Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Zahid Mat Arip yang dahulunya adalah pegawai khas Pengerusi FELDA kerana terlibat dengan kes rasuah pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan pada pukul 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.
Zahid Mat Arip adalah antara pegawai khas yang kenyang dan kaya raya ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA. Selepas diberhentikan dari Felda dan 'dedak' habis Zahid Mat Arip meroyan mengutuk kerajaan khususnya PM Najib dan akhirnya keluar UMNO menyertai PPBM serta dipungut menjadi AMPT PPBM.