Friday 10 November 2017

350 PROJEK, 23 SYARIKAT MENGAKU, BUKAN HANYA LOJI AIR SG INTAN DISIASAT SPRM.ELOK SHAFIE TUTUP MULUT!


1. Kepada macai Parti Warisan dan pembangkang Sabah. Kita bantu perjelaskan kes rasuah melibatkan Dato' Seri Shafie Apdal, Peter Anthony, Azis Jamman dan adik-adiknya. Kes yang disiasat SPRM bukan hanya Projek Naik Taraf Loji Air Sungai Intan Semporna mencecah kos RM47 juta itu tetapi melibatkan kes-kes projek lain. Projek secara tender terbuka- isunya pemberian komisen rasuah kepada adiknya Datuk Yusof untuk mereka memperolehi tender itu.

2. Sumber mendedahkan projek yang disiasat 350 projek meliputi 170 projek bekalan air (BALB), 163 projek jalan luar bandar (JALB) dan 17 projek bekalan elektrik (BELB). 60 syarikat terlibat dan daripada 60 syarikat, 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal. 14 syarikat telah dikenal pasti. 

3. RM 48 juta dana rasuah ditemui dari urusan 14 syarikat. Lihat dalam "Money Trail" di sini. RM 180 juta dibeku (asalnya 151 juta) dari pelbagai syarikat dan akaun individu. 


4. Shafie Apdal bakal disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009;
Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan (Kabinet) menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
5. Adalah amat jelas Shafie Apdal telah melakukan kesalahan salah guna kuasa selaku Menteri KKLW ketika itu dengan mengarahkan kementeriannya memberikan dan meluluskan projek kepada adiknya Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal melalui 14 Syarikat yang dikenalpasti memberikan dana rasuah kepada adiknya dan untuk Shafie Apdal. 

6. Apa yang Shafie Apdal bangkitkan di Parlimen hanyalah satu dari cara 'divert' isu yang berkaitan dengan dirinya. Shafie Apdal hanya memerangkap diri sendiri betapa projek KKLW itu semua peruntukan atas kuasanya bukan orang lain apatah lagi Ketua Menteri Sabah yang tidak terlibat dalam kes KKLW. 

Senang faham kan? pertempuran kita selepas ini bukan di parlimen tetapi di mahkamah

Captain M
10 November 2017

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA