Saturday, 23 July 2016

DI KALA JABATAN KEHAKIMAN AS SIBUK MEMBURUKKAN MALAYSIA, MUKHRIZ MAHATHIR SIBUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN & KEPENTINGANNYA DALAM OPCOM HOLDING BERHAD!



1. Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.


2. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

3. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

4. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

Friday, 22 July 2016

SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS DAN BAGAIMANA LORRETA MENGGUNAKAN JABATAN KEHAKIMAN AS UNTUK SAMAN SIVIL IMDB

1. Lorreta Lynch Peguam Negara AS tidak lepas dari kontroversi.
Pertama yang dipertikai ialah Penglibatannya dalam pengubahan wang haram. Ketika beliau sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.
Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012.
http://dailysignal.com/2015/02/12/senator-loretta-lynch-no-one-go-jail-laundering-money-terrorists/
Malah dipersoalkan senator AS.
http://dailysignal.com/2015/02/14/senator-demands-answers-loretta-lynchs-role-money-laundering-settlement/
2. Kedua ialah isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu #Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara. Sebanyak 100 mesej ditemui dalam pelayan emel Clinton. Menjadi lebih rumit Lorreta Lynch didapati bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, suami Clinton di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona.
3. FBI dalam siasatannya berkata, Clinton dan kakitangan beliau “amat cuai” dalam mengendalikan bahan diklasifikasikan tetapi tidak ada bukti salah laku yang disengajakan.
4. Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey dipanggil oleh parti Republikan untuk menjelaskan mengapa beliau mencadangkan Hillary Clinton tidak didakwa berhubung emel sulit. Kenyataan Comey bercanggah dengan Clinton yang sebelum ini berkata, beliau tidak sengaja menghantar dan menerima bahan diklasifikasikan daripada akaun emel peribadinya.
5. Pada 7 Julai, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengesahkan tidak ada dakwaan dibuat terhadap Clinton.
6. Keputusan itu menyebabkan Donald Trump, calon presiden daripada parti Republikan menuduh Lynch telah disogok oleh Clinton. Kisah rasuah Clinton berlegar di AS. Ini sangat menjejaskan imej Hillary Clinton dalam kempen merebut kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat.
PETISYEN ACLJ- Lorreta Letak Jawatan
7. Keadaan lebih rumit apabila American Center for Law and Justice ( ACLJ) telah mengadakan petisyen letak Jawatan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika Syarikat mempertikaikan integriti Peguam Negara kerana terlibat dengan skandal rasuah Bekas Presiden Bill Clinton untuk menyelamatkan Isterinya Hillary. Lebih 100 ribu tandatangan yang menyokong petisyen itu dalam masa 20 hari. [Rujukan
http://aclj.org/executive-power/attorney-general-lynch-must-resign
8. Keadaan akan menjadi buruk jika persepsi rakyat AS memberi kesan kepada pemilihan Hillary Clinton sebagai Calon Presiden. Kemaraan Donald Trump Republikan dalam kempen presiden sangat membimbangkan. Apa pilihan demokrat?
9. Maka pada 21/07/2016, Loretta Lynch menggunakan kuasanya di Jabatan Kehakiman AS mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram. FBI yang menutup salah laku Clinton juga terlibat dalam pengumuman itu. Hebatkan ‘game’ mereka?
10. Ternyata Pengumuman LORETTA LYNCH, FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya “divert” isu Skandal Loretta dan Clinton itu. Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat.
11. Sidang media itu Lorreta kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Respon kepada soalan yang ditujukan, mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta belum boleh disahkan Lagi. Lihat bagaimana AS mencipta persepsi dari masalah sebenar mereka!
Captain M
22 Julai 2016

Monday, 18 July 2016

ZURAIDA SEMBUNYIKAN MERCEDES BENZ S280 MILIK TAUKEH HANSPEC SDN BHD SEPERTI SYARIKAT AUTOMATED CONTACTLESS SYSTEM SDN BHD?



1. Taktik Zuraida sudah dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum dalam blog masterdedah.com

2. Namun Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.

3. Persoalan TV3 dan CheguBard Apa yang mendorong Hanspec (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta ini menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Apa hubungan Zuraida dengan "taukeh" Hanspecs pasti tidak akan berjawab memandangkan secara teknikal Zuraida boleh menyembunyikan Mercedes berkenaan.


Friday, 12 February 2016

ZURAIDA KAYA, SELAIN ADAM ROSLY TURUT MELIMPAH BUAT KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR!



1. Captain M mendapat emel dari seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan proksi utama Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua PKR Selangor di Majlis Daerah Hulu Selangor.

2. Sebagaimana pendedahan Captain sebelum ini mengenai penguasaan Zuraida terhadap projek PBT menggunakan kuasa Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Ia turut disahkan dalam kenyataan media CheGuBARD pada 9 Julai mendesak Zuraida Kamaruddin tampil menjelaskan pemilikan 9 kenderaan termasuk sebuah Mercedes Benz S280 atas milik "taukeh" syarikat.

3. Katanya "Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan 'perolehan' dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik'tauke' ia pasti menimbulkan perbagai persoalan".

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI