1. Peletakan jawatan Darell Leiking Naib Presiden PKR bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sudah dirancang lama berikutan keluarnya Dato' Seri Shafie Apdal dalam UMNO.
2. Sumber rapat Shafie Apdal dan PKR mendedahkan Datuk Peter Anthony Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn. Bhd menyediakan dana besar RM 200 juta untuk penubuhan parti baru Shafie Apdal. Dana hasil rasuah projek yang diberikan Shafie ketika Menteri KKLW selain#Taikun besar Joseph Lo (Mentua Peter Anthony) tentunya dana besar dapat dikumpul untuk membiayai kempen Shafie Apdal. [http://captainmgs.blogspot.my/…/peter-anthony-kroni-shafie-…]
3. Malah pertemuan Shafie dengan Pembangkang Sabah sebelum itu bukan lagi rahsia apabila siri perjumpaan Shafie Apdal di Semporna dan jelajahnya turut dibantu PKR Sabah.
4. Bagi PKR Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin sedar tentang tekanan PKR Pusat yang tidak begitu memahami perjalanan PKR Negeri Sabah tentunya melakukan segala cara untuk kekal relevan termasuk bekerjasama dengan parti Lokal untuk merai untung sentimen negeri. Seperti kata Tian Chua
"Saya tak rasa (PKR Sabah akan lumpuh). Saya rasa PKR di Sabah akan terus berkembang. Kita sedang merangka dan akan teruskan pakatan yang lebih meluas.
"Dalam situasi terkini di Sabah, mereka memerlukan suara orang tempatan dan dia (Leiking) mahu fokus pada politik Sabah berbanding politik nasional.
5. Ketiadaan Anwar Ibrahim, kelemahan kepimpinan PKR Pusat serta peruntukan yang terhad PKR kepada PKR Sabah dan Sarawak tentu akan merencatkan usaha itu. Bagi mereka untuk merai sokongan rakyat Sabah, parti semenanjung seperti PKR tidak cukup sekadar untuk melantik Naib Presiden PKR. Tapi jauh lebih itu. Jadi kerjasama pembangkang dan parti baru amat diperlukan. Apa yang berlaku PKR Negeri mencari alasan kuat menekan PKR Pusat. Tidak mungkin Peletakan jawatan Ketua Wanita PKR Negeri Sabah Julai lalu tidak berpuas hati dengan Zuraida Kamaruddin sebagai kebetulan?
6. Penyertaan Darell Leiking yang juga MP Penampang adalah strategi serampang dua mata. Darell melihat ia satu peluang. Menurut sumber pemimpin PKR Shafie Apdal membayar Darell lebih RM 5juta untuk menyertai parti baru Shafie. Malah satu syarat PKR Negeri untuk sertai team Shafie. Kebetulan pula Datuk Peter Anthony adalah Presiden KDM jadi bukan sesuatu yang sukar berunding dengan Darell Lieking. Desas desus Darell dan beberapa pemimpin PKR Sabah keluar dari PKR bukan baru. Mereka hanya menunggu platform. Kini Shafie Apdal bersedia dengan dana tentulah ia bagaikan "'mengantuk disorong bantal".
7. Strategi parti baru tempatan boleh merai undi kerana dijangka BN akan menggekalkan kaedah lama seperti menaja parti tempatan bagi memecahkan undi pembangkang. Terbukti menaja Parti STAR Diketuai Jeffry Kitingan memberi manfaat kepada BN. Semakin banyak parti di sesuatu kawasan semakin menguntungkan BN.
8. Berbalik kepada Shafie Apdal yang akan membelanjakan ratusan juta duit hasil
beliau merompak ketika menjadi menteri dahulu. Kesetiaan para proksi kontraktor akan diuji di sini.
9. Umum mengetahui Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia merupakan proksi dan kroni tegar Shafie Apdal. Shafie pernah menganugerahkan beliau kontrak Projek Bekalan Air Bandar ( BALB) dan beberapa projek Bekalan Elektrik luar bandar. Peter menjadi perantara bagi kontraktor yang ingin mendapat projek dari KKLW. Antara yang terkenal menjadi isu ialah ( setahun 2 kali) syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd milik Peter
i.) KKLW/BALB/133/2011 :
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00
ii.) KKLW/BALB/173/2011:
Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00
9. Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd #dimiliki oleh
i.) Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham
ii.) Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham.
10. Malah bukan itu sahaja banyak projek Elektrik dan paip dirembat oleh Datuk Peter ketika Shafie sebagai Menteri KKLW menggunakan syarikat lain.
11. Sama ada PKR atau Darell menjadikan Shafie Apdal sebagai alat atau vehicle kita akan lihat nanti. Siapa makan siapa. Buat masa sekarang parti Baru di Sabah mempunyai dua kawasan Parlimen iaitu Penampang dan Semporna. Parti Pribumi masih 1 kerusi iaitu Pagoh. Penolakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah lebih awal ada petanda bahawa sentimen parti semenanjung tidak menguntungkan untuk Slogan Sabah untuk orang Sabah. Jadi bukan sesuatu yang pelik jika Shafie Apdal tidak bersama parti bunga raya itu. Akhirnya mereka akan bersatu juga kemudian.
12. Apakah CM Sabah, Musa Aman akan duduk sebagai pemerhati sahaja polemik sekarang? Pastinya beliau mengumpul maklumat dan data tepat. Yang penting jangan pandang rendah kepada parti lain.
Jeneral M
24 September 2016