1. Masuk bulan oktober pastinya isu OktoberFest, Better Beer Festival atau Pesta Arak muncul kembali dan menjadi kebisingan rakyat Malaysia. Bagi Negeri Selangor dan Pulau Pinang Negeri Pakatan merayakan Pesta Arak bukan masalah untuk mereka. Kelulusan tempat dan PBT mudah dapatkan. Namun di negeri BN, kelulusan pesta arak sukar diperolehi malah yang terbaru di Kuala Lumpur tidak diluluskan oleh DBKL.
2. Bagi rakyat Malaysia dan mereka yang berfikiran liberal demi arak tu jangan susah kalau rasa pening pesta seperti ini masih dibuat di hotel-hotel atau pusat hiburan milik proksi Mahathir. Hotel dan pusat hiburan milik-milik Berjaya Group misalnya mereka ada penganjuran secara privasi. Bolehlah datang sana. Tak perlu pening.
Las Lenas Argentina
3. Kalau nak lebih seronok bolehlah ke Argentina. Pernah dengar Las Lenas? Las Leñas satu dari pusat peranginan ski terbesar di banjaran Andean di Amerika Selatan dan terletak di Wilayah Mendoza, Argentina. Mempunyai hotel 5 bintang Hotel Piscis dan kasino yang terletak dari 2300 aras laut (kasino tertinggi di dunia). Casino Las Leñas adalah salah satu destinasi kasino paling eksklusif di seluruh Amerika Selatan dan Tengah.
4. Casino Las Leñas menempatkan hampir 30 mesin slot termasuk Blackjack, Baccarat dan Roulette. Untuk para VIP dan jika Mahathir dan anak-anaknya datang ke sini mereka mempunyai bilik VIP sesuai untuk pengalaman bercuti sambil bermain berjudi selain pusat hiburan bar menghiburkan. Pesta arak tak payah cakap. Pilihan saja minuman apa nak minum.
5. Paling istimewa pemilik hotel dan resort Las Lenas adalah seorang rakyat Malaysia yang juga proksi Mahathir bernama Tan Sri A.Paquirri Arumugam. TS AP Arumugam dikatakan telah membeli tempat tersebut pada lewat 200 atas restu Mahathir. Beliau memiliki kira-kira 1.5 juta ekar tanah, resort dan mempunyai ladang biri-biri serta ladang pembiakan kuda. Beliau juga memiliki 30,000 ekar tanah berhampiran Buenos Aires di mana merupakan tempat menanam soya dan gandum.
Kontroversi Arumugam
6. Siapa tidak kenal TS AP Arumugam antara jutawan yang dikayakan oleh Mahathir. Memiliki kekayaan berbilion dan sangat rapat Mahathir. Akhbar dan media British pada 1980-an dan 1990-an pernah melaporkan kontroversi Malaysia-Britain urusan beli senjata dan projek Pergau RM1.8bilion. Projek-projek lain RM500 juta avionik / navigasi kontrak untuk KLIA, EMU Railway (RM180 juta) dan lain-lain lagi.
7. Mahathir dan TS Arumugam juga pernah kontroversi dengan pembelian 88 buah jet terpakai Skyhawk pada tahun 1982, RM640 juta tidak termasuk logistik. 53 dari 88 buah diangkut dari Mojave Desert California - 40 dibaik pulih, 22 dijadikan spare part, 1 dijadikan pesawat latihan. Bakinya masih tersadai di California. Dah dibayar.
8. Hari ini Tan Sri AP Arumugam juga adalah antara Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana kesayangan Mahathir. Belum cerita berapa banyak syarikat Tan Sri Arumugam yang anak-anak dan keluarga Mahathir di dalamnya.
Pengunjung Setia Las Lenas.
9. Tun Mahathir adalah seorang pengunjung setia. Jika keluar negara mesti singgah di resort milik Tan Sri Arumugam ini. Pada tahun 2002 Mahathir pernah mengadakan lawatan ke resort Las Lenas itu menggunakan pesawat rasmi Kerajaan Malaysia untuk bercuti. Media massa tempatan pernah melaporkan lawatan Mahathir itu.
10. Mahathir berbangga dan mempromosikan “resort” milik sahabat dan miliknya itu sebagai satu destinasi untuk rakyat Malaysia. Jadi jangan bersedih kerana Resort milik Arumugam dan Mahathir ini bebas. Bukan setakat Oktoberfest. Segala macam pun ada termasuk berjudi dikasino. Jadi rakyat Malaysia datanglah ke sini.
11. Pada tahun 2006 media turut melaporkan kehadiran Mahathir ke sini lagi sehinggalah lawatannya pada Mac 2014 menggunakan dua jet peribadi dengan sekumpulan pelabur dan media tempatan. Media tempatan menulisnya
“Dalam dua pesawat peribadi tiba di terminal udara antarabangsa kami, di mana kehadiran bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed, yang juga salah satu daripada pemilik Valle de Las Lenas.”
12. Jadi kalau rakyat Malaysia yang gaduh dan bising mengenai Pesta Arak atau Oktoberfest tak perlu risau. Datang je hotel Mahathir dan Arumugam ni. Minum dan main judilah sampai pagi. Mati pun tak apa. Tak payah balik Malaysia terus kuburkan kat situ.
13. Artikel ini satu promosi pelancongan untuk hotel dan pernigaan rakyat Malaysia di luar negara sepertimana milik Arumugam dan Mahathir ini.
Captain M
21 September 2017.
Nota: Sumber diolah dari yang sedia ada dalam media sosial.
kaki minum sesuai
ReplyDeleteMinum dan main judilah sampai pagi. Mati pun tak apa. Takyah balik Msia tanam kat sana....
ReplyDeletePan tak berani komen ni takut tak dpt undi...putrajaya first...
ReplyDelete