Wednesday 12 October 2016

GEMPAR: BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK DI KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR



Shafie Apdal adalah Mantan Menteri KKLW yang paling pandai menggunakan kuasanya. Lembaga Perolehan A atau B Shafie Apdal yang akan arahkan KSU/TKSU

1. Artikel Captain M sebelum ini telah mendedahkan bagaimana Dato' Seri Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu terlibat dengan kes rasuah terbesar lebih RM 114 juta di Sabah. SPRM telah mengesahkan Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah mendapat manfaat dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah telah disiasat dan kita yakin syarikat-syarikat ini turut mendapat manfaat dari kuasa Menteri KKLW ketika itu.

2. Tan Sri Pairin Kitingan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menafikan kementeriannya mendapat peruntukan terus daripada KKLW.



3. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Beliau yakin siasatan membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015 dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh."Saya akan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai projek BALB yang disalurkan ke Jabatan Bekalan Air Sabah dari Bahagian Insfrastruktur KKLW".

BAGAIMANA SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASANYA?

4. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie Apdal, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah (ketika itu), dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka merompak peruntukan ini. 



5. Shafie Apdal memperalatkan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) iaitu "memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan"







6. Walaupun Shafie mengarahkan KSU KKLW untuk Tugas-tugas Perolehan sejak 2011 dan 2013 untuk penurunan kuasa Kontrak penentuan projek tetap dipengaruhi arahan Shafie Apdal


7. Berbanding Menteri-menteri lain Shafie Apdal satu-satunya Menteri yang menggunakan kuasanya Akta Kontrak 1949 dengan cara menurunkan kuasa kepada pegawainya setiap projek KKLW. Cara ini dapat memastikan KSU dan TKSU melaporkan terus kepadanya selaku Menteri bagi memastikan projek di beri kepada proksi atau kroninya. Malah beliau dapat mencampuri segala urusan perolehan Kementerian. 


Berikut contoh Projek yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan A yang sebelum itu telah diminitkan sokongan oleh YB Dato Seri Shafie Apdal, diluluskan dalam jawatankuasa tender, harga hinggalah Lembaga Perolehan A /B. Shafie Apdal memastikan semua proksi atau kroninya dapat projek KKLW. 



Shafie menentukan Pegawai menandatangani Kontrak/ LOA  KKLW termasuk projek KKLW di Sabah dan Sarawak. Ada juga beliau menurunkan kuasa kepada Pengarah JKR Negeri/ Jabatan Air bagi projek JALB, BALB dan BELB. Secara langsung Shafie mengetahui syarikat mana yang mendapat projek KKLW sebagaimana arahan Shafie sebelum Lembaga Perolehan A atau B KKLW. 

8. Begitulah Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Beliau terlalu berlagak suci untuk tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Projek KKLW yang disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah tetap mempunyai unsur seperti yang didedahkan di atas. KSU atau TKSU dan mana-mana pegawai KKLW yang engkar arahan akan dipindahkan. Malah para pegawai yang melaksanakan agendanya seperti KSU, TKSU, SUB, TSUB, KPP, teknikal di KKLW kaya raya sekarang.  Kerjasama Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KKLW yang baru bukan sahaja akan membantu kes di Sabah tetapi juga bakal membongkar kegiatan pegawai KKLW. 

Bandingkan cara Tan Sri Muhyiddin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Shafie Apdal lebih "ganas" dalam membolot projek. 




TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM
SHAFIE APDAL. SISTEM SHAFIE APDAL MEMANG AKAN MEMONOPOLI SEMUA PROJEK KEMENTERIAN. SHAFIE DAN PEGAWAINYA AKAN MENGETAHUI 'ALIRAN' DOKUMEN ITU BERGERAK DI KKLW SEPERTI JAWATANKUASA SPESIFIKASI, BUKA TENDER, TEKNIKAL, PENILAIAN HARGA SEHINGGALAH LEMBAGA PEROLEHAN A DAN B. 

KES-KES BERANI SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA


9. Sekitar tahun 2011, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah. 



10. Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW. 



11. Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.


12. Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta. Entah bagaimana Jawatankuasa Spesifikasi dan penilaian tender melakukannya. Yang pasti JKR Sabah memberikan kos berlebihan. Bermakna berlaku unsur "kawtim" menaikkan harga. Tak mungkin jawatankuasa diperingkat Spesifikasi dan harga tidak dapat mengesan kos sebenar projek.

13. Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

14. Bagaimanapun Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.

15. Angkara siapakah ini? Berlaku kelam kabut ketika itu. Dikatakan ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada TKSU atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd. 

16. Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka. Ini satu cara bagaimana Pegawai dan menteri menggunakan kuasa Akta Kontrak 1949. 

17. Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan.





18. Kes ini pernah didedahkan suatu ketika dulu. KKLW sentiasa mengulangi kesilapan demi kontraktor. Buktinya sekali lagi Menteri KKLW mengarahkan  projek Kelas B dibawa ke MOF semula kerana melebih kos. Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4). Projek Jalan Keningau berulang ditempat lain. Projek CIDB G6 (dulu PKK Kelas B) dinaikkan kos sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Sekali lagi Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan menolak permohonan KKLW. 


Berkuasa tak Shafie Apdal? Dia fikir dengan menaikkan kos projek dan kawtim dengan JKR Negeri maka MOF akan meluluskan dengan mudah? Jika ini dibiarkan sudah tentu KKLW akan meluluskan semua Projek bernilai bawah RM10 juta dalam Lembaga Perolehan A kemudian meminta kelulusan khas dengan MOF
kerana terlebih bajet. Namun taktik Shafie Apdal tidak berjaya



19. SPRM boleh menyiasat berapakah jumlah projek yang diluluskan oleh KKLW secara tender terhad dibawah nilai RM10 juta? Dimana MOF tidak mencampuri urusan ini. Kecuali CIDB G7 yang memerlukan perakuan semula di MOF selepas disahkan Lembaga Perolehan A KKLW. Hanya dikatakan selepas KKLW berlebihan menggunakan kuasa menteri meluluskan Tender Terhad G6 barulah MOF memberi arahan kepada KKLW bahawa mereka perlukan kelulusan MOF!.

20. Begitulah berkuasanya Menteri KKLW ketika itu. Pegawainya pun berkuasa. Tidak hairan kes yang di Sabah baru ini adalah "Tip of The Iceberg". Pasti banyak lagi terbongkar. Jadi penyelewengan peruntukan RM3.3B itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi kalau pegawai boleh menyimpan "cash" RM 45 juta dirumah. Cuba periksa kekayaan adik-adik Shafie Apdal Hj Yusuf Apdal, Haji Hamid, Haji Zul malah anak buahnya Dato' Azis Jaman mantan Ketua Pemuda Semporna sekarang punya kenderaan mewah "hummer". Lagi mahu berlagak suci!


Captain M

2 comments:

  1. Kuasa sudah termaktub dalam akta maka tidak salah menggunakan kuasa tersebut...

    ReplyDelete
  2. kamon la kumbamng bukan seekor

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA