Monday, 3 October 2016

GENG MUHYIDDIN DALAM ITBM MALUKAN MALAYSIA BAWA PENERBIT BUKU INDIE SEBAR IDEA KOMUNIS & SOSIALIS DI INDONESIA!



JAKARTA: Memalukan apabila empat rakyat Malaysia di tahan di Indonesia berikutan kontroversi penjualan buku Manifesto Komunis di Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2016 (IIBF 2016).


Ketua delegasi Malaysia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron pro muhyiddin berkata delegasi Malaysia tidak diberikan panduan secara terperinci mengenai apa yang boleh atau tidak dipamerkan di sepanjang IIBF 2016 berlangsung.

Turut disiasat dan ditahan pihak berkuasa Indonesia ialah Ketua Pegawai Eksekutif Thukul Cetak, Zulfikri Zamir Mohamad Munir Pengarah Besar ITBM, Sakri Abdullah, Ketua Jabatan Buku Malaysia, Rozlan Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pemasaran & Jualan Buku, Khairulnizam Mohamad Yunis berikutan penjualan naskhah Manifesto Komunis di Pavilion Malaysia.

cara penerbit memasukkan elemen sosial dalam fikiran rakyat Malaysia. Indonesia tegas!

Isunya sudah tahu geng Penerbit Indie seperti Thukul Cetak dan DuBook Press dll yang banyak menerbitkan buku-buku anti establisment, indipenden, radikal dan bersifat menghasut rakyat yang bawa juga kenapa? Penerbit buku Indie pernah mencetuskan isu di negara ini satu ketika. Mereka memang untung berjuta tapi kualiti dan gaya penerbitan mereka merosakkan minda pembaca. Tentulah Indonesia mempunyai alasan yang kukuh untuk merasa syak terhadap buku 'Manifesto Komunis' yang dijual secara terbuka di negara itu.

Apa faedahnya agensi kerajaan bawa kumpulan anti establisment ini.Kumpulan otak mereng dan liberal.

Alasan Mohd Khair dari segi kandungan buku Manisfesto Komunis yang diterbitkan oleh Thukul Cetak itu tidak menyalahi undang-undang sebaliknya salah faham timbul berikutan kulit buku terbitan tahun 2016 itu memaparkan lambang komunis.

Apa sebenarnya dilakukan oleh Geng Muhyiddin dalam ITBM ini? Sabotaj kerajaan Malaysia ke?

Sebanyak 22 penerbit Malaysia termasuk Thukul Cetak turut menyertai delegasi itu yang diselaraskan secara bersama oleh ITBM, Perbadanan Kota Buku (PKB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Malaysia dijemput sebagai tetamu kehormat tiba-tiba membawa penerbit pro Komunis dan sosialis! Tentunya Indonesia tidak senang.

Apa faedahnya menjual buku bertajuk "Manifesto Komunis" yang diterbitkan oleh Thukul Cetak pada 2016 itu? Pengerusi ITBM tak beri nasihatkah?

Indonesia mencatat sejarah hitam menerusi peristiwa Gerakan 30 September (G30S) yang berlaku pada 30 September 1965 yang menyaksikan komunis cuba menjatuhkan presiden ketika itu, Suharto dan membunuh enam jeneral Tentera Indonesia. Tentulah Indonedia terkesan.

Sejak pengharaman gerakan komunis di negara itu pada 1966, semua bahan propaganda dan simbol ideologinya termasuk tukul dan sabit, disebut “palu arit”, diharamkan.

Mei lalu, ketua polis Indonesia waktu itu Badrodin Haiti menjelaskan larangan sejak 50 tahun itu masih dikekalkan kerana palu arit "dianggap sebagai bentuk penyebaran faham komunisme."

Tambahnya, Presiden Joko Widodo memberikan arahan agar pihak berkuasa menangani sebarang pengedaran lambang berunsur komunisme yang semakin ketara semula dalam masyarakat.

Nasiblah dalam siasatan itu Khair dan 3 lagi yang ditangkap menjelaskan menjelaskan tidak tahu simbol komunis itu bertentangan dengan undang-undang.

"Dia [empat warga Malaysia] tidak tahu, kalau palu dan arit di Indonesia sensitif," kata jurucakap polis Jakarta Awi Setiyono kepada media.

Tidakkah sesuatu yang memalukan negara apabila Keempat-empat delegasi Malaysia yang ditahan untuk soal siasat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia dibebaskan pada jam 8.45 malam. Mohd Khair Ngadiron Pengarah Urusan ITBM kata satu salah faham? Tak mungkin Khair tidak mengetahui latar belakang Indonesia yang anti komunis. Ia satu pengajaran membawa kunpulan Penerbit Indie. Mereka ni ancaman kepada kepada keselamatan negara.

ITBM adalah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Geng-geng Muhyiddin cari makan ramai di dalam ni sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan. Bermula dari Pengerusinya YB Datuk Dr Sharuddin Md Salleh Adun Jorak mantan Naib KB UMNO Bahagian Jorak, Datuk Dr Marzuki Mohamad Pensyarah Sains Politik UIAM yang dulu adalah Setiausaha Politik Muhyiddin.... Mohd Khair Ngadiron Pengarah Urusan ITBM dan Sakri Abdullah Pengurus Besar ITBM. Mereka semua ini masih bertuankan Muhyiddin.

Kita tak faham mengapa Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan Malaysia tidak menamatkan sahaja khidmat mereka ini. Simpan lama inilah jadinya. Mereka daulatkan dan beri lorong kepada Penerbit Indie menguasai mereka.

Membawa penerbit Indie sebagai tetamu kehormat Indonesia di Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2016 (IIBF 2016) dan kemudiannya ditangkap serta disoal siasat oleh pihak berkuasa Indonesia bukanlah sesuatu yang biasa. Ia MEMALUKAN

Menteri perlu ambil tindakan serius. Pengarah Urusan ITBM harus bertanggungjawab. Sudah tiba masa bersihkan agensi kerajaan dari anasir pembangkang dan juga geng Parti Bunga Raya Muhyiddin ni.

JM

1 comment:

  1. KENYATAAN MEDIA BERSAMA ITBM, DBP DAN PKB

    ITBM, DBP dan PKB Nafi Tuduhan Sengaja Malukan Negara


    1. Susulan insiden rampasan buku “Manifesto Komunis” terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI), Sabtu lalu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perbadanan Kota Buku (PKB) selaku ketua agensi delegasi penyertaan Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa ia adalah insiden yang disengajakan bagi tujuan memalukan negara.

    2. Ini merujuk kepada tuduhan berniat jahat yang kini viral di pelbagai media, apabila mengaitkan kami, tiga agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan serangan bermotifkan politik, kononnya membuat pakatan sulit dengan pembangkang dan dengan sengaja membawa penerbit buku Indie bagi tujuan menyebar idea komunis serta sosialis di Indonesia.

    3. Apa sebenarnya berlaku hanya salah faham berpunca daripada ilustrasi logo Komunis pada kulit buku, sekali gus mengundang kehadiran pihak berkuasa Indonesia ke Pavilion Malaysia untuk merampas enam naskhah buku tersebut pada hari keempat pesta buku berlangsung.

    4. Susulan rampasan, empat peserta delegasi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Thukul Cetak, Zulfikri Zamir Mohamad Munir selaku penerbit buku tersebut dan Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah selaku Ketua Penyelaras Pavilion Malaysia diminta hadir ke balai polis dan pejabat imigresen bagi tujuan soal siasat dan kemudian dilepaskan tanpa ditahan selepas kandungan buku tersebut disahkan bebas daripada sebarang elemen yang mendorong kepada doktrin tersebut.

    5. Bagaimanapun, selaku ketua agensi delegasi Malaysia, Sakri mewakili ITBM dan DBP serta PKB mengambil tanggungjawab penuh menyelesaikan urusan dengan pihak berkuasa Indonesia, termasuk menyerahkan passport bagi jaminan membabitkan apa juga perkara berkaitan, sehingga ia selesai sepenuhnya dan dibenarkan pulang dengan penerbangan pada jam 8.30 malam waktu Indonesia, semalam (Isnin, 3 Oktober 2016).

    6. Sehubungan itu, ITBM, DBP dan PKB ingin menjelaskan bahawa peranan kami dalam isu ini ialah bertindak sebagai moderator atau pemudah cara, selari fungsi kami sebagai penyelaras yang membawa delegasi 21 penerbit, sekali gus delegasi terbesar Malaysia ke sebuah pesta buku antarabangsa. Tanggungjawab kami bukan hanya mempromosikan peluang perniagaan industri, tetapi juga menyelesaikan apa juga kesulitan dihadapi wakil peserta.

    7. Berkait ilustrasi kulit buku “Manifesto Komunis”, kami menerima penyertaan buku tersebut untuk pameran di Pavilion Malaysia berikutan tidak wujud sebarang halangan terhadap jualan buku itu di Malaysia, selain kandungannya yang disahkan sendiri pihak berkuasa Indonesia bahawa ia tidak bertentangan undang-undang negara mereka. Apa yang berlaku hanyalah ilustrasi logo yang asalnya dihasilkan atas tuntutan pemasaran, iaitu mengundang perhatian pembaca bagi ransangan jual beli – tanpa menyedari logo tersebut amat sensitif di Indonesia.

    8. Pada masa sama, pihak Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) selaku penganjur PBAI juga sebelum ini tidak pernah memaklumkan kepada kami selaku agensi delegasi Malaysia berhubung perkara sensitif yang perlu diberi perhatian oleh setiap wakil peserta. Bagaimanapun, kami mengambil serius perkara ini dan sebagai tindakan serta merta, satu kajian bagi penyediaan SOP (Standard Operating Procedure) akan disediakan bagi tujuan persediaan untuk penyertaan di mana-mana pesta buku antarabangsa akan datang, termasuk mendapatkan senarai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang negara tuan rumah untuk edaran, perhatian dan tindakan setiap wakil peserta.

    9. Sehubungan itu, kami dengan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya cubaan jahat pihak tertentu untuk mengaitkan kami dengan apa juga usaha bermotifkan politik, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tanggungjawab kami adalah kepada negara, dan hanya kepada negara tanggungjawab kami.

    Tamat/.
    *******

    ReplyDelete