Thursday, 24 August 2017

AZMIN MB & COO MBI DI SWITZERLAND NAIB CANSELOR UNISEL DEDAH SALAHGUNA KUASA MBI. MANA NAK LARI?


1. Ketika Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu Azmin Ali dan rombongannya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya Soffan Affendi Aminuddin menyertai Azmin ke Zurich. Lawatan pelaburan sambil melarikan diri.

2. Ingat siapa Soffan Affendi Aminuddin? Beliau orang kepercayaan Azmin dalam syarikat kontroversi Darul Ehsan Investment Group Berhad tahun 2015 yang dibangkitkan YB Budiman. Selain YM Raja Shahreen CEO/MD MBI dicari yang kini mengerjakan haji di Mekah, Soffan Affendi adalah seorang darinya yang diburu. 



3. Apakah SPRM akan menanti beliau KLIA sekembalinya dari lawatan pelaburan bersama Azmin Ali nanti? sama-sama menanti debarannya. Azmin dalam twitternya pada 23 Ogos 2017 melaporkan dari Lenzburg tentang mesyuarat mereka. Setakat ini belum ada kupasan dari Azmin Ali mengenai Unisel dari Lenzburg sejak lawatan dilakukan.


4. Di Unisel, paling menarik dalam siasatan SPRM terhadap Prof Dr Mohd Redzuan Othman Naib Canselor UNISEL pada 22 Ogos lalu beliau mengesahkan ini adalah kali ketiga beliau disiasat SPRM berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa MBI dan Unisel itu.

5. Ya Dr Redzuan Othman mengakui tidak pernah terkejut dengan kedatangan enam pegawai SPRM ke pejabatnya dan memberitahu ia adalah siasatan bagi satu kes lama.
"Ini adalah kes lama yang tidak melibatkan saya. Ia berlaku pada tahun 2013, 2014 yang lalu. Jadi saya tidak kisah sangat," 
6. Apa yang pasti ketika Azmin Ali dan Soffan Affendi di Zurich, YM Shahreen di Mekah, Dr Redzuan membalun Menteri Besar Selangor itu "kaw kaw" tentang salah guna kuasa dan penyelewengan. Hampir dua jam 'membalun' Azmin dan MBI agaknya apa info siasatan yang dapat?Redzuan amat konsisten dengan suratnya sebelum ini kepada YM Shahreen CEO MBI untuk jangan menyalahkan UNISEL. Malah ramai yang tidak mengetahui bahawa Prof Redzuan dan budak-budaknya yang mendedahkan semua dokumen berkaitan. 

7. Surat MBI kepada Naib Canselor UNISEL bertarikh 6 Mei 2016 rujukan MBI/UNISEL/UNISEL-05/2016 (04)- berhubung arahan MBI Cadangan Penyelesaian Pertikaian di antara UNISEL dengan JNSB mengundang pertikaian antara Prof Redzuan dengan CEO MBI itu. 

8. Redzuan membalas surat itu melalui surat rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan penamatan JNSB. UNISEL akur kepada MBI mengenai bayaran RM10 juta dan RM 6 juta namun mempertikaikan YM Raja Shahreen CEO MBI di bawah klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru. Lebih lanjut  rasuah dan salah guna kuasa telah diperjelaskan di sini;


9. Yang menjadi persoalan ialah Exco Pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad membuat kenyataan bahawa Unisel dan Jana Niaga tidak punya kontrak buat masa ini namun Azmin Ali, MBI, beberapa Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd bertarikh 24 Februari  2015 menandatangani minit mesyuarat memberi kuasa kepada MBI dan YM Raja Shahreen Raja Othman termasuk membayar RM16 juta dan menyambung kontrak JNSB sebagaimana surat MBI dibawah klausa 4.7 dan 4.9. Apa mereka tidak sedar tindakan MBI ini yang menyebabkan keadaan serbuan SPRM sekarang?





10. Terdedahnya salah guna kuasa dan rasuah Unisel dan MBI ini apakah akan membuka kisah Soffan Affendi yang juga adalah COO kepada Darul Ehsan Investment Group (DIEG) kontroversi 2015? DEIG yang disahkan SPRM Selangor sebelum ini katanya bakal dibuka selepas penemuan bukti-bukti baru mengenai salah gunakuasa dan rasuah dari pegawai yang sama. Pasti panas.

11. Apakah nasib Prof Dr Mohd Redzuan Othman Naib Canselor UNISEL selepas pendedahannya apakah beliau akan dipecat oleh Azmin MB dan Kerajaan Negeri Selangor?

Captain M
24 Ogos 2017

3 comments:

  1. debar-debar COO MBI balik dari Switzerland

    ReplyDelete
  2. Kahwin wanita Swiss boleh dapat kerakyatan auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus cadangan ni. Soffan tak payah balik Malaysialah.

      Delete