Friday, 18 August 2017

AZMIN UGUT SPRM TIDAK AKAN TANDATANGAN IBR JIKA EXCO SELANGOR DITANGKAP SPRM?


1. Kecuali Kelantan mengapa agaknya Negeri Pembangkang mempunyai polemik ketika menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM? sebelum ini Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang berpolemik dengan segala cabaran namun akur apabila menandatangani IBR Plus pada 4 Ogos 2017.

2. Kini negeri kedua penuh rasuah tersembunyi negeri Selangor turut berdolak-dalik tidak mahu menandatangani IBR apabila Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan kerajaan negeri tidak mahu menandatangani ikrar itu kerana mempunyai kaedah mencegah rasuah dan salahguna kuasa yang lebih baik di semua peringkat, termasuk penjawat awam. Apakah ini arahan Azmin Ali MB Selangor? 



3. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad hanya mampu berkata “Saya tak terkata,” Tak malukah Negeri Selangor apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) muncul persatuan sukan pertama di negara ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)? Tak kan Kerajaan Selangor tak berani?


4. Beranikah Selangor menandatangani IBR? Azmin dan Exco Selangor mungkin takut kerana Kerajaan Lim Guan Eng menandatangani pada 4 Ogos 2017 tetapi Phee Boon Poh Exco Alam Sekitar ditangkap rasuah kerana kes kilang haram. Nampak tak? 



5. Negeri Selangor mempunyai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang banyak belum terungkai. Kes tangkapan Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang kes banglo Disneyland dan kekayaan luar biasa pada April 2017 adalah satu permulaan yang menggoncangkan kerajaan negeri Selangor sehingga menyebabkan perbalahan antara Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli. (Kem Presiden dan Timbalan Presiden). Imej kerajaan PKR sangat terjejas dengan kes rasuah Adam Rosly ini. 


6. Satu lagi ialah serbuan SPRM ke atas pejabat YB Teresa Kok Adun Kinrara Selangor mengenai Daya Yawas bersama Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.

7. Banyak lagi kes rasuah dan salahguna kuasa sudah dan sedang dibongkar belum menjurus penangkapan. Mungkinkah selepas Selangor menandatangani IBR akan ada tangkapan baru?

8. Sumber terdekat Azmin mendedahkan Azmin tidak akan menandatangani IBR jika Exco Selangornya akan ditangkap SPRM.

9. Berikut merupakan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa berlaku di Selangor. Sila klik dan baca;
UNISEL & JANA NIAGA TIADA HUBUNGAN KONTRAK, MENGAPA EXCO SELANGOR BERBOHONG?

AKHIRNYA RM2.7B HARGA SPLASH NAMUN AZMIN MASIH 'DEMAND' MENGAPA?




Kes Rasuah Hilman Idham serta Kes Manikavasagam diharap terus dibuka oleh SPRM  

RAHSIA AZMIN TERBONGKAR LAGI, PEGAWAI KHAS MB SELANGOR LEBIH KAYA RAYA DARI ADAM ROSLY AMPANG




Captain M
18 Ogos 2017


1 comment:

  1. Kalau tak tandatangan IBR tu tak boleh tangkap k Sprm...kalau ada bukti..ada transaksi... Tak payah tunggulah tangkap jer..nak tunggu Selangor dlm pimpinan Asmin..menjanggutlah..Sprm...

    ReplyDelete

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI