Monday, 6 May 2024

HANCURLAH MARACORP! DATO' AMIR 'KAKI SKANDAL' UNIKL DILANTIK GROUP CEO INTERIM

 



Isu Maracorp nampaknya belum berakhir. Ada yang berpendapat Majlis Amanah Rakyat (MARA) selagi dipimpin Ketua Pengarahnya Dato' Azhar Bin Abdul Manaf agensi Mara dan entiti perniagaannya tak ke mana. 

Isu rasuah dan salahgunakuasa Maracorp pernah meletup tahun 2022.


BERKAITAN;

SPRM PERLU TANGKAP 5 PEGAWAI TINGGI MARA MENCURI PULUHAN RIBU DUIT RAKYAT DI MARA CORPORATION SDN BHD




Julai 2022 isu CEO Maracorp dan beberapa pegawainya yang salahgunakuasa membuat tuntutan elaun tidak wajar akhirnya didakwa dengan lima pertuduhan menyalahguna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Mereka ialah Noor Irwan Marmin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) (Acting Group Chief Executive Officer) MARA Corp didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan Internal Memo MARA Corporation bertarikh 15 September 2021 hingga 20 Januari lalu. Dia membayar elaun memangku berjumlah RM46,281.75 untuk dirinya tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp.



Begitu juga Rizal sebagai Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan (Group Corporate Finance Director), MARA Corp menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan meluluskan Internal Memo MARA Corporation iaitu bayaran elaun memangku RM40,875 untuk dirinya tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Malangnya pegawai undang-undang Iskandar Zaiuddin bersekongkol sama tidak didakwa tetapi dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perundangan.



 

Itulah Maracorp sentiasa panas. Lantik CEO baru mesti pernah terkait dengan pelbagai skandal

Terbaru Ketua Pengarah MARA  Dato' Azhar Bin Abdul Manaf melantik pula Pemangku CEO bermasalah Dato' Amir Azhar Ibrahim (Dato' Amir) yang juga sebelum ini Director Group Corporate Planning jawatan yang sama dia ketika berada di UniKL.








Bagaimana dia dilantik di Maracorp? KSU KKDW, Pengerusi Maracorp, Lembaga Pengarah, Ketua Pengarah MARA dan pegawainya tiada 
due diligence memeriksa latar belakang pegawai.

Mula-mula jadi pemangku selepas itu lobi-lobi jadi CEO. 

Bukankah Dato' Amir ini punya isu dan skandal ketika di UniKL? Ketika dia UniKL bukankah UniKL rugi? 

Tahun 2020 tular di laman sosial dan  aplikasi WhatsApp mengenai skandalDato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) dan Shalieza Razali Assistant Manager Corporate Branding & Strategic Comunication Department.

Malah mesej aplikasi whatsapp skandal Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) dan Shalieza Razali turut tular dalam laman sosial. 


  • Selain skandal seks dengan Shalieza Razali, Skandal terbesar CMPO UniKL Dato' Amir Azhar ialah Pengurusan pasukan Hoki UniKL yang dibiayai penuh oleh MARA. Ratusan juta wang MARA lebur boros berbelanja. 

    Malah pembinaan Stadium Hoki UniKL bernilai RM10 juta seakan menjadi gajah putih jarang digunakan dan rosak tanpa penyelenggaraan yang betul. [Ketika pembinaanya dilaporkan terlambat  dan  tidak mengikuti spesifikasi. Stadium Hoki UniKL juga tiada 'CCC'. Penyelenggaraannya paling teruk sehingga hari ini.



Apa jadi Maracorp bila diserah kepada pegawai yang tidak layak, kaki skandal dan korup? Carilah orang lain.

Tak kan Zahid Hamidi dan Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf tak peka.Tunggu Maracorp melingkup lgi 






2 comments:

  1. Amerika menuju negara bangkrap. Ramai hartawan dan billionaire Amerika akan jatuh miskin. Kejatuhan US Dollar menjadikan Rakyat Amerika ke Lembah kemiskinan.

    Dari dulu semasa Bossku dalam Kerajaan lagi sudah di peringat iaitu Malaysia perlu rapat kan diri dengan Pakatan BRICS.

    Sepatutnya Malaysia sudah menjadi anggota dalam Pakatan BRICS dan memainkan peranan penting di rantau Asia Tenggara seperti Afrika Selatan di benua Afrika, Brazil di Benua Amerika.

    Benua Africa seperti Burkina Faso, Mali, Niger, Sudan Kenya sudah mula membebas kan diri dari Apartheid France Germany UK USA.. PETRONAS patut melabur di sana..!!

    Menurut wakil IMF Rusia, BRICS bersedia untuk menawarkan alternatif kepada Dolar AS di tengah-tengah kejatuhan mata wang, dan blok itu mesti bersedia untuk kejadian sedemikian. Perikatan itu, yang terdiri daripada Rusia; India, China; Brazil; Afrika Selatan; dan negara yang menyokong, telah berusaha untuk meninggalkan Dolar AS untuk beberapa lama.

    Kejatuhan ahli ekonomi mungkin lebih teruk daripada krisis ekonomi 2008 dan meniru kemelesetan terburuk sejak 1929.

    Jika pasaran jatuh, BRICS akan mendapat manfaat kerana ekonomi AS akan mengalami akibat yang dibuat oleh mereka sendiri. Hutang tidak terkawal sebanyak $34.4 trilion semakin meningkat menyebabkan negara membangun lain meninggalkan dolar AS untuk perdagangan global.

    Blok BRICS telah beralih kepada teknologi blockchain untuk sistem pembayarannya yang serba baharu, menurut laporan.

    Sesungguhnya, usahanya telah berusaha untuk membina mata wang pesaing yang dibina di atas aset digital. Dolar AS masih jauh daripada terhempas sama sekali, namun, laluan ada untuk BRICS melakukan kerosakan.

    Kerajaan Papangang lansung tidak sensitive dan tidak bertanggungjawab membawa Malaysia menjadi hamba IMF, World Bank dan Amerika Syarikat.

    ReplyDelete
  2. Ramai rakyat tak nampak diorg nie pun perompak sebenar dan menggagalkan rancangan Malaysia untuk maju..diorg pandai bersembunyi dan alihkan kemarahan kepada politician saja..harap kerajaan pandai memilih ahli korporat yg lebih berjiwa nasionalis..berbanding kaki rembat..semua GLC nmpknya dikepalai oleh individu bingai..ramai pulak tue duduk kat jawatan tp tiap tahun catat kerugian..sohai..sebab duit pengurusan tue duit pinjaman..kalau x jaga roi dan merembat je..mmg jahanam Malaysia

    ReplyDelete