Monday, 17 October 2016

BUKTI BARU! SONGLAP DANA RM3.3B, SHAFIE APDAL 'KAYAKAN' PEGAWAI KKLW UNTUK BERI PROJEK KEPADA PROKSINYA ?


Mantan Pegawai KKLW -Shafie Official 3

1. Sebelum ini Captain M sudah mendedahkan siapa SO1 dan SO2 yang berkuasa di pejabat Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW dahulu. Merekalah yang menentukan segala pergerakan dokumen dan arahan Shafie Apdal. malah mereka sangat kaya raya hingga kini. Kemewahan mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka sebagai Setiausaha. SPRM perlu menyiasat mereka ini dahulu. Merekalah punca-punca kepada bagaimana dana Bekalan Air Luar Bandar dan projek-projek lain disalurkan. Kontraktor menjaga mereka bagaikan "menatang minyak penuh". 

2. Pendedahan seterusnya ialah bagaimana Shafie Apdal mengkayakan pegawainya bermula dari KSU KKLW, Timbalan KSU, SUB dan Timbalan SUB. Bagaimanapun kali ini kita dedahkan mengenai TSUB yang menyediakan segala kertas kerja, ulasan sokongan untuk Lembaga Perolehan Tender (LPA) dan kepada MOF. Semua kontraktor datang berjumpa dengan beliau dan Menteri pula menggunakan beliau untuk ulasan kementerian bagi memberi projek kepada Proksi dan kroni Shafie Apdal. Kita namakan sebagai Shafie Official 3 (SO3). Dimaklumkan SO3 telah berpindah Kementerian.  



Mungkinkah mereka ini akan disiasat?


3.  SO3 memiliki Banglo Besar di Bandar Baru Bangi. Gaya hidupnya juga mewah tidak sepadan dengan Gred jawatannya M54. Suatu ketika walaupun beliau ada bos SUB yang berkuasa namun Menteri boleh berurusan terus dengan beliau. Semua urusan surat menyurat dan ulasan projek tender terhad diuruskan oleh SO3. Ganjarannya semua kontraktor memberikan manfaat kepadanya. menurut info dalaman katanya SO3 kaya raya semasa Shafie Apdal menjadi menteri. SPRM boleh menyiasat sumber mana kekayaan beliau dan bagaimana beliau memainkan peranan untuk Shafie Apdal. 

Gaya hidup pegawai Gred 54


4.  SO3 akan mendapat arahan dari Menteri KKLW terus atau melalui KSU/TKSU (SE).Segala urusan surat menyurat untuk Tender Terhad (Kawtim) diuruskan oleh SO3. Setiausaha Sulit Menteri KKLW akan memberikan arahan sesuai mengikut kehendak Shafie Apdal ketika itu.

Menteri minitkan arahan kepada SO3.  Shafie percya pada Pegawai SO3

Setiausaha Sulit Shafie Apdal (SO1 atau SO2) akan memberi arahan secara memo kepada Pegawai SO3.


Malah semua projek NKRA 2010 Projek Jalan Luar Bandar dulu yang dipohon oleh KKLW adalah atas tangan-tangan SO3. Semua Tender Terhad KKLW ini secara kawtim 10 syarikat. Harga telah ditentukan untuk 10 syarikat itu. (Lanjut sila Klik

Syarikat-syarikat yang dipelawa tender terhad ini sejak 2010 hinggalah 2015 pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan Shafie Apdal dan juga Pegawai SO3. Ada banyak lagi projek berbilion ringgit. 

SPRM jika berjaya menyiasat Pegawai Shafie Apdal SO1 dan SO2 termasuk mantan TSUB (SO3) pastinya akan dapat mengenal pasti kes-kes rasuah di KKLW termasuk penyelewengan dana RM3.3b di Jabatan Air Negeri Sabah. Malah akan menemui rasuah terbesar dalam Jabatan Kerja Raya di Negeri Sabah khususnya peruntukan NKRA 2010-2013 juga RMK 10. Kekayaan pengarah JKR Negeri serta pegawai-pegawainya juga wajar disiasat. 

Captain M


8 comments:

  1. Spin saja lebih. Macam gasing tapi tak kemana pon. Asyik berputar disitu saja.

    ReplyDelete
  2. Spin saja lebih. Macam gasing tapi tak kemana pon. Asyik berputar disitu saja.

    ReplyDelete
  3. Macai umno harap dok fitnah sana sini dan sebenarnya mereka yg lebih teruk.jika pm pun terok..apa tah lgi org bawahan.anak tiri najib pun sebat sama...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Page ni tau petik nama2 org jer. Bukti pun mcm bullshit. Memang sesuai la dengan nama macai UMNO.

    ReplyDelete
  6. Macai umno harap dok fitnah sana sini dan sebenarnya mereka yg lebih teruk.jika pm pun terok..apa tah lgi org bawahan.anak tiri najib pun sebat sama...

    ReplyDelete
  7. Macai umno harap dok fitnah sana sini dan sebenarnya mereka yg lebih teruk.jika pm pun terok..apa tah lgi org bawahan.anak tiri najib pun sebat sama...

    ReplyDelete
  8. pigi mampus lah ko Captain M anak haram jadah!

    ReplyDelete