Saturday, 2 September 2017

TANAH ALAM PERDANA TERGADAI: KHAIRUDDIN ABU HASSAN & AZMIN MB KENYANG, RAKYAT SELANGOR DERITA!


1. Kisah tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjadi Projek Bandar Alam Perdana sejak 1979 ini memang begitu panjang melibatkan 2,820 ekar tanah dan 651 peneroka. PKPS juga menubuhkan syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCNSB) mengendalikan projek ini namun gagal. Lebih lanjut pertikaian ini boleh baca Selangor-leak.com 

2. LBCNSB yang ditubuhkan turut bertukar tangan kepada milik Dato' Chin  Chan Leong- pernah terlibat kes saham Fountain View Plantation Berhad, Chan Sen San dan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan pendokong kuat Tun Dr Mahathir yang juga ahli lembaga pengarah Mujur Zaman Sdn Bhd.  Berapa ramai yang tahu derita rakyat Selangor atau pembeli rumah di Alam Perdana? Apatah lagi dalangnya Khairuddin dan Chin Chan Leong.

3. Nampak tak Khairuddin? dia sibuk hal 1MDB sehingga ke luar negara tetapi projek sendiri Alam Perdana Ijok mereka gagal sehingga tanah dirampas apabila tak mampu bayar premium. Akhirnya pemilik tanah dan juga pembeli rumah di Bandar Alam Perdana terpedaya dan ditipu. Lagi mahu sembang hal rakyat ke? Poket kenyang rakyat derita!




4. Kes pertikaian projek Alam Perdana ini melarat sejak zaman Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, rampasan tanah kerajaan negeri Selangor dan kes mahkamah. sila baca di sini. Apa berlaku sejak Azmin Ali sebagai MB Selangor?




Dulu tuduh Khalid Ibrahim Rasuah dengan EcoWorld. 
Kini Azmin Ali MB Selangor?

5. Apakah PKR dan Rafizi Ramli masih mengingati tuduhan mereka kepada Khalid Ibrahim bekas MB yang digugurkan selepas langkah Kajang mengenai rasuah Khalid dengan EcoWorld Berhad pada tahun 2014? Sangat ironis kerana hari ini Azmin Ali MB Selangor yang menggantikan Khalid juga bekerjasama dengan Eco World! Apakah rasuah juga?



6.  Pada 22 September 2015, Eco World Group Development Berhad (Eco World) mengumumkan cadangan membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Ia melibatkan tanah pertikaian di mahkamah Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd (bawah Khairuddin) yang diambil alih secara paksa kerajaan Selangor dan dijual kepada EcoWorld projek perumahan integrasi seluas 1,400 ekar, Eco Grandeur, Eco Business Park V, and perumahan mampu milik, Laman Indah. 

7. 3 September 2016 Azmin Ali berbangga kononnya berjaya mengatasi projek terbengkalai Alam Perdana.  Namun hakikatnya pampasan kira-kira RM500 juta yang belum dibayar LBCNSB turut tidak dibayar kepada peneroka /pemilik tanah asal oleh Eco World. Siapa kenyang? Khairuddin Pengarah LBCNSB atau Azmin Ali MB Selangor? Bukankah benar EcoWorld pembiaya dana parti PKR untuk Azmin Ali?. Komisen Azmin Ali masuk. Pemilik tanah atau peneroka dan pembeli rumah juga yang derita. Tanah hilang, projek tak siap malah rumah tak dapat. 


8. Jadi apa pula definisi rasuah Azmin Ali dengan Eco World dan Tan Sri Liew Kee Sin (Pengerusi EcoWorld) ini sebagaimana tuduhan Rafizi, Saifuddin Nasution dan Wan Azizah terhadap Khalid Ibrahim dulu?

9. Apa jadi dengan Khairuddin penjilat tegar Mahathir? Mengapa diam dan kelihatan lari. Atau Azmin sudah bersekongkol dengan Khairuddin atas arahan Tun Mahathir?

Captain M
2 September 2017


5 comments:

  1. apa kata Khairuddin?

    ReplyDelete
  2. sapa2 pun sama je... janji x kacau sangat dan harap rumah terbengkalai saya dipulihkan Azmin MBI. TQ to MB

    ReplyDelete