Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memperlihatkan landskap politik yang jauh lebih rumit berbanding pilihan raya terdahulu. Walaupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, kedua-dua gabungan memilih untuk bertembung secara langsung di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Di
pentas rasmi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan
jentera BN dan PH supaya tidak saling menyerang sepanjang kempen. Kenyataan itu
dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian hubungan antara kedua-dua
gabungan meskipun bersaing merebut mandat rakyat.
Namun,
perkembangan di lapangan mula mencetuskan pelbagai persoalan politik.
Beberapa program yang melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut menyaksikan kehadiran pemimpin serta ahli jawatankuasa PAS. Dalam masa yang sama, Presiden UMNO sendiri secara terbuka mengalu-alukan sokongan PAS kepada calon-calon BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).
Perkembangan
itu membuka ruang kepada pelbagai tafsiran bahawa hubungan BN dan PAS di Johor
mungkin lebih mesra daripada yang dipaparkan secara rasmi, walaupun PAS dan
BERSATU masih berada dalam gabungan PN.
Pada
masa yang sama, BN dikatakan sedang berdepan cabaran mempertahankan beberapa
kerusi tradisinya. Pelbagai laporan dan analisis politik menyebut usaha
memperkukuhkan gerak kerja jentera parti, walaupun Onn Hafiz menafikan dakwaan
bahawa BN berada dalam keadaan panik atau gentar menghadapi PRN Johor. Maksudnya Onn Hafiz MB Johor itu sedang goyang!
Dari
sudut strategi politik, keadaan ini meletakkan PH dalam kedudukan yang menarik
untuk diperhatikan. Walaupun kedua-dua gabungan berkongsi kuasa di Putrajaya,
mereka kini bertarung secara terbuka di Johor. Persaingan itu sudah tentu
menjadikan setiap undi amat bernilai dan setiap kerusi sebagai medan perebutan.
Persoalan
yang semakin hangat diperkatakan ialah sama ada hubungan erat BN dan PH di
peringkat Persekutuan benar-benar mampu diterjemahkan di Johor, atau BN sedang
memilih pendekatan politik yang lebih pragmatik dengan membuka ruang hubungan
yang lebih rapat dengan PAS demi mengukuhkan peluangnya dalam pilihan raya.
Setakat
ini, tiada pengumuman rasmi mengenai kerjasama pilihan raya antara BN dan PAS
di Johor namun bayang-bayang permainan di belakang jelas kelihatan. Malah terdapat maklumat pertemuan pemimpin
UMNO dengan PAS-PN dalam PRN kali ini.
Implikasi
Jika BN–PAS bersama PAS
Sekiranya
persepsi bahawa BN semakin menghampiri PAS terus berkembang sepanjang kempen,
kesannya bukan sekadar terhadap persaingan politik, malah boleh memberi tekanan
kepada parti-parti komponen BN sendiri, khususnya MCA dan MIC.
MCA
dijangka berdepan cabaran paling besar kerana sebahagian besar kerusi yang
ditandinginya mempunyai komposisi pengundi Cina yang signifikan. Sejak era
Muafakat Nasional lagi, DAP sering menggunakan hubungan UMNO-PAS sebagai bahan
kempen. Jika persepsi bahawa BN kembali mendekati PAS semakin meluas, isu itu
dijangka sekali lagi menjadi senjata politik DAP untuk mempersoalkan pendirian
MCA serta menguji sejauh mana parti itu mampu mengekalkan keyakinan pengundi
Cina.
Dalam
keadaan sedemikian, MCA mungkin berdepan dilema. Sebagai komponen BN, parti itu
perlu mempertahankan strategi gabungan, namun pada masa yang sama berdepan
cabaran menjelaskan kepada pengundi bahawa pendirian dan dasar parti tidak
berubah. Sama ada persepsi itu akhirnya mempengaruhi pola pengundian bergantung
kepada bagaimana isu ini berkembang sepanjang kempen.
MIC
pula berpotensi menerima tempias, khususnya di kerusi yang mempunyai jumlah
pengundi India yang besar. Walaupun kesannya mungkin tidak sebesar yang
dihadapi MCA, sebarang persepsi bahawa BN sedang mengubah pendekatan politiknya
boleh dijadikan bahan kempen oleh pihak lawan.
Dari
sudut yang lebih luas, sekiranya BN terus dilihat semakin mesra dengan PAS
ketika masih bekerjasama dengan PH di peringkat Persekutuan, ia berpotensi
menimbulkan persoalan mengenai hala tuju politik gabungan tersebut. Penyokong
PH mungkin mempersoalkan sejauh mana semangat Kerajaan Perpaduan diterjemahkan
di Johor, manakala penyokong BN pula mungkin melihat pendekatan itu sebagai
strategi memperluaskan sokongan tanpa menjejaskan kerjasama di Putrajaya.
Persoalan
akhirnya ialah: adakah semua ini sekadar strategi politik pilihan raya, atau
petanda bahawa landskap kerjasama politik sedang berubah? Jawapannya hanya akan
diketahui apabila rakyat Johor membuat pilihan di peti undi.
Apakah
Datuk Seri Anwar Ibrahim PMX tidak sedar strategi Zahid Hamidi? Sudah pasti PMX sedar dan tahu
apa permainan Zahid di belakang. Apa pilihan
PH ada?
Lawan! Lawan dan Lawan!




No comments:
Post a Comment