1. Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang meroyan kepada SPRM kerana menahan anak buahnya Naveen Kularasa Rasiah. Siapapun Naveen yang pasti dia keluarga Sivarasa dan juga Setiausaha Politiknya. Sivarasa Rasiah kata kakitangannya tidak bersalah!
2. Naveen dan 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam ditahan SPRM 22 September dan kini direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah).
Tanya Rakyat Selangor, PKR dan Kontraktor siapa Naveen. Orang Subang kenal sangat.
3. Sivarasa mempersoal kerana Naveen bukan pegawai Imigresen, jadi tak ada kuasa. Isunya siapa tak kenal Naveen Kularasa dan Sivarasa Rasiah? Orang Selangor, PKR dan juga kontraktor semua kenal Naveen budak Sivarasa ni kaki paw duit kontraktor! Apa saja projek ada perjanjian komisen. Paling tak tahan minta wang terlebih dahulu. Dulupun kecoh kes skandal perumahan PKNS.
4. Sebagaimana kes rasuah bekas Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam tahun 2016 meminta wang RM20 ribu inilah yang berlaku terhadap Naveen. Apa yang berlaku hari ini ialah orang marah pada Naveen hingga mendedahkan rasuah meminta wang RM20,000 itu.
5. Jadi benarlah kata Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bahawa penahanan 3 pegawai Sivarasa Rasiah bukan bermotif politik. Pada kita, siapa meminta rasuah orang lapor mestilah kena tangkap. Hanya masa sesuai itu tiba Naveen ditangkap SPRM kerana meminta rasuah.
6. Padan muka kepada Kerajaan Negeri Selangor. Pertama Negeri ini belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Sangat sesuai dengan integriti pemimpin politiknya dan pegawai mereka yang rendah. Kedua biar Sivarasa Rasiah selaku peguam tahu, ketika budak-budak dia dituduh rasuah dan ditahan reman jangan pula berkata pada pemimpin BN kalau ditahan SPRM dituduh terus bersalah! Kini Sivarasa Rasiah tak tidur malam. Elok Naveen dedah lagi rasuah dia bersama Sivarasa Rasiah.
7. Nasihat saya, Azmin MB Selangor lebih baik tandatangan IBR itu. Nanti lebih banyak tangkapan lebih buruk persepsi Selangor.
Captain M
23 September 2017
rasuah orang lain mereka nak mabik tahu.rsuah sendiri lagi teruk
ReplyDeleteTahniah sprm. Jalankan tugas dgn telus.
ReplyDelete