Monday, 21 August 2017

LAGI DOKUMEN PUNCA RASUAH SHAFIE APDAL PULA DIDEDAHKAN GENG WARISAN TERUS MEROYAN?



1. Sejak keluar UMNO dan penubuhan parti Warisan tidak pernah lagi Shafie Apdal kelihatan begitu takut berbanding tarikh 19 Ogos 2017 apabila satu berita sarkastik dari blog masterdedah menyiarkan berita paradok Shafie Apdal ditahan SPRM. Hanya satu tajuk berbentuk pertanyaan, gambar paradok baju lokap SPRM dan penutup "Inilah bakal berita minggu depan yang menjadi harapan dan impian rakyat Sabah. Mereka mahu pemimpin rasuah dihukum", terus saja Shafie ketika berucap di Sipitang tersedak dan seluruh macai warisan menjadi gila pada tarikh itu!


2. Begitu banyak juga fitnah Shafie Apdal kepada PM Najib dan kerajaan, YAB Musa Aman, infografik menghina dan lain-lain hanya dibiarkan sahaja hanya sesekali komen jelik dilapor kepada SKMM. Tapi Shafie Apdal baru kena dan tular berbondong-bondong geng taksub Shafie Apdal melaporkan kepada polis. Kalau penyokong kerajaan hendak lapor kepada polis apa yang mereka buat banyak. Malas nak layan sahaja. 

3. Betapa bodohnya geng macai Warisan. Dari rakyat lupa kisah Shafie akhirnya mengingat kembali segala rasuah Shafie Apdal di KKLW. Nampak tak kelemahan Shafie Apdal? Shafie sangat takut SPRM berbanding musuh politiknya sehingga terpaksa mengarahkan seluruh bala tenteranya melawan. Semakin banyak Shafie melakukan publisiti semakin rakyat Sabah tahu kisah lamanya. ia promosi percuma!. Inilah wajah Shafie nanti jika benar Shafie ditangkap! Setidaknya kita tahu inilah cara puak taksub puak Shafie Apdal bertindak nanti. Mana nak simpan malu jika benar dikemudian hari? 



4. Terima kasih geng macai Warisan kerana bantu rakyat Sabah mengingatkan siapa Shafie Apdal. Laporan-laporan polis itu hanya mengingatkan siapa Shafie Apdal. Captain M sendiri pada 12 Ogos 2017 sudah menyiapkan kompilasi salah laku rasuah dan salah guna kuasa Shafie Apdal. Sila baca;

[SELEPAS RASUAH EXCO TERKAYA PULAU PINANG KINI PEMIMPIN TERKAYA WARISAN SABAH PULA BAKAL DIKANDANGKAN SPRM?]

5. 6 Perkara yang Shafie Apdal sentiasa bodohkan pengikut Warisannya. Shafie tak pernah cerita tetapi sempitkan minda penyokongnya. Jika macai Warisan tak buka mata tak apa tetapi biar rakyat Sabah sedar dan tahu siapa Shafie Apdal keturunan lanun ini.

Pertama: Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW menggunakan sepenuhnya kuasa Akta fungsi menteri (1969) dan Akta Kontrak (1949) Shafie selaku Menteri KKLW ketika itu tidak perlu lagi meminta kebenaran Ketua Menteri atau memaklumkan kementerian kewangan Sabah. Cukup bagi Shafie hanya memberi makluman dalam jawatankuasa Pasukan Petugas Penyampaian (DTF) bagi Inisiatif NKRA dan laporan tahunan PEMANDU sahaja tanpa pertemuan rasmi antara Menteri dan Ketua Menteri. 

Kenapa? Sebab Shafie kata dia Menteri dari Sabah berkuasa! dia tak perlu Musa Aman atau Kerajaan Negeri. Dia Menteri punya autonomi sendiri. Orang kampung bolehlah Shafie bodohkan termasuk geng Warisan taksub. Tapi yang faham kewangan semua tahu peruntukan sesebuah Kementerian kuasa siapa dan peruntukan kerajaan negeri kuasa siapa. Sila baca di sini

Kedua: Tanya pegawai KKLW Shafie menyalurkan peruntukan kepada Agensi kerajaan pusat dan juga agensi negeri terus tanpa melalui Ketua Menteri ( Agensi negeri seperti JANS dan JKR dilantik penguasa projek. Alasannya untuk cepatkan projek. Jadi Pengarah JANS kenyang makan kiri kanan peruntukan Pusat dan kerajaan negeri. Begitu juga agensi lain seperti JKR. Tengok pegawai mereka kayanya macam mana.


Ketiga: Menurunkan kuasa kontrak ( Akta Kontrak 1949) kepada pegawai pegawal di KKWL atau pegawai yang diberikan kuasa seperti Pengarah JKR Negeri dan Pengarah Jabatan Air Negeri seterusnya menjadi penguasa projek di bawah projek Projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) Jalan Luar Bandar ( JALB) dan Projek Elektrik Luar Bandar (BELB). Semua teknikal projek ditentukan oleh agensi pelaksana seperti JKR & JANS manakala Setiausaha bahagian Teknikal (SUB Teknikal) KKLW sebagai urusetia tender.

Keempat: Shafie berbangga Menteri pertama Persekutuan dari Sabah yang menukar format Penurunan Kontrak kepada pegawai. Jika dahulu setiap pegawai hanya menerima kuasa penurunan kontrak ikut had limit ditetapkan dalam satu surat penurunan kuasa kepada KSU dan pegawai. Namun di Zaman Shafie Apdal setiap senarai projek dan tender surat serta memo penurunan kuasa perlu sampai ke meja Shafie Apdal sebelum Surat Setuju Terima (SST atau LOA) ditandatangani oleh pegawai KKLW atau agensi). Jika ada 300 projek 300 lah surat dan memo di meja Shafie. Tujuannya adalah untuk Menteri mengawal dan mengetahui semua projek kementerian dibawah pengetahuannya. Di sinilah para proksi serta keluarga Shafie Apdal kenyang! Siapa tandatangan dokumen ini?





Kalau Shafie tanda TIDAK SETUJU. Itu tanda syarikat tu dia
tak mahulah bukan geng dia. Kalau YES bayar dulu
Kelima: Kononnya mahu tunjukkan kuasa Menteri dan sedikit autonomi Shafie menubuhkan Cawangan KKLW Negeri. Bagi Cawangan Negeri Sabah dan Sarawak punya kuasa laksana projek tanpa Pejabat Daerah. Cukup hanya BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PEMANTAUAN PROJEK, KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH CAWANGAN SABAH untuk menjadi urusetia tender, teknikal dan pemantauan projek atau mengesahkan pembayaran bayaran tuntutan kontraktor. Sebab itu di Sabah dan Sarawak projek dibina tetapi tidak siap atau tidak bermanfaat kepada rakyat hanya menguntungkan kontraktor seperti projek Air, Elektrik dan Jalan. Tanya KKLW berapa banyak projek Sabah yang disahkan oleh bahagian ini projek tak sempurna?

Keenam: Shafie menggunakan agensi KKLW laksana projek. Cuba bayangkan Menteri KKLW Mengarahkan Agensi Persekutuannya seperti FELCRA, RISDA dan MARA melaksanakan projek infrastruktur tanpa makluman Ketua Menteri dan PBT negeri.

Sepanjang Shafie menjadi menteri kabinet selama 20 tahun punya kuasa, tiba-tiba Shafie Apdal kata "Sabah Untuk Orang Sabah? Sabah Ubah? Yang dia ada dulu pun dia jadikan kuasa untuk merompak dan melawan Ketua Menteri Sabah mentang-mentang Naib Presiden. Geng Macai Warisan kena belajar baca PAPAN tanda projek milik siapa dan dokumen yang Shafie Apdal tanda tangan! Shafie punya projek kau salahkan Musa Aman. Sila baca di sini

Apa yang berlaku sekarang kepada Shafie Apdal hanyalah satu gelombang untuk mengingatkan kisah Shafie Apdal. Apakah gelombang lain lebih besar akan datang? Sama-sama menanti

Captain M
21 Ogos 2017


8 comments:

  1. dari orang tahu lebih tahu...benar kembali ingat

    ReplyDelete
  2. Sapie bedal cuak gila sampai arah orang lapor polis

    ReplyDelete
  3. mau dia tak takut...menggigil sebab org
    kuat dah kena tangkap..takut pecah rahsia..

    ReplyDelete
  4. Hahaha org semenanjung mcm korang nie mmng bodoh laa... Sapie tu kena tangkap kerr.. atau tak kerr.. rakyat sabah tetap kasi hentam BN PRU yg akan datang. Sarawak sudah pasti..klu isu rasuah atau makan duit, itu lantak dia la.. tak de kene mengena dgn PRU yg akan datang.

    ReplyDelete
  5. tq master dedah...kasi dedah sama dia
    banyak sgt rasuah salah guna kuasa di Selangor ni ..

    ReplyDelete
  6. patutlah dia kaya..wang keliling pinggang diguna utk tubuh parti baru
    dan pancing rakyat Sabah masuk parti dia.." cash is king."

    ReplyDelete
  7. 1.5 billion banyak tu..macam2 boleh buat utk bantu rakyat kampung !

    ReplyDelete
  8. dah kaya - raya timbul riak dan takbur, sanggup lawan tokey tentang kerajaan !

    ReplyDelete