Monday 18 July 2016

ZURAIDA SEMBUNYIKAN MERCEDES BENZ S280 MILIK TAUKEH HANSPEC SDN BHD SEPERTI SYARIKAT AUTOMATED CONTACTLESS SYSTEM SDN BHD?



1. Taktik Zuraida sudah dijangka beliau tidak mungkin mengaku kenderaaan kesembilan BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd sebagaimana pendedahan sebelum dalam blog masterdedah.com

2. Namun Zuraida mengaku jua 8 kenderaan yang didedahkan adalah miliknya. Ketika TV3 mendedahkannya Zuraida sudah bersedia untuk menafikan memandangkan kereta berkenaan tidak didaftarkan atas nama Zuraida berbanding kenderaan lain termasuk 4 kenderaan mewahnya.

3. Persoalan TV3 dan CheguBard Apa yang mendorong Hanspec (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta ini menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Apa hubungan Zuraida dengan "taukeh" Hanspecs pasti tidak akan berjawab memandangkan secara teknikal Zuraida boleh menyembunyikan Mercedes berkenaan.


Friday 12 February 2016

ZURAIDA KAYA, SELAIN ADAM ROSLY TURUT MELIMPAH BUAT KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR!



1. Captain M mendapat emel dari seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan proksi utama Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua PKR Selangor di Majlis Daerah Hulu Selangor.

2. Sebagaimana pendedahan Captain sebelum ini mengenai penguasaan Zuraida terhadap projek PBT menggunakan kuasa Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Ia turut disahkan dalam kenyataan media CheGuBARD pada 9 Julai mendesak Zuraida Kamaruddin tampil menjelaskan pemilikan 9 kenderaan termasuk sebuah Mercedes Benz S280 atas milik "taukeh" syarikat.

3. Katanya "Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan 'perolehan' dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik'tauke' ia pasti menimbulkan perbagai persoalan".