadi sasaran utama kritikan kerana reputasinya sebagai pedagang mata wang terkenal yang pernah memperoleh keuntungan besar daripada kejatuhan pound sterling pada tahun 1992 sehingga digelar “The Man Who Broke the Bank of England”.

Dalam konteks Malaysia, Mahathir percaya serangan spekulatif terhadap ringgit bukan sekadar isu pasaran bebas semata-mata, tetapi sebahagian daripada permainan kewangan antarabangsa yang boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Krisis 1997 akhirnya menyebabkan Malaysia mengambil langkah luar biasa termasuk kawalan modal dan penetapan tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat.

Sejak itu, nama Soros sering dikaitkan dalam naratif mengenai campur tangan asing, pengaruh geopolitik Barat dan operasi “soft power” melalui jaringan kewangan, NGO serta aktivisme antarabangsa. Atas sebab itu, apabila muncul dakwaan mengenai hubungan pembiayaan antara jaringan seperti Open Society Foundations, Tides Foundation dan NGO tempatan, sebahagian pihak melihatnya bukan sekadar isu geran NGO biasa, tetapi berkait dengan sejarah panjang kebimbangan Malaysia terhadap pengaruh asing dalam politik dan ekonomi negara.

Dalam dunia moden, perang bukan lagi semata-mata menggunakan kekuatan ketenteraan. Banyak kuasa besar kini menggunakan NGO, media, aktivisme digital, gerakan mahasiswa dan pembiayaan masyarakat sivil sebagai instrumen “soft influence operation” untuk membentuk persepsi rakyat dan mempengaruhi arah politik sesebuah negara.

Matlamat operasi seperti ini bukan semestinya menjatuhkan kerajaan secara langsung, tetapi lebih kepada membina tekanan sosial, mempengaruhi naratif media, melemahkan legitimasi institusi dan mengubah orientasi dasar negara secara perlahan melalui perang persepsi. Model seperti ini pernah dilihat dalam Revolusi Warna di Eropah Timur, Arab Spring di Timur Tengah serta beberapa gerakan anti-kerajaan di Asia dan Hong Kong.

Atas sebab itu, banyak negara kini memperketat undang-undang berkaitan pembiayaan NGO asing termasuk Foreign Agents Registration laws, audit pembiayaan politik, pemantauan geran antarabangsa dan kawalan terhadap campur tangan asing dalam aktiviti masyarakat sivil.

Kerajaan digesa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MANDIRI Development Centre Sdn Bhd susulan dakwaan penerimaan dana asing yang dikaitkan dengan Tides Foundation serta rangkaian pembiayaan progresif antarabangsa yang sering dikaitkan dengan George Soros dan Open Society Foundations. 

Pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu meneliti sumber, tujuan serta aliran penggunaan dana tersebut bagi memastikan tiada unsur pelanggaran undang-undang, pengubahan wang haram (AMLA) atau campur tangan asing dalam aktiviti politik dan gerakan sosial tempatan. Mereka menegaskan bahawa sebarang transaksi dana luar negara yang melibatkan aktivisme, mobilisasi awam atau operasi advokasi politik perlu dipantau secara telus demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.


No comments:

Post a Comment