Friday, 9 December 2016

RAHSIA AZMIN TERBONGKAR LAGI, PEGAWAI KHAS MB SELANGOR LEBIH KAYA RAYA DARI ADAM ROSLY AMPANG




1. Pendedahan demi pendedahan terhadap Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang telah membuka kepada pendedahan  kekayaan Proksi Zuraida Adam Rosly Ketua AMK Ampang yang mempunyai mahligai Disneyland Ampang, rumah mewah lain dan kereta mewah milik taukeh. 


2. November lalu Adam Rosly dalam turut mencabar netizen membuktikan rumah yang dipaparkan dalam Instagramnya atas namanya sekaligus mengaku bahawa harta miliknya sebagai rasuah yang diberikan kepadanya bukan atas namanya sebagaimana kenderaan mewah yang dimilikinya. Adam Rosly juga mengaku perniagaannya adalah rahsia keluarganya. Dan ia terlalu peribadi untuk didedahkan.

3. Sumber dalam pejabat MB Selangor iaitu seorang dari Pegawai Khas MB memaklumkan kepada Captain M Adam Rosly mendapat kekayaan luar biasanya dari projek yang diluluskan oleh Azmin Ali juga proksi Zuraida. Projek PBT habis disapunya. Paling penting Adam Rosly mendapat projek pasir di Negeri Selangor. Ini adalah punca kekayaan utama Adam Rosly. Antara orang yang bertanggungjawab menghubungkan Adam kepada Azmin Ali ialah Pegawai Khas MB Selangor bernama Hilman Idham. 





4. Dari seorang budak hingusan kampus UKM yang dibicarakan di mahkamah kes AUKU (UKM4) menjadi budak suruhan Azmin yang kaya-raya. Kata sumber itu Adam Rosly memang kaya tetapi lebih kaya ialah Hilman Idham. Azmin Ali sangat percayakan Hilman Idham ini dari rahsia dana rasuah kontraktor hingga perempuan simpanan Azmin Ali. 



5. Pendedahan bekas MP PKR Kapar Manikavasagam yang turut ditahan kerana rasuah sebelum ini turut melaporkan bahawa Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor memiliki harta yang banyak. Perkara ini pernah didedahkan dalam laman masterdedah sebelum ini. 

6. Kata Manikavasagam yang diperangkap geng Rafizi mengenai kes rasuah, Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam. 

“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Panerai (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” . 

7. Sumber pejabat MB juga berkata malah lebih dari itu aset dimiliki dan akaun bank mencecah puluhan juta ringgit. Apa yang terdedah milik Adam Rosly hanya kecil sahaja. Rahsia sebenar ada pada Hilman Idham. Hilman Idham dimusuhi ramai orang lama bersama Azmin dahulu. Kini Hilman menjadi rujukan utama Azmin dalam hal hal sulit Azmin. 


Gaya hidup jenama mewah. Hand Bag berharga ribuan ringgit.

8. Berdasarkan gaya hidup Hilman Idham dalam instagram serta media sosial termasuk isterinya yang memiliki jenama Hand bag mewah seperti LOUIS VUITTON tentunya pendapatan Hilman Idham ini ribuan ringgit berbanding gaji Pegawai Khas MB Selangor. 

9. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah status penyiasatan rasuah oleh SPRM. Jika sebelum ini pegawai kerajaan menjadi buruan termasuk pegawai khas Ketua Menteri Melaka baru-baru ini mengapa kes pemimpin pembangkang dan pegawai PKR tidak didedahkan. Hanya Kes Lim Guan Eng sahaja yang bakal dibicarakan Mac 2017.

10. Nantikan siri lain siapa Hilman Idham. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini. Kejayaan MB Selangor ialah mengkayakan anak muda yang bekerja dengannya. Tian Chua yang bergolek atas jalan raya pun tak sekaya proksi Azmin Ali ini.

Tuesday, 6 December 2016

SIAPA PEGUAM NAIB PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH BERSEKONGKOL LESAPKAN RM15.5 JUTA WANG RAKYAT MILIK RISDA?




1. Sejak dilaporkan Mac 2016 dan dibangkitkan semula Oktober lalu nampaknya Skandal Pembelian Tanah Oleh Risda menggunakan duit pekebun kecil perusahaan getah belum didedahkan dalangnya. Apa tindakan SPRM? diam dan terus diam!

2. Risda hampir lesap RM155.4 juta dana kerana usaha jual beli tanah NCR di Daerah Tongod Sabah seluas 2,428 Julai 2014 oleh 'orang tengah' dan juga proksi Shafie Apdal Datuk Peter Anthony yang juga kini Naib Presiden Parti Warisan Sabah. 

3. Jika tidak kerana wang pendahuluan RM15.5 juta lesap yang diamanahkan kepada Firma Guaman milik Michael P. Ubu iaitu Michael UBU & CO (proksi Datuk Peter Anthony - Dulu SUA KDM kini Naib Presiden KDM) sudah tentu kes ini tutup tanpa jejak.

Shafie Apdal dan Peter Anthony Parti Warisan tak perlu cerita Sabah untuk Sabahan. Kalau ada kuasa habis tanah dijual. TIDAK AMANAH wang
 Risda dirompak. 

4. Malah Firma guaman Michael UBU & CO yang pecah amanah dan merompak wang RM15.5 juta pendahuluan bayaran tanah itu tidak pernah didedahkan umum oleh Risda dan sesiapa sahaja. Captain M mengambil inisiatif mendedahkan siapa peguam dan firma guaman itu sebagai satu pengajaran dan tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Sabah. 

5. Bagaimanakah wang pendahuluan 10% RM15.5 juta itu berjaya diambil oleh Datuk Peter Anthony dan Peguam Michael P Ubu? Sudah tentu ia mesti melalui kelulusan khas Menteri KKLW ketika itu iaitu Shafie Apdal yang mengarahkan Dato' Sri Wan Mohamad Zuki Mohamad selaku Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA menandatangani dokumen tuntutan bayaran RM15.5 juta itu lebih awal sebelum tanah yang bakal dibeli berjaya ditukar status kepada Country Lease oleh pihak berkuasa (Pejabat Daerah Tongod/ Pengarah Tanah dan Ukur Negeri Sabah serta Ketua Menteri Sabah)  

6. Jika tidak kerana Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA bersekongkol dengan Datuk Peter Anthony dan Peguamnya Michael P Ubu tidak mungkin wang amanah yang dipertanggungjawab kepada peguam dapat dirompak. Bermakna Shafie Apdal, Wan Mohamad Zuki, Peter Anthony dan Michael P. Ubu sudah merancang lebih awal. Sumber dalaman mengesahkan wang itu telah diagih kepada semua pihak yang terlibat. 

7. Wang lesap, firma guaman khabarnya ditutup dan segala bukti dihapuskan oleh firma guaman. Ada kemungkinan sejak Mac sehinggalah disember 2016 perundingan dilakukan untuk memulangkan kembali wang itu namun tidak berlaku. Sepatutnya Risda melaporkan kepada SPRM lebih awal tetapi tidak berlaku. Apakah mereka juga bersekongkol menyembunyikan kebenaran?

8. Bekas Setiausaha Sulit Kanan Shafie Apdal Dato' Abdul Karim Mustafa ( kini CEO YPM) dan Dato' Dr Najmil Mohamad Aris bekas SUS (kini Ketua Seranta Felcra) pasti amat mengetahui urusan ini memandangkan segala dokumen diuruskan mereka berdua. Kedua pegawai ini yang masih pegawai tinggi sepatutnya mendedahkan siapa Shafie Apdal sebenarnya. 

9. Shafie kata jika mereka berkuasa akan beri tanah kepada rakyat Sabah. Dia lupa belum pun berkuasa, mereka telah usaha merompak tanah Sabah menggunakan dana RISDA malah merompak pendahuluan RM15.5 juta milik pekebun kecil getah. 



Captain M
6 Dis 2016


Monday, 28 November 2016

GAMUDA BERBOHONG KEPADA RAKYAT AZMIN ALI MB UNTUNG!



1. Setelah bergelut isu Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands 4 bulan lalu (sejak ogos) Elizabeth Wong Exco Selangor dan Azmin Ali MB Selangor bertungkus lumus menepisnya sehingga terdedahnya taikun besar Gamuda di sebalik tanah lot itu. Begitu juga pelapor kes Chegubard sehingga ke SPRM. Hanya pada 26 November 2016 pihak Gamuda menjawab isu Lot tanah 68054.


Lot 68054 di bawa dalam Parlimen.


2. Kemuncak isu ini ialah apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato' Sri Dr Irmohizam Ibrahim melalui hansard parlimen 31 Oktober 2016 telah membangkitkan isu integriti dan rasuah kerajaan negeri seperti laporan penukaran status lot tanah 68054 Paya Indah Wetland dari status tanah pertanian kepada bangunan kediaman. Memeranjatkan penjelasan Gamuda penuh penipuan dan bersandarkan persekongkolan laporan SELCAT tanpa pendengaran umum! 


Gamuda rujuk SELCAT

3. Gamuda berkata satu siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) telah dibuat pada  11 Oktober 2016 dipengerusikan oleh Hannah Yeoh mendapati bahawa tiada ALASAN untuk mengadakan SIASATAN AWAM berkenaan Status Lot Tanah 68054 kerana tanah tersebut bukan sebahagian daripada rezab Paya Indah Wetlands. 

4. Dapatan SELCAT yang kononnya siasatan iaitu ialah dari maklumat yang diperolehi daripada penerangan dan taklimat berhubung isu oleh beberapa agensi berkaitan


i. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
ii. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor
iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
iv. Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat)
v. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).
Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kawasan yang diwartakan sebagai Paya Indah Wetland hanya melibatkan Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar).
“Lot 68054 asalnya merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Namun, pada tahun 1994, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional ketika itu pula telah pun memindah milik tanah tersebut kepada tanah milik persendirian,” kata Hannah.
 Pada 1996, kerajaan negeri yang ditadbir BN telah memberikan kelulusan untuk meminda syarat nyata dan jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan perumahan atau perusahaan ringan terhadap tanah Lot berkenaan.
Namun pada 2004, kelulusan bersyarat untuk menukar status tanah Lot itu daripada pertanian kepada pembangunan bercampur tidak berlaku ekoran pemiliknya tidak menjelaskan bayaran cukai tanah premium. 
10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. 
Pemilik tanah Lot itu juga telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054 dan agensi berkaitan telah mengesahkan bahawa pengubahan berkenaan dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan. 
Pada awal tahun lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan mengubah status tanah Lot berkenaan kepada bangunan kediaman seperti syor yang dikemukakan PTG Selangor. 
“Kesimpulannya, Lot 68054 tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetland yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran status tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman telah dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan,” 

5. Itu adalah dapatan siasatan SELCAT secara taklimat yang nyata bukan satu siasatan lengkap yang sepatutnya dibawa dalam siasatan awam agar semua dokumen diteliti di semua peringkat yang terlibat. Malah jika boleh laporan siasatan dilaporkan kepada SPRM.


6. Perlu diingat sejak awal kes ini lapor dan didedahkan premis asas tuduhan adalah jelas iaitu tanah lot 68054 bukan tanah lain seperti Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar) sebagai tanah rezab. Tidak timbul tanah lain. Lot tanah 68054 adalah tanah yang terletak dalam Paya Indah Wetlands sebagaimana fakta jelas pada 26 Febuari 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada komersial (Bangunan kediaman) dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

Dimana pula asas SELCAT untuk menafi kawasan LOT 68054 adalah terlewat di Paya Indah Wetlands?. Kenapa henda bohong isu pokok? Sepatutnya Selcat
menjawab isu ini. Dan dokumen penuh ini sepatutnya Selcat bawa dalam siasat awam. Biar rakyat tahu dokumen penuh sebagaimana laporan IMDB
yang dipaparkan.
7. Adalah jelas tanah yang terletak di Paya Indah Wetlands telah termaktub dalam MOU di antara Kerajaan Persekutuan  diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007 berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun. Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali meluluskan pertukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands itu. Sekali lagi mengapa Azmin luluskan mengapa tidak Tan Sri Khalid Ibrahim?

8. Bagaimana rakyat hendak tahu jika SELCAT hanya menyiasat sekadar memanggil jabatan atau agensi memberi taklimat? Ini bukan siasatan ini taklimat formal menutup mulut sahaja. Aduan Abd. Razak Ismail Pembantu Khas Exco dan NGO tidak disiasat secara telilti malah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak berkredibiliti termasuk NGO! jelas kredibiliti SELCAT diragui dan dipengaruhi oleh Azmin Ali MB Selangor!




9. Gamuda dan Selcat cuba mengungkit kisah lama mengenai Lot tanah 68054 asalnya milik Kerajaan BN yang diserahkan kepada Syarikat Salak Land Development Sdn Bhd pada tahun 1994, tahun 1996 diberi kelulusan meminda syarat nyata dan 2004 kelulusan status tanah tidak berlaku sehinggalah tahun 2014 Salak Land Development Sdn Bhd sekali lagi memohon kelulusan. Kerajaan Pakatan Selangor lupa mereka masih menyalahkan BN sedangkan mereka memerintah Selangor dua penggal, mereka punya kuasa untuk mengubahnya. Jadi alasan menggunakan hujah BN itu sangat tidak relevan. 

10. Namun Selcat sendiri mengaku 10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. Siapa yang tolak tahun 2014? 

11. Menteri Besar Pakatan Selangor ketika itu ialah TAN SRI KHALID IBRAHIM. Hujah Tan Sri Khalid ialah sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Dan "beliau semasa MB tidak luluskan tanpa mengendahkan tekanan korporat dan pelobi politik". Jika telah ada asas keputusan dari MB Selangor sebagai menolak mengapa pula lagi perlu merujuk keputusan terdahulu tahun 1994,1996 dan 2004?

12. Isu yang dibangkitkan Netizen ialah mengapa ketika Azmin Ali menjadi MB Selangor dengan keputusan MMKN 2014 sebelum ini mengesahkan kawasan Lot tanah 68054 terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan menolak permohonan Salak Land Sdn Bhd mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara. Mengapa? apa kepentingan Azmin Ali?. 4 MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau. Mengapa Azmin berani? Ini yang sepatutnya Selcat siasat dan SPRM siasat!

Maka timbulah kronologi hubungan kepentingan Azmin Ali dengan Gamuda Berhad.







13. SELCAT juga telah mengesahkan pemilik tanah Salak Land Development selepas gagal 2014 telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054. Sebelum ini Salak Land Development Sdn Bhd adalah milik Dato' Tan Leong Min sejak 1994 (diberi zaman Tan Sri Muhamad Taib). Namun ketika permohonan dilakukan Salak Land dibeli oleh Gamuda Berhad. 

14. 4 Ogos 2014 fakta yang disembunyikan Selcat ialah Dato' Tan Leong Min telah menjual tanah ini kepada Gamuda Berhad ia dilaporkan dalam The Star 5 Ogos 2014.  Gamuda Berhad turut mengumumkan pembelian dan semua kepentingan dalam Salak Land bernilai RM 784.3 juta. 

15. Penjualan tanah Paya Wetland ini kepada Gamuda Berhad adalah dalam pengetahuan Azmin Ali Menteri Besar dan Exco maka tidak hairan kelulusan pertukaran status lebih cepat. 
Pemilik Asal Salak Land Development Sdn Bhd

Bertukar atas nama Gamuda Berhad




16. Jika pemilik asal Salak Land Development Sdn Bhd gagal dan kini dimiliki Gamuda Berhad, netizen mempertikaikan pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD. Mengapa ketika Salak Land bukan dimiliki Gamuda tidak diluluskan? Dan dibuktikan bahawa perubahan status tanah turut dilobi oleh proksi Azmin Ali,  Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak. Ini bermakna urusan jabatan di Selangor seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah diarah oleh Menteri Besar Selangor untuk diberi kelulusan.


Netizen persoalkan Pengezonan adalah untuk MENYELAMATKAN DAN MEMUDAHKAN KELULUSAN GAMUDA BERHAD SEDANGKAN SUDAH JELAS DALAM MMKN 2014 DIPENGERUSIKAN OLEH TAN SRI KHALID IBRAHIM LOT TANAH 68054 ADALAH TERLETAK DI
PAYA INDAH WETLANDS. INI BERMAKNA LAPORAN SELCAT ADALAH MENIPU DAN TELAH DIUBAH UNTUK KESESUAIAN GAMUDA BERHAD. 


Arahan begini sehingga lulusnya status pertukaran tanah Lot 68054 dilobi oleh proksi Azmin adalah fenomena biasa di Selangor sekarang.



KEPENTINGAN GAMUDA MELALUI SPLASH DAN AZMIN ALI 

17. Netizen juga melihat secara jelas hubungan Azmin Ali dan Gamuda dalam urusan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) milik Gamuda. Yang Netizen bicarakan ialah pembuktian hubungan kepentingan ini.

5 Disember 2014:

- Gamuda Berhad bercadang menjual 40 % kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan ketika ini. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Dua belas.

24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan. 

9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. 

25 Mei 2016:
Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. 

6 Mei 2016
Sehingga tarikh akhir tamat  7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," 

4 November 2016
 Azmin Ali menggunakan strategi menuduh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH). Kata Azmin tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,” Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score". Rupanya.....

Azmin Ali dan Datuk Lin Yun Ling MD Group Gamuda Berhad bagaikan
isi dengan kuku


5 November 2016
Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan media berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada Splash. Tan Sri Khalid hanya mengesahkan tawaran RM250.6 juta itu. Rupanya didedahkan Azmin, Anwar Ibrahim dan PKR punya kepentingan komisen RM 600 juta dari urusan Azmin dan Gamuda mengenai Splash. Isu ini tidak berjawab hingga kini malah SPRM berdiam diri. 



18. Gamuda membuat kesimpulan dalam kenyataan medianya pada 24 November itu bahawa mereka telah mendapat kelulusan DEIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pembangunan Lot 68054 pada 10 Februari 2016.

19. Apa kita hendak hairan dengan Gamuda jika dengan Azmin Ali pun mereka boleh "kawtim" inikan  Jabatan Alam Sekitar atau agensi pakar yang mereka mampu upah untuk meluluskan projek mereka. Yang penting asas Gamuda ialah status pertukaran tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman yang mereka dapat lebih awal selebihnya urusan lain pasti Gamuda mampu lakukan. Tanah hampir RM 800 juta dibeli oleh Gamuda pasti mereka ada perancangan di kawasan berhampiran Putrajaya. 

20. Jika SELCAT anak jantan jadikan isu tanah lot 68054 sebagai siasatan awam agar semua dokumen mereka yang terlibat menukar status tanah dapat didedahkan kepada rakyat dan laporan siasat awam dilaporkan kepada SPRM. Setakat dengar taklimat sahaja sesiapa juga boleh. 

Jelasnya Gamuda berbohong Azmin Untung! 

SPRM tolonglah siasat Azmin Ali MB Selangor tak perlu berlembut lagi!

Friday, 25 November 2016

LAGI LUBUK BUAYA SABAH DIGEMPUR SPRM- BEKAS MENTERI SANGKUT?

Betulkah Shafie tiada kuasa?

1. Shafie mendapat perhatian media apabila soalan Adun Klias Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin berkenaan siapa memberi kuasa Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk meluluskan tender-tender infrastruktur air di negeri Sabah di Sidang Dun 22 Nov lalu. Pembantu Menteri Kewangan Sabah dalam jawapannya mengesahkan Kuasa untuk meluluskan tender bagi projek infrastruktur air di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


2. Dalam Projek BALB, KKLW adalah Pengawal Peruntukan dan Agensi Pelaksana manakala Jabatan Air Negeri Sabah pula selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas bekalan air di negeri ini hanya berperanan sebagai agensi perancang, penasihat teknikal dan penguasa projek semasa tempoh pelaksanaan. Perkara itu selaras dengan surat kuasa yang diberikan oleh KKLW kepada Jabatan Air selaku pegawai penguasa untuk setiap projek bagi tujuan pentadbiran sahaja dan segala urusan kewangan termasuk pengawalan peruntukan dan proses pembayaran adalah dilaksanakan di peringkat KKLW


3. Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah pula mengesahkan Kerajaan Sabah tidak pernah dimaklumkan mengenai projek dibawa ke negeri itu oleh bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terdahulu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Kata Musa Aman "saya ingin tekankan selama menjadi menteri KKLW sebelum ini, tidak pernah sekali pun bekas menterinya datang berjumpa saya memberi taklimat atau memberitahu berkenaan projek dibawa ke negeri ini. Tidak pernah sekali pun walau saya pernah berulang kali meminta dimaklumkan".

4. Hari ini di Dewan Rakyat Shafie Apdal membuat penafian kenyataan Musa Aman dan mengatakan Musa Aman berbohong mengatakan dia tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri serta memaklumkan projek kepadanya. Juga bertegas Ketua Jabatan Negeri adalah bawah kuasa Ketua Menteri. Walaubagaimanapun semua tahu Shafie tidak pernah menyenangi Musa Aman. Hakikatnya tiada satu pertemuan rasmi empat mata antara Shafie dan Musa Aman membincangkan pembangunan projek di negeri Sabah. Pendek kata Shafie bolot semua. Captain M sebelum ini ada menjelaskan mengenai Kuasa Menteri. Boleh disemak disini.

5. Kisah penyelewengan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah menggunakan peruntukan Persekutuan khususnya KKLW di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Jika kuasa Menteri memberi peruntukan, mempengaruhi Lembaga tender seperti KSU dan TKSU dalam masa sama urusan teknikal pula diuruskan oleh Pegawai KKLW dan juga penguasa projek iaitu Pengarah JANS. Shafie juga menggunakan sepenuhnya kuasa Akta Kontrak 1949 menurunkan kuasa kepada pegawai seperti KSU, TKSU, SUB, KP, Pengarah dan lain-lain. 



SIAPA SETERUSNYA SPRM SERBU? 



6. Maklumat dalaman SPRM mendedahkan ada beberapa jabatan di Sabah yang mendapat perhatian SPRM iaitu Jabatan Kerja Raya dan KPDNKK Cawangan Sabah. Pemburuan SPRM telah menunjukkan hasilnya. Terbaru Pengarah JKR Wilayah Labuan telah berjaya ditangkap dengan wang dalam akaun hampir RM 1juta. Sudah tentu kehidupan mewah para pegawai JKR Sabah mengundang siasatan SPRM. Peruntukan KKLW berbilon ringgit yang turun ke JKR Sabah untuk Projek Jalan Luar Bandar (JALB), penilaian teknikal dan penguasa projek sudah tentu bakal mengumpul rampasan yang lebih tinggi dari Jabatan Air Negeri Sabah. 

7. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie pendek ni tak mungkin tak merompak!

8. Katanya satu senarai pegawai JKR Sabah telah keluar. Siapakah agaknya pegawai JKR Sabah yang bakal kena itu? Sebagaimana JANS, JKR juga melaksana Projek NKRA JALB 2010-2013. SPRM perlu menyiasat pegawai JKR projek-projek ini yang mengkayakan Shafie Apdal. 

MOF bersetuju meluluskan PERMOHONAN KKLW. SIAPA MOHON? TENTULAH SHAFIE APDAL YANG MOHON. KUASA MENTERI UNTUK MOHON SAMA ADA ATAS NAMANYA ATAU KSU SBAGAI KETUA PEGAWAI PENGAWAL KKLW

Dokumen ini dari surat permohonan, minit Menteri, surat kelulusan MOF, keputusan Lembaga Perolehan A, Penilaian JKR dan LOA semua masih tersimpan di KKLW.SPRM boleh memeriksa semua surat sokongan yang jelas mengarahkan memberi projek kepada syarikat yang Shafie Apdal tentukan. Semua projek dan syarikat mempunyai kepentingan kepada Shafie Apdal.

9. Shafie Apdal tidak perlu berlagak suci membuat penafian dan mengecam orang lain bahawa dia tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri KKLW. Semua kontraktor tahu. Orang bodoh sahaja yang tak tahu. Semua peringkat pengurusan di Zaman Shafie Apdal melibatkan rasuah. Dari Peringkat syarikat memohon projek, dapat sokongan menteri, surat KKLW ke MOF, kelulusan MOF, bawa dalam Lembaga Perolehan A, dan dapat LOA  semua kena guna duit. Bayar pada Shafie Apdal atau proksi Shafie Apdal. Kalau tak bagaimana Adik Shafie Apdal kaya raya? Kontraktor cabuk macam Datuk Peter Anthony (Kini Naib Presiden Warisan) pun kaya raya!


10. Shafie Apdal merompak peruntukan KKLW tak perlu kelulusan Ketua Menteri Sabah. Berjumpa Ketua Menteri hanyalah satu budi bicara untuk menyelaras bersama. Shafie boleh bekerjasama dengan siapa dia mahu dari Pegawai Persekutuan Negeri Sabah hingga jabatan-jabatan negeri. Tak mahu ikut Shafie tubuh Bahagian Pemantauan dan Pembangunan cawangan di semua negeri. Mana-mana Pegawai Daerah yang tak mahu melaksana projek KKLW dia akan minta agensi KKLW seperti FELCRA dan RISDA laksanakan projek itu. Shafie Menteri beliau boleh melakukan apa saja cara sesuai menggunakan kuasa Akta Fungsi Menteri Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) dan menurunkan kuasa bawah Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973).  

Arahan Shafie Apdal kepada JANS dan JKR 

11. Shafie Apdal hanya perlu mengarahkan pegawai KKLW untuk mengurusakan secara formaliti dari KKLW, MOF hingga agensi seperti JKR dan JANS. Selebihnya Shafie Apdal akan menggunakan kuasa menentukan jawatankuasa teknikal, penilaian harga, Lembaga Perolehan A hinggalah kepada pengeluaran LOA. Shafie Apdal akan perakukan pegawai mana yang akan menandatangani kontrak bagi pihaknya. 


Perlukah surat seperti ini dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah? Adakah Shafie Arahkan pegawai KKLW atau Kementeriannya menghantar makluman projek seperti ini kepada KM? Bermakna Shafie Apdal boleh buat semua tanpa perlu merujuk sesiapapun. Kuasa dia sebagai Menteri KKLW. Jadi kalau dia bersekongkol dengan Pengarah JKR Sabah atau JANS pun sendiri makan sendiri lah tanggung! Jadi jika SPRM kata peruntukan persekutuan bermakna dari kementerian tu dari Shafie Apdal lah tu... Kuasa Shafie. Sudah-sudahlah bohong!


Kekayaan pegawai tandatangan surat ini boleh lihat sini 

Surat seperti inilah Shafie Apdal peralatkan untuk merompak dana KKLW. Shafie tak perlu Ketua Menteri atau Menteri Luar Bandar Sabah pun.  Dengan pegawai pun boleh merompak.
12. Shafie Apdal mengawal Lembaga Perolehan A dan B KKLW melalui KSU. Selepas Lembaga A membuat keputusan sebagaimana arahan Shafie Apdal maka KSU akan mengemukakan Memo KSU kepada Menteri KKLW Shafie Apdal untuk memilih 3 pilihan. JIKA syarikat yang sarankan tidak menepati kehendak Shafie, maka dia boleh tidak bersetuju dan meminta tender itu di tangguh atau batal dahulu. Ini kuasa Menteri dia boleh lakukannya. Projek yang anggaran RM 50 juta pun Shafie boleh 'mark up' hingga RM 100 juta. Jika bersetuju maka Shafie atau dia akan meminta pegawainya menghubungi KONTRAKTOR DIPILIH sebagaimana dirancang untuk MENYEDIAKAN WANG KOMISEN itu. Keluar dokumen ini sahaja sebelum mendapat LOA pun dah boleh menghasilkan wang. Shafie Apdal jangan tipulah........




13. Jadi Shafie Apdal berhenti jadi orang bodoh! Kuasa melantik pegawai JANS dan agensi memang persetujuan Ketua Menteri begitu juga pegawai-pegawai jabatan. Tapi tidak bermakna para pegawai itu memaklumkan segala tindakan kepada KM dan Menteri di Sabah. Mereka pun tahu mana bajet negeri dan mana bajet Persekutuan. Mereka juga tidak bodoh mereka laksanakan kerja tapi "payment master" KKLW. Jika duit tak 'parking' di akaun negeri Shafie Apdal mahu tahukah para pegawai itu melapor apa yang mereka lakukan kepada KM atau Menteri? bab merompak dan menguntungkan diri sendiri makan sendiri simpanlah Bodoh bedal! Antara Melantik dan pegawai menggunakan kuasa mereka adalah dua perkara berbeza! Berapa ramai pegawai kerajaan yang engkar kepada kerajaan? ramai bukan. 

14. Jabatan negeri seperti JANS dan JKR bodoh tak kalau ada dana peruntukan melaksana projek dari persekutuan yang lebih banyak dari kerajaan negeri untuk mereka laksana projek kemudian jabatan mereka tak mahu? Mereka hanya perlu dapat surat di atas arahan KKLW atau kementerian maka mereka akan buat. Tiba-tiba Shafie Apdal kata "Mustahil mereka tidak memaklum kepada Ketua Menteri atau Menteri Sabah". Ya mereka hanya maklum projek yang dilaksana oleh Shafie Apdal dan kontraktornya sekian puluhan dan ratusan juta itupun selepas Shafie laksana dan merompak!.

15. SPRM perlu mendedahkan segera rasuah para pegawai JKR Negeri Sabah. Segala bentuk penyelewengan Shafie Apdal ada disini. Siasat para pegawai KKLW seperti SUB infrastruktur, Teknikal, TSUB, pegawai teknikal KKLW,Pengarah JKR Negeri, Timbalan, KPP hinggalah jurutera. Begitu juga mantan SUSK dan SUS Shafie Apdal. Mereka kaya raya. Tangkap mereka dan kontraktor JKR anda akan mampu membawa Shafie Apdal masuk sekali dalam kandang! Lubuk buaya telah ditemui apa tunggu lagi.

16. SPRM tak perlulah teragak-agak! Panggil siasat periksa kekayaan Shafie Apdal, keluarga, proksi dan para pegawai yang Captain M pernah dedahkan. Kalau pegawai, GLC dll beitu gagah SPRM menahan dan menangkap mereka kenapa pula Shafie pendek yang bongkak ini tak boleh?



Captain M
25 Nov 2016

Saturday, 19 November 2016

HASIL RASUAH: ADAM MENGAKU RUMAHNYA DI PUTRAJAYA RM2 JUTA DAN AMPANG SAUJANA RM880 RIBU BUKAN ATAS NAMANYA?




1. Selepas Banglo Disneyland Ampang milik Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang didedah kepanikan Adam Rosly semakin bertambah apabila didedahkan lagi dua buah rumah mewah di Putrajaya berharga RM2 Juta dan juga Ampang Saujana Elite RM 880 ribu. Selain kenderaan mewahnya atas nama orang lain. Sejak didedah hari pertama Adam kekal dengan gaya bongkaknya berkata ada ramai anak muda umur 28 tahun kaya sepertinya. 
2. Semalam akaun Instagram Adam yang memaparkan gaya hidup mewah Adam, rumah, kereta, perniagaan selain kerja politiknya telah ditukar status "Private" bagi mengelakkan netizen melihat kekayaan yang Adam selalu banggakan. 




BONGKAK & SOMBONG- Yang dibangkitkan Netizan ialah pengakuannya dalam Instagram rumahnya di Putrajaya dan Ampang Saujana Elite.Berapa pun rumah Adam jika beliau membuat pengakuan maka itulah aset miliknya. Adam perlu membaca instagramnya. Perniagaannya Terlalu sulit dan peribadi?

3. 18 November 2016 dalam sidang media Ketua AMK Ampang ini sedikitpun tidak berkurang gaya bongkak dan sombong dengan kekayaannya. 2 INTIPATI paling penting dari sidang media itu ialah;

i. PERTAMA: Pengakuannya sebagai anak muda kaya memiliki banglo mewah dan kereta mewah dalam usia muda (kononnya sebagai ahli perniagaan). Oleh itu Kata Adam 



“Saya memang suka tukar-tukar kereta. Kalau Jamal nak kaya, saya boleh ajar,”


4. Bagaimanapun Adam tidak menjelaskan kereta yang dimilikinya bukan atas namanya sama ada pemberian 'taukeh' kerana rasuah projek atau tidak. Malah Adam telah menyembunyikan semua kereta mewahnya selepas terdedahnya rumah Adam. Mengapa? takut?



5. Mengenai 2 lagi rumah mewahnya yang terletak di Putrajaya dan Ampang Saujana Elite yang dimuat naik di laman Instagramnya, Adam takut dan enggan mengesahkannya sebaliknya mencabar netizen atau sesiapa yang mendedahkan rumah itu untuk membuktikan dua rumah itu rumahnya. 

Kenapa Adam tukar status"private' akaun Instagramnya? takut bukti?

“Kepada penuduh liar yang menviralkan dua lagi rumah mewah itu, sila buktikan rumah itu milik saya! Nombor berapa dan di mana alamatnya,
” 

6. Pengakuan Adam dalam Instagram yang akhirnya diprivasikan adalah satu bukti pengakuan itu adalah rumah Adam. Sama ada rumah itu bukan atas namanya, nama 'taukeh' atau pemberi rasuah projek kepada Adam. Ini perlu disiasat SPRM atau LHDN. 

ii. KEDUA: Keengganan Adam mendedahkan jenis perniagaan yang dijalankannya atas alasan terlalu peribadi dan konon mampu menjejaskan perniagaannya pula. Kata Adam 
“Perniagaan saya adalah peribadi, dan saya tak perlu dedahkan apa yang saya lakukan. Saya hanya akan jelaskan peniagaan saya kepada pihak berkuasa sahaja.

7. Namun paling lawak 16 November Harris Idaham Timbalan AMK Ampang membuat kenyataan media mengatakan Adam Rosly terlibat dengan perniagaan perabot di dalam dan luar negara. Betulkah? 


8.  Apakah Adam terlibat dengan perniagaan komisen rasuah yang besar dan pengubahan wang haram? PDRM, LHDN dan SPRM perlu menyiasat perkara ini. Tidak mungkin Adam boleh menjadi terlalu kaya. Tentunya penama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga boleh didedahkan apakah perniagaan yang dimiliki Adam. Bagi LHDN berapakah cukai yang dibayar oleh Adam selama ini membolehkan Adam mampu membeli rumah Disneyland jutaan ringgit selain dua rumah mewahnya. 


9. Tidak mahu isytihar harta walaupun telah disarankan oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi, Adam masih berkata dia perlu menerima arahan parti. Adalah lawak untuk mengatakan Perniagaan sesuatu yang rahsia dan terlalu peribadi tetapi jutawan hidup mewah. 


Timbalan AMK Ampang Harris kata Adam Taukeh Perabot tetapi sidang media Adam kata perniagaannya terlalu peribadi

10. Anak Mahathir Mokhazni, Mukhriz,Mirzan malah anak Muhyiddin mantan TPM Fakhri Yassin yang punya syarikat disenarai awam pun rakyat Malaysia tahu apa perniagaan mereka. Mukhriz memiliki saham terbesar dalam Opcom Holding Berhad monopoli membekal 'Cabel Fiber Optic' sejak 2003 secara Rundingan Terus dengan kontrak RM214. 2 juta pun kita rakyat Malaysia tahu. 

11. Siapa Adam? kaya setakat mana Adam ini? Fakhri Yassin pemilik Thriven Global (Mulpha Land), malah hospital swasta Mahkota Medical Centre serta menjadi ahli Lembaga Pengarah Eden Berhad milik mentuanya pun rakyat Malaysia tahu jenis perniagaannya. Jadi mengapa Adam perlu menyembunyikan perniagaannya? apakah yang beliau lakukan sekarang?  


12. Adam bongkak mencabar Netizen bermakna dia juga mencabar pihak berkuasa seperti SPRM dan LHDN menyiasatnya segera. SPRM apa tunggu lagi!





“Saya setuju dengan cadangan isytihar harta, tetapi apa keperluannya? Saya bukan penjawat awam. Tetapi saya bersedia melakukannya jika ada arahan parti untuk jernihkan keadaan,” Bukankah Rafizi SUA sudah meminta Adam berbuat demikian?



RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI