Monday 6 November 2017

PROJEK RM43 JUTA 'TIPU UMS' PETER ANTHONY DIBUKA SEMULA, SHAFIE APDAL KE SPRM LAGI!



1. Hari ini Shafie Apdal dipanggil lagi ke pejabat SPRM siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah bernilai RM43 juta. Ia sebuah kes lama yang dibuka semula.

2. Captain M pernah menulis kes Peter Anthony ini pada 24 September 2016 pemilik Asli Engineering Sdn Bhd yang menjadi tulang belakang Shafie Apdal menyediakan sejumlah ratusan juta wang rasuah Shafie Apdal ketika di KKLW dahulu. Membuka kes ini kembali amat tepat memandangkan pelantikan KP SPRM yang baru 1 Ogos 2016 berbeza dengan pendekatan Tan Sri Abu Kassim. 

Senang kerja Tan Sri Abu Kassim KP SPRM lama dulu kawan baik Shafie Apdal. Ada kaitan dengan Shafie mohon tutup. Kalau ini bertemu buku dengan ruaslah. Kes Zahida Rafik, Mara Inc apa jadi masa TS Abu Kassim? simpan bawah karpet je.

3. Tahniah SPRM kerana berani bertindak! Ini bukan zaman Tan Sri Abu Kassim sahabat Shafie Apdal semua kes diletak bawah karpet. Ada kes tetapi tidak mahu dituduh. 


SYARIKAT ASLI JATI ENGINEERING SDN BHD 


4. Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd #dimiliki oleh

i.) Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham

ii.) Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham.

5. Sejak Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW siapa tidak tahu hubungan Datuk Peter Anthony dengannya. Peter Anthony antara individu yang mendapat projek KKLW secara berulang sama ada atas syarikatnya sendiri atau syarikat orang lain yang dikawalnya. Beliau salah seorang Datuk dalam "The Money Trail" 14 syarikat disiasat SPRM sekarang. Antara paling terkenal projek Peter ialah Bekalan Air Luar Bandar di Tenom.
i.) KKLW/BALB/133/2011 :
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00

ii.) KKLW/BALB/173/2011:
Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28.8 Juta. 

PETER DAN ASLI JATI ENGINEERING - TUNTUTAN PALSU RM43 JUTA DI UMS


6. Sejak 2002 di bawah Mantan Naib Canselornya Prof Datuk Seri Panglima Dr Mohd Noh Dalimin Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd telah mendapat kontrak Di UMS iaitu;

i.) Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid Dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada 15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00 [UMS BEN 11/2002]

ii.) Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00

iii.) Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00. [UMS BEN 25/2004]

7. Paling menggemparkan dan menjadi isu kes SPRM ialah 3 Februari 2012 apabila akhbar tempatan melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat beberapa pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di UMS. Datuk Peter Anthony didapati membuat tuntutan palsu.

8. Kes Asli Jati Engineering Sdn Bhd tidak pernah pudar, 9 September 2015 Datuk Peter Anthony menghadapi pula kes saman dari rakan perniagaannya Datuk John Ambrose Ketua UMNO Bahagian Penampang menuntut 10% komisyen dari projek bernilai lebih kurang RM70 juta untuk penyelengaraan Mekanikal dan Elektrikal di Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan. Surat-surat kes mereka 16 Jun 2010, 3 Jan 2011 dan 10 Mei 2011 didedahkan di mahkamah. [http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=103035]

PENGLIBATAN SHAFIE APDAL DALAM 
KES PETER ANTHONY


9. Shafie Apdal dipanggil SPRM berhubung surat sokongan yang ditandatanganinya menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan UMS itu kepada Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd.Terdapat dua orang pegawai UMS bersekongkol dengan syarikat Peter berhubung surat dan tuntutan palsu. 

10. Sekali kes ini senyap apabila Tan Sri Abu Kassim KP SPRM ketika itu mengarahkan siasatan kes ditangguhkan sehinggalah sekarang dibuka semula. 

11. Sebenarnya dalam siasatan SPRM baru-baru ini dengan mereman Peter Anthony kes ini adalah satu dari kes yang disiasat SPRM. Kes ini pasti membuka ruang kepada pertuduhan buat Datuk Peter Anthony.

Apa yang pasti dua pegawai UMS yang bersekongkol dengan Peter Anthony itu pastinya pembuat pengakuan yang dramatik. Mahu lari ke manakah lagi Peter Anthony? 

Captain M
6 November 2017

1 comment:

  1. nampaknya sehingga berkubur Warisan kes Shafie dan peter terus berjalan. berbaloi dengan rompakan

    ReplyDelete