Saturday 1 October 2016

SPRM MENGESAHKAN SIASATAN RASUAH ZURAIDA SEDANG DALAM TINDAKAN SPRM. HABISLAH ZURAIDA!



1. Cabaran Zuraida telah disahut dan dilaporkan SPRM. SPRM mengesahkan status Aduan rujukan SPRM/INFO/ 2016/ 013780 telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) bertarikh 14/7/2016 dan diputuskan maklumat tersebut Dalam Tindakan SPRM.

2. Sebelum ini dilaporkan Zuraida mempunyai 9 kenderaan namun Zuraida mengaku 8 sahaja kenderaan miliknya. Zuraida menafikan satu kenderaan milik "taukeh".

3. Zuraida turut mengaku beliau menggunakan kelayakan MP iaitu Permit Import dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Bagaimanapun Zuraida terkantoi apabila beliau dilihat membeli kenderaan setiap tahun, memiliki kenderaan mewah 3 AP ( AP hanya 1 sahaja sepenggal) dan kelayakan pinjaman hanya 4 tahun sekali. Isu ini boleh dirujuk dalam blog Masterdedah.com 

4. Jadi dari manakah wang yang banyak melebihi pendapatan Zuraida itu? Apakah dari Hasil komisen PBT yang beliau berkuasa sekarang menjadi isu di Selangor hari ini?

5. Kita berharap SPRM dapat menyegerakan siasatan dan mengumumkan siasatan itu segera.

sumber : Jeneral M

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA