Friday 25 November 2016

LAGI LUBUK BUAYA SABAH DIGEMPUR SPRM- BEKAS MENTERI SANGKUT?

Betulkah Shafie tiada kuasa?

1. Shafie mendapat perhatian media apabila soalan Adun Klias Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin berkenaan siapa memberi kuasa Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk meluluskan tender-tender infrastruktur air di negeri Sabah di Sidang Dun 22 Nov lalu. Pembantu Menteri Kewangan Sabah dalam jawapannya mengesahkan Kuasa untuk meluluskan tender bagi projek infrastruktur air di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


2. Dalam Projek BALB, KKLW adalah Pengawal Peruntukan dan Agensi Pelaksana manakala Jabatan Air Negeri Sabah pula selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas bekalan air di negeri ini hanya berperanan sebagai agensi perancang, penasihat teknikal dan penguasa projek semasa tempoh pelaksanaan. Perkara itu selaras dengan surat kuasa yang diberikan oleh KKLW kepada Jabatan Air selaku pegawai penguasa untuk setiap projek bagi tujuan pentadbiran sahaja dan segala urusan kewangan termasuk pengawalan peruntukan dan proses pembayaran adalah dilaksanakan di peringkat KKLW


3. Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah pula mengesahkan Kerajaan Sabah tidak pernah dimaklumkan mengenai projek dibawa ke negeri itu oleh bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terdahulu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Kata Musa Aman "saya ingin tekankan selama menjadi menteri KKLW sebelum ini, tidak pernah sekali pun bekas menterinya datang berjumpa saya memberi taklimat atau memberitahu berkenaan projek dibawa ke negeri ini. Tidak pernah sekali pun walau saya pernah berulang kali meminta dimaklumkan".

4. Hari ini di Dewan Rakyat Shafie Apdal membuat penafian kenyataan Musa Aman dan mengatakan Musa Aman berbohong mengatakan dia tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri serta memaklumkan projek kepadanya. Juga bertegas Ketua Jabatan Negeri adalah bawah kuasa Ketua Menteri. Walaubagaimanapun semua tahu Shafie tidak pernah menyenangi Musa Aman. Hakikatnya tiada satu pertemuan rasmi empat mata antara Shafie dan Musa Aman membincangkan pembangunan projek di negeri Sabah. Pendek kata Shafie bolot semua. Captain M sebelum ini ada menjelaskan mengenai Kuasa Menteri. Boleh disemak disini.

5. Kisah penyelewengan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah menggunakan peruntukan Persekutuan khususnya KKLW di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Jika kuasa Menteri memberi peruntukan, mempengaruhi Lembaga tender seperti KSU dan TKSU dalam masa sama urusan teknikal pula diuruskan oleh Pegawai KKLW dan juga penguasa projek iaitu Pengarah JANS. Shafie juga menggunakan sepenuhnya kuasa Akta Kontrak 1949 menurunkan kuasa kepada pegawai seperti KSU, TKSU, SUB, KP, Pengarah dan lain-lain. 



SIAPA SETERUSNYA SPRM SERBU? 



6. Maklumat dalaman SPRM mendedahkan ada beberapa jabatan di Sabah yang mendapat perhatian SPRM iaitu Jabatan Kerja Raya dan KPDNKK Cawangan Sabah. Pemburuan SPRM telah menunjukkan hasilnya. Terbaru Pengarah JKR Wilayah Labuan telah berjaya ditangkap dengan wang dalam akaun hampir RM 1juta. Sudah tentu kehidupan mewah para pegawai JKR Sabah mengundang siasatan SPRM. Peruntukan KKLW berbilon ringgit yang turun ke JKR Sabah untuk Projek Jalan Luar Bandar (JALB), penilaian teknikal dan penguasa projek sudah tentu bakal mengumpul rampasan yang lebih tinggi dari Jabatan Air Negeri Sabah. 

7. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie pendek ni tak mungkin tak merompak!

8. Katanya satu senarai pegawai JKR Sabah telah keluar. Siapakah agaknya pegawai JKR Sabah yang bakal kena itu? Sebagaimana JANS, JKR juga melaksana Projek NKRA JALB 2010-2013. SPRM perlu menyiasat pegawai JKR projek-projek ini yang mengkayakan Shafie Apdal. 

MOF bersetuju meluluskan PERMOHONAN KKLW. SIAPA MOHON? TENTULAH SHAFIE APDAL YANG MOHON. KUASA MENTERI UNTUK MOHON SAMA ADA ATAS NAMANYA ATAU KSU SBAGAI KETUA PEGAWAI PENGAWAL KKLW

Dokumen ini dari surat permohonan, minit Menteri, surat kelulusan MOF, keputusan Lembaga Perolehan A, Penilaian JKR dan LOA semua masih tersimpan di KKLW.SPRM boleh memeriksa semua surat sokongan yang jelas mengarahkan memberi projek kepada syarikat yang Shafie Apdal tentukan. Semua projek dan syarikat mempunyai kepentingan kepada Shafie Apdal.

9. Shafie Apdal tidak perlu berlagak suci membuat penafian dan mengecam orang lain bahawa dia tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri KKLW. Semua kontraktor tahu. Orang bodoh sahaja yang tak tahu. Semua peringkat pengurusan di Zaman Shafie Apdal melibatkan rasuah. Dari Peringkat syarikat memohon projek, dapat sokongan menteri, surat KKLW ke MOF, kelulusan MOF, bawa dalam Lembaga Perolehan A, dan dapat LOA  semua kena guna duit. Bayar pada Shafie Apdal atau proksi Shafie Apdal. Kalau tak bagaimana Adik Shafie Apdal kaya raya? Kontraktor cabuk macam Datuk Peter Anthony (Kini Naib Presiden Warisan) pun kaya raya!


10. Shafie Apdal merompak peruntukan KKLW tak perlu kelulusan Ketua Menteri Sabah. Berjumpa Ketua Menteri hanyalah satu budi bicara untuk menyelaras bersama. Shafie boleh bekerjasama dengan siapa dia mahu dari Pegawai Persekutuan Negeri Sabah hingga jabatan-jabatan negeri. Tak mahu ikut Shafie tubuh Bahagian Pemantauan dan Pembangunan cawangan di semua negeri. Mana-mana Pegawai Daerah yang tak mahu melaksana projek KKLW dia akan minta agensi KKLW seperti FELCRA dan RISDA laksanakan projek itu. Shafie Menteri beliau boleh melakukan apa saja cara sesuai menggunakan kuasa Akta Fungsi Menteri Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) dan menurunkan kuasa bawah Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973).  

Arahan Shafie Apdal kepada JANS dan JKR 

11. Shafie Apdal hanya perlu mengarahkan pegawai KKLW untuk mengurusakan secara formaliti dari KKLW, MOF hingga agensi seperti JKR dan JANS. Selebihnya Shafie Apdal akan menggunakan kuasa menentukan jawatankuasa teknikal, penilaian harga, Lembaga Perolehan A hinggalah kepada pengeluaran LOA. Shafie Apdal akan perakukan pegawai mana yang akan menandatangani kontrak bagi pihaknya. 


Perlukah surat seperti ini dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah? Adakah Shafie Arahkan pegawai KKLW atau Kementeriannya menghantar makluman projek seperti ini kepada KM? Bermakna Shafie Apdal boleh buat semua tanpa perlu merujuk sesiapapun. Kuasa dia sebagai Menteri KKLW. Jadi kalau dia bersekongkol dengan Pengarah JKR Sabah atau JANS pun sendiri makan sendiri lah tanggung! Jadi jika SPRM kata peruntukan persekutuan bermakna dari kementerian tu dari Shafie Apdal lah tu... Kuasa Shafie. Sudah-sudahlah bohong!


Kekayaan pegawai tandatangan surat ini boleh lihat sini 

Surat seperti inilah Shafie Apdal peralatkan untuk merompak dana KKLW. Shafie tak perlu Ketua Menteri atau Menteri Luar Bandar Sabah pun.  Dengan pegawai pun boleh merompak.
12. Shafie Apdal mengawal Lembaga Perolehan A dan B KKLW melalui KSU. Selepas Lembaga A membuat keputusan sebagaimana arahan Shafie Apdal maka KSU akan mengemukakan Memo KSU kepada Menteri KKLW Shafie Apdal untuk memilih 3 pilihan. JIKA syarikat yang sarankan tidak menepati kehendak Shafie, maka dia boleh tidak bersetuju dan meminta tender itu di tangguh atau batal dahulu. Ini kuasa Menteri dia boleh lakukannya. Projek yang anggaran RM 50 juta pun Shafie boleh 'mark up' hingga RM 100 juta. Jika bersetuju maka Shafie atau dia akan meminta pegawainya menghubungi KONTRAKTOR DIPILIH sebagaimana dirancang untuk MENYEDIAKAN WANG KOMISEN itu. Keluar dokumen ini sahaja sebelum mendapat LOA pun dah boleh menghasilkan wang. Shafie Apdal jangan tipulah........




13. Jadi Shafie Apdal berhenti jadi orang bodoh! Kuasa melantik pegawai JANS dan agensi memang persetujuan Ketua Menteri begitu juga pegawai-pegawai jabatan. Tapi tidak bermakna para pegawai itu memaklumkan segala tindakan kepada KM dan Menteri di Sabah. Mereka pun tahu mana bajet negeri dan mana bajet Persekutuan. Mereka juga tidak bodoh mereka laksanakan kerja tapi "payment master" KKLW. Jika duit tak 'parking' di akaun negeri Shafie Apdal mahu tahukah para pegawai itu melapor apa yang mereka lakukan kepada KM atau Menteri? bab merompak dan menguntungkan diri sendiri makan sendiri simpanlah Bodoh bedal! Antara Melantik dan pegawai menggunakan kuasa mereka adalah dua perkara berbeza! Berapa ramai pegawai kerajaan yang engkar kepada kerajaan? ramai bukan. 

14. Jabatan negeri seperti JANS dan JKR bodoh tak kalau ada dana peruntukan melaksana projek dari persekutuan yang lebih banyak dari kerajaan negeri untuk mereka laksana projek kemudian jabatan mereka tak mahu? Mereka hanya perlu dapat surat di atas arahan KKLW atau kementerian maka mereka akan buat. Tiba-tiba Shafie Apdal kata "Mustahil mereka tidak memaklum kepada Ketua Menteri atau Menteri Sabah". Ya mereka hanya maklum projek yang dilaksana oleh Shafie Apdal dan kontraktornya sekian puluhan dan ratusan juta itupun selepas Shafie laksana dan merompak!.

15. SPRM perlu mendedahkan segera rasuah para pegawai JKR Negeri Sabah. Segala bentuk penyelewengan Shafie Apdal ada disini. Siasat para pegawai KKLW seperti SUB infrastruktur, Teknikal, TSUB, pegawai teknikal KKLW,Pengarah JKR Negeri, Timbalan, KPP hinggalah jurutera. Begitu juga mantan SUSK dan SUS Shafie Apdal. Mereka kaya raya. Tangkap mereka dan kontraktor JKR anda akan mampu membawa Shafie Apdal masuk sekali dalam kandang! Lubuk buaya telah ditemui apa tunggu lagi.

16. SPRM tak perlulah teragak-agak! Panggil siasat periksa kekayaan Shafie Apdal, keluarga, proksi dan para pegawai yang Captain M pernah dedahkan. Kalau pegawai, GLC dll beitu gagah SPRM menahan dan menangkap mereka kenapa pula Shafie pendek yang bongkak ini tak boleh?



Captain M
25 Nov 2016

Saturday 19 November 2016

HASIL RASUAH: ADAM MENGAKU RUMAHNYA DI PUTRAJAYA RM2 JUTA DAN AMPANG SAUJANA RM880 RIBU BUKAN ATAS NAMANYA?




1. Selepas Banglo Disneyland Ampang milik Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang didedah kepanikan Adam Rosly semakin bertambah apabila didedahkan lagi dua buah rumah mewah di Putrajaya berharga RM2 Juta dan juga Ampang Saujana Elite RM 880 ribu. Selain kenderaan mewahnya atas nama orang lain. Sejak didedah hari pertama Adam kekal dengan gaya bongkaknya berkata ada ramai anak muda umur 28 tahun kaya sepertinya. 
2. Semalam akaun Instagram Adam yang memaparkan gaya hidup mewah Adam, rumah, kereta, perniagaan selain kerja politiknya telah ditukar status "Private" bagi mengelakkan netizen melihat kekayaan yang Adam selalu banggakan. 




BONGKAK & SOMBONG- Yang dibangkitkan Netizan ialah pengakuannya dalam Instagram rumahnya di Putrajaya dan Ampang Saujana Elite.Berapa pun rumah Adam jika beliau membuat pengakuan maka itulah aset miliknya. Adam perlu membaca instagramnya. Perniagaannya Terlalu sulit dan peribadi?

3. 18 November 2016 dalam sidang media Ketua AMK Ampang ini sedikitpun tidak berkurang gaya bongkak dan sombong dengan kekayaannya. 2 INTIPATI paling penting dari sidang media itu ialah;

i. PERTAMA: Pengakuannya sebagai anak muda kaya memiliki banglo mewah dan kereta mewah dalam usia muda (kononnya sebagai ahli perniagaan). Oleh itu Kata Adam 



“Saya memang suka tukar-tukar kereta. Kalau Jamal nak kaya, saya boleh ajar,”


4. Bagaimanapun Adam tidak menjelaskan kereta yang dimilikinya bukan atas namanya sama ada pemberian 'taukeh' kerana rasuah projek atau tidak. Malah Adam telah menyembunyikan semua kereta mewahnya selepas terdedahnya rumah Adam. Mengapa? takut?



5. Mengenai 2 lagi rumah mewahnya yang terletak di Putrajaya dan Ampang Saujana Elite yang dimuat naik di laman Instagramnya, Adam takut dan enggan mengesahkannya sebaliknya mencabar netizen atau sesiapa yang mendedahkan rumah itu untuk membuktikan dua rumah itu rumahnya. 

Kenapa Adam tukar status"private' akaun Instagramnya? takut bukti?

“Kepada penuduh liar yang menviralkan dua lagi rumah mewah itu, sila buktikan rumah itu milik saya! Nombor berapa dan di mana alamatnya,
” 

6. Pengakuan Adam dalam Instagram yang akhirnya diprivasikan adalah satu bukti pengakuan itu adalah rumah Adam. Sama ada rumah itu bukan atas namanya, nama 'taukeh' atau pemberi rasuah projek kepada Adam. Ini perlu disiasat SPRM atau LHDN. 

ii. KEDUA: Keengganan Adam mendedahkan jenis perniagaan yang dijalankannya atas alasan terlalu peribadi dan konon mampu menjejaskan perniagaannya pula. Kata Adam 
“Perniagaan saya adalah peribadi, dan saya tak perlu dedahkan apa yang saya lakukan. Saya hanya akan jelaskan peniagaan saya kepada pihak berkuasa sahaja.

7. Namun paling lawak 16 November Harris Idaham Timbalan AMK Ampang membuat kenyataan media mengatakan Adam Rosly terlibat dengan perniagaan perabot di dalam dan luar negara. Betulkah? 


8.  Apakah Adam terlibat dengan perniagaan komisen rasuah yang besar dan pengubahan wang haram? PDRM, LHDN dan SPRM perlu menyiasat perkara ini. Tidak mungkin Adam boleh menjadi terlalu kaya. Tentunya penama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga boleh didedahkan apakah perniagaan yang dimiliki Adam. Bagi LHDN berapakah cukai yang dibayar oleh Adam selama ini membolehkan Adam mampu membeli rumah Disneyland jutaan ringgit selain dua rumah mewahnya. 


9. Tidak mahu isytihar harta walaupun telah disarankan oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi, Adam masih berkata dia perlu menerima arahan parti. Adalah lawak untuk mengatakan Perniagaan sesuatu yang rahsia dan terlalu peribadi tetapi jutawan hidup mewah. 


Timbalan AMK Ampang Harris kata Adam Taukeh Perabot tetapi sidang media Adam kata perniagaannya terlalu peribadi

10. Anak Mahathir Mokhazni, Mukhriz,Mirzan malah anak Muhyiddin mantan TPM Fakhri Yassin yang punya syarikat disenarai awam pun rakyat Malaysia tahu apa perniagaan mereka. Mukhriz memiliki saham terbesar dalam Opcom Holding Berhad monopoli membekal 'Cabel Fiber Optic' sejak 2003 secara Rundingan Terus dengan kontrak RM214. 2 juta pun kita rakyat Malaysia tahu. 

11. Siapa Adam? kaya setakat mana Adam ini? Fakhri Yassin pemilik Thriven Global (Mulpha Land), malah hospital swasta Mahkota Medical Centre serta menjadi ahli Lembaga Pengarah Eden Berhad milik mentuanya pun rakyat Malaysia tahu jenis perniagaannya. Jadi mengapa Adam perlu menyembunyikan perniagaannya? apakah yang beliau lakukan sekarang?  


12. Adam bongkak mencabar Netizen bermakna dia juga mencabar pihak berkuasa seperti SPRM dan LHDN menyiasatnya segera. SPRM apa tunggu lagi!





“Saya setuju dengan cadangan isytihar harta, tetapi apa keperluannya? Saya bukan penjawat awam. Tetapi saya bersedia melakukannya jika ada arahan parti untuk jernihkan keadaan,” Bukankah Rafizi SUA sudah meminta Adam berbuat demikian?



Thursday 17 November 2016

TERBARU LAGI PANAS: SEMUA KERETA MEWAH ADAM ROSLY AMK AMPANG RUPANYA MILIK "TAUKEH"?






1. Rafizi Ramli hari ini menasihatkan Ketua AMK PKR Ampang, Dato' Adam Rosly yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa supaya mengisytihar semua hartanya secepat mungkin. Naib presiden PKR itu berkata, ia adalah perkara betul yang perlu dilakukan Adam bagi mengelakkan “pembaziran masa semua orang”.

2. Bagaimanapun PKR mula bercanggah pendapat apabila Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membela anak ikannya Adam dengan berkata gesaan Rafizi itu disifatkan sebagai tidak logik

“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang. yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.

“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” 

4.  Apakah Zuraida MP Ampang takut skandal kenderaan mewahnya sebelum ini terdedah sehingga mampu memiliki kenderaan mewah serta pemberian kenderaan "taukeh".



5. Bangkai tutup dengan nyiru tetap terbuka. Hakikatnya semua tahu Adam adalah budak dan pegawai khas Zuraida sejak dahulu. Lantaran itu Perang mulut sudah bermula akibat terdedahnya kekayaan luar biasa Adam Rosly pegawai khas Zuraida Kamaruddin MP Ampang itu yang juga rapat dengan Azmin Ali MB Selangor. Sejak dahulu sudah didedahkan Zuraida monopoli projek PBT Selangor. Terbongkarnya kekayaan Adam menunjukkan Zuraida membentuk Adam sebagai proksi utamanya. Lantaran itu Zuraida melenting dengan kenyataan Rafizi Ramli.

6. Pendedahan rumah Banglo Disneyland Adam turut membuka kepada pendedahan rumah lain Adam di Presint 14 Putrajaya bernilai RM 2 juta dan Ampang Saujana Elite RM880 ribu. Rumah Adam mungkin mencecah hampir 5 juta keseluruhannya.

7. Hari ini Adam juga telah menutup sementara atau 'private' Instagram beliau yang banyak memaparkan kehidupan mewahnya. Rumah, kereta dan gaya hidup!Bagaimanapun Captain M sempat menyimpan beberapa maklumat penting.

8. Semakan dan risikan mendapati kenderaan mewah yang ditunjukkan Adam dalam instagramnya seperti Mercedes, BMW, BMW Z4, Range Rover, Mini Copper, Villfire dan lain-lain lagi bukan atas nama Adam Rosly tetapi nama isteri, 'taukeh' dan individu tertentu. 


7. Ini adalah punca mengapa Zuraida pertahankan Adam dan Adam tidak mahu mengisytiharkan harta kerana harta bukan atas namanya. Menjadi persoalan apakah Istana Disneyland Ampang itu atas namanya? begitu juga Rumah Semi D di Putrajaya dan di Ampang Saujana Elite. Semua boleh berlaku melainkan Adam Rosly mengisytiharkan hartanya.

Mari kita lihat satu persatu kenderaan mewah milik Adam Rosly yang beliau gayakan dalam media sosial.

i. Mercedes CLS 350 - WA185P




Penama adalah seorang Cina berasal dari Perak bernama Lee Kok Heng. Tiada rekod dalam Semakan SPR. Siapa Lee Kok Heng ini? taukeh? rakan kongsi? mengapa kereta beliau ada pada Adam Rosly untuk beliau banggakan dalam media sosial dan menunjuk kepada rakyat

ii. BMW Z4 3.01- WNT 789


Penama adalah seorang berbangsa Cina bernama Lam Yoke Fong berasal dari Shah Alam Selangor. Siapa wanita ini? Taukeh? rakan niaga? adakah ini rasuah atau hadiah kerana dapat projek PBT Selangor? Tiada rekod dalam Semakan SPR.  Dalam media sosial kelihatan Adam Rosly bergaya dengan kenderaan in.



Adam bergaya dengan BMW Z4 ini ketika melawat projek PBT MPAJ. Ini projek bawah Zuraida MP Ampang


iii. Range Rover Evogue - WC171J

Setakat ini, kenderaan mewah ini atas nama Isteri Adam Rosly yang juga mengundi di Parlimen Ampang. Puteri Balqis Omar.






iv.  W171V- Didaftarkan atas kenderaan Honda Jazz 1.5 tetapi dipasang pada Vellfire.


Penama atas nama Mohd Fadhli bukan atas nama Adam Rosly. SIAPA DIA?
V. LAIN-LAIN


Belum diketahui milik siapa. Adakah milik Adam
 atau taukeh?









8. Jika Adam Rosly seorang yang berani dan merasa tidak bersalah mengapa dia privasikan akaun instagramnya yang memaparkan gaya hidup mewahnya?. Malah ketika wartawan datang ke rumah Disneyland itu semua kereta mewah itu disembunyikan oleh Adam. Adam takut?

Tak mungkin taukeh perabot export import ni takut harta kekayaan yang dimilikinya. Selagi Adam sebagai Ketua AMK Ampang tiada masalah untuk dia isytiharkan harta. 

Wednesday 16 November 2016

ADAM ROSLY BUKAN SAJA PUNYA RUMAH DISNEYLAND AMPANG TAPI JUGA RUMAH AMPANG SAUJANA ELITE RM 880 RIBU & PUTRAJAYA RM2 JUTA !




1. Percayakah anda bahawa rumah mewah Disneyland Ampang milik Adam Rosly adalah RM 1 juta? Kata Adam

“Rumah itu saya bida dalam bank dengan nilai RM1 juta bukannya RM7 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland (taman tema),” 

2. Walaubagaimanapun dua gambar didedahkan menunjukkan rumah itu sedang dibina dan diubah suai membuktikan Adam Rosly berbohong dengan status rumah Disneylandnya. 




3. Adam Rosly Ketua AMK Ampang 28 tahun dengan bongkak mengaku dia memang kaya. “Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa ramai anak muda yang kaya sekarang, ramai.. bukan saya seorang. Katanya. 

4. Adam mendakwa harga rumahnya dibeli dengan harga sangat murah. Oleh itu Adam meminta rakyat menyelami perasaannya. “Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik..".  

5. Antara dua darjat itulah rumah Adam di kawasan itu di tengah-tengah kawasan setinggan. Selain berbohong dengan status rumahnya yang lelong dan terbengkalai dengan harga RM 1 juta, Adam tidak hanya memiliki rumah gaya Disneyland itu tetapi dua lagi rumah iaitu di Ampang Saujana Elite berharga RM880 ribu dan di Putrajaya berharga RM 2 juta.  

Pengakuan Adam Rosly dalam Instagramnya mengenai rumahnya di Ampang Saujana kawasan elit.


Adam memiliki rumah berharga RM 2 juta di Putrajaya
 
6. Ketika berumur 26 tahun Adam dianggap comot dan kaku dalam politik. Dari seorang pembawa beg Zuraida MP Ampang menjadi proksi kepada Zuraida, rapat dengan tan Sri Khalid hinggalah sekarang Azmin Ali. 2 tahun Adam sangat cepat mendaki. Menjadi seorang jutawan dalam dalam umur 27 tahun memiliki rumah Putrajaya dan Ampang Saujana hinggalah kini Banglo mahligai "disneyland" ketika berumur 28 tahun. 

7. Gaya hidup "show off" dalam media sosial menunjukkan kemewahan rumah, kereta dan gaya hidup menjadikan ramai tertanya apakah perniagaan Adam yang menjadikannya kaya? cukai pendapatan yang dibayarnya kepada LHDN dan lain-lain lagi. Berapalah sangat gaji pegawai khas Zuraida Kamaruddin MP Ampang tu. Yang pasti Adam bijak menggunakan kedudukannya untuk mengaut keuntungan sebagai Ketua AMK Ampang. 







8. Agaknya bagaimana Adam Rosly  menjawab kekayaan diusia muda 28 tahun bukan sahaja punya mahligai Disneyland Ampang yang berharga lebih RM 1 juta juga rumah Putrajaya RM 2 juta dan Ampang Saujana elit hampir RM 1 juta! 

Adakah alasannya harga murah juga? 

Tuesday 15 November 2016

DISNEYLAND KETUA AMK AMPANG ADAM ROSLY DIDEDAH, SELEPAS INI BANGLO MEWAH ZAINOL ABIDIN MOHAMED KETUA AMK GOMBAK YANG KAYA-RAYA KERANA RASUAH BAKAL TERBONGKAR!


Adam Rosly mengaku kaya usia 28 tahun. Zainol Abidin Mohamad AMK Gombak juga kaya raya punya rumah mewah dan kereta mewah. Malah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya lagi. Tak mahu mengaku kaya ke macam Adam Rosly?

1. Sehari dua kecoh mengenai rumah banglo mewah RM 7 juta dan kenderaan mewah Dato' Adam Rosly Ketua AMK Ampang pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang. 

2. Rakyat di Ampang sangat maklum Zuraida menggunakan kuasanya melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.

3. Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato' berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yang rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.

4. Ramai mempersoalkan apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang?  Ahli Parlimen PKR Ampangpun tidak mendapat gelaran itu. Itu tandanya Adam Rosly kaya raya untuk membeli gelaran Dato' itu. Agak-agak APA  RESUME dan JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin?


Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cemapaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Zuraida. Ketika ini umur 26 tahun. masih berjinak dengan PAS dan akhirnya masuk PKR. Masih belum kaya lagi. Hari ini 2016 beliau sudah berumur 28 tahun. Dalam usia 28 tahun hanya dua tahun sudah kaya raya. HEBAT.

5. Zuraidah menafikan Adam Rosly proksinya. Semua tahu siapa Adam dari budak PAS merempat kepada budak PKR yang kaya raya. Kalau bapanya pun kaya itu adalah antara kekayaan yang dibawa oleh Adam Rosly buat keluarganya. Walaubagaimana dalam sidang media Adam Rosly hari ini (15 Nov 2016) beliau mengaku seorang yang kaya dan ramai orang muda berumur 28 tahun kaya sepertinya. 



Disneyland Ampang milik Adam dilihat dari udara




6. Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar. Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.


Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak




7. Seorang lagi Ketua Angkatan Muda PKR yang jutawan harus dibangkitkan semula ialah Zainol Abidin Mohamed yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). 26 Ogos lalu CheGuBard mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak (Azmin Ali Ketua Cabang) yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands.




8. Turut didedahkan Mesej aplikasi "whatapps" antara bukti "arahan" kepada Exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam bagi mendapat kelulusan pertukaran status 68054 daripada Pertanian kepada bangunan kediaman (pembangunan ) walaupun terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetlands di mana 4 MB Selangor ( 22 tahun) tidak meluluskan kawasan itu. Namun sejak Azmin MB semua pantas berubah kerana Zainol Abidin adalah orang kuat dalam Cabang Gombak.




9. Semua urusan itu diuruskan oleh Zainol Abidin yang mempunyai akses kepada MB Selangor. Jika tidak bagaimana beliau mendapat kandungan fail mesyuarat Exco? Tentunya fail rahsia itu diperolehi melalui pejabat Menteri Besar. Para pegawai MB bersekongkol dengan Zainol. Zainol yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya tentulah memahami selok belok pengurusan ubah suai Rancangan Tempatan ( RT), status tanah, kewangan hinggalah kepada Kebenaran Merancang! Untuk makluman Zainol bukan pertama kali ditahan SPRM sebelum ini adalah kes rasuah PBT

10. Tentulah seseorang dari Salak Land Development Sdn Bhd telah berurusan dengannya bagi urusan pertukaran status tanah sehingga melantik Zainol sebagai Pengarah Projek. Itulah hebatnya kuasa wang!

11. Berapa jutakah komisen yang Zainol dan MB Selangor terima dari projek itu? Katanya Salak Land Development Sdn Bhd bakal membina projek GDV bilion ringgit di tapak tanah 68054 ini. Malah Rancangan Tempatan Zon Tanah diubah semata-mata kerana syarikat Salak Land. Lihat cara saja hidup Zainol kaya raya memiliki kereta mewah "hummer" walaupun beliau Ahli Majlis PBT

12. Kronologi skandal lot tanah 68054 menunjukkan Zainol Abidin proksi MB Selangor mempunyai hubungan berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan MB dan Exco dalam MMKN. Hebat Zainol Abidin Mohamed ini hanya dengan 'WhatsApp' nya permohonan pertukaran status tanah lot 68054 Paya Indah Wetlands diluluskan MB dan Exco dalam MMKN pada 17 Februari 2015!

13. Hari ini syarikat yang sama dimiliki Gamuda Splash akhirnya bakal dibayar Azmin Ali RM2.7B. Dapatlah komisen RM 600 juta itu. 

14. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekarang jika mengetahui pemimpin PKR Selangor amat kaya raya dua penggal ini. Zuraida Mak Lampir sendiri asal jual ubat je kini jutawan selepas menjadi MP Ampang dua penggal, Adam Rosly budak yang selalu angkat beg dia dulu pun kini jutawan punya mahligai  Disneyland Ampang!

15. Jika mereka kaya raya didedahkan tidak mengapa. Tapi kalau pemimpin UMNO atau Menteri punya rumah besar bukan main lagi mereka kata sila jawab rakyat nak tahu! Sekali lagi mohon SPRM siasat. Apa hendak tunggu orang lapor. 

Captain M
15 Nov 2016

Monday 14 November 2016

SKANDAL RASUAH RM600 JUTA SPLASH GAMUDA & AZMIN: MENGAPA SPRM BERDIAM DIRI?




1. Isu skandal rasuah Splash Gamuda dengan kerajaan PKR Negeri Selangor sudah dibangkitkan sejak 2014 lagi. Raja Petra dalam MalaysiaToday pernah membangkitkannya dalam artikel ANWAR DIDESAK JAWAB TUDUHAN

2.  Ketika itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.7 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta. Ia dipersoalkan oleh Norizwan Mohamed Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) ketika itu sebagai satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

3. Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.7 bilion dan telah mengatur satu pertemuan sulit antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

4. Tan Sri Khalid menolak tawaran berkenaan yang akhirnya menyebabkan ADUN Pelabuhan Klang itu disingkirkan dari jawatan Menteri Besar menerusi Langkah Kajang (Kajang Move). 

5. Sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan pertemuan sulit bersama Pengerusi SPLASH, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah pada 2013 dan Anwar Ibrahim itu yang memintanya supaya bersetuju membayar pampasan RM2.7 bilion berbanding tawaran asal RM250.6 juta.

RM600 juta. Mengapa SPRM tidak menyiasat saja.
Ini berat

6. Khalid mesti mendedahkan bahawa Wan Azmi bersetuju untuk membayar komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya. 



7. Pada 2009 Selangor menawarkan pampasan bernilai RM2.975 bilion namun setelah ditolak liabiliti sebanyak RM1.396 bilion, jumlah pampasan dikurangkan kepada RM1.579 bilion, tetapi ditolak SPLASH.

8. Sekali lagi tawaran tersebut berubah kepada RM2.56 bilion pada 2013 dan setelah ditolak liabiliti RM1.58b bilion serta dividen RM725.4 juta, jumlah keseluruhan pampasan bernilai RM250.6 juta.


9. Kes ini tertangguh sehingalah tamat tempoh oktober lalu yang menyebabkan kerajaan persekutuan agar menyelesaikan segera pengambilalihan SPLASH. Berlaku sering tuduh menuduh di DUN Selangor sebagai strategi Azmin Ali untuk meletakkan harga SPLASH. Kononnya Tan Sri Khalid telah bersetuju menawarkan kepada SPLASH pampasan RM2.975 bilion berdasarkan surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,”


10. Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score" sehingga memaksan Tan Sri Khalid membuat kenyataan media  5 November 2016 berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada SPLASH


Kes Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands dan kes beli SPLASH RM2.7b




11. Terlalu banyak dipaparkan terdapat bukti hubungan Azmin Ali dengan GAMUDA.  Dalam tempoh perundingan jual beli Splash, Azmin masih sempat memberi kelulusan status Lot tanah 68054 Paya Indah Wetland bernilai RM784.3 juta milik Salak Land Development Sdn Bhd (Milik Gamuda). Ini termasuk laporan kepada SPRM oleh CheGu Bard pada 26 Oktober 2016. Terang-terangan Azmin dan Gamuda mempunyai hubungan kepentingan yang jelas.

12. Rasuah RM600 juta untuk urusan pembelian Splash sebagaimana dakwaan Tan Sri Khalid sewajarnya sekarang individu yang berkaitan disiasat SPRM. Apa lagi SPRM tunggu? Apakah mereka sedang memilih orang untuk disiasat?

13. Memburu penjawat awam dan pengurus besar GLC tetapi takut untuk menyiasat konglomerat besar dan juga Azmin Ali. Rajin pula SPRM memanggil Pengerusi Felcra seorang ahli politik BN untuk siasatan tetapi takut untuk menyiasat pemimpin pembangkang!. Apakah cukup Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai KPI? Laporan Rafizi Ramli kes rasuah seks, rasuah Manikavasagam PKR, kes Zuraida kereta mewah dan menipu penggunaan kelayakan MP serta kes rasuah SPLASH dan GAMUDA ini SPRM seakan lumpuh untuk bergerak. Apakah kerana GAMUDA syarikat besar maka SPRM takut?

14. Datuk Dzulkifli Ahmad KP SPRM yang baru dan juga Datuk Azam Baki, TKP SPRM (Operasi) mohonlah menyiasat dan mendedahkan apakah kesudahan semua laporan kepada mereka. Jangan hanya laju pada penjawat awam serta pengerusi GLC tetapi membungkam dengan pemimpin pembangkang. 

15. Bagi Kerajaan BN tolong jangan biar urusan Splash ini berjaya sehingga dibayar RM2.7b. Kamu ingat RM600 juta kalau diberi kepada Azmin dan PKR jumlah yang tidak banyak ke untuk gerakan pilihanraya tahun depan? Ia cukup untuk membeli sesiapa. Jika tidakpun paling tidak pantau gerakan Pengerusi Splash dan pemilik GAMUDA. Syarikat mereka peduli apa pada negara. Mereka untung dan bayar urusan mereka selesai mereka 'quit'. Siapa pun kerajaan mereka akan terus hidup. Jadi pemimpin BN jangan duduk diam terutama pemimpin Selangor. Kerja anda ialah menyerang habis-habisan, membuat pendedahan dan melaporkan kepada SPRM. Tekan SPRM untuk mengambil tindakan. 


16. Jika surat terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor kepada Tuan Guru DS Hadi Awang bertarikh 9 /11/2016 diambil kira iaitu bukan RM 2.7B di "mark up" tetapi kos sebenar RM 4.2B bersekali liabliti Splash iaitu RM1.58b. RM4.2B apa kamu fikir komisennya RM600 juta lagi sebagaimana arahan Anwar Ibrahim?Tentunya lebih RM600 juta. Itu hanya Azmin yang tahu!


Captain M
13 November 2016