Friday, 4 August 2017

SEJARAH MEMALUKAN PERASUAH LIM GUAN ENG YANG ADA KES DI MAHKAMAH BERIKRAR TIDAK RASUAH! BILA LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN?


1. Akhirnya setelah SPRM dan pelbagai pihak mengasak Lim Guan Eng Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terpaksa akur kepada Ikrar Bebas Rasuah. Lim Guan Eng malah menambah 10 lagi perkara dalam Ikrar sebagai syarat baru menandatangani IBR atas harapan SPRM lentur. Namun Datuk Dzulkifli Ahmad tidak berganjak sedikitpun dikala dikutuk oleh Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Saifuddin Nasution Ismail (SUA PKR) memperlekeh IBR SPRM malah akur pada 10  perkara tambahan. 

2. Datuk Dzulkifili KP SPRM terus tersenyum dengan ayat lembut 'Jangan takut, saya tak minat politik'. Peluru, pedang dan senjata semua ada ditangan SPRM. Akhirnya hari ini Lim Guan Eng akur dan menandatangani IBR Plus  4 Ogos 2017. Kelihatan dalam gambar Datuk Dzulkifli ketika majlis menandatangi IBR Plus pun beliau terus tersenyum. Lebih tersenyum 10 tambahan IBR itu nampak memerangkap Lim Guan Eng sendiri.  


3. Lim Guan Eng seperti pelanduk terkena jerat, selepas Lim Guan Eng dan kerajaan DAPnya menandatangani IBR Plus itu sekarang menjadi satu komitmen dan kesungguhan kepada Lim Guan Eng untuk menunaikan Ikrar beliau memerangi rasuah.

4. Perkara pertama Lim Guan Eng sebelum menunai IBR Plus itu ialah bercuti atau meletak jawatan memandangkan Lim Guan Eng kini berhadapan tuduhan kes rasuah di mahkamah dan 10 tambahan IBR yang Lim Guan Eng sangat tidak kena kepada Lim Gua Eng yang dituduh d mahkamah sebagai perasuah namun mengangkat Ikrar Bebas Rasuah. Berikut IBR plus tambahan yang dibuat Lim Guan Eng, iaitu;

i. Amalan Pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

- Sejak bila Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengikut prinsip CAT? Banyak isu di Pulau Pinang seperti penjualan tanah, pemberian projek kepada penjual banglo murahnya, pembinaan jalan malah pembinaan terowong yang menelan belanja berbilion pun tidak berlandaskan CAT. IBR Plus sangat tidak sepadan dengan Lim Guan Eng kerana kes rasuah. Sila baca;

ii. Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN. 
- Peristytiharan harta baru patut diserahkan kepada SPRM untuk siasatan sama ada benar atau tidak

iii. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif.



- Lim Guan Eng buat tender pun tak telus. Lagi dia nak sembang tender terbuka? Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi diberi secara rundingan terus Syarikat Island Hospital Sdn Bhd.
[Sila baca: 
TAIKUN JUDI TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG DI BELAKANG PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE TANPA TENDER?]

iv. Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan Negeri.



Magnificent Emblem Sdn Bhd atas nama Phang Li Koon
- Lim Guan Eng sangat retorik. Betty Chew isteri Lim Guan Eng pernah dilantik sebagai AJK PCCC bersama Phang Li Koon penjual banglo murah kepada Lim Guan Eng. Pertuduhan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon jelas


Ingat lagi kes Adun DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli. Kes itu tular melalui video disebarkan. Bapanya disiasat rasuah tentang penglibatan Adun itu. Namun DAP tidak berbuat apa-apa? 

v. Melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri.

- Melarang? berapa banyak tanah kerajaan negeri yang Lim Guan Eng telah jual kepada proksi dan kawan-kawan baiknya? Phang Li Koon pun dapat projek Penang PDC habuannya jual banglo murah kepada Lim Guan Eng.


- Malah proksi Lim Guan Eng seperti Dato' Seri Khor Teng Tong taikun Hunza Group turut ditahan SPRM kerana terlibat dengan penjualan tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.



vi. Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen.


- Lim Guan Eng takut pada laporan SPRM. Dalam kes terowong bawah laut Lim Guan Eng mengarahkan Consortium Zenith BUCG-(CZBUCG) menyaman Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan. Datuk Huan menyifatkan tindakan undang-undang bertujuan untuk menutup mulut dari menyuarakan salah laku di Pulau Pinang, Huan berikrar untuk mencabar saman itu sehingga proses akhir undang-undang. Lagi sembang melindungi pemberi maklumat.

vii. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya.

- Bila DAP hendak ambil tindakan kepada pemimpin yang hidup mewah seperti Lim Guan Eng yang beli banglo rumah murah dari harga pasaran dan sedang didakwa di mahkamah? Begitu juga anak Exco DAP YB Law Heng Kiang Exco Pelancongan yang dilaporkan tiba-tiba kaya raya. Bila nak ambil tindakan?


viii. Telus dalam sumbangan politik.
ix. Tidak menerima ‘donation’ peribadi.

- Bukan lagi rahsia para pembiaya Lim Guan Eng dan DAP. Tan Kok Ping taukeh judi dan ramai lagi taikun yang sanggup demi LIm Guan Eng. Jun 2016 tahun lalu ketika jaminan RM1juta kes rasuah Lim Guan Eng puak-puak Tan Sri Tan Kok Ping inilah yang membayar wang jaminan Lim Guan Eng.
Kurang 24 jam Lim Guan Eng mengutip RM1.44 juta. Dakwaan derma RM1.2bilion dari Israel pun DAP senyap sehingga sekarang hendak saman pihak yang mendedahkannya. 

- Ahli Kongsi Gelap macam Tan Kok Ping hanya perlu berdehem untuk semua syarikat yang pernah berurusan Lim Guan Eng menolongnya. Lim Guan Eng mahu telus? 

x. Mengambil tindakan ke atas pegawai yang melanggari kesemua di atas.
- Dalam semua kes itu Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dan penjawat awam sedang melanggari ke semua ikrar Lim Guan Eng. Oleh itu dari IBR ini secara praktik bila Lim Guan Eng hendak ambil tindakan termasuk meletak jawatan atau bercuti!.

Tidak malukah Lim Guan Eng perasuah yang berikrar tidak mahu rasuah?

Captain M
4 Ogos 2017

1 comment: