Tuesday 15 August 2017

MENGAPA PESURUHJAYA KEHAKIMAN PULAU PINANG AKUR PADA DAP BATAL REMAN EXCO RASUAH?DENDAM LAMA ATAU KAWTIM?

Kenapa YA Dato' Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang akur kepada permohonan DAP batalkan reman? Apakah beliau penyokong pembangkang?Apakah dendam lama terhadap Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dulu juga pegawai di pejabat Peguam Negara. Abdul Wahab sebagai bekas Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pasti memahami siasatan SPRM. SPRM tidak puas hati kerana ia menjejaskan siasatan. Abdul Wahab dikatakan dari Kem Tan Sri Gani Patail  dan ramai dari mereka disingkirkan dari pejabat Peguam Negara selepas Tan Sri Apandi Peguam Negara yang baru. Kini tunjuk belang?

1. Hari ini Tan Sri Isa Samad ditahan SPRM untuk membantu siasatan pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. BN dan Tan Sri Isa akur pada siasatan. Esok Tan Sri Isa Samad akan ditahan reman beberapa hari. Pastinya tiada pula mereka akan mencabar mahkamah untuk membatalkan reman mereka. Tidak pula mereka meroyan dan menuduh SPRM sebagai selektif. Itulah beza DAP, pemimpin Pakatan dan BN.

2. Semalam DAP bukan main bangga apabila mencabar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berjaya membebaskan anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan dua lagi dibebaskan dari perintah tahahan reman selama lima hari berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula jumaat lalu.

3. Apa jadi dengan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini? Kita mungkin boleh hormat keputusannya tetapi ini sangat memalukan. Tak ada lagi tindakan badan rasuah mana-mana di dunia membatalkan tahanan reman pihak yang dituduh rasuah. Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia pun mendapat kerjasama daripada pihak mahkamah begitu juga Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. Sesiapa saja disiasat dan ditahan direman, mahkamah beri kerjasama dan tidak campur tangan.



4. Mengapa Pesuruhjaya Kehakiman YA Dato' Abdul Wahab Mohamed mengetepikan perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh penolong pendaftar mahkamah majistret Georgetown yang dibuat sabtu lalu?serangan DAP kepada perkara teknikal ini membuang masa.  Apa beliau tidak faham siasatan SPRM?. Sekarang Exco dan dua lagi dibebaskan, apa jadi dengan Exco yang punya kuasa tidakkah beliau menggunakan kuasa untuk menghapuskan bukti?

5. Lantaran itu tidak hairanlah SPRM dalam kenyataan medianya pada 14 Ogos 2017 menyatakan rasa tidak puas hati kepada Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Abdul Wahab Mohamed itu dan akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan membatalkan perintah reman

6. SPRM berkata  perkara itu serius kerana boleh menjejaskan proses siasatan SPRM yang sedang melengkapkan siasatan penglibatan Exco Phee Boon Poh dan pemilik kilang. 

7. Oleh itu menjadi kemusykilan mengapa Pesuruhjaya Kehakiman bertindak demikian? Sedangkan menurut semakan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Abdul Wahab Mohamed merupakan bekas Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara yang dilantik jadi hakim dan dikeluarkan dari Pejabat Peguam Negara. Mesti beliau memahami kepentingan siasatan SPRM. Mengapa nak ikut kehendak DAP? 

Siapa Dato' Abdul Wahab Mohamed?
Apakah beliau berdendam dengan
SPRM dan Peguam Negara? Kerana beliau Kem
 Tan Sri Gani Patail?

8. Ingat lagi kontroversi Tan Sri Gani Patail bekas Peguam Negara yang panas tahun lalu sehingga tidak disambung kontrak sebagai Peguam Negara dan Tan Sri Mohamed Apandi menggantikan Gani Patail sebagai Peguam Negara. Skandal bocor dokumen 1MDB yang hangat ketika itu dan Jessica Gurmeet Kaur.



9. Captain M pernah mendedahkan skandal Tan Sri Ghani Patail dengan Jessica Gurmeet Kaur warga negara Singapura  menjadi Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara bersama bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh yang mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat siasatan 1MDB ditahan pada 1 Ogos 2015. Mereka didapati menjual maklumat IMDB kepada Clare Rewcastle-Brown Editor Sarawak Report. Tan Sri Rashpal bertemu Clare Brown di Hyde Park London. Sila baca;





10. Tidak lama Tan Sri Apandi dilantik sebagai Peguam Negara kontrak Jessica Gurmeet Kaur di Peguam Negara ditamatkan dan desas-desus Jessica Gurmeet diusir. Malah Gani Patail bersama Tan Sri Zeti dan Abu Kassim pernah dilaporkan kepada PDRM kerana dokumen bocor. 

11. Malaysiakini pernah menarik simpati rakyat mendedahkan ramai pegawai kem Tan Sri Gani Patail dikeluarkan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara seperti Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah bekas Timbalan Peguam Cara Negara (dilantik Pesuruhjaya Kehakiman), Peguam Cara Negara Azailiza Mohd Ahad bersara awal (kerana tidak mahu pindah), dan Dato' Abdul Wahab Mohamed Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang. 

12. Pembangkang melihat ia satu pembersihan pegawai kem Tan Sri Gani Patail dalam pejabat Peguam Negara. Dato' Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang adalah pro Gani Patail tegar. Mereka amat marah bos mereka ditamatkan kontrak dan dibuang. Begitu juga usaha pembersihan geng mereka di pejabat Peguam Negara.


13. Jadi tidak hairanlah jika Dato' Abdul Wahab Mohamed boleh menerima permohonan peguam Phee Boon Poh, DAP dan Lim Guan Eng untuk membatalkan reman. Beliau masih berdendam dengan kerajaan, Peguam Negara apatah lagi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang Datuk Dzulkifli Ahmad adalah bekas Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara yang rapat dengan Tan Sri Mohd Apandi. Tak mungkin Abdul Wahab tidak memahami keperluan SPRM?

14. Mereka saling kenal antara satu sama lain.Mengapa tidak mahu memberi kerjasama. Peguam yang biasa dengan pendakwaan tak mungkin tidak memahami. Jelasnya Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang ni pro DAP dan pembangkang. Beliau tidak peduli kepentingan kes ini kepada rakyat. Jadi beliau bersekongkol dengan DAP untuk malukan Datuk Dzulkifli Ahmad dan SPRM. Mahu tunjuk kuasa beliau Hakim!. Tindakan hakim ini perlu disiasat SPRM kalau-kalau dia punya hubungan istimewa dengan Lim Guan Eng dan DAP sejak berada di Pulau Pinang!. Apa kawtim mereka?

15. Tuntutan peguam DAP sepatutnya tidak dilayan dan siasatan SPRM sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada SPRM bukan takut dengan tekanan pembangkang. Bukan baru SPRM membuat tahanan reman 5 hari kepada pihak yang disyaki rasuah untuk melengkapkan siasatan.

16. Jadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini memang punya motif. Jika SPRM menang di Mahkamah Rayuan apa jadi? So what? 

Captain M
15 Ogos 2017

3 comments:

  1. MasyaAllah..
    Hakim pun tak amanah oh dunia.. Memang dah nazak sangat..
    Wahai hakim sekelian berlaku adillah...kat dunia pun tak lepas nanti...kalau Cina Dap ni kan..pandai betul dia cari geng..takpelah kita bersangka baik...lepas ni Sprm dapt keputusan mahkamah rayuan.. Kita harap yang salah Allah buraikan

    ReplyDelete
  2. "Andaian" Captain M boleh menjurus kepada suatu tuduhan kepada Hakim. Ia juga boleh terjumlah kepada Penghinaan Mahkamah yang boleh didakwa. Kita ada sistem. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan mahkamah boleh buat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Orang awam tidak perlu mengkritik jika tidak tahu fakta sebenar. Perbuatan Captain M membuat spekulasi dalam media adalah tidak adil kepada institusi mahkamah dan sistem perundangan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Yes btl tu > 100%, pembankang je yg blh buat benda tu smua, dari mula siasatan hingga jatuh hukuman, cam kes 1MDB..BUKAN HANYA MAHKAMAH PARLIMEN PUN DIHINA.

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA