Monday, 18 May 2026

RAFIZI RAMLI, NIK NAZMI LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN, TINGGALKAN PARTI KEADILAN RAKYAT AMBIL ALIH PARTI BERSAMA MALAYSIA



PETALING JAYA — Landskap politik negara mengalami perkembangan mengejutkan apabila Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memulakan platform politik baharu menerusi Parti Bersama Malaysia.

Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi selaku Ahli Parlimen Setiawangsa memaklumkan peletakan jawatan mereka akan berkuat kuasa Isnin depan, manakala keputusan keluar parti berkuat kuasa Selasa menerusi surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR.

Kedua-dua pemimpin itu turut mengesahkan akan menulis secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bagi memaklumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis khas di Petaling Jaya yang turut menyaksikan Rafizi dan Nik Nazmi mengambil alih kepimpinan Parti Bersama Malaysia sebagai wadah politik baharu mereka selepas meneliti beberapa platform alternatif sejak setahun lalu.

Menurut Rafizi, Bersama dipilih kerana parti itu dilihat paling sesuai untuk membawa agenda reformasi politik, pembaharuan institusi dan pendekatan politik generasi baharu yang lebih inklusif serta berasaskan pelbagai latar belakang masyarakat.

Beliau berkata, parti itu juga bersedia menghadapi mana-mana pilihan raya akan datang termasuk bertanding di kerusi yang kini disandang PKR atau parti-parti dalam kerajaan sekiranya keadaan memerlukan.

Tambahnya, Bersama mahu memperkenalkan budaya politik baharu dengan memberi penekanan kepada kepimpinan muda, calon berpengalaman serta politik rentas kaum yang tidak lagi bergantung kepada naratif lama politik perkauman.

Rafizi dijangka mensasarkan kerusi bandar berbanding luar bandar untuk memecahkan kerusi PH-DAP-PKR

 

No comments:

Post a Comment